Rupanya punyalah senang mak-mak nak buat mee kuning sendiri di rumah. Paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti Asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.Hanya guna 4 bahan utama iaitu, tepung gandum, garam, telur dan serbuk kunyit!
Caranya pun mudah, malah diyakini lebih selamat, bersih dan suci bila kita buat sendiri.
Jemput baca perkongsian resipi macam mana nak buat mee kuning ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Nafsiah Sakmad ini.
“Teringin nak makan mee goreng..buat jalah kedai jauh.Bahan-bahan ada dekat dapur”.
Bahan-Bahan:
300 gram/ 1 mangkuk tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
serbuk kunyit untuk pewarna
Cara Membuat:
Satukan bahan-bahan tersebut selepas tu bancuh dengan air suam.
2. Uli sampai jadi doh dan bahagi-bahagikan doh tu kepada 5 atau 6 biji.
Ads
3. Selepas itu canai guna mesin mee.Naf beli mesin kecik saja harga pun murah RM 40 beli 5 tahun lepas.
4. Gelekkan sebiji-sebiji doh tadi dalam mesin mee. Kalau koyak taburkan tepung .Buat sampai tak koyak.
Ads
5.Selepas itu, gelekkan pula bentuk mee.
6.Bila dah siap semua…rebus mee dengan air panas. Bila dah timbul ertinya dah masak.Boleh angkat toskan.
7.Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
Ads
Info Ekstra!
*Sukatan tepung gandum, ikut berapa banyak yang kita nak. Semangkuk ni pun boleh dapat berat sekilo.
* Resipi ini tidak menggunakan tak gunakan air abu atau air kapur.
*Basuh dengan air supaya kanji dekat mee tu hilang.Kemudian boleh goreng ikut citarasa kita semua.
* Jika tiada mesin mee, potong dengan pisau pun boleh.
MW: Mudah je kan nak buat mee kuning ni. Selepas ni mak-mak boleh buat sendiri je di rumah, tak perlu nak beli lagi. Lebih jimat, malah diyakini selamat, bersih dan suci bila buat sendiri!.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kali kita beli roti mesti akan tengok tarikh luput. Biasanya roti yang dibeli hanya bertahan seminggu saja. Sebab tu, kalau dah tamat tempoh jangan sayang nak buang. Kita tak tahu apa dah jadi pada roti tersebut.
Ada juga mak-mak yang jadikan roti hampir tarikh luput tu jadikan bahan makanan lain. Bukan apa, rasa membazir pula bila buang roti tersebut.
Jangan sayang nak buang roti yang dah nampak berkulat. Walaupun hanya sedikit dan buang pada bahagian berkulat itu saja, kita tak tahu ia boleh bahayakan kesihatan, lebih-lebih lagi kalau anak yang makan.
Inilah antar perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan dengan roti hampir berkulat ini. Jangan sayang nak buang ye.
“Sampai masuk hospital anak saya, doktor! 3 hari lembik, macam tuala buruk!”
Inilah yang terjadi. Kalau nampak roti yang belum luput tarikh, tapi dah ada tanda-tanda nak berkulat, maka jangan makan. Buang terus!
Ada orang, dia rasa sayang nak buang sebab kulatnya tompok kecil sahaja. Jadi dia cuil bahagian yang berkulat tu dan buang. Bahagian yang nampak elok tu dia makan.
Jangan buat macam tu.
Tompok kecil yang kita nampak atas permukaan roti tu adalah putik spora kulat. Nampak kecil di luar, tapi mungkin jaringan akar kulat dah jauh menjalar ke dalam ruang roti.
Jadi, kita tak boleh nak anggarkan di mana sebenarnya sempadan roti yang telah berkulat dan yang elok. Kalau kita termakan spora atau hyphae, sama sahaja bahayanya.
Ada juga orang, dia bersihkan bahagian berkulat dan kemudian masak atau panaskan roti dengan niat untuk membunuh kulat ni. Kemudian dia makan roti tu.
Jangan buat macam tu.
Benar, kebanyakan kulat akan mati jika dimasak dengan suhu yang tinggi, tetapi roti yang telah berkulat tetap tak selamat untuk dimakan. Tak kiralah digoreng, stim atau bakar.
Kulat menghasilkan sejenis toksin dinamakan mikotoksin (mycotoxin). Ia boleh menyebabkan gejala keracunan makanan. Ia tidak mudah dimusnahkan walaupun dimasak.
Keracunan makanan akibat kulat dan toksinnya boleh menyebabkan gejala muntah-muntah dan cirit-birit yang teruk, terutamanya untuk kanak-kanak dan warga emas.
Oleh itu, nampak ada perubahan warna pada roti, walaupun tompok kecil, walaupun belum tarikh luput, terus buang. Jangan ambil risiko bahayakan kesihatan.
Makanan sihat, adalah makanan yang selamat.
Mingguan Wanita : Selalunya tarikh luput yang diberikan itu adalah anggaran saja dan masih lagi boleh dimakan. Tapi kalau dah nampak berkulat, jangan sesekali pertaruhkan nyawa. Bahaya…
Orang Melaka yang ingin menikmati keenakan hidangan Mexico yang halal, kini tidak perlu pergi jauh. El Ocho Mexican Eatery kini telah membuka cawangannya di Negeri Bersejarah itu.
El Ocho Mexican Eatery bersama MN Coffee baru-baru ini membuka pintu restoran dan kafe baru mereka yang terletak di No 35, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, Melaka.
Memilih lokasi strategik di tengah Bandaraya Melaka, restoran dan kafe ini bakal menjadi antara tarikan gastronomi terkini untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati hidangan Mexico serta gabungan kopi yang sememangnya sukar untuk dilepaskan.
CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal
Menurut CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal, El Ocho Mexican Eatery menawarkan menu yang kaya dengan pelbagai pilihan, termasuk tacos enchiladas, dan quesadillas, yang semua disiapkan menggunakan bahan-bahan segar dan rempah asli.
Gabungan ini juga mempromosikan inklusiviti budaya, memungkinkan orang Malaysia dari berbagai latar belakang untuk menikmati masakan Mexico dengan lebih selesa, kerana El Ocho Mexican Eatery merupakan kafe milik penuh Bumiputera dan halal.
Cheesy Pulled Beef Tacos antara menu popular di El Ocho yang mesti dicuba!
Antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan di El Ocho Mexican Eatery termasuklah Pulled Beef Tacos, satu hidangan Mexico yang menawarkan kombinasi tekstur lembut daging yang telah dimasak perlahan dan kekayaan rasa yang luar biasa.
Setiap hidangan didatangkan dalam portion hidangan sederhana dan mudah disesuaikan dengan pelbagai selera dan bahan tambahan. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan popular di El Ocho Mexican Eatery. Malah, setiap menu yang terdapat di El Ocho Mexican Eatery telah digabungkan dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera tempatan.
Bercerita soal dekorasi pula, El Ocho Mexican Eatery mengetengahkan konsep dining yang santai dan mesra keluarga untuk menikmati hidangan istimewa bersama-sama dengan gabungan rona yang terang dan pastinya membangkitkan selera.
Meskipun ruang dalaman agak sempit, namun pelanggan boleh menikmati hidangan di El Ocho Mexican Eatery ataupun bersebelahan dengannya iaitu di Malaiqa by Gula Cakery yang juga merupakan milik Gula Cakery.
MN Coffee, di sisi lain, akan menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal. Kedua-dua tempat ini dirancang dengan suasana yang nyaman dan dekorasi yang menarik, menciptakan ruang yang sempurna untuk makan santai atau bersantai sambil menikmati kopi.
Tambah Arieni lagi, El Echo Mexican Eatery ditubuhkan selepas salah seorang cef di Gula Cakery Group mempunyai kemahiran menyediakan hidangan Mexico. Memandangkan dirinya juga amat meminati hidangan Mexico yang kaya dengan kepelbagaian rempah ratus, El Echo Mexican Eatery dibuka secara rasminya pada 2022 di Setia Alam, Selangor.
“Setiap menu yang terdapat di El Echo Mexican Eatery dihasilkan melalui proses R&D bersama team Gula Cakery yang berkebolehan dalam pelbagai jenis makanan. Manakala El Ocho pula bermaksud “Nombor 8”yang melambangkan gabungan lapan individu penting di dalam team El Ocho Mexican Eatery,”ujarnya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ada viral di media sosial tentang duit kertas yang dikumpul selama ini rosak dimakan anai-anai. Tak kurang juga yang sudah lusuh, terkoyak dua dan sebagainya. Tak terbayang sesalan dalam diri sebab wangnya sudah tidak bernilai.
Bayangkan kalau dah rosak, apa yang nak digunakan. Mesti tak laku kan. Jadi, cara yang tak bijak dengan hanya buang sahaja. Ingat, duit kertas yang nak dibuang bukan kaleng-kaleng sikit tapi nilainya beribu-ribu. Sayangnya.
Jangan terus buang. Masih ada cara lagi untuk dapatkan kembali nilai duit kertas anda yang rosak ini. Cuma nilai pertukarannya tidaklah sama dengan nilai sebenar dan ia bergantung kepada keadaan duit kertas tersebut.
Berkut adalah garis panduan yang telah diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap duit kertas yang rosak.
BNM boleh menerima duit kertas dan duit syiling yang tidak sesuai dan mengalami kerosakan dengan menukar kepada baru, jika duit itu adalah disebabkan:
Berikut kadar penilaian BNM berkaitan duit kerta rosak berdasarkan kategori:
1. Wang Kertas Conteng
Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan.
Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai contengan ketara iaitu terfapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, tuisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan.
2. Wang Kertas Cacat
Nilai yang diberikan untuk sebarang wang kertas koyak, terbakar dan dimakan anai-anai bergantung kepada keadaan:
Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi 2/3 daripada saiz asal.
Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi ½ tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal.
Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang kurang ½ daripada saiz asal.
3. Duit Syiling Cacat
Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling ini:
a) Duit syiling tulen
b) Rupa bentuk dapat dikenalpasti
c) Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus.
Cara Tukar Duit Kertas Rosak
Bawa wang kertas /wang polimer atau duit syiling yang rosak di mana-mana cawangan BNM yang berhampiran dan isi borang. Dapatkan borang di kaunter.
Sekiranya cawangan BNM jauh dari rumah, boleh depositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.
Maklumat lanjut: Layari web www.bnm.gov.my/MataWangMalaysia atau hubungi Pusat Perkhidmatana Pelanggan BNM 1-300-88-5465
Mingguan Wanita : Jangan nak buang ye, masih ada nilainya. Sedih memang sedih tapi nak buat macam mana bukan rezeki. Dapat nilai penuh atau tidak bergantung pada kerosakan duit itu.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...