Mak-mak yang suka buat kuih muih dan masakan guna pes daun pandan, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah tak perlu beli. Caranya pun cukup mudah malah boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti sejuk.Tapi syaratnya kena tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tersebut. Bukan apa bila buat sendiri pes pandan ini, lebih jimat kos malah diyakini halal dan tahap kebersihannya.
Boleh cuba cara buat pes daun pandan ini perkongsian Puan Ellyin Tan ini;
“Biasanya saya akan beli Paste Pandan ni kat kedai jual bahan-bahan kek je. Botol kecil pon dah RM6. Last-last saya buat je pati pandan sendiri memandangkan daun pandan ada banyak stok. Senang je buat dia tapi kena sabar tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tu. Malam tadi buat Agar-Agar Pandan Santan.. wangi je bau paste pandan buatan sendiri. Jom tengok cara dan resepi Agar-agar Pandan Santan tu.”
“Paste pandan ni simpan dalam peti sejuk boleh tahan sebulan. Macam-macam kuih muih dan masakan boleh buat.”
Bahan-Bahan:
30 Helai Daun Pandan
3 cawan air
Cara Membuat:
1.Basuh bersih-bersih daun pandan, potong kecil dan toskan.
2.Saya blend dalam 3 cawan air, perahkan air daun pandan tu dan simpan dalam peti sejuk selama 2,3 malam.
Ads
3.Ini selepas 3 hari.Air pandan tu jadi 2 layer. Yang bawah tu lah pati atau paste pandan. Yang keruh tu boleh dijadikan esen pandan.
4.Keluarkan air bahagian atas tu.. ambil yang hijau pekat tu sahaja.
Ads
Info Ekstra!
Yang atas tu, sesuai untuk buat esen pandan. Kita ambik yang pekat kat bahagian bawah tu (paste pandan). Tuang hati-hati supaya tak berkeladak semula.Keluarkan air bahagian atas tu, ambil yang hijau pekat tu sahaja.
Esen Pandan nak buat kuih buah melaka atau kuih ketayap pun sesuai.Esen sebagai pewangi je, paste tu perisa. Tapi nak cantik kena jugak la tambah pewarna hijau jugak.
Resepi Agar-Agar Pandan Santan
(Sesuai untuk loyang 8 x 8 inci)
10 gram Agar-agar Serbuk
1 mangkuk kecil Gula Pasir
1600 ml Air (asingkan 200 ml untuk bancuhan santan)
1 biji Telur
2,3 sudu besar Paste Pandan
1 sudu besar Pewarna Hijau
1 kotak Santan Pekat
Secubit Garam
Ads
Cara Membuat:
1. Satukan santan, telur, 200 ml air & secubit garam dan kacau-kacau guna whisk. Ketepikan.
2. Masukkan air selebihnya ke dalam periuk. Masukkan sekali agar-agar serbuk. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan gula, paste pandan dan pewarna hijau.
4. Kacau-kacau hingga gula larut.
5. Masukkan bancuhan santan tadi dan kacau perlahan2 sampai mendidih.
6. Bila dah mendidih biarkan terus merenih selama 3,4 minit. Tapi kena selalu kacau supaya tak membuak keluar agar-agar tu.
7. Tutup api. Tuangkan dan tapis agar-agar ke dalam loyang atau bekas yang dah dibasahkan air terlebih dahulu.
8. Biarkan sejuk diluar selama 3 jam lebih baru masukkan ke dalam peti sejuk.
MW: Buat mak-mak yang ada banyak daun pandan dekat rumah tu, bolehlah cuba buat sendiri pes daun pandan ni. Mudah dan jimat kos, malah dijamin halal dan bersih bila kita buat sendiri. Nak buat macam-macam kuih, kek pun senang!
Mudah je sebenarnya nak buat sendiri sosej ayam keju ni. Anak-anak biasanya memang suka makanan sampingan seperti nugget, sosej, kentang goreng dan sebagainya berbanding makanan berat seperti nasi dan mi. Tapi walaupun anak suka, makanan proses ni tak elok sebenarnya kalau mak-mak berikan selalu.Lagi pulak, makanan proses yang dibeli ni mengandungi banyak perasa tambahan dan bahan pengawet.
Melalui perkongsian oleh Puan Nyssa Kamal, wanita ini kongsikan cara mudah nak buat sendiri Sosej Ayam Keju yang sedap dan paling penting tiada bahan pengawet serta 100 peratus menggunakan daging ayam. Tak lah risau nak bagi anak makan sosej ni, sebab bukan sahaja sedap, malah bahan-bahannya pun terjamin selamat.
Bolehlah mak-mak cuba buat sendiri. Tak perlu beli dah makanan proses ni.
Berikut merupakan perkongsiannya;
Bahan-Bahan:
Daging ayam
Cheese keping (2-3 keping)
1 sudu kecik mix herbs
1 sudu kecik cajun (kalau tak nk letak pun xpe sbb cajun ni rasa pedas)
Garam (ikut sedap rasa)
Daun bawang
Daun sup
Sedikit bawang putih
Plastik ais krim atau daun pisang
Cara Membuat:
1.Kisar daging ayam
2.Masukkan cheese yang dah dikoyakkan dan bahan-bahan yang lain serta gaul sampai sebati.
3.Masukkan ke dalam plastik ais krim (boleh rujuk gambar) atau pakai daun pisang lagi senang.
4.Kukus dalam 10-15min.
5.Selepas kukus koyakkan plastik dan sejukkan sekejap.
6.Simpan dalam peti sejuk.
Sosej ini sedap dimasak sup atau digoreng. Yang pasti menggunakan bahan-bahan sihat untuk anak-anak.
Bila batuk menyerang, memang susah nak pulih. Ambil masa berminggu-minggu dibuatnya untuk sembuh. Kalau mak-mak, mahunya boleh terkucil ketika batuk. Anak-anak boleh termuntah.
Kali ini, kita kongsikan tentang minuman untuk kurangkan batuk, selesema dan demam. Bukan itu sahaja, boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Bahan yang digunakan pun senang nank cari. Paling penting, anak-anak pun boleh minum.
Bahan-bahan:
Sirih
Daun selasih
Oregano
Halia
Lada hitam
Cara Membuat:
1.Didihkan air mengikut berapa banyak, bergantung kepada bahan yang ingin dicampurkan.
2.Masukkan bahan-bahan tadi dalam air didihan.
3.Apabila masak, tambahkan madu untuk memberi rasa manis. Anak pun boleh minum.
MW: kalau ubat moden tidak mampu mengurangkan rasa sakit. Bolehlah cuba cara tradisional. Kita berusaha mana yang terbaik.
Sumber: Jay Laksmi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sedapnya Puding Pisang Nangka Kuah Kastard ni. Nak buat pun sedap. Sesuai sangat buat sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Makan sejuk-sejuk dengan rasa lemak manis kuah kastard. Memang sedap di tekak ni.
Boleh cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Puan Zulaikha Ghazali ini sebagai rujukan;
“Sebab ramai yang ‘PM’ mintak resepi puding pisang ni nahhhh share sini la .Nanti dah buat jangan lupa hulur sebekas.”
Bahan-Bahan Diperlukan:
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula pasir
kuning telur
Daun pandan
Kismis
Pisang Nangka
Mentega
Cara Membuat:
1.Masak semua bahan di atas api perlahan kecuali pisang, kismis dan mentega. Dah nampak macam pekat sikit boleh tutup api dan sejukan.
2.Cairkan mentega.
3.Kemudian goreng pisang tu dengan mentega . Bila pisang dah kekuningan tu boleh angkat.
4. Selepas itu, tuangkan sos kastard tadi atas pisang tu . Tabur kismis untuk hiasan .
Yeayy dah boleh makan.
MW: Mudah kan nak buat resipi Puding Pisang Nangka Kuah Kastard ni. Bahan-bahan pun tak banyak. Sedapnya, sesuai buat untuk minum petang.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!