Apabila pasangan meninggal baik suami atau isteri, perkara yang difikirkan adalah harta peninggalannya yang ditinggalkan untuk waris dalam meneruskan kehidupan sehari-hari. Kadang-kadang disebabkan harta ini juga ia menjadi perbalahan baik dari ahli keluarga si mati dengan waris yang ditinggalkan.

Boleh dikatakan bila pasangan meninggal, harta peninggalannya menjadi topik utama. Tak kira harta yang ditinggalkan itu sedikit atau banyak. Asing-masing mula menuntut hak. Malah, yang biasa menjadi rebutan bila suami meninggal, ada sahaja yang datang untuk menuntut sama ada cara faraid atau wasiat.

Bagaimana pula apabila berlaku kematian isteri yang mana sudah tentu turut meninggalkan harta. Bolehkan harta peninggalannya itu diambil sepenuhnya oleh suami dan anak-anak atau mungkin dibahagikan kepada waris.

Ini antara persoalan yang perlu dirungkaikan kerana ada beranggapan harta yang ditinggalkan oleh soerang isteri menjadi hak milik suami dan anak-anak dan ada juga yang mengatakan perlu dibahagian kepada ahli keluarga yang lain. Roslina Sabiyah & Co. akan menerangkan lebih lanjut tentang perkara ini.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Harta Sepencarian, Hak Isteri Harus Diselesaikan Dulu Sebelum Pembahagian Pusaka Peninggalan Suami

Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta

Info Lebih Menarik DI SINI

Harta Peninggalannya, Siapa Berhak? 

Soal Jawab Ringkas Pusaka

IKLAN

Soalan :
Puan, arwah kakak saya baru meninggal. Dia meninggalkan seorang suami, ibu ayah masih ada dan tidak ada anak. Kakak ada 5 adik-beradik termasuk saya (3 lelaki dan 2 perempuan). Kakak seorang yang bekerjaya dan mempunyai beberapa harta peninggalan berbentuk rumah, tanah dan beberapa simpanan di KWSP, Tabung Haji dan bank.

Masalahnya, suami kakak mengatakan harta-harta itu semua akan jadi 100% hak suami kerana dia ialah waris asobah kepada isteri. Bukankah kami adik-beradik si mati pun ada bahagian? Mohon pencerahan.

Jawapan :

Suami bukan waris asobah!

Apa maksudnya? Jika isteri meninggal dunia, harta-harta isteri bukanlah automatik akan jadi milik suami semuanya. Rumah yang atas nama isteri, akaun bank, kwsp, tabung haji, ASB, barang kemas dan lain-lain akan kena difaraidkan kepada waris-waris faraid isteri.
Siapa waris faraid isteri tu tadi?

IKLAN

Suami – 3/6 (suami dapat 1/2 kerana si mati tiada anak)
Ibu- 1/6 (ibu dapat 1/6 kerana si mati meninggalkan saudara lebih dari seorang)
Bapa- 2/6 (bapa dapat 1/6 dan baki)
5 adik beradik (3L&2P)- tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.

Waris asobah hanyalah anak lelaki, bapa, bapa saudara, datuk, cucu lelaki dan adik-beradik lelaki.

Tapi perlu di ingat, dalam satu situasi kematian, hanya ada 1 kategori asobah sahaja yang boleh wujud dalam satu masa. Contohnya, kalau si mati ada anak lelaki, maka bapa atau datuk atau adik-beradik dah tak boleh jadi waris asobah.

Waris asobah hanya akan dapat bahagian faraid selepas ditolak bahagian faraid waris fardhu dahulu. Kadang-kadang waris asobah akan dapat bahagian yang paling banyak dan ada juga keadaan yang waris asobah langsung tak dapat bahagian kerana tiada lagi baki faraid.

Berapa bahagian suami? Jika si isteri meninggal dunia dan dia tak ada anak, suami akan dapat 1/2. Tapi kalau si mati ada anak, maka suami akan dapat 1/4. Walaupun si isteri tu baru kahwin dengan suami tu beberapa bulan. Si suami tetap ada hak faraid ke atas harta isteri walaupun harta-harta isteri tu diperolehi dari harta pusaka arwah suami yang sebelumnya.

Selain hak faraid, suami juga boleh mohon harta sepencarian ke atas harta pusaka isteri di mahkamah syariah. Harta sepencarian bukan diperolehi secara automatik tapi perlu dimohon dan diputuskan di mahkamah syariah berapa bahagian yang suami akan layak dapat.

Kesimpulannya : Suami tak dapat 100% kerana suami tertakluk kepada bahagian faraid (1/2 @ 1/4). Adik-beradik si mati juga tak dapat bahagian pusaka kerana telah terhalang oleh bapa yang merupakan waris asobah.

IKLAN

Pengajarannya : Semua persoalan perlu diselesaikan dengan secara baik dan berlandaskan ilmu. Kadang-kadang kita rasa bahagian kita banyak dan rasa kita ada hak ke atas sesuatu.

Rupa-rupanya selepas diperhalusi, bahagian kita hanya terhad sahaja ataupun sebenarnya tak ada bahagian langsung. Sebab itu penting untuk merujuk masalah kepada yang ahlinya dan bukan elesaikan masalah dengan emosi atau bersangka-sangka. Moga ada manfaatnya.

Biar tahu jangan keliru.

#rancanghartaelaksengketa
#celikfaraid
#celikpusaka

MW: Kena faham betul-betul tentang harta yang ditinggalkan oleh si mati dan siapa yang layak. Cara terbaik, rujuklah pada yang pakar dalam hal-hal begini.

Sumber: Roslina Sabiyah & Co.

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI