
Rojak buah yang sedap, kuahnya kena cukup pedas, pekat dan manis secukup rasa. Selalunya pes rojak yang dijual dipasaran ada campuran petis udang dimana sesetengah orang ada yang jenis tak makan petis udang ni.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri kuah rojak buah yang sedap, ikut cuba resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika ini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Alhamdulillah.. berojak buah hari ni, permintaan kawan-kawan dia orang kata sedap tu yang suruh buat lagi. Tak tau la puji ikhlas ke tak. Tapi akak buat ikhlas penuh kasih sayang untuk gather dengan kawan-kawan sekolah”
Bahan-Bahan:
1 botol sos cili
1 botol kicap lemak manis
350 gm gula
3 keping nisan besar (Agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
sedikit belacan
cili kering blend (Ikut suka)
Bijan (disangai-Suka hati nak letak ke tak)
Kacang tanah (kisar kasar nak makan baru letak)
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang).
2. Boleh letak air dalam botol tu untuk habiskan sisa-sisa sos dan kicap.
3.Masak guna api sederhana saja, masak sampai pekat.
4.Dah pekat baru letak bijan tadi kacau tutup api.
5.Seimbangkan rasa.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba resipi kuah rojak buah ni. Lebih jimat dan pasti puas hati bila buat sendiri.
Sumber: Tg Khuzanika
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Tumis Tempoyak Petai Pedas Paling Sedap, Tak Cari Lauk Lain!

Sedapnya dapat makan Sambal Tumis Tempoyak Petai dengan nasi panas. Makan lauk tu pun sahaja dah cukup, tak perlu cari lauk lain lagi dah. Musim durian ni, kalau ada durian lebih bolehlah buat tempoyak dan buat resipi ni. Memang sedap! Dijamin makan nasi bertambah-tambah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maryam Abas ini sebagai rujukan;
“Fav siape ni..baik ngakuuuuu.Lauk untuk anak dara hari ni.Mamanya hanya mampu teriakkk bucu katil je. Nak makan tak berani pedas sangat.”
Sambal tumis tempoyak cara saya
Bahan-Bahan:
Tempoyak
Cili api kampung
Daun kunyit
Bawang merah hiris
Petai
Ikan bilis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak masak, goreng dulu ikan bilis kejap, angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi + secubit garam dan gaul bersama tempoyak.
3. Dalam minyak yang sama tadi..tumis cili padi dan tempoyak sehingga naik bau.Hmmmmmmmm satu rumah bau.
4. Masukkan segelas air, kacau kejap sehingga agak-agak sedikit pekat boleh masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kunyit diracik.Tak perlu masuk garam lagi dah sebab tadi dah tumbuk dengan cili.
5. Masukkan aji atau gula jika suka.Masukkan petai, kacau kejap je dan tutup api gas. Biar petai tu fresh.Siap dihidang!
Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya sambal tempoyak ni, makan dengan nasi panas dah tak cari lauk lain dah! Mak-mak kena cuba buat sendiri dekat rumah nanti.
Sumber: Maryam Abas
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Rasa Masakan Jadi Makin Sedap, Rupanya Ini Rahsianya!

Mudahnya kerja anda di dapur kalau ada Mesin Pemproses Makanan (MK-F800SSL) Panasonic ini, bukan hanya boleh kisar bahan basah lebih lumat tetapi mampu buat minuman segar dengan cara kilat!
Haaa… mesin yang berharga RM848.10 ini ada 13 kelengkapan dan 33 fungsi penggunaan di rumah, aplikasi meliputi kepelbagaian fungsi iaitu dari memasak hidangan lengkap alami hingga satu bahan makanan yang mudah. Nah, jemput tengok kelebihan mesin pengisar ini dulu.
13 Aksesori Untuk 33 Fungsi
Ada pelbagai pisau yang boleh anda gunakan untuk memotong, adunkan sebati, melumatkan bahan kisar, menggiling, mencincang, memarut dan menghiris sayuran seperti timun dan kentang dengan skala ketebalan milimeter.
Mode Alirkan
Lebih cepat kisar sayuran untuk mengeringkannya. Jadi anda boleh buat salad yang enak dengan mudah.
Mode Cincang
Anda boleh buat hamburger atau bebola daging sendiri sebab mesin pengisar ini boleh potong daging sampai menjadi daging kisar.
Mode Kisar
Memotong bawang (dadu) dengan bersih tanpa air meleleh keluar dari mesin pengisar.
Mode Beku
Boleh memproses buah dan sayuran setengah beku untuk buat gelato dengan tekstur halus sempurna.
Mode Pes
Kalau biasa buat pes memasak untuk disimpan dalam peti, inilah alat yang membantu kerja anda di dapur. Mesin pengisar ini boleh kisar bahan makanan seperti kekacang jadi lumat. Sangat puas hati!
Lagi menarik, anda juga dapat memerah buat jus segar dan hasilkan adunan roti dengan menggunakan mesin ini. Nak kisar kopi sendiri dan buat salad kering pun boleh.
Setiap alatan pengisar ada dalam kotak simpanan, jadi ini membuatkan dapur anda tetap nampak kemas dan bersih.
Potongan Tahap Profesional Ada 4 jenis pisau yang tajam untuk memotong mengikut kesesuaian makanan iaitu pisau pemotong, pisau pemarut, pisau pengiris dan pisau untuk kentang goreng. Jadi kalau guna mesin ini, ianya akan lebih jimat masa dan mudah.
Sangat Mudah Nak Cuci
Kelebihan bekas Tritan BPA-Free memberikan penggunaan yang selamat, malah dengan adanya piring mesin pencuci ini anda tak akan pening kepala macam mana nak cuci bersih.
Senang Untuk DiangkatPad penyedut di bawah unit utama senang untuk diangkat untuk keselesaan pengguna. Tekan tuil di bahagian tepi dan pad penyedut akan terlepas yang memudahkan unit untuk diangkat.
Bekas Yang Boleh Dikunci Untuk KeselamatanMesin tidak akan hidup sehingga anda tutup bekas dikunci dengan betul. Ini bagi mencegah pisau dan makanan tercampak keluar dari mesin ketika anda menggunakan mesin pengisar.
Nak lagi semangat menggunakan mesin pengisar Panasonic, apa kata anda cuba dulu beberapa resepi ini. Bila dapat hasilnya, barulah rasa berbaloi!
Kuih Cara Berlauk
Bahan bahan:
Adunan Tepung1 cawan tepung gandum1 biji telur ( saiz A/B/C )1 sudu kecil minyak sapi1/2 sudu kecil garam2 cawan airSedikit pewarna kuning
Cara cara:
Adun semua bahan hingga sebati atau kisar dengan Pemproses Makanan (MK-F800SSL) Panasonic.
Inti
200gram daging/ayam – dikisar
2 biji bawang besar- racik halus
3 biji bawang kecil – potong mayang
1 ulas/biji bawang putih – dipotong mayang
1 1/2 sudu besar rempah rendang
1 sudu kecil serbuk kari
Garam gula dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merahdan putih hingga kekuning-kuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan rempah rendang.
3. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging /ayam kisar, bawang besar, masukkan air secukupnya hingga daging /ayam masak.
4. Masukkan garam gula dan perasa secukupnya.
Aksesori : Bawang goreng, daun sup dan cili besar yang diracik.
Proses masak cara berlauk:
1. Panaskan acuan cara dan oles dengan sedikit minyak.
2. Masukkan adunan tepung 90% penuh acuan, kemudian masukkan lauk, diikuti bawang goreng, daun sup dan cili.
3. Tutup acuan dengan penutup periuk dan tunggu 1-2 minit, angkat tudung periuk, cungkil inta bahagian bawah. Kalau bahagian bawah dah Nampak sedikit garing maknanya kuih cara dah masak dan boleh diangkat.
Rendang Ayam
Bahan-bahan:
3 sudu besar ketumbar
1½ sudu besar jintan manis
1½ sudu besar jintan putih
125ml minyak masak
1 kg kepingan ayam
200ml santan (1 kelapa)
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit, dihiris halus
100g kerisik kelapa
2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering, direndam air panas
2 biji bawang besar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5sm halia
5sm lengkuas
5sm kunyit
2 batang serai
5 biji buah keras
Cara Membuat:
1. Satukan ketumbar, jintan manis dan jintan putih di dalam mangkuk gelombang mikro.
2. Letak di dalam Ketuhar Gelombang Mikro (NN-CS894B) Panasonic dan tetapkan Micro Power – High (1000Watt).
3. Masak selama 1 minit atau sehingga rempah berbau harum. Letakkan ke dalam Pengisar dan Pengadun 4-dalam-1 (MX-AC400TSK) dan kisar menjadi serbuk.
4. Letak bahan kisar di dalam Pemproses Makanan (MK-1800SSL) dan kisar sehingga menjadi pes yang halus. Tambah sedikit minyak jika perlu.
5. Di dalam bekas kaserol, letak minyak, bahan kisar dan rempah kisar. Masak selama 6 minit dengan Micro Power – High mode, kacau setiap 3 minit.
6. Masukkan ayam dan kacau. Masak selama 5 minit.
7. Tuangkan santan, asam gelugur dan kacau. Masak selama 6 minit, kacau selepas 3 minit.
8. Masukkan kerisik, daun kunyit dan kacau. Teruskan memasak selama 4 minit.
9. Tambah gula merah dan garam. Kacau rata. Akhir sekali, masak 4 minit lagi kemudian hidangkan.
Cukup mudah, bukan? Sebab itulah untungnya andabeli mesin pengisar serba guna ini, nak masak apa pun cepat dan dapur tetap bersih.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Brownies Cookies, “Tak Yah Kata Budak, Mak Budak Pun Mesti Suka!”

Rasa Brownies Cookies memang sedap dan kali ini resepi yang dikongsi Puan Yanti Sembiring sangat ringkas dan menjadi.
Katanya dia pun suka buat biskut ini sebab selalu menjadi, tetapi nak buat kena pastikan cara godek itu betul ya.
Bahan-bahan:
200 gram buttercup
700 gram dark chocolate beryl’s
Isi dalam mangkuk tahan panas, cairkan dengan cara double boiler atau guna microwave
Ketepikan dan biar sejuk
6 biji telur gred A (saya guna telur 7 biji telur gred B
400 gr gula perang
1 sudu teh vanilla esen
Cara Buat Brownies Cookies:
Kacau guna whisk hingga gula larut, masukkan coklat yang dah dicairkan tadi, kacau rata.
Masukkan 200 gram tepung gandum cap bunga rose.
Kacau rata, masukkan dalam pipping bag.
Paipkan atas mat macaron, hias dengan badam slice.
Bakar suhu 150c, 18 minit.
Tunggu sejuk baru simpan dalam balang.
Kalau nak soft cookies bakar suhu 170°c selama 12 minit dan untuk cruchy tambah masa 15 minit.
Resepi Kedua Yang Mak-mak Boleh Cuba
Jika mak-mak suka biskut rasa lebih rangup, boleh ikut cara kedua ini.
BAHAN A :
120gm dark chocolate compound
( saya guna beryls / vivo )
40gm butter
(Saya guna buttercup je. Kalau pure butter lagi sedap)
** cairkan secara double boil dua bahan kat atas tu. Bila dah cair dan sebati ketepikan. Biar dia suam sendiri.
BAHAN B :
1 biji telur size B
60gm brown sugar / gula icing
Esen vanila sikit
BAHAN C :
50 gm tepung gandum
½ sdk serbuk nescafe 3 in 1
(Untuk menaikkan lagi aroma coklat & rasa coklat lebih sedap)
Cara-caranya:
Pukul bahan B selama 5 minit menggunakan mixer. Kalau nak whisk pun boleh. Tujuan pukul lama untuk dapatkan crack yang cantik.
selepas cukup 5 minit masukkan coklat yang dicairkan tadi dan cukup mix selama 10 saat, tujuannya untuk bagi sebati sahaja.
Kemudian masukkan bahan C dan kali ni jangan guna mixer. Kacau secara kaup balik sahaja hingga sebati.
Rehatkan adunan selama 5 minit. Kemudian masukkan dalam piping bag, ikat getah. Elakkan adunan terdedah.
Kalau ada yang baki adunan dalam bekas sila tutup rapat.
Saya masukkan dalam piping bag yang kedua dan ikat getah.
NOTA:
Sebelum paipkan adunan sila panaskan oven dahulu.
Paipkan atas macaroon mat / parchment paper dan bakar suhu 170 °c selama 15 minit.
Haa… tak payah nak kata budak suka makan, mak budak pun boleh pulun habis sebalang! Selamat mencuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI