Memang lebih seronok sebenarnya bila waktu petang santai makan-makan dan berehat bersama keluarga, ambil angin di gazebo.Jika ada ruang tanah dan kawasan di rumah boleh buat Gazebo sendiri.
Kreatif, kemas dan cantik hasil gazebo buatan Encik Abu Kasim Md Jani ini. Walaupun baru pertama kali buat, tiada pengalaman bertukang dan hanya jadikan ‘google’ sumber rujukan gazebo ini. Namun hasilnya memang terbaik dan berseni. Boleh cedok idea yang dikongsikan ini.
Berikut seperti yang dikongsikan;
First time buat gazebo. Tanya tukang macam mana nak buat. Tanya pak Google juga.Saya pun bukan ada background bertukang. Kena rajin cari dan guna sikit ilmu fizik.
Asalnya kawan bagi tiang 4 batang, nekad jer buat. Memang puas tanya orang, tengok gazebo orang, google. Beranikan diri je buat. Lepas tu tak ada lagi buat. Mungkin kali kedua cepat sikit. Dah tau mana silapnya
Gazebo Saiz 8×8, saya buat sorang je. Isteri tukang pegang mana yang patut. Rm3k+ juga modalnya.
Proses Penyediaan:
1. Penyediaan tapak.
2. Buat tapak. Tiang roman batu tu asalnya panjang, saya beli 2 batang dan potong dua.
3. Tegakkan tiang. Letak je tiang tapi pada batu bubuh puting besi 2 inci masuk ke tapak tiang supaya tiang tak bergerak. Paksi skru kiri dan kanan.
4. Posing sikit. Maklum la buat sorang-sorang je.
Potongan hujung rasuk saya sengaja terbalikkan sebab benda tu kat bawah. Tak nampak bunganya kalau lihat dari atas.
Ads
5. Ni bab yg ngeri sikit. Buat rangka bumbung pasang dekat bawah dulu. Sampai atas nanti pasang tongkat jangan bagi gerak.
6. Sapu minyak timbertone tapi saya campur sikit cat hitam bagi gelap lagi. Lantai dah siap. Skirting tu guna papan 1×6″. Beli papan di kedai hardware biasa lepas tu potong la buat design.
7. Papan manis ukir sendiri. Cari kat Google. Design paling mudah.
8. Pasang kipas dan lampu (upah kawan). Mula-mula memang tak ada siling. Bila dah siap baru teragak nak. Masa pun banyak sebab dah pencen. Tapi kerja renyahlah sikit pasang siling kemudian.
Ads
Kalau nak senang cat putih siling asbestos 2×4 tu. Letak sebelah atas baru paky dengan kayu gegulung nak buh genting.
9. Siap. Papan bunga kat sisi tu pun buat sendiri. Sebulan baru siap. Sekarang baru tahu mengapa orang buat gazebo tak buat bumbung nasi lemak. Sebab banyak pakai genting, rabung dan muncung itik kat hujung tu.
10. Terkini baru pasang tiles dan buat tangga, pun DIY juga. Banyak belajar dengan google. Sekarang dah upgrade sebelah tu. Pasang tangga dan tiles. Dah siap orang rumah request buat atap pulak. Alamak… Kerja dah terbalik. Patut buat atap dulu baru padang tiles. Pasang tiles pun belajar dari google.
Mingguan Wanita : Hebatnya boleh buat gazebo sendiri, belajar dengan google je. Walaupun tiada pengalaman dalam bertukang. Namun hasilnya memang sangat cantik dan kemas.
Seronoknya bila tanaman yang kita semai dan jaga membesar dengan jayanya. Siap boleh ‘akan hasil’ lagi. Pelbagai cara mak-mak gunakan supaya tanaman itu sihat dan salah satu yang selalu digunakan adalah diambil dari bahan dapur. Petua yang boleh diguna pakai bukan hanya untuk baja tapi juga untuk semburan tanaman daripada serangga yang tidak diundang.
Kebanyakan mak mula putus asa untuk menanam sebab tidak semua tanaman yang dilakukan itu menjadi. Bukan sahaja pokok mati tapi apabila ada serangga yang boleh membuatkan tanaman rosak.
Mungkin pelbagai petua yang telah digunakan terutamanya r4cun serangga untuk menghalau serangga tersebut. Kali ini, mak-mak tak perlu risau, boleh saja guna idea yang dikongsikan oleh Syamimah Ismail yang menggunaka nbahan dapur untuk semburan tanaman.
Paling penting, bukan sekadar murah dan senang nam membuatnya, malah ia dijamin selamat untuk tanaman mak-mak.
Bagi sesiapa yang ada menanam cili, tomato & terung mesti geram tengok lalat putih atau afid yang melekat pada tanaman. Habis rosak daun dibuatnya. Lama-kelamaan, pokok itu boleh mati.
Jadi, kita buat semburan tanaman untuk halau lalat putih. Hanya gunakan bahan dapur sahaja.
Dijamin SELAMAT sebab ia organik.
Mudah, murah & senang disediakan.
Tip Untuk Semburan:
1. Sembur pada lewat petang iaitu lebih kurang jam 6 petang ke atas. Sebab sifat semula jadi serangga perosak AKTIF pada waktu malam. Jadi, semburan waktu lewat petang adalah paling sesuai. 2. Fokus semburan pada bahagian bawah daun. Sebab kat situ lah tempat ‘mereka’ berhimpun. 3. Gunakan nozzle spray yg paling halus. Atau pun yang berkabus adalah lebih baik. 4. Sembur seminggu sekali. Sekiranya pokok diserang teruk, sembur selang 2 hari sehingga serangga hilang. 5. Apabila pokok dah masuk peringkat berbuah, sembur lebih kerap (3 kali seminggu). Pada peringkat ini, pokok akan lebih kerap diserang perosak.
Alhamdulillah lama dah guna cara ini, ia memang BERKESAN untuk menghalau serangga perosak.
MW: Cara yang paling senang dan mudah. Moga bermanfaat untuk mak-mak yang suka menanam.
Kurta merupakan antara pakaian yang paling ringkas dan selesa dipakai. Sesuai digayakan untuk majlis formal ataupun santai. Mak-mak yang pandai menjahit dan tahu asas menjahit boleh cuba buat kurta sendiri untuk suami dan anak-anak nanti.
Boleh ikut tutorial cara paling mudah dan cepat nak buat kurta yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Puan Nurul Adawiah Mazlan ini.
“Saya juga newbie dalam bidang jahitan. Saya nak share ilmu yang saya ade sedikit ini untuk membantu newbie-newbie macam saya yang pertama kali berhasrat nak jahit kurta simple-simple untuk suami atau ahli keluarga.”
“Saya sharekan tutorial ni setelah saya rase cara ini yang paling mudah dan cepat untuk saya siapkan kurta dalam mase yang getir ini.”
“Tiada apa-apa yang saya harapkan kecuali sharing saya ini dapat memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.”
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang tahu asas menjahit tu nak cuba buat kurta untuk suami dan anak-anak mahupun ambil tempahan menjahit bolehlah ikut tip dan langkah yang dikongsikan ini.
Warga kota yang menggunakan khidmat tren komuter sudah pasti akan mengetahui mengenai koc untuk wanita yang telah diperkenalkan oleh KTM Berhad bermula April 2010. Sudah hampir 8 tahun koc pink ini diperkenalkan tetapi masih ada juga lelaki yang seakan buat buat tidak faham apabila mereka berada di dalamnya.
Saya sebagai pengguna tegar tren komuter ini ingin berkongsi cerita mengenai kisah di koc wanita. Boleh dikatakan setiap hari apabila saya menaiki tren ini sudah pasti ada sahaja lelaki yang akan duduk di dalam koc ini.
Setiap kali menaiki tren komuter, sudah pasti akan ada pengumuman dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mengenai koc wanita ini. Logo dan tulisan berwarna merah jambu atau pink pula sudah jelas tertulis pada bahagian luar dan dalam koc. Tetapi masih ada lelaki saya fikir yang kurang prihatin atau mungkin mereka itu sahaja buat-buat tidak faham.
Koc untuk wanita khas untuk wanita. Kalau ada lelaki pun hanya untuk bayi dan kanak-kanak lelaki yang menaiki tren bersama ibu mereka. Jika yang menaiki tren itu adalah ibu bapa bersama anak-anak, perlulah mereka berpindah ke koc lain.
Wanita juga memainkan peranan untuk mengingatkan lelaki untuk mengikut arahan tersebut. Biasanya ada juga wanita terutamanya ibu yang menaiki tren bersama suami dan anak-anak membiarkan suami mereka duduk sama di koc tersebut. Alasan mereka senang ada suami untuk menjaga anak-anak.
Sedarkah mereka itu koc wanita. Jika mereka mahu suami meneman dan menjaga anak-anak, apa kata mereka terus menaiki koc ‘universal’ atau koc yang boleh dinaiki oleh lelaki dan wanita tanpa sebarang halangan. Biarlah koc wanita hanya untuk wanita.
Kalau arahan dan peraturan mudah itu pun ibu bapa buat-buat tidak endah, bagaimana pula cara mereka mendidik anak? Sedarkah mereka kelakuan itu secara tidak langsung telah dilihat oleh anak-anak mereka. Wahai ibu bapa, tunjukkanlah perbuatan baik kepada anak-anak kerana setiap perbuatan tidak baik anda itu akan menjadi acuan kepada sikap anak-anak pada masa hadapan.
Koc wanita disediakan demi keselamatan wanita itu sendiri. Hargailah usaha pihak KTM Berhad ini. Kalau kita wanita sendiri tidak memperjuangkan hak untuk wanita, siapakah lagi yang mahu melakukannya.
Tegur secara sopan
Daripada pengalaman saya apa yang boleh kita buat kalau ada lelaki yang sengaja atau tidak sengaja duduk di kerusi yang terdapat di koc wanita?
Perkara pertama yang saya buat adalah beri lelaki itu masa lebih kurang beberapa saat sebelum menegurnya. Kita anggaplah dia tidak tahu atau tidak perasan.
Setelah melihat lelaki itu buat tidak tahu, bolehlah kita memberitahunya secara sopan bahawa koc ini untuk wanita. Mereka boleh berpindah ke koc lain. Biasanya cara saya ini akan berkesan.
Apa cara anda kalau melihat lelaki duduk di dalam koc untuk wanita?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.