Daging Bersalut Tepung Masam Manis Dan Sambal Cili Hijau Paru Sedap

Daging dan paru, kalau kena cara masaknya memang sangat sedap. Pernah masak resipi Daging Bersalut Tepung Masam Manis?

Ha..selalunya kita masak udang salut tepung je kan? Bolehlah cuba masak daging pula. Bagi yang suka masakan pedas, boleh masak Sambal Hijau Paru.

DAGING BERSALUT TEPUNG MASAM MANIS

Daging Bersalut Tepung Masam Manis Dan Sambal Cili Hijau Paru Sedap

BAHAN-BAHAN:

350 gram daging pejal – potong nipis

3 ulas bawang putih – hiris dadu

1 labu bawang besar – mayang

1/2 inci halia – racik halus

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

IKLAN

1 sudu besar sos plum (pilihan)

1/2 sudu teh lada sulah dan garam secukup rasa

3 sudu besar tepung jagung

Minyak masak secukupnya

Sedikit lada benggala merah, hijau dan lobak merah – potong dadu

Sedikit daun bawang – racik

Sedikit air

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Daging dicuci bersih, tos dan gaulkan dengn sedikit garam.
  2. Satukan tepung jagung dengan serbuk lada sulah. Lumur daging dengan tepung tersebut. Pastikan tidak melekit (satu-satu).
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging hingga kuning/sedikit garing. Angkat toskan.
  4. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan hirisan halia dan bawang putih hingga terbit wangi.
  5. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kemudian masukkan sos cili sos tomato dan sos plum. Kacau sekata.
  6. Masukkan hirisan capsikum merah dan hijau, lobak merah. Masak seketika. Tambah sedikit air jika perlu. Masak hingga kuah agak pekat.
  7. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Masukkan bawang besar, jangan goreng terlalu layu. Angkat dan hidangkan.

Lagi resipi di sini:

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

 SAMBAL CILI HIJAU PARU

Daging Bersalut Tepung Masam Manis Dan Sambal Cili Hijau Paru Sedap

BAHAN-BAHAN:

250 gram paru (rebus, hiris nipis, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng garing)

1 labu bawang besar – Hiris

2 sudu teh cuka

IKLAN

Minyak Canola secukupnya

Garam secukupnya

Bahan kisar:

10-15 biji cili padi hijau

5 biji cili besar hijau

2cm halia

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu minyak masak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Bila agak garing, masukkan cuka.
  2. Masukkan pula paru yang telah digoreng tadi dan hirisan bawang besar. Tambah garam secukup rasa. Sedia dihidangkan.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI