
Isi Kandungan
ToggleKelapa parut memang banyak kegunaannya terutama dalam pelbagai jenis kuih muih dan masakan yang menggunakan santan. Bila ada banyak kelapa parut dan tak habis digunakan kenalah simpan dengan cara yang betul. Barulah ia tahan lama dan tak mudah rosak. Rupanya kena tabur dengan garam dan kukus dahulu selama 15 minit sebelum disimpan.
Untuk faham lebih lanjut, boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
“Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama.”
Bahan Diperlukan:
Garam
Loyang
Periuk Pengukus
Cara-Caranya:
- Letakkan kelapa parut di dalam loyang.
- Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata.
3. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
4. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan.Kukus selama 15 minit.
5. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik.
6. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
7. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Info Ekstra!
- Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut.
- Untuk mendapatkan santan yang pekat, blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.
Baca Lagi Di Sini: Cara Betul Simpan Lebihan Santan Segar, Taklah Rosak Bila Nak Guna
MW: Semoga perkongsian tip ini bermanfaat buat mak-mak yang nak simpan kelapa parut agar tahan lama. Jadi tak mudah rosak dan elak pembaziran. Bolehlah digunakan bila-bila masa.
Sumber: Ani Zam
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Viral Masker Ajinamoto Mampu Putihkan Wajah ‘Macam Kapas’, Bebas Jerawat Dalam Masa 3 Hari

Masker ajinamoto. Ingatkan hanya dijadikan penyedap dalam makanan, tapi ia juga memberi manfaat untuk dapatkan kulit wajah yang putih dan cantik. Inilah antara masker yang dikatakan cukup popular.
Dalam perkongsian video, masker ajinamoto disapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Hsilnya dalam tempoh 3 hari, ia mampu memutihkan kulit wajah dan nampak ‘glowing’.
Paling penting, bajet untuk rawatan ini tidak terlalu mahal dan hasilnya sangat super.
Boleh cuba nanti.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua ‘Glowing’, Guna Skrub Tomato Atasi Masalah Jerawat &; Lambatkan KEDUTAN KULIT Muka
Petua Cantik Dulu-Dulu, Guna Segenggam Beras Mampu Jadikan Kulit Licin Macam bayi!
Masker Ajinamoto, Putihakn Kulit Wajah & Bebas Jerawat
Dalam perkongsian video turut menunjukkan cara untuk menggunakan masker ajinamoto. Cuma jangan pakai terlalu lama, cukup dengan hanya 15 minit saja.
Bahan:
1 sudu besar ajinamoto
Sedikit air
Caranya:
Campurkan ajinamoto dengan sedikit air.
Kemudian, sapukan pada seluruh wajah.
Biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air bersih.
Selain itu, tidak hanya menggunakan ajinamoto semata-mata, boleh saja campurkan dengan tomato kisar atau lobak merah, mengikut kesesuaian.
Khasiat masker ajinamoti pada kulit wajah:
1. Berguna untuk masker wajah
2. Bermanfaat sebagai toner wajah.
3. Berguna sebagai scrub wajah.
4. Berguna sebagai sabun cuci muka.
Mingguan Wanita : Rasanya masker ini viral dari hujung tahun lepas lagi. Tapi tak pasti keberkesanannya. Mungkin ada yang sesuai dengan kulit muka mereka.
Sumber: bindiatamayo6 (tiktok)
@sapotlokalmalaysia Belakangan ini muncul video Ajinomoto untuk kulit wajah hingga bisa jadi putih dan glowing. AJINOMOTO mmg tidak asing digunakan utk masakan. Namun juga merupakan rahsia muka kulit muka glowing, cerah serta cantik dgn harga budget. Empat Manfaat Ajinomoto untuk Kulit Wajah 1. Berguna untuk Masker Wajah 2. Bermanfaat sebagai Toner Wajah. 3. Berguna sebgai Scrub Wajah 4.Berguna sebagai Sabun Cuci Muka #ajinomoto #ajinomotoviral #glowing #pencerahkulit #petua #petuacantik #pemutihkulit ♬ Dj no Koment (Remix) – Tuty Wibowo
@bindiatamayo6 Replying to @CallMeRaffi #flek #memutihkan #cerita #melasma #bekasjerawat ♬ Nocturne – John_Koumourou
.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rumah Kecil Atau Besar Bukan Penentu BAHAGIA, Ikutlah Kemampuan Asalkan Kemas & Tenang

Jangan ingat rumah kecil atau besar penentu kepada kebahagiaan pada penghuni rumahnya. Ada juga yang beranggapan, rumah besar, tentulah dekonya cantik dan mewah. Begitulah sebaliknya.
Paling seronok, bila lalu di mana-mana kawasan perumahan, cukup suka dan bangga tengok rumah besar-besar. Dalam fikiran mesti dekorasi dalamnya pun cantik.
Begitulah selalu yang difikirkan oleh kita. Rumah kecil atau besar tidak menggambarkan bahagia seseorang. Entah-entah rumah kecil lagi bahagia berbanding rumah besar. Malah, jangan ingat rumah kecil tak boleh dekor rumah elok dan kemas.
Rumah adalah tempat untuk kita berehat dan tenangkan diri. Kalau rumah kecil atau besar berserabut, bahagia pun belum tentu. Jadi, berpada-padalah bila buat dekoarasi rumah.
Perkongsian daripada Nurlia Mohd Nor boleh dijadikan panduan dan tip untuk mak-mak terutamanya dalam mendekorasi rumah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tetamu Datang ‘Bawa Rezeki’ Tapi Jangan Sampai Tuan Rumah Tak Selesa, Jaga ADAB!
Elak Membeli Rumah Terlalu Mahal, Jangan Beri Beban Pada ‘Future Income’
Info Lebih Menarik DI SINI
Rumah Kecil Atau Besar, Tenang-tenang Saja
Ada yang pm saya bertanyakan pendapat mengenai tip nak deko dan mengemas rumah.
Secara jujurnya saya bukanlah orang yang layak nak bercakap hal ini. Cumanya kalau setakat berkongsi pengalaman tu boleh la.
Ada 2 perkara penting yang kena ambil kira sebelum nak mendeko rumah:-
1) BAJET/ kemampuan kita. Jangan ikut ‘selera’, tapi ikutlah kemampuan supaya tak pening kemudian hari.
2) Apa yang kita SUKA, bukan apa yang orang suka. (warna, tema dan sebagainya). Kita yang nak tinggal dalam rumah tu so kita sendiri decide.
Dua ni saja cukup, kita dah pun boleh mula mendeko dan mengemas rumah dengan tenang.
Saya mengimbau kembali waktu beli rumah ni dulu. Kami sign agreement pembelian rumah ni pada tahun 2014. Dari duit simpanan bisnes yang ada pada waktu itu saya spend untuk beli barang elektrik dan perabot. Kami suami isteri memang dah plan dari awal. Ada barang dari rumah lama kami bawa, ada juga barang yang kami jual dan tinggal saja di sana untuk penyewa guna.
Kebetulan awal tahun 2015 ada satu kedai elektrik/ perabot ni buat sales. Saya beli jugak walaupun rumah belum siap. Hahaha. Saya minta kedai tu simpan barang- barang yang kami beli sehingga rumah siap. Syukurlah boleh kawtim . Dalam setahun lebih juga dia simpan.
Waktu tu kami beli:-
– Mesin basuh ruang atas
– Peti sejuk
– Hood dapur
– Dapur memasak
– Rice cooker
– Katil
– Sofa
– Meja makan
– Oven
– Microwave
Dan adalah beberapa barang lain.
Setel 1 bab..
April 2016 barulah dapat kunci rumah. Benda pertama yang kami buat adalah pasang grill, lampu, kipas, ceiling plaster dan kabinet dapur. Ni bagi saya penting. Kalau yang berhajatkan ceiling plaster ada di rumah memang kena buat yang ni dulu memandangkan habuknya tersangatlah azab nak cuci. Kalau dah masuk barang baru nak buat memang letihla. Mau berhari- hari nak hadap kerja mencuci. Silap silap boleh demam sebab habuk dia lain macam.
Tapi kalau taknak buat, abaikan.
Kalau ikutkan keinginan kabinet dapur siapa taknak yang cantik kan. Tanyalah mana- mana wanita mesti ada impian nak memiliki dapur idaman. Saya survey harga untuk solid wood (nyatoh), 3G/4G glass door dan bermacam- macam lagilah. Kalau ikut selera memang nak nyatoh. Masa tu dalam kepala nyatoh kelabu/ dark blue. Hahaha.
Tapi…
Kalau dibanding rm7k dengan rm20-30k ternyata jauh sangat beza. Boleh guna duit tu untuk buat benda lain pada waktu itu. So kami pilih yang mampu milik. Alhamdulillah dah 6 tahun pun tinggal di rumah ni. Boleh kata hari- hari masak, kabinet dapur masih elok macam dulu. Yang penting mahal ke murah penjagaan kena ada. Kalau mahal tapi tak jaga akan jahanam juga kan..
Selepas 3 tahun tinggal di sini barulah pelan pelan upgrade. Tak semua buat sekaligus. Pasang awning di porch, di balkoni, buat loteng di hall atas dan sebagainya. Awning pun yang biasa saja. Dua awning atas bawah tak sampai rm5k tak silap.
Bab deko dalam rumah pula ikutlah apa yang kita suka. Nak cat warna kuning, silakan. Nak cat warna hijau, silakan. Nak cat warna hitam pun silakan. Yang nak tinggal lama dalam rumah tu kita. So buatlah ikut apa yang kita suka. Cuma yang penting kebersihan dan kekemasan dalam rumah kenalah jaga supaya sedap mata memandang. Yang ni kenalah konsisten. Jangan masuk rumah baru sebulan dua je ok, kemudian dah tunggang langgang.
Habit/ rutin mengemas tu kena jadikan aktiviti harian barulah semua akan ok sampai bila- bila.
Kalau nak ikut pendapat orang ada orang suka tema scandinavian, ada orang suka tema farmhouse, ada orang suka tema moden dan sebagainya. Citarasa orang tak sama. So dalam mendeko ni takde istilah siapa betul, siapa salah. Masing- masing punya citarasa, so ikutlah.
Saya perasan juga sejak usia dah menjejaki 44 tahun kalau boleh semua nak tenang tenang saja. Deko rumah pun nak yang lapang, taknak serabut dah, guest friendly dan paling penting nak suasana yang menenangkan saja.
Rumah kecil atau besar bukanlah jadi penentu sesebuah kebahagian. Yang penting rumah bersih, kemas dan suasana dalam rumah tenang inshaAllah semua orang dalam rumah happy.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang tak perlu pun nak ikut orang, buatlah cara kita. Sebab yang nak tinggal tu kita dan nak tenang-tenang saja.
Sumber: Nurlia Mohd Nor
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Pilih Makanan Dalam Tin Tengok Betul-Betul, Jangan Main Ambil Je!

Isi Kandungan
ToggleMembeli barang basah dengan makanan dalam tin memang banyak bezanya. Bezanya, makanan dalam tin hanya perlu panaskan, kalau nak sedap makmak boleh tambah bahan perencah lain. Kalau makanan basah, kena bersihkan dan sediakan bahan-bahan yang ingin dijadikan hidangan pula.
Dalam keadaan sekarang ini, pilihan makanan dalam tin, mungkin jadi keutamaan mak-mak. Lebih-lebih lagi, bila perlu kejar masa, mak-mak main capai je apa yang ada di depan mata tanpa melihat dengan teliti makanan dalam tin yang diambil.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Melecur Muka & Tangan, Berhati-Hati Guna Portable Gas Stove Ketika Camping!
Makanan Dalam Tin, Hati-Hati
Balik ke rumah, barulah perasan, barang yang dibeli ada kemek sedikit, tarik luput yang tak jelas dan sebagainya.
Mahu tukar balik, macam buang masa sahaja. nak tak nak pakai ajelah. Bagi mak-mak yang begitu teliti dan prihatin tentang kesihatan, jalan terbaik, buang. Inikan dah satu lagi kerugian.
Ada beberapa perkara atau tip yang boleh mak-mak perhatikan betul-betul tentang makanan dalam tin. Bukan sahaja melihat ketelitian keadaan barangan ini tetapi kena teliti daripada semua aspek.
Semasa membeli, mak-mak kena perhatikan label pada pembungkus makanan. Walaupun kadang-kadang mak-mak hanya melihat senarai yang sudah siap ditulis dari rumah tetapi ada juga nafsu keinginan untuk mencuba produk lain. Sudahnya, mak-mak kena lihat dulu mutu barangan tersebut dan tarikh akhir yang tertera.
Roti, susu, coklat, minyak masak adalah makanan yang wajib ada. Jadi, semasa membeli ada beberapa panduan yang mak-mak kena tahu.
- *Baca bahan yang terkandung dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolesterol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
- Elakkan membeli makanan dalam tin yang berkarak, kemek atau menggelembung.
- Pastikan makanan yang mak-mak beli dalam keadaan baik dan belum tarikh akhir yang ditertera.
- Jangan sesekali membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Bimbang makanan itu sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan keluarga.
- Akhir sekali, baca dengan teliti arahan cara menyimpan yang telah tertera pada label. Ini untuk mengelakkan makanan jadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI