
Isi Kandungan
ToggleRupanya ada tips mudah untuk cepatkan kerja-kerja merebus di dapur. Malah hasilnya cepat empuk, jimat gas dan tak perlu guna pressure cooker (periuk tekanan tinggi) lagi. Sesuai sangat untuk merebus kacang hijau, kacang kuda, daging, kentang, keledek dan sebagainya yang kebiasaannya memakan masa lama untuk merebus.
Mak-mak boleh cuba tips 5:30:7 yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa ini.
“Jalan-jalan skodeng umah orang jumpa pulak satu info ni.Cara nak jimat gas guna tips 5:30:7 dari sis fah umi yasmin. Rebus 5 minit, tutup 30 minit, rebus semula 7 minit”.
“Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…Alhamdulillah suma menjadi”.
* Tips 5:30:7
1.Masak air sampai mendidih.
2.Masuk kacang/daging/keledek/kentang
3.Biarkan mendidih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
4.Tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk.Biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
5.Lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih).
6.Tutup api.
Info Ekstra!
* Tips ni berguna untuk yang x de pressure cooker.
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air.Saya tutup periuk sepanjang merebus.
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba).
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!

MW:Menarik perkongsian tips ini. Memang kena cuba, untuk memudahkan kerja-kerja memasak mak-mak di dapur nanti.
Sumber: Nor Izan Mustapa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Pelik Kalau Berat Badan Naik Bulan Ramadan, Puncanya Dari Minuman Bergas, Kordial

Isi Kandungan
ToggleBila tiba bulan Ramadan, inilah masa untuk turunkan berat badan. Tapi ada sesetengah kita berat badan naik pula. Pelik bin ajaib. Sedangkan apa yang dimakan semasa berbuka tak adalah banyak sangat.
Jangan terkejut kalau berat badan naik. Bukan setakat ambil makanan yang terlalu banyak tapi ia mungkin melibatkan pengambilan minuman bergas atau kordial. Inilah boleh jadi satu sebabnya.
Lagi menyedihkan berat badan naik dan timbul pula masalah kesihatan lain. Kena tahu, semua ini boleh berpunca dari pengambilan minuman bergas yang biasa diambil bukan setakat bulan Ramadan tapi juga pada bulan-bulan biasa.
Ikuti penjelasan daripada pakar dietitian Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok tentnag pengambilan minuman bergas semasa bulan Ramadan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ambil Pil Penahan Haid Bulan Ramadan?
Sebab Nak Cepat Kurus, Perut Bengkak Minum Teh Hijau, Air Lemon Berlebihan, Berpadalah!
Info Lebih Menarik DI SINI
Berat Badan Naik Sebab ‘Ketagih’ Air Bergas
Seperti yang kita tahu, minuman bergas ini mengandungi sehingga 6 sudu gula untuk setiap gelas dan kandungan gula yang terlalu tinggi ini dapat meningkatkan risiko kepada penyakit tidak berjangkit.
Pengambilan air bergas dalam kuantiti yang banyak dan berterusan di dalam bulan Ramadan dapat menyebabkan seseorang menghadapi penyakit kencing manis malah boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa.
Jika pengambilan ini tidak dihentikan seterusnya ia dapat mengakibatkan kerosakkan buah pinggang seperti yang dikatakan oleh Ketua Hospital Kerajaan Dr. Adib Risvi, pakar buah pinggang.
Minuman berkarbonat/bergas dikategorikan sebagai minuman berkafein dan semasa bulan Ramadan, pengambilan air berkafein perlulah dikurangkan bagi mengelakkan kehilangan air dari badan justeru dapat menyebabkan dihidrasi.
Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Pengambilan air bergas dalam jangka panjang boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan di mana ia dapat meningkatkan berat badan dan seterusnya menyebabkan penyakit obesiti. Kesan kepada penyakit obesiti dan berlebihan berat badan dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Selain daripada risiko penyakit tidak berjangkit, kesan jangka masa panjang pengambilan air bergas juga boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah dehidrasi.
Dehidrasi perlu dielakkan semasa bulan Ramadan kerana ia dapat menyebabkan seseorang berasa cepat haus atau dahagakan air manis, mengalami keletihan dan mudah mengamuk, gangguan emosi seperti mudah marah dan mengurangkan fungsi otak untuk berfikir. Selain itu, ia juga menjadikan bibir dan kulit cepat kering, air kencing menjadi keruh dan mengganggu degupan jantung dan pernafasan menjadi laju.
Elak Ketagih Minuam Bergas
Ada cara menangani masalah ‘addict’ pengambilan minuman bergas adalah seseorang boleh menggantikan air berkarbonat anda dengan:
1. Melebihkan minum air kosong iaitu dengan mengambil 8 gelas air kosong dalam sehari. Air kosong tidak mengandungi gula dan kalori berbanding minuman bergas.
2. Menggantikan minuman bergas dengan minuman bersusu di mana ia lebih berkhasiat untuk kebaikan sumber kalsium, tulang dan gigi yang kuat.
3. Menukarkan minuman bergas dengan jus buah-buahan asli dan segar bagi membantu menambahkankan sumber vitamin dan mineral di dalam badan.
4. Memilih minuman isotonik yang tidak berkarbonat, rendah gula dan tanpa pemanis serta perisa tambahan.
Perlulah diingatkan bahawa minum air bergas dalam kuantiti sedikit tidak menimbulkan masalah, yang penting jangan jadikan ia sebagai tabiat atau ketagih untuk minum minuman berkarbonat setiap waktu.
Minuman terbaik di bulan Ramadan.
1. Lebihkan pengambilan air kosong.
• Minum air kosong sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas. Ia dapat membantu mennghidratkan tubuh badan selepas seharian berpuasa.

2. Jus buah-buahan
• Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkan daripada meminum minuman bergula seperti minuman kordial.
Mingguan Wanita : Ingat, bagi yang ambil peluang nak turunkan berat badan di bulan Ramadan, elakkan minuman bergas, kordial mahupun minuman manis lain.
Sumber: Norhamizah Binti Sohaimi, Dietitian, Pantai Hospital Laguna Merbok.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Kusyen Kerusi Lama Jadi Baru, Tak Perlu Buang Dan Jimat Belanja

Kebanyakan kusyen kerusi sekarang ini tidak mampu bertahan lama. Tidak sampai dua tiga tahun, mulalah kusyennya tenggelam dan penyek. Ini belum lagi anak-anak kecil yang melompat-lompat di atasnya.
Kalau nak dibandingkan dulu, kerusi kayu yang dulu-dulu cukup tahan lama dan kalau balik kampung, inilah kerusi yang menjadi pilihan setiap rumah. Belum lagi kusyen kerusi yang masih elok dan empuk kalau dijaga dengan baik.
Bagi sesetengah penghuni rumah, perabot yang digunakan juga tentulah inginkan up to date, mengikut kemampuan masing-masing. Namun, kalau ingin jimat belanja dan tidak mahu keluarkan wang yang banyak, boleh saja tukar kusyennya.
Nak tahu, cara kusyen kerusi lama jadi baru, boleh tiru DIY yang dilakukan oleh Suhaiza Shaari. Jimat belanja dan modal untuk jadi baru tidaklah terlalu banyak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: DIY Repair Sendiri Pintu Kayu Rumah Berlubang, Bajet Tak Sampai RM50, JIMAT!
DIY Dapur Mak Ayah Versi Bajet, Guna Rak Dan Wallpaper, Cantik Hasilnya
Info Lebih Menarik DI SINI
DIY Kusyen Kerusi Lama
“Kalau ada perabut lama jangan dibuang, saya diy tukar balik perabut lama buat nampak baru untuk rumah flat.
Cara-caranya:
1. Ini gambar kerusi asal, kusyen pun dah kemek.
2. Masa nak ukur tu kena hati-hati, jangan dah siap cantik tetiba nak pasang tak boleh masuk.
3. Ini papan bahagian belakang, letakkan span kat tepi supaya kain tak terkena nanti. Ini papan bahagian yang digunakan untuk letak buatang bagi kerusi 3 tempat duduk. Butang guna 12 biji.
4. Ini rupa asal kusyen lama yang selitkan span di antara kusyen supaya tak nampak berlubang dan nampak kemas serta padat.
5. Ini dah siap dan guna stepler gun.
6. Ini bahagian untuk masukkan butang dalam lubang yang ditebuk tadi. Kena lakukan dua orang untuk tekan dan tarik benang. Seorang lafi untuk tampal benang pada papan ketat-ketat supaya nampak cantik.
7. Bila diterbalikkan, bahagian belakang kusyen nampak lubang. Itulah tempat untuk masukkan jarum.
8. Drill buat lubang untuk butang. Boleh gunakan butang untuk kusyen sandar saja.
9. Bagi nampak kemas lagi, beli kain dalam harga rm2.50 semeter untuk tutup bahagian belakang yang tidak cantik.

10. Hampir siap.
11. Inilah hasilnya.
12. Guna jarum yang beli kat kedai bunga dan benang yang tebal sikut untuk bagi jahitan kemas dan tidak mudah putus. Lagi satu untuk pastikan butang itu melekat cantik.
MW: mana-mana yang ada kusyen yang dah kemek, bolehlah cuba buat. Nanti orang ingat macam beli perabot baru. Paling penting kalau nak buat kena ada kesungguhan.
Sumber: Suhaiza Shaari
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Spice Organizer Sendiri, Sedap Mata Memandang Lagi Mudahkan Kerja Memasak!

Isi Kandungan
ToggleKerja masak-memasak ni perlukan ‘mood’ dan suasana yang cantik baru lah lebih bersemangat nak sediakan masakan buat keluarga. Jika selama ini, mak-mak hanya simpan rempah ratus dalam kabinet dapur, apakata tukar sikit idea dengan pasang rak dan gantungkan botol-botol ini di rak.Kemudian letak label siap-siap jenis rempah ratusnya, barulah sedap mata memandang, nampak kemas teratur je dan nak memasak pun jadi lebih mudah. Tinggal capai je dan tak perlu tercari-cari lagi.
Jika mak-mak tiada kabinet dapur pun, sesuai buat sendiri DIY Spice Organizer seperti yang dikongsikan oleh Puan Fara Amirullah ni. Dengan hanya kos sekitar RM 110, boleh dapat 4 rak dengan 24 botol rempah ratus beserta sticker.Cukup mudah,lebih jimat dan memang puas hatilah bila buat sendiri.
Berikut perkongsian oleh Puan Fara Amirullah sebagai rujukan;
“Hari tu I promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja-kerja memasak.”
“Semua item I beli dekat Mr.DIY and Daiso jer, tak semua barang murah itu tak cantik yee kawan-kawan.”
“Rumah sewa I kitchen dia kecik je kalau duduk 2,3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way. Berangan memang nak buat kitchen cabinet tapi rumah sewa kan so tak payah la better simpan duit tu buat dekat rumah sendiri nanti.”
“Dapur I dinding mozek nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer. In shaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna I akan share kat bawah ni.”
“Rak and spice jar I beli kat Mr.DIY je, harga I dah mention kat pic bawah ok. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel macam I boleh cuba cara ni. Semoga bermanfaat!”
My spice organizer berangan sangat nak ada pantri ala-ala farmhouse.
This is wall hook dari daiso, ada yang 1kg, 3kg, 4kg I ambil yang 6kg harga RM5.57 per pack I beli 4 pack for 4 rack so satu rack guna 2 wall hook ni.
Rak dari Mr.DIY harga RM9.50 I guna 4.
Spice jar ni I plan nak beli kat kedai eco tapi nampak kat Mr.DIY harga jaaaaauuuh lebih murah so rembat kat sini je la, RM0.85 each i beli 24pcs baru RM20.40 murah kannn.
This is how u use hot melt adhesive wall hook tu, kena bakar sikit kat gam yang sedia ada belakang hook tu bagi cair sikit, be carefull ye kena tangan merana oii. Dah cair baru tampal and let it sit for 2 or 3 hours baru boleh gantung rak u. Wall hook ni nak pakai kat bilik air pon boleh.
Sticker boleh cari dekat shopee, lebih murah. Search kitchen label sticker.

Bahan-Bahan Yang Digunakan (24 Botol):
1.Penyangkut Dinding (Wall Hook) DAISO
RM5.57 pcs x 4 unit = RM22.28
2.Rak Mr.DIY
RM9.50 x 4 unit = RM38
3.Botol Rempah (Spice Jar) Mr.DIY
RM0.85 x 24 unit = RM20.40
4.Label Pelekat (Sticker) Shopee
RM30 (63 label) = RM30
Total Kos: RM110.68
Mudah sahaja rupanya mak-mak boleh buat sendiri Spice Organizer di rumah. Tak perlu lagi simpan dalam kabinet dapur.Hanya perlu gantung dan labelkan botol-botol rempah ratus ini, terus nampak kemas dan cantik mata memandang, nak masak pun lebih mudah tinggal capai je tak perlu tercari-cari lagi.
Selamat Mencuba, semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber: Fara Amirullah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI