Daging korban boleh dimasak dengan pelbagai hidangan lazat. Selalunya dimasak sup atau gulai. Rasa daging baru yang manis sangat sedap. Sebenarnya terdapat pelbagai resipi boleh dimasak dengan menggunakan daging korban. Bukan saja daging, bahkan tulang, paru, limpa, dan sebagainya. Mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
DAGING OPOR
BAHAN-BAHAN:
500gm daging – hiris nipis
200ml santan pekat
3 helai daun salam
2 keping asam gelugur
3 batang serai – titik
1 labu bawang besar – hiris
4-5 biji tomato ceri
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan kicap pekat manis
1/2 cawan minyak masak – untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis hingga hingga pecah minyak.
Masukkan pula bahan goreng sangai dan telah dikisar tadi. Kacau rata.
Setelah pecah minyak masukkan daging. Kacau rata hingga air daging kering.
Jika daging masih liat tambah sedikit air. Biarkan mereneh lagi.
Apabila daging telah empuk, masukkan santan, daun salam dan serai. Kacau rata.
Apabila kuah agak kering tambahkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
Sedia dihidangkan. Untuk masak lebih cepat, daging boleh direbus dahulu sebelum dimasak.
Biskut Almond London ni antara biskut raya kegemaran ramai. Rasa biskutnya yang rangup,ada badam panggang, disaluti coklat dan taburan badam. Ada macam-macam resipi untuk buat biskut ni, namun nak dapat rasa yang betul-betul sedap memang payah.
Puan Mia AdhaRuslyada kongsikan resipi Biskut Almond London kegemaran keluarganya dan dipelajari daripada kelas berbayar yang disertainya.
“Alhamdulillah…baru siapkan biskut Almond London yang menjadi kesukaan tetamu saya setiap kali tibanya hari lebaran…biskut wajib kesukaan kami sekeluarga juga”
“Susah nak dapatkan rasa Almond London yang betul-betul sedap jadi resepi ini saya belajar dari kelas yang berbayar. Resepi yang amat mudah, jadi hari ini saya nak kongsikan pada semua. Saya halalkan ada kisah sedih disebalik resepi biskut Almond London nie.”
Dipersilakan share semua.
ALMOND LONDON
Bahan-Bahan:
250gm butter
100gm gula aicing
2 biji kuning telor
450gm tepung gandum
Sedikit baking powder – ayak bersama tepung
1/2 cawan cornflakes dikisar halus
1 sudu teh esen vanilla
Buah badam yang dipanggang
Badam cincang untuk hiasan (disangai)
Cara Membuat:
1. Pukul manja butter sedikit kembang. Masukkan gula, pukul lagi.
2. Masukkan kuning telur sebiji sebiji + esen vanilla, gaul sebati.
3. Masukkan cornflakes, gaul sebati dan masukkan tepung sedikit-sedikit sambil gaul.Adunan mesti lembut.
4. Bulat-bulatkan dan letakkan badam dan boleh la dibentukkan sama ada bulat atau pon bujur.
5. Bakar kekuningan dalam suhu 160 selama 25 minit. Ikut oven masing-masing.
6. Apabila dah masak, ketepikan dahulu biar sejuk seketika.
7. Masak secara double boil coklat + shortening @ butter.
8. Celup biskut tadi dan ditabur badam cincang yang telah disangai kekuningan.
MW: Terima kasih kongsi resipi mudah biskut Almond London yang dipelajari dari kelas berbayar. Mak-mak bolehlah cuba nanti. Biskut ni memang ramai peminat, baik yang dewasa mahupun anak-anak.
Sedapnya makan Puding Roti Pandan Layer ini. Memang tak rugi buat mesti anak-anak suka makan. Apatah lagi jika dinikmati waktu sejuk-sejuk. Jadi mak-mak ni memang kena jadi lebih kreatif untuk olah makanan. Daripada anak tak suka makan, boleh jadi suka. Barulah tak membazir makanan.
Boleh cuba resipi Puding Roti Pandan Layer yang dikongsikan oleh Puan Rozita Daud ini.
Puding Roti Pandan Viral, saya beli dua bungkus tak habis. Anak-anak tak berapa suka. Masa tu buat Roti Pandan Sos Kastard, hari ni buat Puding Roti Pandan Layer, tak rugi buat ni mesti anak-anak makan. Resepi ada di setiap gambar.
Bahan (B)
Agar-agar tali 9g
700ml air masak
3 senduk gula pasir
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan A kecuali roti, ke dalam bekas gaul sebati jangan ada ketul-ketul tepung jagung. Biarkan sekejap.
2. Roti pandan potong tepi, tepi jangan buang blender kering untuk hiasan atas.
3. Masukkan agar-agar dan air dalam periuk dan masak sampai larut. Bila dah masak letak gula pasir dan kacau sampai gula larut. Kemudian baru masukkan aduna A kecuali roti pandan tu.
4.Dah masak sampai kilat, ingat kena kacau kalau tak puding tadi berketul-ketul. Bilas loyang dan letak puding dalam bekas. Agak-agak je dan letak roti macam nie,tapi mesti kosong. Siap letak lagi puding tutup roti.
Mingguan Wanita: Jadi mak-mak memang kena kreatif, pandai olah resipi ikut kesukaan anak.Menarik juga resipi Puding Roti Pandan Layer yang dikongsikan ini. Mesti anak-anak suka, boleh cuba nanti.
Resipi Mudah PUDING ROTI KARAMEL Pasti Jadi, ‘Blender’ Je Semua Bahan! Memang sedap jika dapat nikmati puding roti karamel, lagi pula jika dimakan waktu sejuk-sejuk. Nak buat puding roti ni mudah je. Ikut resipi yang dikongsikan ini pasti jadi. Bahan-bahan pun, kisar halus je dalam blender sebelum kukus sampai masak.
Ini resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissasebagai panduan;
Makan petang hari ni. Repeat again. Resepi mudah pasti jadi.
PUDING ROTI KARAMEL
Bahan-Bahan:
Bahan A (karamel)
4 sudu besar gula
3 sudu besar g air
*Cairkan gula dan air di dalam kuali. Guna api kecil. Kemudian tuang dan ratakan ke dalam loyang yang hendak dikukus. Ketepikan.
Bahan B
5 keping roti (buang tepi dan carikkan
5 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu cair
3/4 tin susu pekat
1/2 tin air masak (guna tin susu cair tadi je)
Cara Membuat :
Blender semua bahan dan masukkan ke dalam karamel tadi dan kukus sehingga 30-40 minit. Terbalikkan bila puding dah sejuk.
Mingguan Wanita: Mudahnya buat puding roti karamel ikut resipi ni, ‘blend’ je semua bahan. Kalau ada roti lebih dekat rumah tu boleh buat resipi ni. Memang sedap, lagi-lagi makan sejuk-sejuk.
Tragedi kemalangan van kilang di Jalan Mount Erskine meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tujuh yang lain. Kisah sebak suami dan keluarga ini menyentuh hati ramai.