Segelintir mak ayah diuji anak autisme. Tak mudah untuk mak ayah lalui proses membesarkan anak istimewa ini. Sepanjang masa kesabaran diuji. Malah, jadi penat bila asyik mencari punca.
Guru Besar SK Pekan Nanas, Firdauz Abdullah juga diuji anak autisme. Apabila anaknya, Matiin disahkan autisme. Dan ini yang ayah ini lakukan.
Perasaan Aku Bila Tahu Matiin Seorang Autisme
Pernah ada yang bertanya, apa perasaan aku bila tahu Matiin seorang autisme.
Sedih? Kecewa? Redha?
Jujur aku boleh kongsi disini, semua itu terbit dalam masa yang sama. Ibu atau bapa manalah yang tak akan gusar kan?
Tiba-tiba dunia rasa gelap gelita dan seolah-olah dunia tak adil untuk kita. Pelbagai persoalan mula terbit diminda.
Lagi memburukkan keadaan bila pasangan mula menyalahkan antara satu sama lain, yang ini lagilah menyedihkan.
Korang yang sedang melalui fasa ini janganlah terus menyerah kalah apatah lagi terus menyalahkan apa yang dah pun berlaku.
Kalau hendak mencari punca, kau akan penat. Yelah, autisme belum ada faktor khusus yang menjadi penyebabnya hingga kini. Kalau ada pun cuma faktor risiko sahaja, itu pun terlalu banyak kemungkinan.
Sedih tu biarkanlah ia berlalu pergi, sampai bila nak ditanggung? Luahkanlah kepada pasangan atau sahabat biar kurang bebanan yang ada.
Ads
Kalau disimpan, kuatir ia menjadi punca kepada stress dan seterusnya makin teruk hingga membawa kepada kemurungan. Kesannya, anak syurga kita juga yang akan terabai.
Pesan aku, kita cari kekuatan untuk bangkit. Lihatlah wajah anak itu, dan fikirkanlah masa depan mereka. Cari jalan bagaimana mereka boleh dibantu, apa bentuk sokongan yang boleh diberi.
Mulakanlah dari keluarga, ibu bapa perlu bersama dan mempunyai kesefahaman dalam merancang apa yang perlu dicapai oleh anak ini. Adik beradik perlu tahu bahawa ada antara mereka ini adalah begitu istimewa sekali. Rapatkan jurang dengan kasih sayang.
Masa tidak akan menunggu kita, maka rancangan jangka masa pendek dan juga panjang perlu ada. Pendek kata, rancanglah sesuatu untuk anak ini capai bersama kita. Janganlah dibiarkan sahaja atau menafikan hak anak ini.
Sudahkan anak kita ini pandai mengurus diri? Bagaimana dengan kemahiran mereka ke tandas? Anak kita pandai meminta atau berkomunikasi jika mahukan sesuatu? Adakah anak ini tahu menyatakan perasaan mereka?
Apa Lagi Mak Ayah Boleh Bantu
Persoalan-persoalan di atas perlu ditanya kepada diri kita dan pasangan. Jadikan ia sebagai motivasi untuk membantu anak syurga kita agar dapat mereka menjalani kehidupan bersama-sama orang disekelilingnya.
Ads
Usah membanding anak ini dengan yang lain, fokuskan pencapai mereka dengan apa yang telah kita rancangkan. Biarpun perkembangannya tidaklah sebesar mana jika dibanding dengan anak yang lain, ketahuilah.. ia sebenar begitu bermakna buat mereka. Teruskan!
Seterusnya, carilah ilmu dan bina ‘support system’ antara guru – ibu bapa juga ibu bapa – ibu bapa. Dari sinilah kita dapat berkongsi pula pengalaman dan ilmu yang ada.
Banyak kumpulan sokongan yang ada diluar sana, contohnya Autisme Malaysia, NASOM, IDEAS,
Yayasan Faqeh, PPIJB dan macam-macam lagi termasuk yang tersedia di hospital dan sekolah. Lebih mudah juga untuk kita bangkit pabila rasa hampir berputus asa dengan adanya sokongan dari mereka yang faham dan berada dalam situasi yang sama.
Pengalaman kami dahulu, waktu inilah segala jenis bengkel kami sertai untuk memperoleh ilmu dalam intervensi awal serta terapi pertuturan.
Macam-macam jenis kelas juga kami hantar Matiin untuk membantunya serta bagi kami teruskan pula intervensi tersebut dirumah melalui apa yang diperhati dan diajar kepada kami.
Yelah, benda ini bukan hanya usaha sebelah pihak, walau semahal mana sekalipun yuran terapi yang dibayar.. ia bukan jaminan untuk perkembangan anak. Sebaliknya, masa bersama ibu bapa lah merupakan masa terapi terbaik untuk anak-anak ini.
Ads
Diuji Anak Autisme.. Jangan Bersedih Terlalu Lama
Paling penting, jangan berputus asa, jangan bersedih terlalu lama, jangan juga menyalahkan sesiapa termasuk anak itu! Jangan! Jangan! Jangan!
Bina kekuatan dari kesedihan, dan ketahuilah anak kita adalah anugerah terindah dalam seluruh kehidupan ini. Pimpinlah mereka hingga mereka mampu berdiri sendiri walaupun ia akan mengambil seluruh masa kita, kerana percayalah.. perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan.
Kepada ibu bapa yang sedang berada di dalam situasi seperti aku, meh kita sama-sama menyokong antara satu sama lain. Mulakan dengan melayari laman web kami Genius Kurnia di pautan ini, https://iautism.my/ https://iautism.my/
Pelbagai jenis maklumat yang boleh kau perolehi mengenai autisme dan bagaimana anak-anak ini boleh dibantu. Selain itu, ibu bapa dan guru juga boleh mendapatkan pelbagai jenis latihan dalam talian di sana.
Segala jenis latihan yang disediakan adalah untuk membantu ibu bapa, guru dan orang ramai bagi memahami apa itu austime dan bagaimana intervensi awal boleh membantu mereka. Semua ini disediakan oleh mereka yang semestinya pakar dalam bidang ini.
Akhir kata, teruskan pejuangan ini. Tanpa anak-anak ini, tidak mungkin kita akan melihat dunia dari pelbagai sudut. Tidak mungkin juga kita akan menghargai sekecil-kecil perkara di sekeliling kita. Tidak mungkin juga kita akan menjadi orang yang sabar dan begitu empati kepada orang disekeliling kita.
MW : Besar pahala mak ayah yang kekal bersabar diuji anak autisme , membesarkan anak-anak istimewa kiriman tuhan ini dengan penuh kekuatan jiwa.
Sebak! Tanpa kain alas, seorang lelaki sanggup berbaring sebelah kubur isteri. Bukan setakat berbaring, dia kelihatannya sedang nenyak tidur di samping kubur isterinya.
Sebuah video yang telah tular beberapa hari lalu memaparkan aksi seorang lelaki yang berbaring di sebelah kubur dipercayai milik isterinya, lapor laman Suara.com.
Sebak! Tanpa Kain Alas
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @lukmansemborro itu, jelas sekali kelihatan seorang lelaki sedang berbaring di sebelah sebuah kubur di Jakarta tanpa apa-apa kain untuk mengalas tubuhnya.
Sebaliknya, dia hanya mengenakan baju berwarna biru dan seluar panjang dan tidur di situ tanpa rasa bersalah.
Kubur di sebelahnya pula ditaburi dengan kuntuman bunga yang kelihatan masih baharu dan segar.
Seorang Lelaki Sanggup Berbaring
Video tersebut bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa lelaki itu berbaring di situ.
Aksi lelaki itu menyebabkan netizen berasa sedih dan sebak.
Menerusi ruangan komen, netizen dilihat membuat andaian bahawa kubur tersebut adalah milik arwah isteri lelaki itu.
“Mungkin isterinya baru meninggal dunia dan dia menunggu di sebelah kubur tersebut. Semoga anda bersabar ya,” tulis seorang netizen.
“Mungkin isterinya meninggal dunia dalam keadaan sedang hamil lalu dia menunggu di sisi isterinya bagi mengelakkan bayinya nanti diambil orang jahat, begitulah kata datuk saya dahulu,” tulis seorang netizen lain.
Video tersebut sudah ditonton hampir 10,000 kali dengan lebih 6,000 tanda suka. – Agensi
Mingguan Wanita : Ternyata kehilangan orang tersayang bukan sesuatu yang mudah. Lelaki ini sudah tentu perlukan masa untuk menerima takdir yang telah menimpa dirinya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Semakin jauh hubungan dalam rumahtangga bukan sebab perempuan ketiga tetapi sebab handphone.
Nauzubillah.
Tetapi realitinya itulah, demi sesuap nasi katanya. Maka kena pegang handphone 24 jam. Anak-anak pun tengok dan kesannya boleh mak ayah teka tak?
Dalam situasi ini bukan nak salahkan golongan suami sahaja, tetapi daripada contoh yang dikongsikan saudara Firdaus Shakirinini macam itu lah yang berlaku. Cuba fikir dan renungkan kejap.
Makin Jauh Sebab Handphone
Zaman sekarang ni, tak perlu orang ketiga untuk meretakkan atau merenggangkan hubungan suami isteri, cukup dengan benda yang ada di hujung jari kita tu.
Handphone.
Telefon yang kita pegang selalu tu, banyak isteri di luar sana yang “di duakan” suami dengan benda tu.
Isteri sambut suami balik kerja, tapi suami masuk umah sambil mengadap handphone. Duduk kat ruang tamu, mata tengok handphone. Mandi, solat, kemudian pegang handphone. Waktu makan, handphone dibawa ke meja, tangan kanan makan, tangan kiri pegang handphone.
“Abang, kerja ok tak hari ni?”
‘OK’ tapi mata masih kat hadphone. Isteri mulanya datang nak bersembang, tapi terus blah sebab mood nak bersembang hilang. Suami tak layan, jawab sepatah-patah.
Suami sibuk dengan handphone.
Ajak isteri keluar makan, sampai je kedai, tangan pegang handphone. Ajak isteri pergi melancong, jalan-jalan, sampai je kat destinasi, tangan pegang handphone. Ajak anak main kat playground, sampai je sana, tangan pegang handphone. Ajak isteri bershopping, beli barang dapur, tapi sambil tolak troli pun pegang handphone.
Handphone… handphone… handphone!
Jadi Jarang Berkomunikasi
Banyak rumahtangga yang hilang “serinya” disebabkan handphone. Hubungan yang dekat menjadi jauh. Masing-masing kurang berhubung, jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Gelak tawa pun dah semakin tiada dalam rumah tu.
Semuanya disebabkan benda yang bernama handphone.
Tolong sedar sebelum terlambat. Handphone ni nothing, media sosial ni nothing, up to date or ketinggalan ke belakang untuk benda yang viral juga nothing. Ssemua itu adalah perkara yang kita tak perlu risaukan.
Yang kita perlu bagi perhatian, yang perlu kita risaukan ialah hubungan kita dengan pasangan, hubungan kita dengan anak-anak, hala tuju rumahtangga kita dan haluan hidup kita.
Untuk apa kita berkahwin, apa tujuan perkahwinan itu. Untuk apa kita jadi suami, apa fungsi seorang suami. Untuk apa kita jadi ayah, apa fungsi seorang ayah.
Ingat balik tujuan hidup kita, apa dan siapa yang kita nak jadi. Adakah kita sanggup kehilangan anak bini hanya disebabkan handphone?
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beruntungnya sesiapa yang ada adik beradik ramai. Macam-macam perangai dan karenah boleh dilihat. Mungkin ada yang garang, manja, cerewet dan tak kurang juga yang kedekut. Belum lagi, bila jumpa asyik perli memerli saja.
Tak kurang juga ada adik beradik yang bercakap, nampak macam nak bergaduh, sedangkan itulah sebenarnya kemesraan antara mereka. Gaduh atau marah sekalipun, hanya masa itu saja, tak ada nak ambil hati.
Tapi, mungkin juga adik beradik ramai yang terasa hati dan lebih teruk bila dia sendiri memutuskan hubungan kekeluargaan. Kononnya terasa hati. Jangan begitu, air dicincang tak akan putus. Seburuk-buruknya, mereka tetap darah daging kita yang lahir dalam rahim seorang ibu.
Mungkin ada rezeki adik beradik yang hidup senang dan tidak kurang yang hidup hanya cukup makan. Jadi, tidak salah untuk adik beradik membantu antara satu sama lain.
Antara perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad tentang adik beradik yang mengatakan kunci rezeki kita luas bila kita dahulukan dan bantu adik beradik.
Bantu sahaja ahli keluarga terutama adik beradik ssama ada mereka senang atau susah, bantu sahaja.
Jika mereka orang kaya, hantar hadiah seperti makanan, pakaian untuk anak-anaknya.
Sementelah jika mereka bukan orang senang, beri bantuan duit, makanan dan hadiah-hadiah.
Walaupun jika mereka pernah sakitkan hati kita, bantu sahaja, berhenti rasa mereka tak perlu dibantu jika mereka buat perangai sekian-sekian.
Memantu akan dapat pahala dan memberi kelapangan jiwa dan Allah bantu lebih pada kita.
Kunci rezeki ini tak ramai yang perasan. Membantu keluarga terlebih dahulu adalah kunci besar kepada banyaknya pintu rezeki.
Buat terus hari ini kawan-kawan.
Sekarang dah mudah, hanya klik-klik sahaja di mana-mana laman beli belah. Tanya diri sendiri, ada tak simpan alamat adik beradik? Jika ada alhamdulillah. Jika belum ada, tanya terus.
Beritahu nak hantar sedikit makanan.
Menggembirakan ahli keluarga akan meluaskan pintu rezeki.
Begitulah.
Keluarga adalah segalanya.
Mingguan Wanita : Ada adik beradik ramai memang banyak karenah tapi seronoknya bila dapt berkumpul, satu rumah pun dah penuh.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.