Agaknya apalah baik budi yang pernah Ebby Yus ini kongsikan, sehinggakan tuhan kirimkan seorang peminat berhati luhur memberinya sejumlah RM30,491.93 kepada pelawak terkenal ini.
Cerita Ebby, peminatnya itu berasal dari Kota Singa, Singapura. Begitu berhajat mahu memberikannya bantuan kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu. Dalam masa yang sama, peminatnya itu sedar akan masalah kesihatan yang Ebby sedang hadapi.
Bila mana Ebby tak dapat bekerja kerana PKP, sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya. Pembantunya maklumkan yang peminatnya itu mahu menghulurkan bantuan kewangan.
Awalnya, dia menolak. Bimbang ada penipuan di sebalik bantuan.
“Saya hubunginya dan jelaskan keadaan saya sudah kembali pulih. Malah, saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Tapi dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya.”
Peminatnya itu tetap minta nombor akaun bank darinya. Bila difikirkan balik, dalam akaun Ebby pun cuma RM40 saja, tak rugi pun kalau dia beri no akaunnya itu.
Ads
“Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar.”
Bersyukur dengan nikmat rezeki yang diberikan, pelawak otai ini menganggap peminatnya itu ibarat kiriman daripada tuhan untuk membantunya. Malah punyai hati yang mulia dan ikhlas.
Ads
Jika tidak kerana situasi pandemik ketika ini, tentu saja dia sudah ke Kota Singa bertemu peminatnya itu dan keluarganya. Cuma, buat masa ini mereka kerap berhubung menerusi telefon.
Terkini, Ebby menjayakan majlis pelancaran Beras Ashraffi yang juga menjadi satu lagi projek usaha sama antara dirinya sebagai penyelaras dengan pemilik Pondok Motivasi Hamlatul Qur’an, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin.
Biarpun pemandu Myvi yang menyebabkan kematian Seorang anggota tentera mendapat kecaman hebat daripada kesalahannya, namun hari ini dengan berani dia tampil memohon maaf ketika prosiding mahkamah.
Menurutnya, “Saya menyesal dan memohon ampun dari Keluarga mangsa.” Sudah tentu sebagai manusia biasa yang tidak sempurna sudah tentu juga mempunyai perasaan menyesal dan rasa bersalah.
“Saya mohon maaf dan keampunan daripada keluarga mangsa” kata Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23.
Nur Fatin, pemandu Perodua Myvi yang menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sabtu lalu, menyatakan demikian dengan linangan air mata ketika membuat rayuan dalam prosiding di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.
“Saya mengaku salah dan sangat menyesal atas perbuatan saya. Saya memohon maaf dan ampun dari keluarga mangsa kerana menyebabkan kejadian ini,” katanya.
Nur Fatin membuat rayuan berkenaan ketika prosiding tuduhan dia memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31.
Bapa mentua Allahyarham Mohd Rizal yang yang duduk di galeri awam dilihat menggeleng-gelengkan kepalanya dan menyatakan dia tidak akan memaafkan Nur Fatin ketika wanita berkenaan mengemukakan rayuannya.
Ibu Nur Fatin yang turut hadir bersama abang dan kakaknya, turut mengalirkan air mata sambil mengurut dada dan menyebut ‘Allahuakbar’ ketika mendengar rayuan anaknya itu.
Terdahulu, Nur Fatin yang memakai jaket hitam tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 8.40 pagi dengan berkerusi roda.
Sabtu lalu, polis menahan Nur Fatin selepas dia terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, di sini, hingga menyebabkan Mohd Rizal maut.
Video kemalangan maut berkenaan tular di media sosial menyebabkan pemandu wanita terbabit dikecam netizen selain kes berkenaan menjadi tumpuan awam.
MW: Semoga apa yang Berlaku ini menjadi iktibar buat kita semua, kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.
Berlegar sejak semalam tentang peraturan meja makan di rumah yang dipanggil Ayah Long ini. Budaya ‘lelaki makan dulu manakala wanita standby tengok apa yang tak cukup’ ini mendapat respons yang pelbagai baik dari lelaki mahupun wanita.
Biar pun penulis menyebut peraturan sebegitu disukai lelaki. Segelintir lelaki terutama yang bergelar suami kurang bersetuju dengannya. Malah, ada yang berpendapat peraturan sebegini tak lagi relevan di zaman sukar ini.
Lagi-lagi sekarang ini, baik suami mahupun isteri, kedua-duanya mencari rezeki bersama. Penatnya bekerja juga sama, malah bertoleransi sama-sama buat kerja rumah, itulah yang sebaiknya.
Begitulah yang dikongsikan Motivator terkenal, Akhi Fairuz Al-Jengkawi malah menyifatkan peraturan sebegitu akan mewujudkan suami yang menyusahkan isteri. Hadamkan perkongsian selanjutnya.
Benda ni tak relevan dah. Jika ia diteruskan, akan wujudnya suami yang akan menyusahkan isteri kelak.
Boleh jadi adat ini wujud disebabkan zaman itu orang lelaki kuat bekerja, pergi bendang dari pagi sampai ke petang, usahakan ladang, turun ke laut dan lain-lain pekerjaan berat.
Maka isteri dan anak-anak perempuan akan menyediakan hidangan yang lazat serta layanan yang baik sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan ayah/anak lelaki.
Namun zaman ini lelaki dan perempuan kebanyakannya bekerja, terutama yang tinggal di bandar.
Perubahan zaman, ekonomi, pendidikan membuatkan budaya yang dipraktikkan sejak turun temurun tidak lagi relevan walau pada pandangan sesetengah yang lain dirasakan adat itu baik.
Ketahuilah kita berada di zaman yang penuh rencam!
Bila bebanan yang ditanggung isteri melebihi kemampuan mereka, itu yg kadang-kadang mudah meletus pergaduhan antara suami dan isteri.
Bayangkan setiap hari perlu urus anak, masak, bersihkan rumah, hidang makanan, basuh baju, lipat baju, kerja di pejabat, menghadap jalan jem, macam-macamlah.
Suami wajib tahu buat kerja rumah juga.
Belajarlah!
Sekarang ini, bila mahu keluar ke mana-mana, barang yang paling penting mesti kena bawa mestilah pelitup muka. Satu-satunya benda yang wajib bawa dan pakai ke mana sahaja. Tapi, kena ingat pakai hanya untuk 8 jam sahaja.
Pelitup muka yang biasa kita tengok dan pakai sekarang ini pun bukan sahaja berwarna putih tapi bermacam-macam corak, bahkan pelbagai warna pula untuk menarik perhatian dan nampak cantik. Ini belum lagi termasuk harga yang dijual setiap satu.
Namun, dengan gaya yamg macam-macam pelitup muka ini, bolehkah kita pastikan ia selamat dari segi kualiti dan cara pembuatannya. Ini belum lagi termasuk, cara penjagaan kita apabila tiap kali memakainya apabila berada di luar. Sebabnya, jika nak makan atau tidak diperlukan buat sementara waktu, cara kita letak atau simpan pun boleh menyebabkan kekotoran dan tidak bersih.
Perkara yang membimbangkan di seluruh dunia dengan Pandemik Covid-19 dan langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan adalah dengan mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan dan memakai pelitup muka bila berada di tempat-tempat awam.
Sehubungan itulah, Karangkraf melalui anak syarikat terbaru, Karangkraf Medicare telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan pelitup muka yang terjamin dari segi kualiti, cara pembuatanya dan harga yang ditawarkan.
Menerusi sidang media bersama Pengerusi Kumpulan Karangraf, Datuk Hussamudin Yaakob telah terpanggil untuk melakukan sesuatu dengan mengeluarkan pelitup muka yang berkualiti tinggi dengan harga yang lebih murah dalam membantu masyarakat.
“Pelitup muka yang dikeluarkan oleh Karangkraf Medicare adalah usaha baru dalam membantu masyarakat yang bukan sahaja terjamin kualitinya, tetapi dijual dengan harga yang paling murah,” katanya yang telah melakukan penyelidikan teliti sejak Mac lalu.
Pada masa yang sama, bagi memperkuatkan jenama pelitup muka Karangkraf Medicare, tagline ‘Suci & Besih’ telah dipakai guna bersesuaian dengan cara ruang pembuatan yang bersih dan terjamin dari segi pembuatannya.
Datuk Hussamudin mengatakan konsep suci dan bersih dalam penghasilan pelitup muka ini kerana percaya, ia satu-satunya produk yang boleh digunakan bagi orang Islam tanpa was-was dan ragu-ragu.
“Malah, dalam proses pembuatannya, kita menyediakan persekitaran tempat kerja yang ‘clean room’, perkerja perlu disaring terlebih dahulu, memakai pakaian perlindungan (PPE) sebelum beroperasi dan paling penting, kami memenuhi piawaian standard World Health Organization (WHO) dalam menghasilkan ‘medical grad’ untuk pelitup muka tiga lapis.
Pekerja memakai pakaian perlindungan (PPE).
Ruang pembuatan yang bersih yang memenuhi piawaian standard World Health Organization (WHO).
Selain suci dan bersih, apa yang menarik perhatian daripada pelitup muka Karangkraf Medicare berbanding yang lain apabila didatangkan dengan ‘hygiene case’ dengan pelbagai corak yang menarik.
“Melalui ‘hygiene case ini’, ia dapat membantu kita mengamalkan cara penyimpanan yang betul selain terjamin kebersihan dan mengurangkan risiko terkena jangkitan apabila menggunakan pelitup muka dalam pelbagai keadaan.
“Dalam tempoh penggunaan selama 8 jam, pelbagai aktiviti kita lakukan seperti bersukan, makan, mahupun semasa solat. Jadi, dengan ‘hygiene case’ ini, kita boleh letak dalam envelop yang menarik untuk disimpan dalam poket atau beg yang dapat melindungi dari kuman luar.
“Malah, sesuai dengan suci dan bersih, kami memilih warna putih dan pastinya material yang digunakan juga tidak berbulu dan tali untuk earloop juga tidak mudah putus,” kata Pengasas Yayasan Warisan Umnah Ikhlas.
Memilih warna putih dan material yang tidak berbulu serta tali earloop tidak mudah putus. .
6 tema menarik design hygiene case .
Set pelitup muka karangkraf 30 keping.
Berikut adalah 6 tema menarik ‘design’ bagi ‘Hygiene Case’:
a.Floral
b.Frontliners
c.Classic
d.Musical
e.Geometric
f.Tropical
Di pasaran, pelitup muka Karangkraf Medicare ini didatangkan dalam dua set iaitu set KARANGKRAF dan set KARANGKRAF PLUS.
Set KARANGKRAF:
1. Mempunyai 30 keping pelitup muka dalam satu kotak.
2. Ada 6 pilihan ‘design’ kotak.
3. RM24 sekotak
Set KARANGKRAF PLUS:
1. Mempunyai 10 keping pelitup muka dalam satu kotak.
2. Ada 6 pilihan ‘design’ kotak
3. Disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’. Setiap pelitup muka dipek dengan teliti di dalam ‘Hygiene Case’ yang berasingan.
4. Ada 6 ‘design’ ‘Hygiene Case’ (diberi secara rawak di dalam setiap kotak).
5. Berharga RM10 sekotak
Pelitup muka Karangkraf kini boleh didapati secara online di : www.karangkrafmall.comatau boleh datang sendiri ke Karangkraf Mall di Seksyen 15, Shah Alam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!