Cara Rebut Tempat Di Syurga, Salah Satunya Sedekah Tak Kira Masa

Hari Jumaat ini eloklah buat amalan baik sebanyak-banyaknya. Salah satunya sedekah. Bukan masa banyak duit je sedekah. Masa duit kurang pun usahakanlah sedekah juga. Sebab.. itu pun asbab untuk kita rebut tempat di syurga.

Ada tiga lagi cara yang mak ayah boleh buat, jika nak rebut tempat di syurga Allah ini. Panduan yang Ustaz Khairul Anuar Basri ini kongsikan mudah saja nak buat. Malah boleh dikatakan kita buat pun hari-hari.

Sebelum Itu Kenal Dulu 4 Kualiti Ahli Syurga

Pagi ini saya nak kongsikan 4 kualiti ahli syurga. Allah SWT sebut benda ni dalam Al-Quran, Surah Ali Imran, ayat 134 dan 135.

1. Orang yang sentiasa bersedekah ketika senang dan ketika susah.
2. Orang yang menahan marahnya.
3. Orang yang memaafkan kesalahan orang lain.
4. Orang yang ingatkan Allah dan cepat-cepat bertaubat kalau buat dosa.

Semua ciri di atas ada pada ahli syurga.

Cara Nak Rebut Tempat Di Syurga Kelak

Kalau kita nak rebut tempat kita di syurga nanti, mesti usahakan supaya kita :

1. Sedekah tak kira masa. Masa ada duit kita sedekah. Masa duit kurang pun kita sedekah.

2. Kawal marah kita. Jangan ikutkan perasaan. Bawak bertenang dan selalu ingat bahawa sifat marah itu hasutan syaitan.

IKLAN

3. Maafkan kesalahan orang lain. Jangan dipelihara sangat ego kita. Setiap manusia ada kelemahan. Bila kita maafkan orang, hati kita akan jadi tenang. Kita pun buat banyak salah juga. Harapnya, Allah SWT juga maafkan segala dosa kita.

4. Segera bertaubat. Jangan bertangguh-tangguh. Sebab kita tak tahu bilakah saatnya kita akan dijemput balik bertemu dengan Allah. Mungkin masa kita masih muda dan tubuh masih sihat.
Nikmat syurga tu kekal abadi. Luasnya seperti langit dan bumi.

Fikir-fikirkanlah dalam-dalam.

Kita nak senang sekejap di dunia, kemudian susah di akhirat, atau takpelah susah sikit di dunia tapi senang selama-lamanya di akhirat?

IKLAN

Jawapannya ada dalam hati kecil kita. Then, berlumbalah kita mengejar keampunan dan syurga Allah SWT itu dengan pelbagai cara yang ada.

#KAB
– dunia ladang akhirat –

Sumber/Foto : Khairul Anuar Basri

 

IKLAN
Cara Rebut Tempat Di Syurga, Salah Satunya Sedekah Tak Kira Masa
Kredit foto : Sinar Harian

 

World #QuranHour Suntik Semangat Masyarakat Dekati Al Quran

Atas dasar berkasih sayang inilah, wujudnya masyarakat harmoni di negara. Saling bersatu dan bertoleransi. Wawancara Sinar Harian bersama Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hushamuddin Yaacub, antaranya mengingatkan agar,

“Kita kena betulkan diri kita dahulu. Kena pastikan akhlak anak kita betul. Kita kena ajarkan mereka al-Quran, fahamkan mereka al-Quran, bentukkan peribadi mereka supaya mereka hendak menjadi orang hendak berjaya di dunia dan di akhirat.

“Supaya mereka mati boleh masuk syurga, dengan sendirinya cara hidupnya akan bagus dan akan baik.”

Info selanjutnya klik sini :

[Video] :  Bila ada sistem operasi al-Quran, dengan sendiri akhlak menjadi terpuji

[Eksklusif] : Jangan hancurkan negara dengan kebencian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI