Bagi mak-mak yang rajin buat kek, biasanya menggunakan whipping cream ini sebagai salah satu bahan utama. Namun sedia maklum, sekotak kecil harga Whipping Cream ni pun boleh tahan harganya. Kalau berniaga, lebih jimat kos bila buat sendiri Whipping Cream ni. Nak buat pun mudah sahaja, guna 5 bahan, pukul rata semuanya.
Boleh cuba buat Whipping Cream sendiri seperti yang dikongsikan oleh Puan Shaza Kamilah ini.
Dekat Kuala Terengganu sekarang memang Tatura Cream Cheese & Whipping Cream dah habis ehh. Ni penangan Kek Tornado Viral ke? hehe. Saya cari dekat semua kedai bakery tapi dah habis. Last-last tanya staff kedai bakery resepi buat whipping cream sendiri. Saya share sekali dekat sini supaya senang nanti saya pun nak tengok lepas-lepas ni.
By the way whipping cream ni lagi jimat..hihi. Rasanya pun sedap, tapi saya 1st time jugak try ni yea. Jadi tak tau tahan lama mana kalau nak simpan hihi.
Bahan-Bahan:
1 sudu besar ovalette
5 sudu besar susu pekat
4 sudu susu tepung full cream
2 sudu gula halus **kalau suka manis buat 3 sudu
kiub Ais 1 mangkuk
Cara Membuat:
Pukul semua bahan-bahan sehingga kental seperti dalam gambar.
**Hati-hati masa pukul semua bahan nanti ais terpelanting.
**Guna bekas besar sikit supaya whipping cream boleh mengembang dengan jayanya.
Ads
Siap! Selamat Mencuba!
Nak lagi mudah beli je la whipping cream harga murahdi sini.
Mingguan Wanita : Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri whipping cream ini di rumah. Bila buat sendiri lebih yakin kebersihannya, terjamin halalnya dan jimat kos. Guna 5 bahan je.
Seronoknya bila mak-mak yang suka bercucuk tanam melihat pokok hidup subur dan membesar. Lebih-lebih lagi, kalau suburkan tanaman tanpa baja. Macam mana pula tu?
Rupanya, ada cara yang boleh bantu mak-mak yang suka menanam di rumah tanpa baja, hanya guna bahan organik saja. Ini pun sudah cukup untuk membantu gemukkan tanaman.
Inilah antara yang dikongsikan oleh Yna White, cara dia suburkan tanaman tanpa baja dan menggunakan semburan serangga organik saja. Boleh ikut cara dia. Mesti geram bila melihat hasil tanaman yang gemuk dan subur.
Awal pagi di kebun dan alhamdulillah melihat pokok-pokok subur menghijau.
Ada cara nak suburkan tanaman tanpa baja kimia. Ini saya kongsikan.
Bukan Baja Kimia
Sejujurnya saya tak pakai apa-apa baja kimia, hanya gunakan tanah hitam sawit original tanpa campuran. Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat. Jadi saya tambahkan pasir untuk bagi tanah tu tak padat dan peroi. Akar pun boleh bekerja dengan baik. Tanah hitam ni dah berbaja, sekali sekala saya siramkan pokok-pokok ini dengan air basuhan beras, air nasi basi, basuhan ikan atau ayam.
Ramuan Pati Untuk Semburan
Racun serangga saya DIY sendiri saja. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Antara ramuan pati yang saya gunakan ialah:
Guna 3 bahan sahaja. 1 botol mineral besar air nasi basi
(Ramas-ramaskan nasi basi tu dengan air, lagi pekat lagi bagus) + 1 labu bawang putih (tak perlu kupas) + 1 paket kecil ajinomoto
Blenderkan semua, tapis dan simpan dalam botol mineral. Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam peti ais.
Buia nak guna, masukkan sedikit pati dalam botol spray + air paip. Gincangkan, sentiasa spray pada-pokok.
Tip:
Selain boleh menghalau serangga, ia juga boleh suburkan & gemukkan pokok.
Waktu yang sesuai untuk spray racun serangga organik ini lepas siram waktu pagi.
Jangan spray dahulu sebelum siram pokok dan jangan lupa siram 2x sehari.
Sentiasa trim buang daun-daun yang tidak sihat dan sakit.
Inilah hasil tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia..
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Tak dinafikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Tak kiralah bagaimana kita usahakan baik rawatan secara moden mahupun tradisional. Sebaiknya-baiknya diusahakan kedua-duanya, disamping melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan doktor, tak salah usaha juga untuk rawatan alternatif.
Daun sup dan bawang putih sememangnya terbukti mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Malah amalan meminum air kisaran Daun Sup dan Bawang Putih, dikatakan petua ikhtiar bagi merawat penyakit darah tinggi supaya tekanan darah sentiasa di paras normal.
Baca perkongsian daripada Asrie Baker sebagai rujukan;
Semasa usia hujung 20an dan masuk 30an catatan tekanan darah aku selalu nya menunjukkan peningkatan yang sememangnya akan menaikkan lagi bacaan. Gerun bukan?
Kalau waktu tengahari, kerap aku rasa pening yang amat dan rasa tak selesa bahagian kepala dan tengkuk. Pernah cuba nak mohon skip atau tukar aje jadual mengajar di tengahari, tapi aku redo kerana penyakit keturunan katanye.
Pernah satu ketika catatan aku melebihi tahap ke2 hipertensi iaitu 160 ke atas dan doktor arah aku ditahan. Aku bagi macam-macam alasan tak nak masuk wad sebab janji nak rehat betul-betul di rumah.
Balik rumah, aku cari daun belimbing buluh sebab kata orang, ianye boleh kurangkan sakit. Merata aku pusing Kg Sg Buaya, cari pokok belimbing, sehinggalah terjumpa pokoknya di sebuah rumah berhampiran sungai.
Ubat Darah Tinggi
Aku bagi salam untuk kebenaran ambik daun tu. Muncul dari tingkap seorg budak perempuan dalam usia awal 20an, tanya sebab apa nak ambik daun tu? Aku cakap untuk ubat darah tinggi. Dia keberatan nak bagi sebab dia kata ada yang lebih mujarab dan terbukti berkesan dari daun belimbing.
“Abang, mak saya dulu pengidap darah tinggi yang agak kronik tapi alhamdulillah, ada seorang Indonesia bagi petua untuk amalkan. Dia minum air daun sup dan bawang putih yang sudah diblender. Amalkan selalu, sampai sekarang mak saya dah takde darah tinggi “
Owh ye ke. Setelah berterima kasih, aku pulang dan terus cuba. Cari daun sup, campur bawang putih dan air, kemudian blender. Walaupun pada awalnye tak confident, tapi aku tetap nak try jugak.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan minum beberapa hari, aku chek, darah tak tinggi lagi. Aku terus amalkan dari minum hari-hari, aku minum jarang-jarang dan kini jadi kadang-kadang. Sampai sekarang bila chek, tekanan darah sentiasa di paras normal.
Cuma kena tahan le. Rasanye memang tak sedap cuma nak sihat tak? Jangan hirau bab yang tak sedap tu, teruskan minum. Insya Allah ada kesembuhan di situ.
Terima kasih kat budak perempuan yang kasi petua ni. Agak-agak sekarang dah masuk usia lebih 40 kot, semoga Allah Merahmati serta permudahkan hidupnya serta yang empunya susunan asal usul petua ini. Cubalah, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ. InsyaAllah.
Bahan-Bahan:
Daun Sup
Bawang Putih
Air Suami secukupnya
Cara Membuat:
1. Ambil bawang putih dalam bilangan ganjil dan beberapa helai daun sup yang diamik dengan batangnye sekali.
2. Potong-potong daun sup tu, masukkan dalam jug blender bersama bawang putih dan air. Aku guna air suam je.
3. Hasil selepas blender, cantik warna hijau.
4. Tapis airnye ke dalam cawan. Boleh la campur sikit air suam. Pastu bismillah, minum lah jangan cium baunya, nanti tak tahan. Lepas minum, boleh la kulum gula-gula untuk hilangkan rasa tak sedap tu. Cubalah selalu, mudah-mudahan ada kesembuhan di situ, Insya Allah.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Boleh cuba amalkan air kisaran daun sup dan bawang putih sebagai salah satu ikhtiar untuk mengawal darah tinggi. Namun paling penting, pastikan dapatkan rawatan doktor dan lakukan pemeriksaan terlebih dahulu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selalu orang ingat, bila nak diet dan nak kuruskan badan tak perlu pun makan nasi. Ambil saja makanan lain asalkan bukan nasi. Sampaikan ada yang ambil lauk pauk penuh pinggan pun tak kisah.
Selain itu, nak kuruskan badan bolehlah gantikan nasi dengan roti pun dah cukup. Tapi, ada sesetengah kita yang memang tak boleh tak ambil nasi. Dalam sehari mesti ada nasi. Jadi, macam mana nak diet atau nak kurus.
Kalau nak kuruskan badan, jangan ingat tak ambil nasi. Sebenarnya, boleh sja nak ambil nasi pun asalkan terkawal. Gantikan juga nasi dengan beras perang pun boleh. Ada jalan penyelesaiannya.
Begitu juga apa yang disarankan oleh pakar fitness, Arif Sukri tentang pengambilan makanan untuk nak kurus. Tak perlu keliru pun nak ambil makanan apa semasa diet. Asalkan terkawan. Inilah cara betul dalam berdiet.
“Masa diet janganlah makan nasi. Makan saja roti perang label warna ungu tu. Cepatlah sikit kau kurus.”
“Aku tak lalulah nak makan roti. Tak kena dengan selera.”
“Diet ni kalau tak berkorban, jangan harap kau nak berjaya.”
Kawan-kawan. Pernah dengar dialog di atas. Atau kalian sendiri pernah ada pengalaman di atas? Ini antara situasi sebahagian orang yang keliru menu apa perlu dia makan semasa diet.
Sebelum sembang lebih panjang. Ini yang kalian perlu tahu,
1. Nasi dan roti adalah dalam keluarga karbo yang sama.
2. Jumlah kalori juga tak lari jauh berbeza. Satu mangkuk nasi bersamaan 2 keping roti.
3. Kalau suka nasi, makan saja nasi. Janji dalam kawalan.
4. Jika dah memang ok dengan roti, makan saja roti tapi masih dalam kawalan.
5. Roti perang agak membantu untuk rasa kenyang yang lebih lama.
6. Namun makan nasi juga bantu untuk kenyangkan. Jika cukup semua keperluan makronutrient yang diperlukan.
7. Yang jadikan kalian kurus itu bukan tentang roti atau pun nasi.
8. Tapi adalah pada kawalan dari nasi dan roti yang diambil.
9. Roti perang kalau ambil lebih pun boleh tambah berat badan.
10. Nasi jika berlebihan pun berat boleh bertambah.
Jadi begitulah. Tidak ada makanan ajaib yang boleh terus kuruskan badan. Semuanya tentang kawalan dan pengurusan pemakanan.
Siapa suka makan roti, makanlah roti. Yang nak pilih nasi makan saja nasi. Buat diet ni untuk
tahan lama. Bukan untuk sehari dua. Pastikan menu yang kita pilih kena dengan tekak selera.
Barulah diet tak terasa seksa.
Moga membantu kalian dalam buat pemilihan.
Mingguan Wanita : Betul sangat, kita cubalah macam-macam makanan untuk kurus pun tapi kalau tak kawal memang tak akan menjadi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...