Menyusun atur pakaian dan barang peribadi di dalam almari kadangkala boleh menjadi tugas yang agak rumit juga. Tambahan lagi kalau anda mempunyai banyak koleksi pakaian, aksesori dan barang-barang yang sewaktu dengannya.
Jika ia tidak disusun dengan betul akan membuatkan anda sendiri pening kepala dengan barangan peribadi anda itu. Jadi cara terbaik anda perlu ada sistem dalam menyusun barang-barang anda di dalam almari.
1. Gantung beg
Beg tangan atau apa sahaja beg yang digunakan harian, anda boleh gantungkan di pintu almari sebaik sahaja pulang ke rumah. Jadi tidaklah ia berselerak dan memudahkan anda mencarinya.
2. Penyangkut berwarna
Bagi memudahkan anda memilih pakaian sebaiknya anda gunakan penyangkut mengikut warna. Contoh penyangkut warna putih untuk pakaian kerja. Penyangkut hitam untuk pakaian aktiviti sabtu ahad dan seterusnya. Selain itu untuk kerja anda boleh juga susun mengikut hari. Jadi tidak lah pagi-pagi termenung begitu lama depan almari memilih baju.
Ads
3. Laci tambahan
Dalam almari pakaian wajib untuk anda ada sediakan laci tambahan untuk pakaian harian atau mungkin juga baju tidur. Laci-laci seperti ini anda boleh beli secara berasingan di IKEA dan kedai-kedai sewaktu dengannya.
4. Label pada kotak
Barang yang agak jarang-jarang di gunakan simpan dalam satu kotak dan wajib untuk anda labelkannya. Agar mudahkan anda mengambilnya bila-bila perlu.
5. Maksimum penggunaan ruang
Boleh beli organiser yang ada jual dah siap banyak dijual sekarang lepas tu susun guna kaedah bakul atau buat partition guna kotak. Pastikan anda gunakan setiap ruang yang ada sebaik-baiknya termasuklah dibahagian atas.
Ads
6. Penggantung khas tudung
Shawl dan tudung anda yang kerap di gunakan bolehlah di gantung. Sekarang sudah banyak penyakut yang di jual khas utk selendang tetapi sebenarnya anda boleh juga menggunakan shower rings dan letakkan di penyangkut.
Tetapi untuk tudung awning ini cara yang paling sesuai kalau kita gulung nanti agak-agak anda pakai tak kalau gulung? Jadi eloklah biar nampak, baru anda pakai!
Ads
7. Label pakaian
Bukan pakaian bersih sahaja anda perlu uruskan dengan baik sebaliknya pakaian kotor juga perlu di uruskan secara bersistem. Labelkan pakaian kotor anda. Mana satu untuk baju putih, baju harian dan sebagainya.
8. Double hang
Sekiranya ruang di dalam almari agak terhad tempat penggantungnya anda boleh buat ‘double hang’. Ini juga sesuai untuk baju yang anda dah siap-siapkan untuk di pakai seminggu. Boleh lah pasang-pasangkan menggunakan cara ini.
9. Tempat khas aksesori
Aksesori seperti rantai, subang, gelang dan sebagainya perlu ada satu tempat khas dan sebaiknya di gantung. Mudah untuk anda pilih setiap kali ingin memakainya.
Nak tengok hasilnya tak? Hah, mak-mak boleh mulakan aktiviti kemas almari hari juga ya. Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tulisnya di instagram, “Orang selalu tanya, saya ini berdarah kacukan mana.. saya campuran Filipina, Melayu. Dan sejak saya kecil, saya selalu berfikiran yang saya sama seperti orang lain.
“Menjadi anak kacukan ‘celup’ ada baik dan buruknya. Wajah pan Asian yang dimiliki membuka ruang untuk saya menceburi dunia peragaan dan industri filem.
Dalam usia 50-an masih mantain body macam anak dara.
“Tapi dalam masa yang sama, saya menjadi stereotype. Watak untuk saya lakonkan menjadi terhad. Yang mana saya tak boleh berlakon menjadi gadis kampung.”
“Bukanlah bermakna saya merungut, tapi saya berharap kelak akan ada watak yang lebih versatile untuk pelakon ‘celup’ macam saya.”
“Apa pun.. saya teramat bersyukur dengan setiap perkara yang telah saya jalani. Dan berharap ia akan menjadi lebih baik lagi pada masa hadapan.”
Walau tanpa secalit mekap, Datin Maria Farida tetap terserlah cantik.
Datin Maria Farida Cantik Semulajadi
Untuk pengetahuan pembaca, Maria Farida ini tak amalkan pun petua jamu dan sebagainya. Dirinya cuma sentiasa rasa gembira dan jalani kehidupan yang sihat saja.
Rutin jagaan kulit pun cum adengan mencuci muka dengan pencuci mekap yang berpelembab. Sebabnya, kulit Maria Farida ini jenis sensitif, jadi tiada produk yang sesuai dengan kulitnya.
Akuinya, ianya adalah kecantikan semula jadi yang mana datangnya dari faktor genetik ibu dan nenek. Malah nenek beliau pun masih nampak muda walaupun usianya sudah lanjut.
Macam tak ada beza je dulu dengan sekarang.
Haa.. tengok perbezaan gambar yang Maria Farida kongsikan ini. Yang berbaju merah itu diambil pada tahun 2006, manakala yang berbaju putih itulah wajah terkini beliau.
Tak ada bezakan. Bezanya adalah gaya terkini lebih relaks dan tenang. Itu yang diakui Maria Farida sendiri.
Datuk Fadzilah beri pujian. Seperti yang diketahui ramai kisah pempengaruh Alif Teegar yang berkahwin dua mendapat perhatian ramai.
Dek kerana mempunyai nama yang sama, Alif Satar turut menerima tempias. Malah Pakar Motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah juga turut memujinya sebagai contoh lelaki terpuji.
Datuk Fadzilah Beri Pujian
Menerusi perkongsian di media sosial, Datuk Fadzilah memuji keperibadian Alif.
“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar saja yang Tok Abah berkenan. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap. Memang nampak gaya hidupnya seimbang dunia akhirat. Alhamdulillah!” kata pakar motivasi popular itu.
Seperti mana dipetik menerusi portal berita Alif Satar menyatakan enggan menangguk di air keruh dek kerana pujian yang diberikan.
“Saya segan, tak ‘best’ sebenarnya hal pujian datang daripada berita negatif orang lain.
“Jika ‘fun’ dan kelakar di media sosial tapi orang lain punya kehidupan terjejas, banyak hati yang terguris. Netizen pun komen pedas-pedas dan kelakar.
“Saya tak suka komen sebab saya tahu pun apa nasib saya pada masa depan, pengakhiran saya tak tahu bagaimana. Datuk Dr Fadzilah komen itu alhamdulillah segala pujian bagi Allah, saya tak rasa patut berbangga dengan pujian ini.
“Orang boleh cakap apa negatif atau positif. Tapi saya tak berapa berkenan jika pujian itu lahir daripada berita tak berapa enak orang lain,” ungkap Alif seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Pedoman & Peringatan Diri Sendiri
Menurut Alif lagi, dia ada juga turut menerima mesej yang bertanya adakah dirinya bernikah lain.
“Saya pun terkejut apabila dapat mesej atau komen yang bertanya bila saya bernikah lain.
“Mana ada orang sempurna. Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya. Buka aib saya macam mana?
“Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa kepada saya. Jadi, saya tak berani hendak kata apa-apa. Bila perkara ini jadi, ia sebagai muhasabah kepada diri sendiri,” sambungnya.
Berpakaian sari dengan aksesori yang bergemerlapan, nampak sangat cantik, persis Kajol katakan. Sampaikan ada majlis-majlis tertentu, mungkin pertunangan, perkahwinan, keraian dan sebagainya yang pastinya akan mengenakan tema bollywood.
Berangan nak nampak cantik macam Kajol atau artis bollywood lain. Bukan setakat pakaian dan akseseori digayakan tapi ada juga seetengah kita yang sanggup mengenakan pottu atau sindoor di dahi.
Kita anggap itu hanyalah sekadar untuk mengikut tema bollywood tapi tanpa sedar tanda itu adalah simbolik dan identiti agama hindu. Dari segi pakaian mungkin tiada masalah pun sebab itu adalah budaya orang India.
Teguran Dr Malar sangat baik untuk wanita Islam di luar sana yang nak nampak macam Kajol sampai lupa mana budaya dan hukum agama itu sendiri.
Antara intipati perkongsian Dr Malar dalam video tiktoknya:
“Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang wanita Islam yang mengenakan pakaian tema bollywood. Sebenarnya, terdapat dua komponen iaitu bangsa India dan komponen agama Hindu.
“Contohnya, kalau nak pakai tikka (aksesori) yang cantik di bahagian dahi. Itu adalah budaya dan tiada masalah untuk mengenakan, termasuklah memakai sari henna, subang, cincin dan rantai. Itu adalah budaya.
“Tapi saya tengok ada rakan agama Islam yang memakai pottu, itu adalah agam Hindu. Kebiasaan wanita India yang telah berkahwin akan memakai pottu berwarna merah dan yang pakai warna hitam adalah wanita ini belum berkahwin.
“Sindoor yang dipakai di di atas kepala juga bukan budaya. Jadi, jaga-jaga bila pakai pottu semasa mengikut tema bollywood, takut jatuh hukum. Ambil budaya dan bangsa saja. Hati-hati dengan komponen agama hindu.
Mingguan Wanita : Teguran yang baik dari Dr Malar.
Dalam pada itu, Ahmad Iqram Mohamad Noor turut mengulas tentang apa yang dikatakan oleh Dr Malar ini sebagai satu teguran yang sangat baik buat wanita muslim tidak mengenakan Bindi (dalam bahasa Tamil disebut sebagai Pottu) di dahi sewaktu mengenakan pakaian bertemakan Bollywood atau Hindi.
Secara umumnya konsep simbolik “hiasan” di dahi ini masyarakat Hindu namakan sebagai Tilak. Tilak merujuk kepada apa-apa simbolik yang disapu di dahi seseorang penganut Hindu.
Ini kerana di dalam agama Hindu mereka percaya bahawa dalam diri batin seseorang itu terdapat 7 titik chakra yang perlu dibuka oleh seseorang untuk mencapai “pencerahan” bagi mendapat tahap spiritual tertinggi. Salah satunya adalah titik chakra keenam yang merujuk chakra di dahi yang dikenali sebagai Chakra Ajna atau Chakra Mata Ketiga.
Bagi penganut Hindu, mereka percaya dengan memakai Tilak di dahi ia membantu untuk membuka titik chakra tersebut di dahi.
Malah bagi setiap aliran penyembahan dewa dalam agama Hindu mereka memiliki simbolik berbeza di dahi. Jika seseorang itu beraliran penyembahan dewa Siva (Saivite) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk 2 atau 3 garis putih memanjang secara melintang di dahi.
Jika mereka aliran penyembah dewa Vishnu (Vaishnava) maka Tilak di dahi mereka akan berbentuk “U” dan “V”.
Manakala bagi penyembah aliran Dewi (Shakta), mereka akan mengenakan tilak berbentuk titik dot merah di dahi. Begitu juga dengan masyarakat Hindu Bali, mereka mengenakan Tilak beras ditampal di dahi mereka.
Selain itu juga mereka memiliki satu lagi dekorasi di dahi khusus bagi wanita Hindu dengan dinamakan sebagai Bindi atau Pottu yang berbentuk pes merah yang disapu dot di dahi atau kadang kala digunakan permata atau manik. Bindi juga sinonim dengan simbolik keagamaan terutama menandakan perkahwinan bagi wanita Hindu.
Secara kesimpulan, dekorasi di dahi bagi imej penganut Hindu adalah merupakan simbolik dan identiti keagamaan dan bukan kebudayaan. Oleh itu, sebagai muslim imej sebegini adalah perlu dielakkan kerana ia termasuk dalam bentuk tasyabbuh (menyerupai) yang mana muslim dilarang menyerupai amalan dan imej orang bukan Islam yang jelas bersifat keagamaan.
Sabda nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” Riwayat Abu Daud (4031)
Keistimewaan masyarakat di Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama melahirkan adat dan budaya yang pelbagai. Sikap toleransi sesama kaum memainkan peranan yang penting bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Islam sebagai agama rasmi di Malaysia sangat menekankan keharmonian dalam memperkasakan hubungan talian silaturrahim sesama masyarakat serta menghormati di antara satu sama lain yang sudah lama terpelihara. Ini seperti yang disebut di dalam al-Quran:
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
(Surah al-Hujurat, 13)
Namun, Islam sangat menitik berat umatnya agar menjaga batasan syariat supaya tidak melakukan perkara yang melangkaui Batasan agama seperti melakukan perbuatan syirik terhadap Allah SWT serta melakukan perbuatan yang boleh menjurus kepada lembah kerosakan.
Sebagai umat Islam menjaga aqidah merupakan perkara yang penting, oleh itu menjauhkan diri daripada segala bentuk ritual ibadah agama lain merupakan perkara yang wajib bagi umat Islam. Firman Allah SWT:
لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ
Maksudnya: Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat) kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu.
(Surah al- Syura, 15)
Dalam etika pemakaian dan perhiasan yang digunakan di dalam agama lain, perkara yang perlu diteliti oleh umat Islam berkaitan persoalan adakah ia merupakan kegunaan bagi syiar atau simbol dalam agama atau sekadar adat dan budayanya sahaja. Hal ini kerana Baginda Nabi SAW melarang menyerupai golongan kafir di dalam hal syiar atau identiti agama mereka. Hadis daripada Ibnu Umar R.Anhuma bahawa Baginda Nabi SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah dari kalangan mereka
Riwayat Abu Daud (4031)
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...