
Selepas melalui episod paling mendebarkan, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.
Hukuman ini dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan membabitkan perbuatan pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd,.
Beliau didakwa dengan 3 pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan 3 dakwaan penggubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri ini dipenjarakan 10 tahun, masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta, penjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Baca sini : Berhimpun beramai, Dr Noor Hisham kecewa dengan kelakuan penyokong Najib Razak
Hukuman Tujuh Pertuduhan Ke Atas Najib
Manakala tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Sejumlah 72 tahun hukuman penjara bagi kesemua sebutan pertuduhan. Namun, hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bermakna Najib hanya perlu dipenjarakan selama 12 tahun.

Ahli Parlimen Pekan ini juga dikecualikan dari hukuman sebat kerana umurnya.
Najib menjadi Perdana Menteri keenam dari 2009 hingga 2018, malah menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah, dibicarakan dan disabit bersalah atas pertuduhan jenayah susulan tindakannya ketika memegang jawatan itu.
Sumber/ Foto : Berita Harian, FreeMalaysiaToday, Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ustazah Asma’ Beri Teguran, “Kurangkanlah Bergelek Atas Pentas, Saudara Seislam Kita Sedang Berjuang Nyawa Di Sana…”

Isi Kandungan
ToggleUstazah Asma’ beri teguran, “kurangkanlah bergelek atas pentas, saudara seislam kita sedang berjuang nyawa di sana. Saat ini Palestin sedang dibedil oleh zionis. Konflik yang terjadi mengakibatkan nyawa orang awam tidak berdosa terbunuh. Lebih menyayat hati, kanak-kanak dan wanita lebih ramai menjadi mangsa dalam peperangan ini.
Data dari sumber Kementerian Kesihatan Palestin setakat 20 Oktober 2023 menunjukkan angka kematian dalam kalangan warga Palestin ialah 4,137 iaitu 1,524 kanak-kanak dan 1,000 wanita. Manakala penduduk Palestin yang cedera 13,000 orang. Jelas satu angka yang sangat menyedihkan bagi saudara seislam kita.
Namun di sebalik peperangan ini, tidak semua memahami betapa pentingnya “rasa kemanusiaan” dan menginsafi serta mengambil iktibar atas peperangan kepada saudara sesama islam sebaliknya masih menjalani kehidupan dengan penuh rasa seronok dan kemaksiatan.
Ustazah Asma’ Beri Teguran
Berkongsi di aplikasi X, Ustazah Asma’ Harun memuat naik satu video teguran dan memberi ingatan kepada mereka yang masih lalai dengan dunia penuh tipu daya.
Mampukah untuk kita berhibur disaat saudara SeIslam kita berjuang mempertaruhkan nyawa, kita masih terus hanyut dalam hiburan yang melalaikan. pic.twitter.com/1sTtfs86V9
— Ustazah Asma’ Harun (@ustazahasma) October 25, 2023
Kata pendakwah terkenal ini, mengambil kira situasi saudara seagama kita bertarung nyawa setiap saat, stesen tv perlu peka.
Tanyanya, “Mampukah untuk kita berhibur disaat saudara SeIslam kita berjuang mempertaruhkan nyawa, kita masih terus hanyut dalam hiburan yang melalaikan,” soalnya.
“Kurangkanlah Bergelek Atas Pentas, Saudara Seislam Kita Sedang Berjuang Nyawa Di Sana…”
Dalam video seminit yang dikongsinya juga, pendakwah ini meminta agar stesen tv bersifat sensitif.
“Dalam keadaan situasi di sana, islam sedang ditekan, umat islam sana dibunuh.
“Maksudnya kita mengharapkan macam nie, dalam situasi begini, kurang-kurangkan sikit hiburan. Memanglah sebenarnya, hiburan ini perlu tetapi itu hiburan yang jelas haram, lalai, berada di atas pentas, wanita-wanita berjoget, mengalunkan suara dengan nampak lenggok tubuh badan.
“Bukan itu saja dengan tak tutup auratnya, dia bukan syubahah, dia bukan ragu-ragu, dia bukan duduk tengah-tengah. Subhanallah, kita tak boleh nak nafi, nak cari alasan apa. Nak menghalalkan program tu. Itu memang program lalai dan mendatangkan murka Allah,” katanya yang mengingatkan agar tidak leka dengan hiburan dunia yang kini sah-sah haram hukumnya.


Jelas pendakwah ini lagi, dalam situasi yang sangat menyedihkan sekarang ini, kalau kita tak mampu nak mengurangkan penderitaan umat islam di sana, ya saudara kita di Palestin kurangkanlah hiburan yang melalaikan seperti ini.
Katanya lagi, rancangan-rancangan tv perlu sensitif dengan situasi-situasi sekarang. Jadi artis pun kena sensitif, anda adalah contoh, anda menjadi ikutan kepada masyarakat,”katanya di aplikasi X semalam.
Biarpun tidak menyatakan secara jelas rancangan hiburan apa tetapi kini Gegar Vaganza musim ke 10 sedang berlangsung. Begitu juga dengan Family Duo di TV3.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dikenali Pelusuk Negara, Ustazah Asma’ Harun Rendah Diri Hadir Temuduga Tauliah Mengajar
“Pergi Bukan Guna Duit Ustazah Pun, Kenapa Nak Sibuk.” Ustazah Asma Tak Sedih DiKecam
Ustazah Asma’ Harun Hiking Pakai Jubah, Uji Stamina & Nikmati Keindahan Alam, Comel Sangat!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Abang Jangan Pergi..’ Cameraman Minta Maaf, Ada Sebab Lambat Dengar Jeritan

Isi Kandungan
ToggleDalam pada seluruh negara meraikan kemenangan Malaysia menentang Bangladesh untuk kelayakan Piala Asia 2023, rupanya ada momen ‘sweet’ yang jadi di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara cameraman dengan sekumpulan penyokong Malaysia yang menyaksikan perlawanan.
Pengguna TikTok, saifudinahmad94 berkongsi video memanggil jurugambar bertugas di stadium. Jeritan demi jeritan agar ‘abang cameraman’ merakam wajahnya dan rakan-rakan yang berada di tempat duduk penonton di tingkat atas.
Demi Sekeping Gambar
“Kenapa susah sangat abang cameraman. Kawan saya nak mati dah bang pekik.” Tulisnya turut disertakan emoji lucu.
Demi sekeping gambar itu, masing-masing tidak berputus asa memanggil dan akhirnya ‘abang cameraman’ terdengar jeritan mereka.
@saifudinahmad94 Kenapa susah sngt abang cameraman 🥺 kawan saya nk mati dh bang pekik 🤣 #snbj #malaysiavsbangladesh #asiaqualifiers #ultrasmalaya #harimaumalaya #fyp #fypage #fypシ゚viral #fypシ #um07 ♬ bunyi asal – saifudinahmad94
Perkongsian anak muda ini kemudiannya menjadi viral dan mendapat respons daripada jurukamera tersebut.
Bukanlah jurugambar itu sengaja tidak mendengar. Sebaliknya ada kisah yang jadi yang menyebabkan jurugambar ini tidak dapat ‘menangkap’ jeritan anak-anak muda ini ketika berada di dalam stadium.
Walaupun dalam jarak yang dekat.
Baca sini : ‘Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa’ Fahamkan Liriknya Sebelum Buat Konten
Rupanya Ini Yang Jadi Dekat Abang Cameraman
“Ni lah gambar mereka yang viral jerit dari atas tu, maafkan saya tak sempat tukar lens panjang, dan saya minta maaf lambat detect arah korang jerit.
Sebab saya ni pekak sebelah kanan berpunca daripada saraf telinga rosak kerana sakit meningitis dulu. InsyAllah ada rezeki kita shoot dekat-dekat, terima kasih femeskan abang cameraman tak seberapa ni.”
Tulis jurufoto sukan, Jurnalmil di laman instagramnya.

Bila mana tahu akan keadaan abang jurugambar ini, ada yang mendoakan agar petugas itu sembuh dari penyakitnya.
- Baca juga :
- ‘Sejak Kecil Memasak Untuk Keluarga’ Ada Sebab Lelaki Ini Rajin Ke Dapur
- Cikgu Nancy Tebus Apa Yang Tak Pernah Rasa Semasa Zaman Kanak-kanak
- Dapat Gaji Lebih RM4000, Anak Muda Masih Juga Pilih Berhenti Kerja
Sumber/Foto/video : saifudinahmad94 , jurnalmil
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Urusan Hidup Akan Jadi MUDAH Bila Hati Kita DEKAT Dengan Allah

Isi Kandungan
ToggleKetika ini ramai yang diuji dengan kehilangan pekerjaan, dibuang kerja serta hilang sumber pendapatan. Memang rungsing memikirkannya apatah lagi jika hanya seorang diri yang bekerja untuk menyara keluarga.Namun demikian,apa jua keadaan hidup kita ketika susah atau pun senang,jangan sesekali kita lupakan Allah. Carilah Allah setiap masa, disamping terus berusaha serahkan segala pergantungan hanya padaNya melebihi segalanya. Percayalah urusan hidup akan jadi mudah bila hati kita dekat dengan Allah.
Jadikan perkongsian pengalaman hidup Firdaus Shakirin ini sebagai inspirasi.
“I’m sorry to say this, but this might be your last working month…”
Macam mana bila bos panggil, pastu cakap benda ni kat kita? Apa yang kita rasa?
Saya alami perkara ni pada penghujung 2017. Dalam bulan November macam tu, dah ada rumours yang kilang bakal bagi VSS.VSS ni ialah Voluntary Separation Scheme yang bermaksud skim pemisahan sukarela. Majikan ada tawarkan pampasan, dan kita akan diberhentikan keje secara persetujuan bersama.
Macam-Macam Bermain Dalam Fikiran
Baru 9 bulan je masuk kilang tu.Tiba-tiba dah dengar orang kata kilang nak buang orang. Rasa macam mana? Takut, risau, serabut dan macam-macam lagi dah. Yer la, kita sorang ja yang bekerja,isteri tak kerje, takde pendapatan. Anak-anak masih lagi kecik, macam-macam bermain dalam fikiran.
Macam mana nak survive lepas ni. Nak kerja apa, nak kerja dekat mana, macam mana nak cari duit untuk sara keluarga, bagi keluarga makan.
Masuk ja bulan December, dah bukan rumours lagi dah, dah jadi official. Kilang dah buat official statement yang majoriti pekerja, up to 90% bakal diberhentikan keje. Berapa pampasan dapat, bila akan dapat, bila tarikh akhir kerja, semua tu akan disampaikan manager masing-masing.
Saya masuk jumpa manager, saya tanya, “Sir, be honest with me, is my name in the layoff list? I have wife and kids to feed and i need to know about this asap so that I can plan my next move…”
Dia tengok saya dengan rasa serba salah sebab dia yang interview saya, hired saya, yakinkan saya untuk join kilang tu and after 9 month, dia “buang” saya.Dia kata, “I’m sorry Firdaus, I’m really sorry”.
Update Resume
Saya keluar dari bilik dia, 1st step yang saya buat ialah, saya update resume. Saya masuk Jobstreet, saya masuk LinkedIn. Edit profile, upload resume, saya start apply kerja-kerja yang ada, yang bersesuaian.Dah tak fikir dah bab jawatan apa, just apply ja apa ja jawatan yang ada.
Saya apply sampai dapat notification, “You have exceeded the maximum number of allowed application”
Balik rumah, saya bagitau dekat isteri, “Doa abang dapat kerja lain..”
Dia hairan, dia tanya kenapa. Saya kata kena VSS, ada sebulan ja nak kerja ni. Dia jadi risau terus, pastu dia kata, duit simpanan dia cukup la untuk 2,3 bulan nak survive.
Cut it short, dalam sebulan tu, saya memang betul-betul meminta dekat Allah, saya memang betul-betul berusaha, saya memang betul-betul berserah dan bertawakal.
Masuk ja January 2018, HR tunjuk nilai pampasan dan tarikh akhir keje. Dapat 3 bulan gaji dan hari tu jugak adalah hari terakhir bekerja. Keluar dari bilik HR, bagi uniform, bagi kunci loker, angkat barang-barang masuk kereta. Balik dengan kepala melayang, “hang”.
Seminggu duduk rumah, dah macam-macam panggilan dapat. Allah Maha Pemurah, Allah Maha Penyayang, Allah takkan menguji lebih dari kemampuan. Dipanggil interview pagi, ditawarkan pekerjaan di sebelah petang. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.
Kalau anda ditempat dan situasi yang sama, maka nasihat saya, cari Allah dan jangan sesekali tinggalkan Allah. Urusan hidup akan jadi mudah bila hati kita dekat dengan Allah s.w.t.

Baca Lagi Di Sini:
Suami Isteri Berhenti Kerja Serentak, Tapi Akhirnya Pasangan Ini Berjaya Ada Syarikat Sendiri
Ujian Bertimpa, Makin Berusaha Makin Susah, Amalkan Doa GRED A Rasulullah SAW Baca
Sujud terakhir amalkan baca surah At-Taubah ayat 128-129, rezeki masuk tak putus
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya, apabila dibuang kerja dan hilang sumber pendapatan anggaplah ia satu ujian hidup.Jangan jadikan ujian ini membuatkan kita semakin ‘menjauh’ denganNya. Yang penting jangan berputus asa dan dekatkanlah hati kita dengan Allah.Percayalah segala urusan kita akan dipermudahkan. Insya Allah.
Sumber: Firdaus Shakirin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI