Sebelum ada anak, ‘dating’ berdua, keseronokannya lain. Tapi bila dah ada anak, rasa pelik pula bila keluar berdua. Tak kisahlah keluar berdua ke mana pun. Sunyi saja.
Tanyalah mana-mana mak ayah, mesti rasa pelik bila kluar berdua tanpa anak. Kecualilah kalau ada hal yang tidak dapat dielakkan. Tapi, kalau nak pergi dating berdua, macam tak sesuai dan pelik.
Mulalah rindu anak-anak di rumah dan rasa nak cepat saja balik ke rumah. Semua agenda tergendala. Seronok lagi dating beramai-ramai dengan anak.
Inilah juga dialami dan perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi perihal ini. Memang betul pun. Nanti pasangan yang ada anak akan raslah apa yang dia sendiri rasa.
Biasanya hari Sabtu atau Ahad aku dan puan isteri akan hantar 2 anak autism kami pergi buat terapi di pusat terapi.
Ads
Masa menunggu lebih kurang 1 jam kami merayau berdua-duaan.
“Nak ke mana ni bang?” Soal puan isteri.
“Entah lah”
Memang tak ada idea nak ke mana dan nak buat apa.
Jadi kami ronda-ronda saja. Itulah, kalau ibu bapa yang ramai anak ni dah tentu rasa ralat saja kalau berdua. Nak ke mana-mana pun mesti nak bawa juga anak-anak.
Ads
Pernah juga kami pergi kursus hanya berdua. Pergilah pantai berdua tanpa anak-anak.
Jalan pegang tangan berdua-duaan, orang pandang, rasa tak tenang. Adahal kami ni dah kahwin 20 tahun.
Aku pandang dia, dia pandang aku. Last-last balik.
Nak dating-dating berdua saja memang rasa lain macam. Rasa tak cukup tanpa anak-anak. Sunyi semacam.
Ads
Aku rasa kau orang yang dah ada anak-anak pun rasa begitu.
Mingguan Wanita : Betul sangat, bial dah anak anak, segalanya tertumpah kasih sayang pada mereka. Memang kena ada we time dengan pasangan tapi tengok keadaan tertentu. Takutnya we time tak sampai ½ jam dah balik. Sebabnya ingat kat anak-anak dan rasa sunyi tanpa riuh rendah anak.
Bila tengok design rumah moden, hati mula terjentik-jentik mahu membeli. Laju saja suri membayangkan mahu hias dalaman kediaman ikut konsep idaman. Seronoklah hati bila rumah yang diinginkan sudah ada di tangan.
Sayangnya baru beberapa bulan duduk anda mula menanggung kos-kos yang tidak perlu. Seperti bil elektrik yang tinggi akibat penggunaan aircond. Sebabnya rumah idaman anda bersifat sauna. Walau pasang kipas, bahangnya tak mahu juga hilang.
Baca perkongsian Penulis Buku Hartanah, Dr Azizul Azli Ahmad(PhD) merangkap Pensyarah Kanan di Jabatan Seni Bina Dalaman, Fakulti Senibina, Perancangan Dan Ukur, UiTM Perak
Mengapa Bumbung Pendek?
Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.
Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.
Fungsi bumbung selain beri ‘rasa’ cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.
Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus ke dinding rumah. Dinding akan menjadi seperti ‘span’ cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.
Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam ‘steamboat’ nanti.
Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.
Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air ke dalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus ke dalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.
Pemaju jana keuntungan dari ‘design modern’ ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25′ x 40′.
Bagaimana kita tahu bahawa ‘design hebat’ ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.
Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.
Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.
Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa disini. Moga jelas dan makin faham.
“Mak, abang pukul adikkk!” jerit si bongsu sambil meraung-raung. Aduh, tak sudah-sudah si abang, kita yang kepenatan ini pun jadi geram dibuatnya. Maka tanpa berfikir panjang, rotan pun dicapai, lalu dilibas ke tubuh kurus abang.
“Tolong Mak! Sakittt!” rayu anak sambil menepis-nepis pukulan rotan yang singgah. Air matanya bercucuran tapi kerana geram, yang kita sedar hanyalah bekas merah berbirat-birat dan sedu-sedannya yang sudah tak berbunyi.
Ya, penting bagi ibu bapa membentuk sahsiah anak-anak sejak dari awal kelahiran mereka agar tidak mengundang pelbagai masalah seperti degil, tidak mendengar kata atau sering melawan cakap orang tua.
Disebabkan itu ada antara ibu bapa yang melaksanakan hukuman untuk mendisiplinkan anak-anak mereka. Salah satu hukuman yang menjadi pilihan adalah merotan.
Menurut petikan Pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Noornajihan Jaafar, dalam pada melaksanakan hukuman rotan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa.
ADAB MEROTAN
(a) Hukuman rotan tersebut hendaklah merupakan alternatif terakhir, setelah cara didikan lain digunakan.
(b) Elakkan merotan ketika sedang marah. Hendaklah ibu bapa menenangkan diri seketika sebelum mengambil tindakan untuk merotan.
(c) Elakkan merotan pada anggota badan yang sensitif seperti kepala, wajah dan dada.
(d) Hendaklah rotan pada kali pertama itu perlahan, dan meningkat kekuatannya pada bilangan yang berikutnya.
(e) Sekiranya rotan pada kali pertama tidak memberikan kesan kepada tingkah laku anak, bolehlah ditambah bilangannya.
(f) Elakkan merotan lebih daripada 10 kali, bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w.
Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu merotan anak-anak yang mak mak di rumah mesti hadam. Topik ‘Aspirasi Rumah Tangga: Rotan – Calar Emosi & Fizikal’ inilah yang akan didebatkan dalam Mingguan Wanita, Jumaat, 21 September 2018. Sama-sama kita tambah ilmu keibubapaan jam 12.00 tengah hari esok, semestinya di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tidur berbantalkan lengan suami lebih tenang dan lena? Betul ke? Fasa pertama perkahwinan iaitu 5 tahun pertama, tak mustahil nak tidur berbantalkan lengan suami. Mood bulan madu masih hangat, dakapan mesra masih menjadi satu kenikmatan.
Melepasi fasa pertama perkahwinan, berapa ramai pasangan suami isteri masih bertahan. Dengan tidur berbantalkan lengan suami? Rimas, ketiak suami bau masam.. hmm itu dah jadi satu kemestian isu berbangkit.
Jangan tak tahu, tidur berbantalkan lengan suami ada banyak kelebihan yang dalam tak sedar akan anda peroleh manfaatnya.
Bau Phero (pheromone) Itu Senjata Ketenangan Wanita
Statement ini bukan melampau. Tapi dah pun dibuktikan secara kajiannya, pada ketiak suami ada sejenis bau yang dipanggil phero. Fungsinya ia boleh mengaktifkan hormon isteri sehingga membuatkan mereka tenang dan lebih selesa.
Tapi pastikanlah suami anda mandi dulu malam sebelum tidur ya. Kalau tidak bukan phero yang keluar… pengsan lagi ada.
Tanda Isteri Memerlukan Suami Sebagai Pelindungnya
Suami yang membenarkan isterinya tidur di atas lengannya dari malam sampai ke pagi tanpa merungut letih, memang suami yang hebat. Terserlah sifat pelindung dan penyayangnya terhadap isteri.
Suami anda lebih hebat andai tidak merungut malah merelakan lengannya dijadikan bantal walaupun sudah berkahwin lebih 15 tahun. Dia bukan sekadar romantis malah suami yang sukar anda temui di mana-mana. Jadi, jagalah baik-baik ya wahai isteri. Jangan sampai terlepas!
Hindari Konflik Suami Isteri
Anda yang tidur mendakap suami dan berbantalkan lengannya, berbahagialah sebagai pasangan suami isteri. Selain tidur yang lebih lena, hubungan kemesraan itu sebenarnya telah terikat dengan rapi.
Biarpun konflik melanda, anda sudah memahami pasangan dan tahu bagaimana mahu selesaikannya. Suami juga lebih selesa dengan sikap isteri yang lebih setia dan taat padanya. Bukankah mudah sebenarnya mahu menenangkan hati suami mahupun isteri yang sedang merajuk. Dakap saja pasangan dan tidurlah dalam posisi yang disarankan ini.
Jangan sesekali meletakkan usia perkahwinan sebagai halangan. Seharusnya semakin lama hidup bersama, semakin romantis pasangan suami isteri itu. Jika belum jumpa… carilah jalan perdamaian agar CINTA sentiasa subur dalam rumah tangga kalian. Melalui posisi tidur berbantalkan lengan suami ini pun boleh jadi langkah permulaan yang baik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!