Dog Bark Park, Cottonwood, Idaho

Lari dari kebiasaan, terdapat sembilan jenis hotel yang mempunyai kisah unik tersendiri di sebalik penubuhannya. Ada yang dicipta mesra pencinta haiwan, ada juga yang terbina inspirasi daripada budaya setempat. Mahukan memori percutian yang luar biasa menarik, apa kata mulakan rutin menabung dan mungkin angan-angan untuk check-in ke salah satu hotel ini terlaksana. Untuk makluman keunikan hotel-hotel ini juga datang dengan 'keunikan' harga penginapan yang perlu anda sedia maklum.

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

1. Zaandam Inntel Hotel, Amsterdam, Netherland
Hotel bertaraf empat bintang ini mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Struktur binaan hotel ini diinspirasikan dari rekabentuk rumah tradisional yang boleh ditemui di sekitar rantau Zaan. Zaan merupakan satu wilayah yang cukup terkenal dengan produk seni krafnya. Hotel ini merupakan simbolik kepada percampuran budaya moden dengan tradisional yang menjadikan ia unik.

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

2. Dog Bark Park Inn, Cottonwood, Idaho, USA
The Dog Bark Park Inn adalah sebuah hotel yang terletak di Idaho. Hotel ini dibina berbentuk seperti anjing baka jenis beagle menjadikan ia satu mercu tanda yang cukup sinonim dengan Idaho. Selain itu penduduk setempat mempunyai nama istimewa untuk binaan iaitu ‘Sweet Willy’. Hotel berbentuk anjing ini mempunyai dua bilik tidur yang juga menjadikan anjing sebagai tema utama hiasan dalamannya.

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

3. Montana Magica Lodge, Chile
Montaña Mágica Lodge merupakan sebuah lokasi percutian menarik di Puerto Fuy. Satu-satunya cara untuk masuk ke dalam hotel istimewa ini adalah dengan melalui satu jambatan gantung yang ada di bahagian luar hotel itu. Ia menawarkan kolam renang dalaman, spa dan juga pusat kesihatan. Hotel berbentuk gunung ini dilindungi oleh tumbuh-tumbuhan dan mempunyai air terjun kekal. Bilik-bilik yang selesa mempunyai bahagian dalaman kayu serta menampilkan bilik mandi peribadi dan pemandangan taman. Pelbagai aktiviti dapat dinikmati di lokasi atau di sekitarnya termasuk bermain ski, berbasikal dan menunggang kuda.

IKLAN

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

4. STF Kolarbyn Eco-Lodge
Terletak 1 km dari Pantai Skärsjön, penginapan mesra alam yang unik ini menawarkan penggunaan basikal dan bot percuma serta pondok hutan tradisional dilengkapi dengan pemanas kayu. Kesemua pondok hutan yang di STF Kolarbyn Eco-Lodge dibina dengan menggunakan bahan berasaskan sumber semula jadi. Tidak ada kemudahan pancuran mandian di lokasi, tetapi tetamu boleh mandi di tasik berdekatan. Bagi mengekalkan mood eko, bekalan elektrik di sini juga tiada dan hanya lilin digunakan sebagai medium cahaya ketika malam. Jika anda mahukan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam… ia boleh ditempah awal menerusi laman web rasminya.

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

5. Treehotel, Harads, Sweden
Uniknya, Treehotel ini mula beroperasi pada tahun 2010 hasil dari ilham Britta dan Kent Lindvall. Keduanya mengimpikan rumah persinggahan mereka yang dibina sekitar 1930 dinaiktaraf dan dijadikan rumah tamu di kampung halaman mereka iaitu di Harads. Terletak kira-kira 100 km dari Lapangan Terbang Lulea di utara Sweden. Treehotel yang bermula dari sebiji buah rumah, berkembang menjadi tujuh pondok unit berbeza. Diinspirasi dari filem The Tree Lover, kesemua tujuh rumah ini sengaja dibina di atas pokok; empat ke enam meter dari aras tanah. Harga penginapan disitu bermulau dari RM1645 semalam.

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

6. Manta Resort, Tanzania
Menjanjikan pengalaman percutian luar biasa hebat, Manta Resort menawarkan sesuatu yang tak dijangkau dek akal fikiran. Eksklusifnya resort ini menawarkan pengalaman menginap di tengah lautan dalam satu kiub mewah. Bahagian atasnya anda ditawarkan pemandangan laut biru yang luas terbentang. Di bahagian unit bawahnya, anda boleh saksikan sendiri pemandangan hidupan lautan bebas berenang. Sering dijadikan lokasi bulan madu buat pasangan yang mahukan privasi dan tidak kisah dengan harga yang perlu dibayar.

IKLAN

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

7. Giraffe Manor, Nairobi, Kenya
Satu-satunya hotel butik yang ‘menghalalkan’ zirafah sebagai sebahagian dari objek tarikannya. Disini zirafah dibenarkan menikmati makan bersama tetamu. Caranya dengan membiarkan kepala zirafah ini keluar masuk melalui tingkap yang terdapat di bahagian kafe hotel tersebut. Terletak di bandar Langata, Nairobi, Kenya. Dahulunya ia sebuah banglo lama dibina sekitar tahun 1930-an, kemudian diubah suai menjadi hotel butik.

Kini hotel ini dimiliki oleh The Safari Collection, yang memiliki beberapa hotel dan podok lain dikawasan yang sama. Ia terletak di atas tanah seluas 12 ekar dikelilingi oleh 140 ekar hutan yang masih terpelihara. Hotel ini juga menjadi habitat kedua buat sekumpulan zirafah Rothschild antara spesis zirafah terancam masih wujud di Kenya.

IKLAN

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

8. Sand Hotel, Holand
Bahagian luaran hotel ini kelihatan seperti istana pasir bersaiz gergasi, lengkap dengan menara dan ukiran halus. Hotel yang diinspirasi dari istana pasir ini satu-satunya binaan seumpanya di dunia ini menjadikan istana pasir sebagai satu destinasi pelancongan. Untuk keselamatan bahagian dalaman bangunan ini dibuat daripada pasir yang ditambah dengan eleman pengeras untuk mengelakkan berlakunya runtuhan pasir.

Istilah ‘semua pasir’ hanya digunakan pada bahagian dinding dan lantai. Tetapi perabot asas seperti katil dan kelengkapan lain masih menggunakan bahan berasaskan kayu dan fabrik untuk langsir, selimut dan cadar. Hotel ini sering menjadi pilihan pelancong terutamanya ketika musim panas dan buat masa ini, hanya tetamu berusia 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan menginap di hotel pasir ini.

Bercuti Di Hotel Unik Lagi Pelik

9. Makanyane Safari Lodge, Afrika Selatan
Menawarkan pengalaman percutian safari mewah lagi eksklusif, Makanyane Safari Lodge terletak di kawasan persendirian yang telah diwartakan sebagai kawasan rizab bebas malaria. Lodge mewah ini hanya menerima 16 orang tetamu dalam satu-satu masa bagi memastikan adanya privasi dikalangan pengunjung. Mempunyai lapan suite mewah dilengkapi penghawa dingin, pengunjung disajikan dengan pemandangan safari dan haiwan seperti singa, harimau, gajah , kerbau dan badak berkeliaran bebas disekeliling resort mewah ini.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI