Walaupun bajet tak banyak, sebenarnya tetap boleh buat sendiri meja TV yang cantik dan kemas. Yang penting kena kreatif.Orang bujang mahupun, pasangan yang baru kahwin, kalau takde bajet besar boleh cedok inspirasi meja TV konsep Industi yang dihasilkan oleh Mohd Akmal Azizini.
“Nak beli yang elok duit tak ramai, ni projek asal boleh letak tv je”
Material :
•pvc class 7
•join 3way & 4way
•aerosol spray flat black
•rubber wood
Info Ekstra!
Paip penyambung @ Y Ada jual online di Shopee.
Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50″ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
Ads
Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong.Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak.Kos yang guna ni dalam RM30 laa cincai.
Papan macam ni memang boleh beli ikut meter.Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet. Ni saya pakai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood, tapi ‘keras’ modal.
MW: Menarik juga idea buat meja tv ni. Boleh cedok idea yang dikongsikan dan jadikan inspirasi nanti. Paling penting memang jimat kos dan bajet, cantik malah lebih puas hati bila buat sendiri.
Negeri Sembilan memang terkenal dengan masakan Masak Lemak Cili Apinya. Rasa pedas, masam, masin, manisnya kena semuanya secukup rasa. Namun walaupun simple, masih ramai yang anggap susah dah tak jadi buat masakan ni. Apatah lagi bila pecah minyak, kuah jadi berketul-ketul dan tak cantik. Sebenarnya nak buat Masak Lemak Cili Api ni ada cara dan tekniknya. Bahan-bahan yang digunakan pun kena betul dan tepat.
“Saya perasan ramai yang kata masak lemak cili api Negeri Sembilan susah.”
Pada saya ia antara masakan paling mudah.
Tak perlu banyak bahan.
Tak perlu minyak atau tumisan.
Tak perlu tunggu pecah minyak.
Okay, bukan tak perlu, sebaiknya jangan pecah minyak.
Masak lemak cili api mengambil konsep bak kata orang kampung saya; “less is more”.
Cili api, sebaiknya cili api kampung.
Cili api import boleh tapi kurang wangi.
Dan kena banyak.
Garam. Lautan boleh, bukit boleh.
Ikan masin pun boleh
Ikut suka mana yang ada. Asam keping boleh, bacang boleh, kulit atau daun rambai boleh, kundang boleh, daun mulberry pun ada yang pakai. Macam saya harini, sebab belimbing buluh tepi rumah tengah berbuah, itu yang saya guna.
Orang Negeri Sembilan kurang suka manis sebab memang kebanyakan dah sedia manis dipandang .
Setahu saya elemen manis yang dibenarkan hanyalah serai(masakan daging atau ayam) dan santan. Gula adalah dilarang sama sekali.
Walaupun rasanya lemak, santan memiliki kandungan lemak tepu (lemak jahat yang rendah). Hal ini berubah jika santan pecah minyak.
Sebab itu pentingnya santan tak pecah minyak, selain rasa lemak berkrim ia lebih sihat.
Santan kena pekat. Disamping kerana kekuatan lemak cili api pada rasa lemaknya,seperti yang saya sebut diatas, ia memberikan rasa sedikit manis yang tak membunuh rasa elemen elemen lain.
Saya punya formula, 1kg santan untuk 1kg bahan (daging, ayam, ikan) Tambah air kosong/masak sama banyak dengan santan.
Santan kotak boleh tak? Boleh juga.
Biasa santan kotak pekat lagi, jadi kena campurkan dengan air siap siap sebelum masuk (kacau elok elok atau blend je terus)
Ini elemen tambahan yang dapat menaikkan lagi kesedapan sak lomak cili api. Boleh ada boleh tidak, bergantung ada tidaknya bahan atau kesukaan. Peria boleh, daun maman boleh. Hari ini saya guna daun pegaga.
Ini wajib. Serbuk ke, buku ke, pada saya sama saja rasa lebih kurang cuma serbuk lagi senang simpan.
Teknik yang paling penting elak pecah minyak; api sederhana kuat, sekejap sekejap kacau. Kalau rasa api kuat sangat, perlahankan tapi tetap kena kacau. Santan kalau biar api perlahan dia pecah minyak. Kalau biar api kuat sangat atau tutup nanti dia berketul. Bila santan mendidih dan menjadi pekat, tutup api. Biasanya dalam 10-15 minit.
Jangan risau, masa mula mula tutup api nampak macam cair sikit.
Tunggu kejap lagi.
Cenggini.
Rencah bila nak masuk? Bergantung pada rencah apa. Rencah yang ambil masa lama nak masak sebaiknya direbus dengan serai kunyit dan garam dahulu. Bila dah lembut baru masukkan santan.
Ada juga yang masuk terus santan sampai masak tapi kena selalu kacau. Saya tak begitu rajin dan berkesempatan.
Kena yakin bahawa gabungan rasa rasa diatas sahaja dah cukup.
Masak lemak ni tak boleh takut takut.
Takut tak jadi lah apa lah.
Kalau dah terpecah minyak sedikit tak apa.
Rasa masih sedap insyaAllah.
Tetap hidang dengan muka yakin dan bangga.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan tu, ikut tip yang dikongsikan ini, barulah jadi. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas dan kuah ‘banjir’.
Tengok rumah orang, bukan main cantik langsir eyelet menutup pintu sliding rumah masing-masing. Elok je cantik tersusun. Rumah sendiri.. entah mana silapnya tak mahunya jadi cantik sekata. Sakit lak mata menengoknya.
Rupanya ada cara macam mana nak jadikan langsir jenis eyelet ni cantik tersusun dan tak menggelembung tak tentu arah. Ini tip DIY ‘curtain devider’ yang dikongsikan Lia Johari. Cuma guna cawan plastik saja.
1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Sebelum. Senget sana sini.
Bila di tiup angin asyik bergerak dan hilang susunan. Stress mak!
Guna plastik cup macam ni.
Belah dua cup guna gunting dan kemudian potong bentuk bulat bahagian bawah cup.
Masukkan cup yang telah di potong tadi pada rod langsir mengikut gelembung langsir.
Done!
MW : Mudah sangat rupanya. Bolehlah mak-mak cuba ya.
Baca sini :
Artikel ini disunting dan diterbitkan dengan keizinan penulis, Lia Johari
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selalunya bila nak tanak pulut pasti gunakan periuk pengukus. Namun sebenarnya ada cara lebih mudah dan senang nak tanak pulut ni dengan menggunakan periuk nasi je. Mak-mak yang nak cuba cara ni boleh ikut tip yang dikongsikan oleh PuanSiti Asrien Mohd Hassan ini sebagai rujukan.
“Panjangkan pahala seorang kawan.Tips/cara dari seorang kawan untuk tanak pulut dengan rice cooker.”
1. Basuh beras bersama sedikit garam untuk dapat efek berkilat.
2. Basuh 3/4 kali basuhan.
3. Sukatan air untuk tanak pulut tu guna ruas jari telunjuk macam dalam gambar ni. Tak kisah beras banyak mana, air sukat sebanyak separuh ruas pertama jari telunjuk.(jari diatas beras).
4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tak boleh longgar supaya wap panas tak keluar.
5. Tekan COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
6. Jangan bukak tudung periuk langsung sehingga masak. InsyaAllah pulut cantik.
7. Selepas WARM pun jangan terus bukak biar 5-10 min baru bukak penutup, bagi pulut masak dengan wap panas.
Dah setahun lebih guna tips/cara ni tanak pulut. Buat tapai pun senang, tak payah kukus.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak tanak pulut, tapi takde periuk pengukus boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan ni. Lebih mudah!
Kisah Mya Khadeeja, kanak-kanak perempuan autistik yang dilaporkan hilang ditemukan terapung di kolam takungan banjir di PPR Taman Nagasari petang semalam cukup mencuit emosi mak-mak.