Setiap kali tibanya raya, ramai sebenarnya yang merindui untuk menikmati kuih-kuih ‘lejen’. Antaranya seperti ‘kuih kering’ ini. Memang jarang dah nak jumpa waktu raya, sebab tak ramai yang buat. Namun ada juga yang jadikan ia sebagai ‘kuih wajib’ buat setiap tahun bagi meneruskan tradisi turun temurun resipi daripada arwah mak dan nenek.
Boleh cuba resipi ‘lejen’ Kuih Kering seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Fatihah Abd Wahab ini.
Kuih lajen ramai tak peminat kuih ni? baru nak buat kuih raya ni.Raya kali ni tak amik tempahan tapi disebabkan raya kali pertama rumah mertua, kena la bawak buah tangan kan. Kuih wajib dekat rumah bila tiap kali raya.
Alhamdulillah, tradisi turun temurun dari arwah wan,terus ke mak dan anaknya sekarang saya amik alih.In sha Allah akan diteruskan supaya tak hilang ditelan zaman.
1 paket (500gram) tepung pulut
10 atau 11 bji telur ikut kelembapan adunan
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak Masak
Cara Membuat:
1.Gaul tepung dengan soda bikarbonat.
2.Masukkan telur yang telah di ‘blend’ ke dalam tepung.
3.Gaul dan uli sampai jadi adunan mudah dibentuk. Tak lembik sangat dan tak keras sangat. Kalau lembik susah nak bentuk. Kalau keras pula mudah pecah.
4.Dah dibentuk, buat simpulan macam ikat tali kemudian wajib rendam dengan minyak masak.
Ads
5.Dah banyak baru goreng, masuk kuih ketika minyak sejuk, selepas tu baru buka api.
6.Goreng hingga emas kekuningan. Dah sejuk baru salut gula macam kita buat kuih keria.
Ads
Siapa nak cuba silakan. Semoga pahala dapat buat kedua arwah wan IPEH BINTI SALLEH dan arwah mak SHARIPAH BINTI ABDULLAH..Amin.
Mingguan Wanita: Meman kuih lejen, kuih kering ni. Bahan-bahan tak banyak, mudah, namun sayangnya ramai yang tak buat kuih ni. Sayangnya jika tak diteruskan kuih tradisi turun temurun ni, boleh hilang ditelan zaman nanti.
Cara tanam taugeh dalam bekas air kotak recycle ini ini sebenarnya unik dan mudah saja. Masa yang diperlukan untuk menuai hasil pun cuma 4 hari saja. Selepas belajar tip mudah tanam taugeh ini, anda pasti takkan buang ke tong sampah lagi bekas air kotak saiz besar yang sudah kosong.
Sebabnya cuma dengan bekas air kotak, kacang hijau dan air anda dah boleh tanam taugeh sendiri dan nikmati hasil yang memuaskan. Inilah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nadiah.Beliau praktiskan cara mudah ini dan hasilnya boleh dapat sebesen taugeh yang boleh bertahan 2 ke tiga hari.
Cara Tanam Taugeh Dalam Air Kotak Recylce Saiz Besar
Mula-mula sediakan 1 senduk kacang hijau, 1 kotak besar bekas air kotak.
Kemudian, kerat sedikit bucu air kotak supaya air boleh keluar selepas di siram.
Haa.. inilah buat macam ni nak tanam taugeh. Bersihkan dulu kacang hijau. Masukkan kacang dalam lubang air kotak itu sampai habis.
Siram kacang.
Biarkan air keluar habis. Letak dalam kedudukan macam ni. Jangan bagi air bertakung nanti taugeh jadi buruk.
Tip: Siram lebih 5 kali sehari dan ulang 3 hari berturut-turut. Taugeh yang ditanam nanti akan bercambah dalam bekas air kotak recycle itu dengan banyaknya.
Selepas hari ke-empat dah boleh dituai. Macam inilah nanti hasil tanam taugeh yang mak-mak dah cuba di rumah.
Tip Simpan Taugeh Mak-mak Wajib Tahu
Selepas dituai, rendam dalam air dan simpan dalam peti sejuk.
Ia boleh bertahan selama 2 ke 3 hari.
Cara tanam taugeh ini juga boleh dipraktikkan dalam bekas yang lain, cuma mak-mak perlu tutup rapat dan elakkan daripada cahaya mata hari. Tapi cara tanam taugeh yang Puan Nurul Nadiah kongsikan ini paling praktikal sekali. Mudah pun mudah!
Sumber/Foto: Facebook Nurul Nadiah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terbaru Dr Amalina Bakri memaklumkan di dalam instagramnya, meminta agar orang ramai memahami situasi yang dihadapi ibu dan ayah bayi 10 bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang jalani pembedahan di London.
Sebagai antara team doktor yang bertanggungjawab merawat dan memantau perkembangan Ainul selepas pembedahan membuang ketumbuhan di mulut, Dr Amalina perlu menjelaskan keadaan sebenar.
Beri Ruang Privasi Buat Keluarga Ainul
Tulisnya diinstagram, “mereka mahu Ainul benar-benar sembuh dari pembedahannya. Dan meminta orang ramai terus mendoakan baby Ainul. Dan pihaknya akan membuat kenyataan rasmi sebaik saja bayi itu selamat tiba di Malaysia.”
“Ramai yang menunjukkan minat dan keprihatinan terhadap kebajikan Ainul terutama selepas pembedahan. Dan kami berterima kasih atas doa serta ucapan kalian.”
“Namun, saya mahu membuat permintaan, tolong beri ruang dan hormati privasi keluarga Ainul.”
“Berita tentang kepulangan Ainul yang disiarkan adalah tidak betul kerana dia masih dipantau pihak hospital dan hanya akan pulang apabila dia (keadaannya) sudah bersedia.”
“Jangan siarkan berita berdasarkan andaian ataupun sumber daripada pihak ketiga. Adakalanya ‘kurang lebih baik’. Pasukan perubatan di sini mengharapkan kerjasama kalian untuk kebaikan Ainul, terima kasih.”
Dr Amalina juga memaklumkan, dia terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada ibu dan bapa Ainul untuk berkongsi maklumat ini.
Beri Juga Ruang Untuk Ainul Mardhiah Sembuh Sepenuhnya
Sebelum ini, Ainul Mardhiah telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Kanak-kanak di London pada 10 Jun lalu.
Dan sehingga hari ini, Ainul terus menunjukkan perkembangan yang positif dan bertambah baik.
MW : Apa pun keadaan Ainul, diharapkan orang ramai yang prihatin lebih bertenang dan berilah ruang pada bayi Ainul yang masih ‘fragile’ ini. Biarpun doktor sudah sahkan dia sihat dan boleh pulang, biarlah Ainul bertenang dulu. Sebab, kita tak tahu.. badan kita ini adakah bebas kuman. Bukan apa, bimbang berjangkit pula dekat Ainul itu. So.. tenang-tenang saja. Terus doakan Ainul benar-benar sihat semula.
Tiga tahun lalu, netizen berkongsi satu video viral seorang kakak yang membebal memarahi adiknya. Berulang kali si kecil ini menyebut, ‘Apa Salah Kakak’ selepas puas menasihati adiknya akhirnya adik kecilnya itu mendakap ibunya.
Memang cute tindakan kakak tu. Tak padan dengan badan kecil tetap juga nak berceloteh macam mak-mak. Kakak sulung bernama Qiesya Nurmedina Binti Mohd Abd Jamal sudah pun 7 tahun. Dah masuk sekolah rendah.
Ketika Mingguan Wanita menghubungi ibunya, Huda Abdul Wahab beliau video anak-anaknya itu bukan saja viral di Malaysia malah Indonesia.
“Alhamdulillah. Tak ada apa-apa kesan yang besar pun pada anak-anak saya. Melainkan ramai yang semakin mengenali Qiesya dan Harraz. Jumlah friends di FB saya juga semakin bertambah.
“Kalau dulu sekitar 800 friends, jadi naik mendadak kepada 5000 orang friends.”
Ini Sebab Qiesya Membebel
Jelas ibu ini lagi, ada sebab anak sulungnya berceloteh dengan adiknya. “Kalau ikutkan sebab utama Qiesya membebel dalam video tu, sebab Harraz ketuk kepala Qiesya beberapa kali.
“Itu yang Qiesya marah dan membebel. Tapi alhamdulillah, dia hanya membebel. Tak pukul Harraz.”
Sebagai anak yang sulung, Qiesya memang sangat manyayangi adik-adiknya, Cukup risaukan keselamatan adik-adiknya. Dan suka menasihati atau membebel kalai adik-adiknya buat salah.
Kadangkala, Huda berkongsi juga celoteh dan keletah lucu anak-anaknya dalam facebook miliknya. Anak keduanya, Harraz Nuriman kini sudah pun 5 tahun dan yang bongsu, Azra Nurkayyra, 2 tahun.
Ajar Anak Rajinkan Mulut Minta Maaf
Akuinya, cara dia mendidik anak-anak sama macam orang lain. “Cuma kami suami isteri banyak melatih anak-anak supaya rajinkan mulut untuk meminta maaf kalau ada buat silap.”
“Tak kira dengan mak ayah, adik beradik atau dengan sesiapa pun. Yang salah kena minta maaf. Kami mementingkan adab dulu baru yang lain-lain.”
“Adab yang baik insya-Allah akan diikuti dengan perkara yang baik selepasnya, Insya-Allah. Walau macam mana pun, kami hanyalah ibu bapa muda yang masih dalam proses belajar lagi.
“Belajar mendidik anak dengan baik. Doakan kami dan anak-anak ya.” Akhiri ibu ini.
Video Celoteh Viral APA SALAH KAKAK
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.