
Isi Kandungan
ToggleKhas buat peminat telur masin, jika selalu hanya beli telur masin, kali ni cuba buat sendiri secara homemade, tapi guna telur ayam pula.Dengan bajet kurang daripada RM10 boleh dapat 30 biji! Sangatlah menjimatkan dan berbaloi-baloi.
Berikut perkongsian resipi telur masin ini oleh Are Peace sebagai panduan;
“Setelah 2 minggu rendam dengan air garam.Guna telur ayam je.Zaman sekarang ni semua kena jimat.Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1kg RM0.80.Total rm10+ je, dapat 30 biji telur masin.”
Bahan-Bahan:
30 biji Telur Ayam
1kg garam kasar
Air secukupnya (agak-agak telur tu tenggelam)
Cara Membuat:
1.Masukan garam kasar dan air dalam periuk.
2.Masak atas api sehingga garam larut.
3.Sejukan dulu baru masukkan telur.
4.Rendam ditempat yang gelap selama 14 hari.
5.Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa.Boleh disimpan dalam peti sejuk. Bila terasa nak makan baru rebus.
Tip Ekstra!
Petua nak bagi telur kuning tu jadi warna oren, masa peram pastikan simpan ditempat yang gelap.Lagi gelap lagi bagus.Saya simpan dalam kabinet dapur.
Selamat Mencuba!
Sumber : Are Peace via MAHN
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Takut Tak Sempat..’ Mualaf Diuji Jantung Bengkak, Tak Mampu Bayar Rawatan

Isi Kandungan
ToggleSaudara baru ini, Brother Irwan sudah lebih setahun diuji penyakit jantung bengkak atau Terminal Stage Enlarged Heart. Lebih sayu, keadaannya semakin sukar ketika ini kerana dia tidak mampu mendapatkan rawatan awal.
Memandangkan kos pembedahan yang tinggi dan dia tidak mampu untuk membiayainya. Cuma mampu dirawat dengan bantuan ubat-ubatan saja.
Lama-kelamaan, dia terpaksa redha dengan ujian sakitnya. Doktor juga maklumkan tidak lagi boleh berbuat apa-apa. Lebih menyulitkan, Brother Irwan tinggal bersama ibunya yang sudah berusia 75 tahun dan kakak 60 tahun yang juga beragama Islam.
Kisah sedih Brother Irwan ini dikongsikan Elaine Aisyah yang sempat berkenalan dengannya sebelum ini.
‘Saya Takut Tak Sempat’ Diuji Jantung Bengkak
‘我怕来不及,我越来越弱了’
Awal pagi lagi dapat mesej daripada brother Irwan yang baru sempat kenal dan jumpa 2 hari lepas ini. Seorang brother yang amat tabah dan redha dengan dugaan Allah.
Terminal Stage enlarged heart (cardiomegaly) – jantung bengkak. Bukan baru kena, tetapi sudah lebih setahun brother suffer, sebenarnya boleh dirawat dengan cara surgery pada peringakat awal, tetapi tidak mampu bayar kos rawatan yang tinggi, maka… Cuma rawat melalui makan ubat. Buat sekarang, doktor kata dah tak boleh buat apa-apa.
Tinggal bersama ibu (umur 75) dan kakak umur 60) yang juga beragama Islam. Kakak yang terdahulu
peluk Islam, diikuti ibu dan brother Irwan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Baca sini : Gadis Mualaf Berpuasa Penuh Sebelum Peluk Islam
Ibu Sayu Pandang Wajah Anak Sakit
Saya perhatikan muka ibu brother yang termenung pandang muka anak dia sendiri yang sedang sakit. Apa daya seorang ibu selain berdoa.
Namun, beliau begitu tenang dan tabah. Bukan sahaja risau kan kos perubatan sahaja, tetapi juga perbelanjaan harian makan minum.
Semuanya hanya bergantung pada SOCSO yang tak berapa.
Syafakallah, sama sama kita doakan semoga brother Irwan Moo diberi kesembuhan hendakNya haiyuyakhoiyuum, amin ya rabbal alamin
Bagi sesiapa yang ingin memberi bantuan, boleh hubungi :
- IRWAN MOO LEE TED
- Bank Islam 1211 302040 7689
- 0123005299
Kita memberi kerana Allah, bukan kerana sesiapa.
JOM sama sama kita beri perhatian dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Ini juga satu cara kita menolong diri kita sendiri untuk lulus ujianNYA …
Assalamualaikum.
Mingguan Wanita : Bagi anda yang mahu membantu saudara baru, Brother Irwan ini bolehlah menderma menggunakan maklumat yang diberikan di atas.
Sumber/Foto : Elaine Aisyah
Cari KATIL HOSPITAL di sini : https://invol.co/cl90x7y
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemandu Trak FRU Dihantui Rasa Bersalah, Baru Tahu Sembilan Rakan Terkorban

Pemandu trak FRU dihantui rasa bersalah, baru tahu sembilan rakan terkorban. Di saat negara masih berdukacita atas pemergian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam nahas tragik di Teluk Intan, seorang lagi anggota yang terlibat, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, kini bergelut dengan tekanan emosi yang hebat.
Pemandu Trak FRU Dihantui Rasa Bersalah, Baru Tahu Sembilan Rakan Terkorban
Mohd Harrisul yang memandu trak membawa 18 anggota FRU Unit 5 ketika kejadian, kini dirundung rasa bersalah selepas dimaklumkan sembilan rakan sepasukannya maut dalam perlanggaran dengan sebuah lori bermuatan batu.
Sebelum ini, beliau sendiri dikatakan antara mangsa yang terkorban, namun laporan itu disahkan tidak tepat selepas semakan dibuat.
Isterinya, Nor Ain Ahmad Hesam, 36, memberitahu bahawa suaminya kini dirawat di Hospital Teluk Intan dan baru sahaja sedar sepenuhnya. Ketika itulah beliau menerima berita kehilangan rakan-rakan seperjuangan.
“Suami saya sangat terkesan. Dia rasa semua ini salah dia sebab dia yang memandu. Saya cuba tenangkan dia dan pujuk supaya jangan salahkan diri sendiri. Dia juga sempat buat panggilan video dengan Koperal Nizam Tarmizi untuk memohon maaf, dan bertemu Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zulkifli secara bersemuka bagi tujuan yang sama,” ujar Nor Ain.
Tambah beliau lagi, walaupun suaminya dilanda kesedihan, sokongan daripada rakan setugas sedikit sebanyak mengurangkan beban emosi yang ditanggung.
“Tiada siapa yang menuding jari menyalahkan dia. Ramai hubungi dan beri kata-kata semangat. Mereka tahu situasi sebenar dan tak mahu dia tanggung rasa bersalah seorang diri,” katanya.
Mohd Harrisul, yang sudah lebih 11 tahun berkhidmat dalam pasukan polis, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa tulang rusuk patah akibat nahas itu.
“Alhamdulillah, keadaannya semakin baik. Dia dah boleh ke tandas sendiri. Tapi dia langsung tak ingat apa yang berlaku semasa kemalangan. Tahu-tahu saja dia dah berada di hospital,” kata Nor Ain.
Mengenang detik menerima berita kemalangan itu, Nor Ain mengakui hatinya hancur.

“Saya rasa dunia terhenti sekejap. Saya berdoa tanpa henti supaya suami saya selamat. Saya hubungi ramai orang untuk pastikan keadaan dia,” katanya lagi.
Anak tunggal mereka, Eusuff Anaqi, berusia empat tahun, turut terkesan apabila terpaksa berjauhan dengan kedua ibu bapanya dan buat sementara waktu tinggal bersama keluarga di Kuala Kangsar.
“Kami kerap buat panggilan video. Dia merengek, sebab ini kali pertama berjauhan lama dengan kami,” kata Nor Ain.
Dalam kejadian jam 8.50 pagi kelmarin, trak FRU yang membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menjalankan tugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami, dirempuh sebuah lori membawa batu.
Lapan anggota disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Sembilan yang lain termasuk Mohd Harrisul mengalami kecederaan.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Nahas FRU, Anak Umur 12 Tahun Imamkan Solat Jenazah Bapa
Anak Istimewa Sarjan Mohd Roslan Runtun Hati Warga Maya, Muhd Raqin Rapat, Tidur Bersama Bapanya
Koperal Muhamad Akmal Kongsi Gambar Bersama Keluarga, Posting Terakhir Sebelum Terkorban Kemalangan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cik Ani Meninggal Dalam Tidur Dengan Tenang , Chef Wan Kehilangan Ibu Tersayang

Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 berkongsi berita sedih, kehilangan ibu tersayang, Noraini atau lebih dikenali Cik Ani pada pukul 6.20 pagi tadi. Allahyarhamah berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun selepas 10 hari di masukkan ke hospital akibat kanser payudara dan beberapa komplikasi penyakit lain, serta berdepan dengan peyakit lain seperti alzheimer dan dimentia.
Meninggal Dengan Tenang Dalam Tidur
Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memaklumkan ibunya telah meninggal dunia ketika tidur dalam keadaaan tenang di Hospital Gleneagle pagi tadi.
“Dengan penuh rasa sedih, ibu saya telah meninggal dunia dengan tenang pada 6.20am ketika tidur di Hospital Gleneagle pagi ini”
Semoga rohnya bersemadi dengan tenang, diampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti,” ujarnya.
Dimaklumkan juga, jenazah Cik Ani akan dibawa di Masjid Putrajaya dan akan kebumikan di tanah perkuburan Cyber 10.
Ramai selebriti dan para peminat mengucapkan salam takziah buat Chef Wan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang, serta turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Chef Wan juga mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah buat ibunya.
Mesti Baca:“Ibu Kita Ni La Satu-Satunya.. Duit Bila-Bila Boleh Cari” Chef Wan
Baca Lagi Di Sini:Sekian Lama Jaga Emak, Chef Wan Hiba Mak Ani Disahkan Kanser
Artikel Menarik:Mak Ayah Sila Contohi Kesabaran Chef Wan Jaga Ibunya, Cik Ani Yang Dah Lanjut Usia
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Chef Wan sekeluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ibu tersayang. Semoga roh CIk Ani di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
Sumber: Chef Wan
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI