Senangnya nak buat Coklat Peanut Butter Marble Bar yang dikongsikan oleh Cik CA ni. Hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu biskut marie, dark coklat dan mentega je. Paling best, mak-mak tak perlu nak guna oven dan tak payah guna periuk kukus pun. Simpan dalam peti sejuk 2 jam dah boleh dimakan.Senang dan mudah sangat! Cuti hujung minggu ni, boleh lah buat untuk anak-anak nanti.
Berikut perkongsian resipi oleh Cik Ca, yang mak-mak boleh cuba;
“Tak perlu bakar tak perlu kukus coklat peanut butter marble bar ni.Lorek-lorek simpan dalam peti 2 jam dah boleh makan.Budak-budak suka ni.Comel je tengok.Resepi disediakan. Tak manis sebab guna dark coklat.Pilih yang kandungan koko tinggi.Kalau guna milk coklat,memang manis.”
Bahan-Bahan:
200 gram biskut marie cerah ( CA guna biskut jenis digestive dia mudah hancur)
120 gram peanut butter
70 gram unsalted pure butter ( kalau nak guna buttercup pun boleh terpulang )
Ads
Cara Membuat:
1.Hancurkan biskut ikutlah nak pakai pengisar atau manual.Lepas tu masukkan butter dengan peanut butter.Kisar bagi sebati.
2.Masukkan dalam bekas yang dah dilapik dengan baking paper.CA guna loyang 6 inci petak.Tekan tekan bagi padat dan ketepikan.
3.Double boil 200 gram dark coklat.Ratakan dalam bekas.Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi.Lorekkan ikut suka.
Ads
2 jam dalam peti,keluarkan dan biarkan 10 minit suhu bilik dah boleh potong dah.Best.
Ads
CA guna dark coklat sebab suka rasa coklat.Boleh guna milk choclate dan sebagainya.Tak menyesal cuba.Memang sedap.
Selamat mencuba, boleh lah mak-mak buatkan untuk anak-anak hujung minggu ni.Mesti mereka suka!
Doa ibu dan jaga hati isteri, rahsia lelaki menang 3 biji kereta dalam setahun. Dalam dunia peraduan, ramai percaya kemenangan ditentukan oleh nasib dan strategi. Namun, bagi Faiz Aizuddin, pemenang tiga buah kereta dalam tempoh setahun, rahsia kejayaan sebenarnya bermula daripada dua sumber keberkatan yang amat berkuasa iaitu doa seorang ibu dan restu seorang isteri.
Baru-baru ini, Faiz menarik perhatian warganet selepas berkongsi pengalaman hidupnya yang sentiasa dilimpahkan rezeki memenangi hadiah utama setiap kali menyertai peraduan di threadsnya.
Mengakui antara faktor kejayaannya ialah menjaga hati pasangan dan doa seorang ibu adalah tunjang kepada kelancaran rezekinya.
Kunci Pertama, Doa Ibu Yang Spesifik
Jelasnya, setiap kali meminta doa dari ibu setiap kali menyertai peraduan, doa itu haruslah bersifat spesifik. Bagi Faiz, doa yang jelas dan diulang-ulang oleh ibu dalam setiap solat mampu membuka jalan rezeki yang luas.
“Ok tips pertama nak jadi bertuah “Always minta mak doakan kita. Minta doa spesifik. Contoh; mak saya ada join contest nak menang toyota Vios ni. Mak tolong doa boleh?
“Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah kemenangan Toyota Vios dalam peraduan sekian sekian kepada anakku Faiz Aizuddin ini kerana dia sangat perlukannya, kau berikanlah kepadanya ketika tiba saat dan ketikanya, aku merayu dan memohon kepadamu. Makbulkanlah doaku..”Mak akan selit doa ni dalam setiap kali solat.
Insya Allah, kalau kita baik dengan mak dan isteri, rezeki akan sentiasa dimurahkan,”katanya yang turut berkongsi di rumahnya saja ada 5 peti ais besar dimenanginya selain ada banyak barangan elektrik lain yang kini dijualnya harga lebih rendah dari pasaran kerana sudah terlalu banyak di rumahnya.
Kesemua ini adalah hadiah kemenangan diperolehnyaTelefon bimbit ini antara hadiah terbaru dimenanginya
Berkongsi doa seorang ibu, Faiz menolak anggapan bahawa dirinya beruntung kerana memiliki ibu yang “berbeza” daripada orang lain.
“Sebab tu saya sedih kalau orang cakap ‘kau bolehlah, mak kau tak toxic’, “mak kau banyak doa’, “mak kau lain daripada orang lain”. Jelasnya, semua mak sama. Semua mak lahirkan kita dengan susah payah. Ingat doa ibu tiada hijab!!” tegasnya.
Dirinya baru memenangi Alza dalam peraduan ini sekaligus menjadikan ia kereta ketiga dimenanginya tahun ini. Terkini, dirinya berkongsi ada sebuah lagi kereta bakal menyusul.
Kunci Kedua, Restu & Doa Pasangan
Bagi Faiz, keberkatan dalam rumah tangga adalah salah satu faktor utama pintu rezeki terbuka. Dirinya turut mengakui pernah merasai perbezaan ketara apabila hubungan dengan isterinya renggang berbanding ketika hati isteri dijaga dengan baik.
“Saya perasan kalau saya berkasar dengan isteri, susah sangat rezeki nak masuk. Tapi kalau saya cakap baik-baik dengan isteri, Masya-Allah rezeki melimpah ruah. Jadi kalau nak magnet rezeki sentiasa datang, kita perlu jaga hati pasangan kita.
“Minta mereka doakan kita setiap masa. Jangan pernah lukai hatinya kerana rezeki itu juga akan pergi bersama lukanya hati mereka,” katanya dengan nada tegas tetapi penuh kesyukuran.
Berhenti kerja dan jadikan dunia peraduan sebagai rezeki keluarga
Menariknya, Faiz bukan orang baru dalam dunia peraduan. Dengan pengalaman lebih 20 tahun, dirinya mengakui hampir semua jenis hadiah pernah dimenanginya. Daripada barangan kecil hinggalah hadiah bernilai besar seperti kereta.
“Guys, banyak betul yang tanya, ‘Macam mana nak join kontes?’, ‘Kat mana nak dapat info-info?’, ‘Senang ke nak menang?’Saya dah lebih 20 tahun masuk kontes, hampir semua benda saya dah menang.
“Sampai saya berhenti kerja dan buat kerja ni full time. Nak tahu tips-tips dan tricks untuk menang? Saya akan kongsikan dari semasa ke semasa. Jangan lupa follow saya guys. Muahhhcikeddsss,” selorohnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kek Jantung Pisang merupakan kek warisan asli dari Negeri Sarawak. Namun jangan salah faham, kek ini sama sekali tidak menggunakan jantung pisang.Tapi hanya rupanya yang berlapis seakan bentuk jantung pisang.
Uniknya dan cantiknya rupa kek ini, ia tidak dibakar didalam oven seperti kebanyakan kek biasa. Sebaliknya perlu digoreng, ditindan satu persatu dalam kuali bagi mendapatkan bentuk lapisan yang cantik. Untuk membuatnya agak renyah, tapi berbaloi dengan rasa dan hasilnya nanti.
Mak-mak boleh cuba resipi Kek Jantung Pisang yang dikongsikan oleh Puan Ummi Lynn ini sebagai rujukan.
1.Putar marjerin dengan gula hingga kembang.
2.Kemudian, masukkan telur putar sehingga betul-betul kembang.
3.Akhir sekali, masukkan semua bahan-bahan yang lain.
4.Putar sampai sebati.
5. Ambil satu senduk kecil, masukkan dalam kuali, ratakan nipis dan goreng sampai masak.
6. Angkat dan keluarkan, kemudian buat lapisan kedua. Apabila lapisan kedua hampir masak, lapiskan dengan lapisan pertama tadi.
7.Buat berulang-ulang langkah ini, sehingga habis bancuhan tepung.
8. Biarkan sejuk seketika, dan bolehlah dipotong.
Siap!
Kek ni tak menggunakan oven tau..goreng guna kuali kecik yang dalam, Barulah ia cantik berbentuk bujur jantung pisang.
Biasa kita dengar sambal gesek ayam yang memang menjadi kegemaran orang ramai. Rasa padu sambalnya tak boleh nak dikata, dengan rasa pedasnya. Paling penting cara nak buat pun tak adalah susah sangat.
Sambal gesek ikan bilis, salah satu hidangan yang wajib mak-mak cuba untuk hidangan di rumah. Lebih-lebih lagi kalau dah tak tahu nak masak apa. Inilah yang menjadi penambah selesa.
Boleh cuba sambal gesek ikan bilis yang dikongsikan oleh Ameera dalam postnya di group Masakan Berpuaka. Memang padu.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...