Cendawan celup tepung memang ramai yang suka. Rasanya macam ‘ayam goreng’ pun iya. Namun ada caranya untuk buat cendawan celup tepung yang super rangup dan tak serap minyak ni. Rupanya kena masukkan sikit air kapur dan digoreng garing-garing.
Nak faham lebih lanjut caranya boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ini sebagai rujukan.
Terasa nak mengunyah cendawan celup tepung. Goreng garing-garing sangat ranggup! Sedar tak sedar dah licin. Jom tengok resepi cara #dapurpolis
Bahan Kering:
1 cawan tepung bestari pedas (tak suka pedas boleh pilih yang original)
2 sudu besar penuh membukit tepung jagung
3 sudu besar penuh membukit tepung beras
Sedikit serbuk kunyit ikut warna kuning yang diingini
Bahan Berikutnya:
1 peket cendawan tiram
2 sudu besar air kapur makan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Satukan semua bahan kering dalam bekas kacau rata.
2.Masukkan air sedikit-sedikit sambil kacau hingga terhasil adunan yang tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair.
2.Masukkan separuh dahulu cendawan ke dalam adunan dan biar salut sekata.
Ads
3.Panaskan minyak saji dan masukkan satu persatu cendawan goreng hingga garing.
Siap.
Tip Ekstra!
Tip nak ranggup mesti masuk sikit air kapur, basuh cendawan jangan sampai serap air, sekadar lalu selawat dan mesti kena goreng garing-garing baru cendawan tak serap minyak dan akan ranggup.
MW: Semoga bermanfaat! Mak-mak boleh cuba tip dan resipi cendawan celup tepung yang dikongsikan ini barulah rangup, garing dan paling penting tak serap minyak.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Buat Sendiri ROTI Gebu Lembut, Mudah Guna Kaedah KUKUS!Sedapnya makan roti panas-panas. Kebiasaannya roti dibakar di dalam ketuhar, namun ikut resipi khas yang dikongsikan ini, lebih mudah guna kaedah kukus. Hasilnya roti lebih lembut dan gebu.
Ikut resipi khas buat roti untuk kaedah kukus seperti yang ikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammadini sebagai panduan.
“Sis, resepi ni boleh kukus tak?”
Bolehhhh. Ni kita share resepi yang boleh kukus. As usual, tepungnya dalam secawan lebih saja.
Bahan-Bahan:
150g tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan butter yang dicairkan untuk topping
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. Perap sampai doh naik 2 kali ganda.
3. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci.
4. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda.
5. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus.Jangan tutup sampai ngam-ngam. Biar longgar sikit.
6. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/butter cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap.
Nota kaki:
Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu.
Kena tutup loyang pakai cling wrap supaya air tak menitis atas roti. Kalau kena air, nanti roti tak dapat kembang.
RESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang! Ada pelbagai jenis resipi dan variasi untuk membuat aiskrim Malaysia.
Namun jika inginkan kelainan untuk dibuat jualan mak-mak boleh cuba resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese ini pula. Memang sedap, lembut, berbaloi boleh dapat banyak malah cukup laris. Boleh juga dapat pendapatan sampingan di rumah nanti.
Ikut resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese yang dibuat jualan oleh Puan Nurul Zainuddin ini sebagai panduan.
Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha
Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling. Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.
Bahan-Bahan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula Emulco(apa jenis perisa yang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese) Boleh beli di kedai bakery.
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa.
Cara Membuat:
1. Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair.
2. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang suka.
4. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
5. Satukan cream cheese bersama susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu. Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Susun begini untuk mendapat pembekuan yang sekata.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang guna. Banyak tau. Hehe
Doakan Nurul dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan.
Mingguan Wanita: Nak cuba kelainan dan variasi buat aiskrim Malaysia, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap, boleh buat untuk makan sendiri seisi keluarga atau buat jualan pun boleh sangat.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.