Tahniah! buat pelakon Farah Nabilah, 28 dan suami, Mohamed Amirul Yunus yang berkongsi berita gembira kehamilannya di media sosial. Pagi tadi, Farah sudah pun membuat imbasan jantina bayi dalam kandungannya yang kini berusia 19 minggu.
Dan doktor menjangkakan, Farah akan melahirkan pada akhir Oktober atau awal November depan.
Kredit foto : instagram Farah Nabilah
Akuinya, yang tak menyangka dirinya bunting pelamin. “Alhamdulillah, rezeki datang awal.” Bagaimana pun, dia dan suami tidak kisah dengan jantina anaknya. Yang penting, bayi dalam kandungannya kelak membesar dengan sihat.
“Alhamdulillah, perasaan saya dan suami sudah tentu berasa sangat gembira dan teruja nak sambut kelahiran anak pertama kami.” Ucapnya yang juga memohon peminat mendoakannya agar segala urusannya dipermudahkanNya.
Kredit : instagram Farah Nabilah
Alahan Santan Dan Ayam
Seperti sesetengah wanita hamil yang lain, Farah juga alahan pada awal trimester.
“Saya alah santan dan ayam. Saya rasa geli dan tak boleh makan ayam pun. Alhamdulillah, sekadang dah okay.”
Ads
“Bab mengidam, semua makanan saya teringin nak makan. Waktu PKO, saya pernah menangis sebab tak dapat apa yang saya mengidam.”
Dalam pada itu, ada yang dapat mengagak apabila melihat gambarnya di media sosial yang nampak akan pertambahan berat badannya.
Walhal waktu itu, Farah belum mengumumkan berita kehamilannya, ada di kalangan peminat malah teman yang DM bertanyakan di instagram. Jawabnya tenang, agar meminta mereka bersabar. Pasti akan diumumkan juga berita gembira itu.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Tahu Hamil Mac Lalu..
Sebenarnya, Farah sedar akan kehamilannya sekitar awal Mac lalu. Waktu itu, sekitar 8 Mac lalu, dia sudahpun setkan plan mahu berbulan madu ke Maldives bersama suami.
Sebaik mendapat tahu dirinya hamil, iaitu beberapa hari sebelum berangkat. Hatinya dah jadi gundah gulana. Bimbang tak dapat pelepasan untuk ‘terbang’.
Ads
“Takkanlah nak batalkan penerbangan dan percutian.” Apa pun dia bersyukur, dengan nasihat doktor, dia dibenarkan menaiki kapal terbang.
Farah yang popular dengan lakonannya dalam drama Titian Cinta ini, mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga seorang juruterbang sebuah syarikat penerbangan terkenal pada 20 Disember tahun lalu.
Bekerja dari rumah boleh undang stress, kena tahu tip atasi masalah ini. Tak dinafikan, mak-mak yang bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKP berdepan dengan banyak cabaran. Bukan je urusan kerja tapi mak-mak juga kena uruskan anak-anak dan pelajaran anak secara online.
Ada mak-mak yang dibantu oleh suami tapi ramai juga yang terpaksa berdikari melakukan semua sendiri kerana mungkin suami juga bekerja dari rumah atau merupakan frontliner. Nak handle semua benda serentak memang memang boleh menyebabkan stress. Sebenarnya ada cara nak handle stress ni, mak-mak kena istiqamah. Ikut je panduan yang dikongsikan oleh Prof. Madya Dr. Munzilah Md. Rohani, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
1-Bangun awal pagi, buat kerja sebelum anak-anak bangun dan mula aktif.
2-Sediakan ruang untuk bekerja. Tak semestinya bilik khusus, mak-mak boleh bekerja di ruang tamu atau dapur mengikut keselesaan. Yang penting tempat ini kurang gangguan anak-anak.
3-Jangan rigid sangat sampai stress, mak-mak kena fleksible. Ambil masa seketika untuk layan anak-anak dan suami, cara ni dapat jaga komunikasi dan elak ketegangan dalam hubungan. Nak kerja dari rumah kena happy, jangan tension memanjang.
4-Kekalkan fokus tapi jangan harapkan kesempurnaan. Jika tak dapat fokus sepanjang lapan jam bekerja, itu adalah perkara biasa kerana di rumah gangguannya lain dan mak-mak ada tanggung jawab pada keluarga. Memang kena tolak ansur bab ini. Mak-mak cuba kerja sambil santai untuk elakkan stress misalnya sambil dengar radio.
5-Jangan mengadap kerja terlalu lama. Ambil masa untuk berehat sebentar sekurang-kurangnya 15 minit untuk setiap dua atau tiga jam. Selain break makan, mak-mak juga boleh melakukan pergerakan seperti berjalan untuk menggerakkan otot badan. Tip ini dapat mengurangkan ketegangan setelah mak-mak melakukan kerja dalam tempoh yang lama di depan komputer.
6-Berhenti jika kerja dah selesai, tumpukan pula perhatian pada anak-anak dan suami. Mereka juga tanggung jawab kita.
7-Urus masa dengan bijak agar selesa bekerja dari rumah. Mulakan dengan niat yang baik dan usahakan dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah, kerja selesai, keluarga happy dan mak-mak tak stress.
Sediakan ruang bekerja yang kurang gangguan anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT antara lokasi pelancongan cantik di dunia musnah dalam banjir besar. Bagi yang pernah melancong ke Pakistan, pasti ramai mengakui keindahan semulajadi negara ini.
Tak perlu ke Eropah, Switzerland, Egypt dan lain-lain tetapi Allah mengurniakan negara Pakistan ini lengkap segala-galanya kerana panorama indahnya yang sangat memukau. Yang pernah tengok filem lakonan Salman Khan berjudul Bajrangi Bhaijaan pasti mengakui keindahan lokasinya (sempadan Kashmir – India). Bukan itu saja, tetapi banyak lagi lokasi-lokasi indah di sini seperti Attabad Lake, Hunza, Skardu, Sawt dan banyak beberapa daerahnya digelar Switzerland of Pakistan.
Tapi sejak dua hari lalu, negara penduduk beragama Islam ini diuji dengan bencana besar yang menjejaskan kehidupan 33 juta rakyatnya. Bukan sedikit kematian dicatat tetapi seramai 1033 orang ditemui meninggal dunia selain sejuta rumah musnah sama sekali.
Bahkan dari perkongian video di Tik Tik @Arsal Raaj menunjukkan SWAT antara yang mendapat jolokan Switzerland Of Pakistan yang berada dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa kerana keindahannya yang terlalu memukau hingga menarik jutaan pelancong datang untuk melihat keindahan alam semulajadinya kita bertukar rupa dan musnah sama sekali.
Wilayah SWAT antara tercantik di dunia hingga digelar Switzwerland Of PakistanKesemua penorama indah ini musnah dalam banjir besar melanda Pakistan yang mengorbankan 1033 nyawa, sejuta rumah musnah sama sekali dan 33 juta penduduk terjejas
Dari sungai yang mengalir deras dari pergunungan, dikelilingi rumah yang dibina kiri dan kanan lokasi ini antara tarikan pelancongan yang wajib singgah sebelum ke lokasi lain seperti Passu, Chizer dan banyak lagi.
Bahkan akibat banjir besar ini, pemerintahnya mengisytiharkan darurat kerana belum ada tanda-tanda banjir besar ini akan surut.
Ada mendakwa bencana terjadi ini akibat kerakusan tangan manusia sendiri bahkan tragedi yang menimpa negara ini seakan mengiyakan bahawa di akhir zaman sebelum terjadinya kiamat besar, akan terjadinya kiamat kecil seperti kerapnya terjadi benca alam seperti gempa bumi, tanah gelongsor, banjir besar dan lain lagi.
Dalam satu hadis Baginda Nabi SAW “Tidak akan datang hari Kiamat sehingga langit menurunkan hujan yang tidak terlindung daripadanya rumah-rumah yang diperbuat daripada tanah dan tidak ada yang terlindung daripadanya melainkan rumah-rumah yang diperbuat daripada bulu atau kulit haiwan (khemah).”
Bahkan di akhir zaman juga, walau hujan lebat terjadi yang menyuburkan bumi tapi hanya sedikit makanan yang tumbuh selain terjadinya kemarau yang panjang.
Dalam tragedi banjir besar di Pakistan ini, menurut laporan Pengurusan Bencana Pakistan (NDMA) melaporkan lebih dari dua juta hektar tanaman musnah, 3451 kilometer jalan hancur dan 149 jambatan hanyut.
Indahnya negara Pakistan. Segalanya ada di negara ini, cantik, penduduk ramah dan paling penting murah untuk melancong
Glasier yang mula mencair semakin memburukkan keadaan selain hujan deras yang belum menunjukkan tanda akan berhenti (setakat laporan dinyatakan). Bahkan banyak hotel-hotel popular musnah sama sekali termasuk Wisma Nasir Khan.
Walau banjir ini tidak terjadi Ibu kota Pakistan iaitu Islamabad serta beberapa kawasan lain seperti Kota Rawalpindi namun kesannya tetap tersisa. Banyak hasil tanaman tidak dapat dibawa masuk ke ibu kota sekali gus meresahkan penduduk.
Dikatakan banjir besar kali in menyamai banjir pada 2010 yang pernah dicatatkan sebagai terburuk dalam sejarah Pakistan dengan 2010 orang meninggal dan seperlima waliyah itu terendam air.
Jeans rosak jangan buang. Jom sertai bengkel buat tote bag dan shopping bagi bersama MW Oktober nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nora sedih, Roslan Aziz diuji kanser. Perkhabaran duka Roslan Aziz yang kini menginjak usia 60 tahun, kini diuji dengan kanser limfoma atau kanser darah.
Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, figura yang merupakan penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu tidak pernah terlintas kini menghidap barah melepasi tahap empat.
Asalnya, pada 1 November 2021, penggubah, jurutera muzik dan penerbit album tersohor negara itu mengadu sakit perut yang agak berat sehingga memaksanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Dalam masa sama, Roslan sangat positif dan sentiasa mengingatkan dirinya bahawa dia harus menerima apa sahaja kemungkinan dengan tabah dan reda.
Malah doktor juga memberitahu Roslan hanya ada masa sehingga enam bulan untuk hidup.
Nora Sedih, Roslan Aziz Diuji Kanser
Sebagai rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Roslan, Datuk Nora Ariffin tumpang berasa sedih dengan perkhabaran tersebut.
Malah sempena bulan Ramadan penuh keberkatan ini Nora juga mengajak orang ramai berdoa agar Roslan mampu pulih seperti biasa.
“Please stay strong abg Lan.🙏
“ROSLAN AZIZ adalah figura yg telah menggabungkan saya & Dato Sheila Majid dlm lagu JENTAYU.
“Saya tumpang sedih & terpanggil bila mendapat tahu, abang Lan sedang diuji dengan kanser.
Banyak Berjasa Pada Industri
“Allahukbar.
“Abg Lan banyak berjasa pada industri & artis-artis hebat yg mungkin ramai tak tahu.
“JENTAYU sebuah lagu yg pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996.
“Ramai yg tahu kejayaan & kehebatan lagu JENTAYU, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid & arwah Johan Nawawi, ciptaan arwah Johan Nawawi & Lirik oleh ayahnda Dato Dr Usman Awang. Hebat lagu ni.
“Tapi mungkin ramai yg tak tahu, ini adalah hasil idea creative dari saudara Roslan Aziz & Johan Nawawi. ROSLAN AZIZ adalah producer utk lagu ini.
“Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dgn Dato Sheila majid.
“Dia juga merupakan figura yg sangat hebat, disegani & dihormati oleh arwah Johan & semua rakan rakan industri.
“JENTAYU adalah sebuah lagu yg merupakan masterpiece utk sepanjang karya Johan Nawawi.
Ajal maut ditangan Allah SWT.
“Sempena ramadhan ayuh kita sama2 berdoa agar Roslan Aziz mampu pulih seperti biasa.
“In Shaa Allah, STAY STRONG abg Lan,” luah Nora.
“Semoga Allah Beri Kesembuhan Buat Abang Lan” Warganet
Ramai warganet yang mendoakan kesembuhan buat Roslan Aziz.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!