Cara Kira Zakat Emas, Pakai Atau Simpan Yang Melebihi Berat

Harga emas naik ke jatuh, penggemar emas tetap membeli emas. Orang kata, emas ini macam ‘magnet’ yang boleh buat seseorang rasa nak beli.. nak simpan.. nak pakai lagi dan lagi.

Dalam dok seronok mengumpul emas dalam simpanan, anda kenalah ambil tahu akan soal zakat emas ini. Pengiraan untuk emas pakai dan emas yang disimpan pun berbeza cara kiraannya.

Amil Zakat, Ustaz Faisal Rahim terangkan cara kira zakat emas secara asas dengan lengkap setiap butirannya. Mudah juga untuk anda hadamkan satu persatu penerangannya.

Jadi, bolehlah kira berapa dah gram emas anda tu. Kalau dah cukup haulnya, bolehlah dibayarkan zakat untuknya. Jangan bertidak-tidak, kerana balasan tuhan itu tersangatlah pedihnya.

Baca sini : Tip penting mak-mak kena hadam sebelum beli gelang emas pandora

Zakat Untuk Emas Dah Melebihi Berat

Jika EMAS yang anda pakai MELEBIHI berat ini, baru dikenakan zakat.

Selangor, KL = 800 gram
Johor,Ganu = 850 gram
Perak,Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf

TETAPI. Jika dalam tempoh setahun anda tak pernah pakai (contoh : emas rosak, emas design lama, emas waris tok nenek dan lain-lain), jika beratnya lebih dari 85 gram dah kena zakat 2.5%. Sebab tu emas perhiasan ni at least kena pakai setahun sekali masa (contoh : hari raya, besday dan lain-lain)

Cara Kira Zakat Emas (Basic)

Senario 1

Emas tak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram

IKLAN

Kiraan Zakat Emas :

*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab >85 gram.
*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab <800 gram.

90 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM663

Senario 2

Emas dipakai (gelang, rantai, cincin dan lain-lain) = 900 gram

Kiraan Zakat Emas :

IKLAN

*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)

100 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM738

Senario 3

Emas tak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas :

*Perlu campur kedua-dua jenis emas. 50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram

IKLAN

150 gram * RM295 (harga emas semasa) * 2.5% = RM1,106

Info tambahan:

Di Selangor, Zakat Emas digabungkan dengan Zakat Simpanan & Zakat Saham. Jika TOTAL MELEBIHI NISAB baru kena 2.5% zakat.

Nisab 2020 : RM18,510
Contoh : Zakat Emas : RM5,000
Zakat Simpanan : RM10,000
Jumlah : RM15,000
Tak kena zakat sebab kurang dari Nisab.

Contoh 2

Zakat Emas (gelang, jongkong, syiling dan lain-lain) : RM10,000
Zakat Simpanan : RM20,000
Jumlah : RM30,000
Dikenakan zakat sebab total > Nisab (RM18,510)
Zakat : 30,000 x 2.5% = RM750

Takeaway points

1. Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).
2. Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic.
3. Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dalam kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.
4. Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)
5. Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.

MW : Janganlah takut membayar zakat ya. Yakinlah akan janji Allah SWT dengan tidak akan mengurangkan harta seseorang, malah bertambah keberkatan dan kesuburan harta si pemiliknya.

Sumber/Foto : Faisal Rahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI