
Isi Kandungan
ToggleJika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.
Namun demikian ada tips dan ilmu baru yang dikongsikan oleh ahli-ahli didalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN ) mengenai kelebihan teknik mengukus telur yang dikatakan lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Bumirah Jukki ini.
“Ni bukan telur mentah tau, saya mengunakan teknik mengukus je pakai dapur gas untuk majlis perkahwinan anak saya. Takde sebiji pun yang pecah dan 3 jam dah siap. Mudahkan! Saya ada geng tak rebus telur cara macam ni?
Perkongsian tersebut mendapat respon yang sama daripada yang lain.
Antaranya;
Sara Vee
“Saya pun guna cara ini untuk tempahan majlis kahwin.Memang jimat masa & tiada telur pecah..Dan telur jadi tahan lama.”
“Sebelum rebus/kukus kan kita cuci bersih dulu. Masa 40 minit untuk 100 biji telur. Air kena betul-betul mendidih dahulu,baru start kukus”.
“Lepas naikkan telur ke pengukus berisi telur api jangan kuat sangat. Jika terlalu panas telur jadi pecah. Cuma masa nak kukus tu air memang betul-betul kena menggelegak lepas tu slowkan api”.
Periuk Noxxa
Mimie Mohamad Noor
“Saya guna noxxa je telur 30 biji letak air 1 cawan dan masak selama 2 minit je.Tekan HP 2 minit dan tutup periuk.Kukus telur tahan lama banding dengan yang rebus”.
Saadiah Hassim

“Guna kukus yang besar. Dia ambil masa sekejap aje dalam 10 ke 15 minit”.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.
Sumber: Masak Apa Hari Ni (MAHN )
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajar Anak Masak, Soal Risau Dia Mula Pegang Pisau Patut Tolak Tepi

Isi Kandungan
ToggleAssalamualaikum, kali ini saya terpanggil untuk bercerita tentang sesekali ajar anak masak di dapur. Mungkin ramai yang tahu bukannya mudah untuk ibu yang bekerjaya seperti saya dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Sebelum pergi kerja anak-anak akan sibuk bersiap ke sekolah, bila saya pulang kadang kala sudah malam dan mereka sedang menyiapkan kerja sekolah dan kemudian masuk tidur.
Pada hujung minggu dan hari cuti umum saja masa untuk saya dan anak-anak dapat luangkan masa lebih lama. Bukannya mudah untuk mengisi masa berkualiti bersama anak-anak. Apatah lagi anak saya yang sulung merupakan kembar perempuan jadi kedua-dua mereka sememangnya sangat rapat dengan saya. Bak kata orang ada ketika mereka mahu saya membawa mereka berjalan-jalan dan melakukan aktiviti bersama. Cuma ada masanya memang sempatlah kami lakukan aktiviti outdoor seperti berjogging, shopping dan menonton wayang. Tapi ada ketikanya dek kerana terlalu penat saya lebih suka berehat di rumah.
Masa di rumah mereka suka berborak-borak, tanya pelbagai soalan. Dan paling penting mereka suka bertanya tentang keseronokan saya bekerja sebagai seorang wartawan. Malah saya lihat ada ciri-ciri seorang wartawan pada anak kembar saya kerana mereka ni jenis yang banyak tanya. Dan kadangkala saya pula pening sebab banyak soalan yang dilontarkan kepada saya.
Ajar Anak Masak
Baru-baru ini mereka ke rumah kakak saya dan belajar memasak. Sejak dari itu, mereka cukup teruja setiap kali saya ke dapur. Mereka mahu tolong lakukan kerja-kerja dapur. Memandangkan anak saya baru masuk usia 10 tahun, jadi saya agak takut untuk suruh mereka ke dapur. Banyak perkara yang tidak elok saya bayangkan akan berlaku. Tapi disebabkan mereka cukup teruja saya pun bagilah seorang potong bawang dan sorang lagi gunting sayur kacang panjang. Punyalah mereka teruja dan masing-masing buat kerja dengan tekun. Dalam hati saya tuhan saja yang tahu, janganlah benda yang tak elok berlaku.
Lega hati saya, cantik saja si kakak potong bawang dan adik dengan sayur kacang panjang. Si kakak pula sempat beritahu “mama nanti nak tolong gorerng ayam ya”, saya cakap perlahan-lahan kakak nanti mama ajar ya. Pada hari minggu lalu jadi siaplah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kari Dal Ayam dan juga Acar Nenas sebagai menu tengahari kami sekeluarga.
Sambil makan sempat lagi si kakak dan adik beritahu pada papa dan adik lelaki mereka yang mereka pun membantu mama di dapur. Pengajaran yang dapat saya pelajari pada hari tersebut, dek kerana terlalu risau, sebenarnya anak-anak perempuan saya sudah boleh diharap dan saya sebagai ibu perlu mengajar mereka ke dapur. Mungkin disebabkan perasaan yang risau saya tidak pernah terlintas menyuruh anak-anak membantu saya terutama di dapur.
Bila difikirkan semula, saya sendiri sejak usia 8 tahun saya sudah membantu ibu di dapur, malah sudah pandai menggoreng telur. Selepas ini saya mahu buang rasa sangsi dan perlu mengajar anak-anak perempuan di usia muda cara-cara mereka berkemas rumah dan memasak. Bila anak kembar perempuan sibuk membuat kerja, adik lelaki mereka pun terikut-ikut sama suka berkemas. Bila masing-masing dalam rumah sudah tahu peranan dan tugas mereka, alhamdulillah mudah kerja saya. Sekarang ni lepas pulang ke rumah, sinki bersih, pinggan dan mangkuk semua sudah dicuci. Malah rumah juga sangat kemas. Syukur kerana anak-anak perempuan saya banyak menolong saya.
Jadi kepada golongan ibu di luar sana jangan risau untuk menyuruh anak membantu di rumah, dengan cara ini membantu mereka menguruskan kebersihan dan juga membentuk peribadi mereka yang lebih ke arah seorang yang pembersih. Di sini saya ingin kongsikan resipi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah kami.
Nasi Tomato Mama Yatt
1 cawan beras basmathi
1 cawan air
2 helai daun pandan
4 sudu besar susu cair
1 biji tomato
4 sudu besar sos tomato
Garam
2 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Bahan Tumis
5 biji bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
Cara-Cara Memasak:
Mula-mua tumiskan bahan-bahan untuk menumis, masukkan tomato, sos tomato, susu cair, daun pandan dan garam. Bila sudah didih masukkan beras kacau rata. Pindahkan ke periuk nasi dan masukkan air dan biarkan hingga masak. Hidangkan.

Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
Setengah ekor ayam (basuh, kunyitkan dan kemudian goreng)
Cili kisar
Bawang merah (kisar)
Hali (kisar)
Bawang putih (kisar)
Sos cili
Sos tomato
Cara-Cara Memasak:
1. Tumiskan cili kisar, kemudian masukkan bahan-bahan kisar tumis hingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan biarkan sebati kemudian masukkan ayam goreng.
3. Sedia untuk dihidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CARA SIMPAN Daun Kari, Jemur Kering Bau Kekal Sama Tahan Berbulan!

Isi Kandungan
ToggleDaun kari memang sering digunakan dalam masakan. Namun selalunya setiap kali masak memang guna sikit je. Baki daun kari yang ada selalu cepat rosak dan kering kerana salah cara simpanannya.
Sebenanrnya ada beberapa cara untuk menyimpan daun kari ini agar tahan lama. Selain di simpan kering dalam peti sejuk beku. Boleh juga jemur, keringkan daun kari dan simpan dalam bekas kedap udara. Jadi bila nak gunakan ia lebih mudah, malah baunya juga kekal sama malah tahan berbulan-bulan.
Ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Emma Zam ini.
Selamat duduk rumah. Tebang pokok kari daripada dibuang baik simpan. Jemur dah kering masuk toples (balang/telap). Nak masak cekup je, bau pun kekal sama.
Cara-caranya:
1. Cuci bersih daun Kari dan keringkan/jemur bawah cahaya matahari.
2. Bila dah kering boleh simpan dalam bekas. Bila nak masak ambil je.
Info Ekstra!
1. Cara ni juga boleh digunakan untuk daun limau purut, daun kunyit, daun kesum.
2. Jemur daun kari dengan ranting dan dahannya sekali, jadi daun-daunnya tidak berterbangan sewaktu dijemur. Bila dah agak kering, boleh lurutkan dari tangkainya.
3. Selain jemur bawah cahaya matahari, boleh juga bakar dalam oven sekejap. Lebih cepat dah mudah.
4.Bila isi/simpan jangan padat dan penuh. Kena longgar agar dia kering tapi tak busuk. Bila isi terlalu penuh daun akan rosak berbanding isi dengan ruang yang longgar daun jadi kering.
5. Daun kari yang telah disimpan dalam bekas, boleh diletakkan pada suhu bilik sahaja, tak perlu letak dalam peti sejuk.
Baca Lagi Di Sini:
Petua Kunyit, Lengkuas, Serai & Halia Kekal Segar Tahan Sehingga 2 Bulan, Lebih Jimat & Tak Membazir!
Cara Yang Betul Simpan Sayur Agar Kekal Segar & Tahan lebih Lama!
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat. Jadi jika nak simpan daun kari, daun kunyit dan daun kesum agar tahan lama, boleh jemur dulu. Keringkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Baunya tetap sama macam fresh.
Sumber: Emma Zam
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Gel Silika, Beli Timbang Kilo. Masalah Habuk Kulat Perabot Rumah Terus Hilang

Isi Kandungan
ToggleMasalah habuk dan kulat yang menempel kat perabot rumah, memang tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi denan keadaan cuaca sekarang ini. Habuk memang cepatlah menyinggah. Manakala, kalau cuaca sejuk pula, kulat-kulat cepat membiak terutamanya pada perabot rumah.
Kadang-kadang, jenuh nak membersihkan dan setiap minggu, inilah rutin yang harus mak-mak buat. Kan. Kalau beli gel silika yang menarik habuk dan kulat, agak mahal juga terutamanya yang berkualiti. Kalau beli yang murah, takut tak berbaloi.
Jadi, apa kata kita buat sendiri saja gel silika untuk nyahkan habuk dan kulat nie. Beli timbang kilo, bolehlah dapat banyak dan satu rumah boleh letak untuk menyahkan habuk dan kulat ni.
Perkongsian daripada Bijen Mohd, boleh membantu mak-mak untuk menyediakan sendiri gel silika ini. Moga bermanfaat.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC
DIY Pasu Gantung Bajet, Tanam Sayur Boleh…Tanam Bunga Pun Cantik!
Info Lebih Menarik DI SINI
Dua Tahun Guna Cara Ini
Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah kongsi cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?
Kali ini, saya bagi testimoni sikitlah. Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ini saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.
Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik. Issue permanently solved.
Jadi, saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah
1. Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu. Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.

2. Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya. Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.
3. Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik. Kristal ni boleh di kitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur. Kalau beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
4. Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya. Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Jangan salah faham pula.
Satu lagi tip nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut. Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. So, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.
Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.
5. Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.

Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.
Jadi, nampaknya berhasillah eksperimen saya. Selamat mencuba!
MW: mak-mak boleh cuba, tak adalah tiap-tiap minggu bersihkan. Jimat masa dan tenaga.
Sumber: Bijen Mohd
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI