Isteri akan merasa sakitnya perasaan bila dapat tahu suaminya ada skandal dan jatuh hati dengan perempuan lain. Dan cinta mereka saling berbalas. Sakitnya hati itu isteri fokuskan pada kedua-duanya tanpa sedar, dia sudah mengabaikan dirinya sendiri.
Diri kitalah yang perlu diambil peduli sekarang mak-mak. Sebab itu, dengar pesanan daripada Coach E-Hati, Diyana Tahiryang berkongsi rasa bagaimana mahu menawan kembali hati pasangan.
Bagaimana mahu kembali bercinta dan meredakan emosi marah pada pasangan yang tersilap langkah, terjebak dalam skandal yang diciptanya.
Skandal Bukan Benda Yang Jadi Tiba-tiba
Posting ni panjang. Jangan baca sampai habis jika hati tisu dan mudah sentap. Posting ini hanya untuk mereka yang nak kan kebenaran bukan pembenaran.
Ramai wanita bila ada wanita lain hadir sebagai orang ketiga dalam perkahwinan, habis orang ketiga itu dimaki hamun dan dikata dengan kata-kata yang kesat.
Macam-macam la hinaan yang dilabel pada wanita tersebut. Seolah-olah orang ketiga ini syaitan bertopengkan manusia.
Seolah-olah suaminya itu kena sihir dan bodoh sehingga boleh jatuh hati pada wanita seburuk itu.
Sedangkan jika dia benar-benar melihat sejujurnya dan menyedari bahawa dia ada masa yang sangat lama untuk mengunci hati suaminya.
Dia yang terlebih dahulu hadir dalam hidup suaminya. Mengapa tidak gunakan peluang yang Allah beri untuk tawan hati suami dulu?
An affair its not overnight insident.
Bukan tiba-tiba je suami tu menggatal dan terbuka hati untuk wanita lain. Bukan hebat sangat pun jampi wanita lain tu.
Its happen after many years heart broken and dissapointment.
Ramai lelaki yang suka pendam perasaan. Dan harap isteri faham. Tapi ramai isteri buat-buat tak faham. sebab? Isteri asyik focus pada apa yang dia tak dapat dari suami.
Cuba ingat balik masa zaman mula-mula bercinta dulu. Apa yang anda buat sehingga suami anda tersenyum blushhing bahagia sehingga nak jadikan anda isteri dia? Adakah anda masih ingat untuk buat tu semua dan lebih lagi?
Betul ke buat? Pasti ke?
Memang tak kan?
Sebab apa?
Sebab Isteri Pun Jadi Penunggu
Ramai harap suami beri apa yang dia nak. Bila tak dapat, isteri pun mula bagi silent treatment merajuk atau membebel atau mengungkit.
Seolah-olah si isteri la yang paling banyak berkorban. Seolah-olah suami tu satu sen pun tak guna.
Sedangkan jika suami tu tiada guna satu sen pun, mengapa suami tu tetap disayang dan tetap jadi suami sehingga saat ini?
Ads
Pastilah ada kebaikan dia yang tak disedari atau tak cukup disyukuri dan dihargai.
Jika suami tu tak guna langsung dan membebankan, sepatutnya berterima kasih dan bersyukur lah sebab ada wanita yang sudi mengambil beban awak kan?
Ke macam mana? Hehehe
Ke… sebenarnya banyak kebaikan suami selama ini sehingga rasa sangat kehilangan bila perhatian suami sudah ke orang lain?
Inilah sketsa yang biasa saya terima saban hari.
Kisah suami isteri yang sedang mencari kebahagiaan di luar.
Hari-hari gaduh atau pendam perasaan. Bertahun-tahun begitulah hubungan semakin hambar dan semakin hambar. Masing-masing secara tak sedar kecewa dengan pasangan masing-masing.
Tapi tak buat apa-apa perubahan. Take things for granted.
Dan biasanya isteri mula menyebukkan diri dengan anak-anak dan juga kerja. Begitu juga suami…
Sehinggalah sampai satu masa..
Ada seorang wanita yang hadir secara tak sengaja mengisi kekosongan hati suaminya.
Ads
Dan mulakan cinta berputik dan skandal berlaku.
Dan mulalah episod drama orang ketiga yang dikatakan sangat setan dan jahat.
Dan digambarkan sebagai perosak rumahtangga.
Sedangkan sejujurnya siapakah yang lebih awal merosakkan rumah tangga tu?
Siapakah yang lebih awal membiarkan kekecewaan dan kekosongan terjadi begitu lama?
Mungkin benar apa yang di bebelkan oleh sekumpulan lelaki pada saya ketika di Bangkok baru-baru ini:
“Orang perempuan bila dah kawin dah stop melawa dan menggoda suami. Kita boleh tahu anak dara ke bini orang gayanya. Ramai wanita rasa selesa. Dan anggap suami akan terima dia apa adanya (termasuk la perangai dan bad habitnya)
Cinta Tanpa Syarat La Kekdahnya
Nak suami cinta tanpa syarat konon. Tapi isteri tu cinta tanpa syarat ke kat suami? Jika asyik tak puas hati dan ungkit kesilapan suami tu? Cinta bersyarat berapa tu?
Kannn.. memang la pedas kebenaran ni.
Tapi dari kebenaran lah yang boleh buat kita sedar.
Dan dari kesedaranlah baru boleh ada perubahan.
Ads
Sampai bila nak menyalahkan suami atas semua ini? Bukankah kita juga ada akal dan iman untuk dipertanggung jawabkan atas setiap apa yang telah kita beri dan belum beri pada pasangan kita?
Menyalahkan orang itu mudah. Bertanggung jawab itu perlukan kejujuran dan keberanian. Memang tak mudah.
Hanya cinta yang tulus yang mampu bangkit mengambil tanggung jawab untuk berubah.
Kata sayang suami? So berubahlah!
Kalau tak sayang, baguslah! Bagi la beban tu kat wanita lain kan?
Life is so simple!
Just please grow up! Choose lah!”
Pedaskan? Tapi ada benarnya juga apa yang dibebelkan oleh lelaki-lelaki ni.
Saya hormati pandangan sebelah sisi ni, dan dalam pada masa yang sama saya juga faham akan hakikat sebenarnya mengapa begini jadinya.
Mengapa asalnya dua hati berjanji sehidup semati bercinta bagai nak rak.. tiba-tiba saling menyakiti dan membenci.
Nak Tahu Sebab Apa?
Sebab tak ada ilmu. Sebab tak tahu.
Sayang, bila suami ada wanita lain. Berhenti menyalahkan suami dan wanita lain. Bukan juga salah dirimu hakikatnya.
Tiada siapa yang salah.
Yang ada hanyalah ketidak tahuan. Tak ada ilmu. Tak kenal diri dan tak kenal pasangan. Bila tak kenal tu yang salah faham. Bila salah faham tu yang jadi konflik dan kelukaan.
Kita dan suami datang dari dua kehidupan yang berbeza. Keluarga yang berbeza. Cara menyintai dan ingin dicintai yang berbeza. Cara melihat kehidupan juga berbeza.
Bila tak ada ilmu mengenal diri dan pasangan, itu yang mudah ‘assume’ dan sangka-sangka yang bukan-bukan pada pasangan.
Sebab itulah kami di ehati buat apa yang kami buat.
Berkongsi ilmu dan pengalaman kami. Bagaimana untuk keluar dari penderitaan yang tak perlu (unnecessary suffering). Sebab musuh utama kita adalah ketidak sedaran dan ketidak tahuan.
Hakikatnya.. kau, suamimu dan dia (wanita itu) juga sama. Kita semua sering tersalah mencari cinta yang salah.
Kita semua ada lubang jiwa yang besar dalam diri. Kecewa dengan kehidupan, kasih sayang dan penghormatan yang kita tak dapat dari kecil. Kita mencari cinta dan perhatian di luar. Sedangkan cinta dan perhatian yang paling kita perlukan adalah dari diri kita sendiri.
Sekali sekala, kalau keluar makan atau terjumpa barang kesukaan suami, tak salahpun belanja suami untuk gembirakan dia.
Selalunya, isteri mengharapkan suami gembirakan hatinya. Tapi bagaimana pun nak gembirakan hati suami. Mungkin inilah salah satu caranya, jangan berkira untuk belanja suami. Percayalah, dengan cara ini boleh membuatkan rezeki isteri bertambah-tambah.
Antara perkongsian daripada Nor Zaleha Hasan Basri ini untuk isteri yang nak rasa rezeki berlebih-lebih, cubalah amalan ini.
Khas untuk Isteri yang nak rasa rezeki terlebih-lebih (Dengan Izin Allah Taala)
Jangan berkira-kira dengan suami. Meskipun yang layak Isteri menerima belanja dari suami.
Jangan berkira dengan mak ayah atau mak ayah mertua. Ikram mereka seikhlasnya walaupun dalam kocek tinggal berapa keping je.
Jangan berkira dengan anak-anak. Gembira mereka, rezeki kita Insya Allah akan hadir lebih & lebih lagi.
Jangan berkira dengan adik beradik pun. Biarpun adik beradik gajinya lebih dari kita.
Jangan berkira dengan saudara mara dekat mahupun jauh. Usaha call, usaha tanya, usaha juga ikram mereka.
Jumpa sahabat dalam kesusahan, bantulah. Tidak dari wang ringgit, cukup untuk bertanya keadaan.
Tidak semua ada wang yang banyak untuk diberi, cuma kita ada kudrat. Gunalah & infaklah kudrat tersebut kerana Allah Taala.
Ramai susah nak bangun tengan malam. Namun kalau kita cuba juga usaha, di situ sudah ada pahala berganda. Sebab nak bangun malam, nak doa untuk suami/isteri, anak anak, mak/ayah, adik beradik, saudara mara, sahabat — agar diampunkan dosa mereka dari akil baligh sehinggalah ke hari Allah Taala ambil nyawa mereka.
Cubalah.
Tak semua pun, cubalah buat salah satu.
Bila buat jangan harapkan apa apa.
Ikhlas kan sahaja & yakin Allah Taala akan pulangkan semula. Tidak di dunia, lagi banyak & kekal di akhirat sana.
Waktu sekarang, tak dibayar semula dekat dunia pun takpe dah — semua duk berkejaran kumpul saham pahala untuk nak masuk Syurga.
Kalau kita rasakan amalan kita dah cukup, dah confirm Syurga itu kita punya — abaikan je dekat atas.
Mingguan Wanita : Bila kita tak berkira, Insya Allah, rezeki sentiasa ada. Percayalah.
Berbuat kebaikan dan amal kebajikan amatlah dituntut lebih-lebih lagi pada golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik. Tidak kira di mana sahaja, baik golongan fakir miskin, anak-anak yatim mahupun golongan gelandangan di tepi-tepi jalan.
Cantik, bijak dan baik hati, itulah gambaran bagi Dr Jezamine Lim,36 yang juga merupakan isteri kepada pelawak,pelakon dan pengacara Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 52.
Harith Iskander ada memuat naik satu gambar kandid isterinya didalam postingnya di akaun Instagram. Gambar tersebut menunjukkan isterinya, Dr Jezamine Lim sedang duduk bersila dihadapan makanan, sambil berbual mesra dengan seorang wanita bersama 3 orang anaknya. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai, ialah kisah disebalik gambar kandid tersebut.Pemenang Laugh Factory’s Funniest Person In The World ini telah membuat kapsyen seperti berikut;
“Malam ini ketika dibandar, kami melihat perempuan ini bersama dua orang kanak-kanak, sambil memangku seorang bayi yang masih kecil. Isteri menyuruh saya untuk membeli sedikit makanan, sebelum berjalan-jalan dan berhenti untuk memberi wanita ini makanan bungkus tersebut.”
“Akhirnya @drjezaminelim, berbual-bual dengan wanita tersebut selama hampir 20 minit. Bayi kecil tersebut berumur hampir 2 bulan dan kanak-kanak tersebut seperti berumur 3 dan 8 tahun. Wanita ini berasal dari Rohingya. Kisah dirinya terlalu panjang untuk diceritakan disini, tetapi malam ini adalah satu sebab kenapa saya cintakan isteri saya.Ini kerana walaupun dia seorang yang berhati keras bila menguruskan hal-hal perniagaan, tetapi hatinya penuh dengan rasa belas kasihan dan ambil berat pada mereka golongan kurang bernasib baik.”
“Dia akan marahkan saya kerana memuat naik posting ini, tetapi saya tak tak kisah kerana ia sebagai satu peringatan pada diri ini bahawa perkara kecil yang kita lakukan ini sebenarnya mampu memberi satu perubahan dan kebaikan pada orang lain.Saya bersyukur mempunyai kehidupan dan keluarga yang dimiliki.”
Ramai yang memuji tindakan murni isteri Harith Iskander ini dan menjadikan wanita ini sumber inspirasi. Tidak kurang ramai juga yang mendoakan keluarga ini dimurahkan rezeki kerana baik hati dan membantu golongan yang memerlukan.
Berikut antara perkongsian tersebut;
roxarapSemoga kehidupan tuan sekeluarga mendapat rahmat & lindungan Allah SWT sentiasa. Semoga dikurniakan rezeki yg melimpah ruah & berkeupayaan untuk melakukan kebaikan demi kebaikan.
jes.b_75Definitely such a person is a blessing, bless her heart ❤ when you have love and compassion in your soul, you help the helpless/needy (animals and human) with no expectations/rewards. You do it sincerely. You keep your kind deeds to yourself. Good job in setting up such a good example.
sheilalord67Teruskan usaha murni.InsyaAllah besar ganjaran pahala..Moga Allah selalu rahmati keluarga @harithiskander.
fatimahendotYour wife is amazing. I lover her. She’s smart , beautiful and kind.
naalghazaliMay Allah helps dan bless you too. You inspired peop. out there doc.
zalinazanilAlhamdulillah..Semoga dImurahkan rezeki for your family. Aamiin
tengkuyaya87My full respect, love and all the good things may return to her your wonderful kind wife! Such a role model and inspiring woman!
azu_zuraihahSemoga murah rezeki wife n family..Aamiin
jayzkhansA beautiful lady with a beautiful heart @jazeminelim
nitznutsSubhanallah a good heart indeed. May Allah blessed your wife and your family. Amin
Terdahulu pasangan ini telah 8 tahun mendirikan rumahtangga dan memiliki 3 orang cahaya mata yang comel iaitu Zander Xayne,6 Alessandrea Jayne,5 dan Zydane Xayne,3.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat keluarga ini. Semoga usaha murni ini, boleh dijadikan contoh dan tauladan buat ramai orang.
Pelakon Lufya Omar, 40, membuat keputusan mengejutkan apabila menarik semula tuntutan nafkah anak terhadap bekas suaminya, Dr Che Hafiz.
Keputusan itu dibuat bukan kerana menyerah, tetapi kerana enggan terus “bergaduh” mengenai isu yang dirasakan tidak lagi membawa penyelesaian, apatah lagi jika ia hanya memalukan dirinya sebagai seorang ibu.
Perkara tersebut dikongsi Lufya menerusi satu hantaran di Instagram Story awal pagi tadi, mencerminkan keletihan emosi yang dipendam sejak sekian lama.
“Saya cukup gembira untuk melepaskan awak daripada tanggungjawab itu.”
Dalam luahan yang jujur dan tegas, Lufya menulis:
“Saya menarik diri untuk membuat tuntutan nafkah anak kerana sangat memalukan untuk bergaduh tentang perkara itu dengan dia. Peguam saya sangat hebat. Tetapi satu perkara, fikirlah apabila awak berkata awak tidak mampu dan mahu melawan saya habis-habisan.”
Beliau turut menambah bahawa keputusan melepaskan tuntutan itu datang daripada hati seorang ibu yang sudah penat berjuang sendirian.
“Tidak mengapa. Saya cukup gembira untuk ‘melepaskan’ awak daripada tanggungjawab nafkah itu. Alhamdulillah, ada seseorang yang banyak berhutang dengan saya di dunia dan akhirat. Semoga ibumu masuk syurga Laana Haura asbab berjuang sendiri.”
Luahan itu walaupun ringkas, membawa makna berat tentang kepayahan membesarkan anak seorang diri dan pengorbanan yang tidak pernah dipertikaikan.
Perkahwinan yang berakhir, namun tanggungjawab tetap kekal
Untuk rekod, Lufya dan Dr Che Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, kini berusia tujuh tahun. Pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Selepas perceraian, Dr Che Hafiz berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada Disember 2022.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.