Kerepek kentang atau ‘potato chips’ memang sedap dijadikan kudapan ketika tengok tv, movies dan sebagainya. Jik selalu kita beli je kerepek kentang ni, sebenarnya boleh buat sendiri juga. Memang cantik kejadiannya rangup, nipis dan tak hangit. Malah bila buat sendiri lebih jimat, puas hati makan.
Boleh cuba buat kerepek kentang rangup dan nipis ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Mar Dhiah sebagai rujukan;
Siapa peminat kentang macam saya kat sini? Kalau kentang banyak kat dapur sis tu meh la cuba buat kerepek kentang (potato chips) home made ni. Resepi ni saya jumpa kat page dalam FB tapi tak ada tulis dari sumber mana jadi saya credit to owner lah ya, minta halalkan dunia akhirat.
Bahan-bahan nk buat kerepek kentang ni senang yakmat, mesti ada kt dapur punya.
Bahan-Bahan:
3 biji Kentang
2 sudu besar Cuka
500ml air
Serbuk perasa (seasoning)
Minyak secukupnya
Cara-cara boleh tengok gambar dibawah :
1. Kupas kulit kentang dan hiris nipis menggunakan pisau buah. Kalau nk guna penyagat (slicer) pun boleh.
2. Panaskan air bersama cuka. Dah mendidih baru masukkan hirisan kentang tadi, rebus sekejap dalam 3 minit.
3. Angkat dan bilas kentang tersebut. Lepas tu toskan sebelum menggoreng.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kentang garing.
5. Dah nampak garing boleh lah angkat kemudian tabur serbuk perasa kesukaan anda. Macam saya guna serbuk perasa jenama Bon Chef, beli kat kedai eco jer.
Saya buat api sederhana besar tapi kena selalu kacau-kacau sebab kentang tu nipis cepat hangit. Nak tau dah garing kentang tu nanti akan senyap dalam kuali.
6. Gambar close up..nipis dan rangup. Ni kalau makan sambil tengok tv, know-know finish.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi kerepek kentang yang dikongsikan ini. Kena ikut resipi dan cara betul buat kerepek kentang ini, barulah ia nipis, rangup dan cantik kejadiannya tak hangit bila digoreng nanti.
Jika suka makan ‘Roti Boy’ mak-mak boleh buat sendiri di rumah. Memang sedap semerbak bau kopi dan rasanya pula lemak-lemak manis. Nak buat pun mudah, guna sukatan cawan je, tak perlu nak timbang guna alat penimbang. Sesuai buat untuk minum petang untuk keluarga.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ida Zaida
Biasanya kalau pergi ke mall, mesti akan beli roti ni. Maklumlah dari jauh lagi memang dah hidu bau semerbak aroma kopi yang wangi sungguh. Kali ni cuba buat sendiri, memang gebu, guna sukatan cawan je senang.
Resepi Roti Boy
Bahan-Bahan:
Bahan A:
1/4 cawan Air sejuk
2 sudu yis
1 sudu gula
1 sudu susu pekat (saya guna susu tepung anak je 2 sudu)
2 cawan tepung
1 biji telur kuning
1 sudu butter
Bahan-Bahan Nescafe (Topping):
Bahan B:
1 sudu butter
4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
1 biji telur
Air bancuhan nescafe(saya guna 3in1)
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
Cara Membuat (Doh Roti):
1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati. Saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.
2. Bentukkan doh bulat-bulat, bubuh sedikit potongan butter berserta sedikit gula (bagi rasa lemak-lemak manis).
3. Bila doh dah mengembang elok. Letak topping barulah dibakar.
4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak (mengikut oven masing-masing.
(Bahagian topping)
Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe (2 sudu nescafe+2 sudu air panas) kalau guna nescafe 3in1 1 paket,tanpa perlu dibancuh dengan air, masukkan je terus. Kacau rata sampai sebati dan boleh letak atas roti dan bakar.
Mingguan Wanita:Menarik resipi Roti Boy ni. Memang semerbak bau kopi, rasanya pula lemak-lemak manis. Boleh cuba buat sendiri di rumah. Sedap makan panas-panas, roti baru lepas dibakar.
Buat mak-mak yang suka resipi ringkas dan mudah nak masak boleh cuba resipi daging masak rempah yang sedap ni. Menariknya ia tak perlu ditumis seperti kebanyakan masakan lain, hanya perlu masukkan sahaja kesemua bahan-bahan dalam kuali.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Ni namanya ‘Daging Masak Rempah’ bukan gulai daging tau..jauh bezanya na..mai kami bagi resepi kat ampa”
Bahan-Bahan:
Daging (dipotong tebal sikit dan lebar)
Rempah kari daging
Serai (diketuk)
Air asam jawa
Kicap
4 sekawan
Sedikit gula
Garam dan serbok perasa
Daun kari
Minyak masak
Bahan Kisar
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bahan Hiasan
Tomato (dibelah 4)
Cili hijau
Bawang besar (dihiris tebal)
Cara Membuat:
1.Masukkan daging dalam kuali selepas itu tuang bahan kisar, rempah kari, serai, daun kari, 4 sekawan minyak dan air sikit.
2.Masak sampai daging empuk.
3.Bila daging dah empuk tuang kicap, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa.
4.Bila kuah dah pekat elok dah boleh letak bahan hiasan tadi.Kacau-kacau siap untuk dihidang.
MW: Mudah dan ringkas sangat resipi ni..bahan-bahan pun tak banyak. Paling penting tak perlu ditumis, lebur je semua dalam kuali. Memang mak-mak kena cuba!
Resipi Bingka Roti Pandan, Rasa Lemak Manis, Bau Harum Semerbak Daun Pandan
Bingka roti pandan menu yang sangat sesuai sekali buat mereka yang gemarkan sajian manisan. Rasanya sangat sedap dan mudah disediakan. Nak lagi sedap boleh makan dengan aiskrim.
Bau haruman daun pandan menjadikan kuih bingka roti pandan begitu menyelerakan. Semerbak satu rumah bila kita memasak kuih ini. Memang jadi pencetus pembuka selera seisi rumah.
Kalau anda nak cuba buat kuih bingka roti pandan ini, ikutlah resipi seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini. Pasti menjadi!
Resipi Bingka Roti Pandan
BAHAN-BAHAN:
3/4 cawan gula – boleh tambah gula jika nak manis lagi
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan jus pandan (kisar 7 – 8 helai daun pandan dengan air & tapis)
2 sudu makan mentega /marjerin
12 – 14 keping roti – potong kecil
3 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau
Rasa Lemak Manis, Bau Harum Semerbak Daun Pandan
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali roti. Kisar.
2. Tuang bancuhan bahan kisaran tadi ke atas roti dan biarkan roti terendam selama 5-10 minit.
3. Ambil loyang bersesuaian. Sapu mentega atau marjerin di permukaannya dan panaskan dalam ketuhar selama 10 minit.
4. Tuang adunan bingka ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit bagi merata dalam loyang.
5. Bakar bingka roti pandan pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila sudah masak, sejukkan bingka terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...