Buah kismis memang terbukti banyak khasiat nutrisinya. Boleh campur dalam kek, kuih, masakan atau dimakan begitu sahaja. Jika mak-mak ada beli buah anggur, boleh cuba buat sendiri kismis secara homemade. Mudah sahaja, malah lebih terjamin kebersihan dan kesegaran kismis yang dihasilkan.
Boleh ikut cara buat kismis yang dikongsikan oleh Tuan Kipli Joni ini;
“Balik dari “kebun”, dapat tuai 4 kilo buah anggur. Hari ini kita nak buat “kismis”. Semenjak dulu saya terfikir “kismis” di buat dari buah apa ye!
“Rupanya, di buat daripada buah anggur. Proses membuat kismis sebenarnya amat mudah. Kalian semua pun boleh, saya pasti.”
Jom, saya tunjuk cara “homemade” buat kismis.
1. Rendam dan basuh buah anggur agar bersih.
2.Toskan.
Ads
3. Sediakan periuk memasak dan isi dengan air bersih, kira-kira boleh tenggelamkan semua buah anggur nanti. Bubuh sedikit garam.
4. Setelah air mula mengeledak, masukkan semua buah anggur yang telah dibersih tadi. Perlahankan api.
5. Apabila buah anggur mula nampak kulitnya merkah pecah dan timbul, tutup api dan keluarkan semua buah anggur. Tos biar kering.
6. Susun dalam tray dan jemur dibawah matahari yang panas terik. Atau masuk kedalam “dehydrator”.
Ads
7. Jemur (2-3 hari) sampai buah anggur jadi kecut dan keredut. Sedia untuk dimakan!
MW: Mudah sahaja kan nak buat kismis sendiri secara homemade. Lebih terjamin kebersihan dan kesegaran kismis tersebut. Takdelah bau hapak sebab kismis dah lama.
Rupanya salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang berbanding tombol. Ini kerana walaupun ia hanya perkara kecil, namun pemilihaan rekaan Tuil Jenis Pemegang ini menjadikan ia lebih selesa, memudahkan dan besar maknanya bagi golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Baca perkongsiaan daripada Doktor Perubatan Rehabilitasi Fizikal ini iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan sebagai rujukan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) berbanding tombol (knob).
Kenapa saya sarankan tuil pintu jenis pemegang?
Mesra Warga Emas
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Mesra Kanak-Kanak
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Tak Licin & Mudah Dipulas
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Mesra OKU
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang.
InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa, ibubapa kita pun akan selesa.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Perubatan Rehabilitasi
Ilustrasi oleh: Azari Mat Yasir
*Jemput follow untuk dapatkan ilmu kesihatan dan perubatan daripada sumber sahih dan bertauliah.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsiaan ini bermaanfat. Jadi jika nak tukar pintu bilik atau rumah, pastikaan pilih tuil jenis Pemegang (Handle) berbanding tombol (Knob) iya. Barulah ia mesra golongan warga emas, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya.
Cili dan bawang kisar boleh dikatakan bahan asas yang mesti ada setiap dalam masakan. Bila dah buat stok banyak-banyak cili dan bawang kisar ni, sangatlah memudahkan kerja memasak dan menjimatkan masa. Tinggal ambil dan ‘campak’ je dalam kuali. Tak perlu nak kupas kulit bawang atau gunting cili kering dan kisar.
Namun nak buat cili dan bawang kisar untuk dijadikan stok ni ada caranya. Bukan apa, salah caranya nanti ia tah tahan lama,jadi mudah rosak, masam dan berkulat.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Raden Nor Kamalia ini, barulah cili dan bawang kisar tahan lebih lama.
“Hari ini nak kongsi cara-cara menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama.Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee, goreng bihun dan goreng kue tiaw tinggal cedok jer. Stok untuk seminggu.”
CILI KISAR
Bahan-Bahan:
100 gm cili kering
3 biji bawang besar
Satu labu bawang putih (8@9 ulas)
Asam keping
Cara Membuat:
1.Gunting cili kering lebih kurang 1 inci.
2.Masukkan ke dalAm tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili.
3.Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih.
4.Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
5.Bila telah mendidih, tutup api.
6.Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili.
7.Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih.
8.Blender menggunakan air tapis.
9.Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan letakkan sedikit asam keping,simpan di dalam peti ais.
*Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut.
BAWANG MERAH KISAR
Bahan-Bahan:
6 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
Minyak Masak
Satu sudu garam
Cara Membuat:
1.Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil.
2.Blender bawang bersama minyak masak.
3.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang.
4.Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
5.Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas.
6.Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan seminggu atau 2 minggu bawang kisar tersebut.
BAWANG PUTIH KISAR
Bahan-Bahan:
5 labu bawang putih
Minyak masak
Satu sudu garam
Cara Membuat:
1.Kupas bawang, cuci ,keringkan dan hiris kecil
2.Blender bawang bersama minyak masak.
3.Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
4.Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender.
5.Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
6.Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais.
*Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi kalau nak buat stok banyak untuk bawang dan cili kisar, boleh ikut cara yang dikongsikan ini barulah tahan lebih lama,tak masak, rosak mahupun berkulat.
Ya! Memang bukan mudah nak move on bila putus cinta. Sakitnya sukar untuk digambarkan. Kesedihan akan jadi lebih berganda-ganda jika hubungan yang terjalin memakan masa begitu lama.
Tip Macam Mana Nak Move On Bila Putus Cinta
Apabila melihat orang lain bahagia bersama pasangan, anda yang single dan masih mencari janganlah sedih. Jangan pula disebabkan kawan-kawan lain sudah berpunya, anda menjauhkan diri daripada kawan-kawan tanpa sebarang sebab.
Move on sahajalah. Tak tau nak buat apa? Nah, 10 tip move on yang boleh anda buat:
Reda, Jangan Salahkan Takdir
1. Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio langsung sebab ketika sedang bersedihlah lagu-lagu sedih yang keluar.
2. Jangan stalk social media si dia. Kalau boleh, block saja FB atau IG dia. Jadi, tak ada lah anda gatal-gatal nak tengok dia lagi.
3. Jangan tidur lambat sebab masa yang paling anda akan ingat dekat dia adalah waktu tengah malam. Betul tak?
4. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. Pergilah ajak kawan-kawan lepak atau sesekali berkaraoke. Bila balik dah penat, terus tidur.
5. Tak perlulah nak buat diari sedih tulis semua kenangan kalian bersama. Benda yang lepas jangan dikenang.
Jangan benci dia. Selagi anda benci dia, selagi itu anda akan sentiasa teringat-ingat tentang mereka. Jadi, maafkan saja jika mereka, barulah anda boleh hidup dengan tenang.
7. Belajar daripada kesilapan. Jangan mudah jatuh hati pada orang. Jangan ulangi perkara yang sama setiap kali anda berjumpa seseorang.
8. Paling penting, jangan tunggu si dia. Beri peluang pada orang lain yang betul-betul sayang dan menghargai anda.
9. Doa yang baik-baik. Jangan kutuk atau hina dia. Bila dah tak suka mulalah mengata macam-macam. Sebaliknya, cuba doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga dia.
10. Reda. Jangan menyalahkan takdir kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah.
Mudah bukan? Anda tak payahlah nak sedih-sedih menangis sampai bengkak-bengkak mata. Anggaplah memang bukan jodoh anda dan pastinya akan ada yang lebih baik untuk anda nanti. InsyaAllah.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...