Sudah sampai masanya, sembilan beranak meninggal dunia selepas makan mi yang disimpan lama dalam peti sejuk. Kejadian yang berlaku di China ini meragut nyawa setelah beberapa hari mereka menikmati hidangan mi ini.
Sebuah keluarga di Jixi, China, meninggal dunia selepas makan sejenis mi tempatan yang terkenal. Di China, mi merupakan menu yang popular dan sering dimakan ketika majlis-majlis keraian.
Namun, di Jixi, China, satu keluarga yang terdiri daripada sembilan anak beranak telah meninggal dunia pada 10 Oktober yang lepas setelah makan mi jenama Suantangzi.
Memetik laporan Mirror UK, sembilan ahli keluarga itu disahkan meninggal dunia setelah makan mi jenis Suantangzi, sejenis mi yang terkenal di China. Ketika kejadian, mereka sekeluarga dipercayai memakan mi tersebut yang telah lama ditinggalkan di peti sejuk.
Foto: Mirror UK
Mi tersebut dikatakan sudah tercemar dengan Bongkrek Acid kerana telah lama disimpan. Tujuh mangsa meninggal dunia terlebih dahulu, iaitu lima hari selepas memakan mi tersebut.
Ads
Kemudian, diikuti dua ahli keluarga yang lain. Hasil siasatan, pihak berkuasa tempatan mendapati, mi tersebut dibuat daripada tepung jagung yang diperam yang menyebabkan wujudnya Bongkrek Acid yang meracuni mereka sekeluarga.
Tiga kanak-kanak yang turut merupakan ahli keluarga ini bernasib baik kerana tidak memakan mi tersebut ketika kejadian.
Foto: Mirror UK
Bongkrek Acid Boleh Sebabkan Kematian
Sementara itu, Pengarah Keselamatan Makanan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Heilongjiang, Gao Fei, berkata Bongkrek Acid boleh menyebabkan seseorang itu maut.
Ads
Katanya, kematian boleh berlaku dalam tempoh 24 jam dan mangsa akan mengalami beberapa simptom seperti sakit perut, berpeluh dan seterusnya koma.
Tambahnya lagi, Bongkrek Acid ini juga boleh memberi kesan yang serius terhadap organ manusia seperti hati, ginjal, jantung dan otak.- Mirror UK
MW: Kadang-kadang dek kerana tidak mahu berlakunya pembaziran, ada segelitir mak, ayah sanggup menelan makanan yang telah disimpan lama dalam peti sejuk. Berhati-hati iya selepas ini, tak semua makanan mampu bertahan lama walaupun di simpan dalam peti sejuk.
Sumber: sinarplus
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cuma empat bulan, bayi comel ini dapat bertemu dengan mak ayahnya. Kyfa Nisha Al-Kautsar Mohd Farham yang lebih dikenali dengan panggilan Baby Nishka dimaklumkan ibunya sudahpun meninggal dunia.
Empat bulan lamanya, bayi comel ini bertarung nyawa berdepan dengan penyakit kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang yang dihadapinya.
Menerusi instagram usahawan terkenal Mawar Karim, beliau telah dihubungi ibu baby Nishka, Khairiah Kamarudin, 35 memaklumkan yang anak kecilnya itu sudah pun meninggal dunia.
Tulisnya,
Al-Fatihah… Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un… Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibubapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak.
Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial
Kata Mawar Karim lagi,
“Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia. Sejujurnya memang tidak mampu untuk saya melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa.”
MW : Al Fatihah.. semohga roh si comel Kyfa Nisha Al-Kautsar ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan mohon diberi kekuatan dan ketabahan buat ibu dan ayahnya menghadapi ujian Ilahi ini.
“Kita dah tak ada apa-apa lagi mak…”. Tangisan anak saksi kereta terbakar cetus simpati.
Saat ini di media sosial tular tangisan seorang kanak-kanak dalam keadaan cukup menyayat hati.
Kedengaran dari video dirakam, esak tangis mereka yang menyebut “kita dah tak ada apa-apa lagi mak”. “Kita dah tak ada harta mak” berulang kali sebelum video menunjukkan rakaman sebuah kereta proton waja marak terbakar di dalam kebun kelapa sawit.
Di saat kita berasa lengkap punya segalanya, ada insan lain diuji dengan seribu keperitan dan kepayahan. Diuji tidak punya apa-apa dan hanya ada sebiji kereta untuk memudahkan pergerakan namun “harta” itu terbakar adalah sesuatu yang sangat menyebakkan.
Memetik fb Wan Suriawati yang diuji pada 23 Januari lalu, dia mengakui proton Waja itu adalah satu-satunya harta peninggalan ayahnya yang ada namun kereta itu terbakar ketika mencari ikan untuk dijual di dalam kebun kelapa sawit.
Diuji dengan ketiadaan kerja tetap, mencari rezeki mencari sayur di hutan selain menangkap ikan untuk dijual, dirinya juga menjaga ibu yang lumpuh namun dengan ketiadaan kenderaan ini sudah pasti kehidupannya menjadi sangat sukar.
Berkongsi kronologi bagaimana kejadian menyedihkan ini terjadi, kata Wan Suriawati, ia satu ujian maha berat buatnya.
“Akak tak larat sangat-sangat. Maaf sangat-sangat tak sempat balas chat tanya kejadian sebenar.
“Ada yang bertanya, apa akak buat dalam kebun kelapa sawit tu. Akak cari ikan untuk dijual. Akak tak ada buat kerja tetap. Nak kerja yang boleh usung mak dan anak ke tempat kerja tu tak tahu nak cari di mana.
“Nak berniaga modal besar. Lagi pun keselesaan mak dan Firas yang aktif ini risau fikirkannya,” katanya memaklumkan, kejadian ini berlaku di Jalan Sungkai, Teluk Intan.
“Sekitar jam 3.30 petang, hujan turun renyai dan anak suruh anak menghidupkan enjin kereta tetapi tiba-tiba asap hitam naik dan ternampak percikan api di bawah kereta yang kebetulan disedari oleh anak perempuan.
“Tak sampai lima minit, api marak membakar kereta itu dan dalam keadaan cemas, emak ada terperangkap di dalam kereta. Terus kami seret emak keluar sebelum api marak membakar kenderaan,” katanya memaklumkan di dalam kebun sawit itu ada lombong yang menjadi kesukaan anak-anak bermain yang dianggap bagaikan swimming pool bagi mereka yang hidup dalam kesusahan.
Tangisan Anak Saksi Kereta Terbakar Cetus Simpati
Jelas Wan Suriawati, kereta yang terbakar itu turut membakar sama barang-barang yang ada seperti tongkat kayu emaknya, kereta sorong, tikar, telefon bimbit, duit belanja rumah, beg sekolah, beg makanan, ikan kijin, barang pancing, periuk nasi, jala, joran, jaring, kuali semuanya hangus terbakar.
“Tiada satu apa yang yang tertinggal kecuali, serpihan kaca dan air mata,” katanya memaklumkan melalui telefon bimbit anaknya, dia menghubungi pihak berkuasa dan kereta miliknya yang hangu dapat dipadamkan sepenuhnya.
Jelasnya, keretanya itu masih ditinggalkan di dalam kebun sawit itu kerana hendak memanggil trak tunda juga memerlukan duit.
Di saat diuji, tulis Wan Suriawati,Innalillah hi wa inna ilai hirojiun.
Tiada lagi kenangan arwah ayah. Tiada lagi nikmat merasa berkereta sendiri. Allah ambik pinjaman dunia. Redha. Cuma akak masih dalam keadaan bersedih. Bukan rezeki akak. Patahnya kaki akak. Seperti mana lumrah manusia, harta dunia ada yang mengangkat dan mengagungkan. Dan dalam keadaan itu, akak melalui fasa tersebut. Terima kasih pada anggota yang terbabit. Terlebih terkurang dalam pertuturan maafkan akak.
Difahamkan, buat masa ini keluarga mereka masih belum punya kenderaan lain. Dan wang sedekah yang diberikan orang kepadanya ketika kejadian itu tular, turut digunakan untuk perbelanjaan keluarga dan ibunya yang lumpuh.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh ke akaun miliknya :-
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
NGO Tawar Diri Urus Jenazah Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi Secara Percuma. Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil menawarkan bantuan bagi menguruskan jenazah dua beradik yang maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi, Tanjung Agas pada Khamis lalu, selepas tiada waris tampil menuntut jasad mangsa.
NGO Tawar Diri Urus Jenazah Dua Beradik Lemas Di Sungai Linggi Secara Percuma
Pengasas Skual Amal Rembau, Ibrahim Hamzah berkata, pasukannya kini berada dalam keadaan siap siaga sekiranya dipanggil untuk membantu.
“Sekitar jam 9.30 pagi tadi, saya ada berhubung dengan pihak pengurusan Hospital Port Dickson untuk mengetahui status dua beradik itu selepas terbaca laporan mengenai ketiadaan waris ketika proses bedah siasat semalam.
“Ramai juga yang minta kami uruskannya dan sekarang dalam keadaan bersiap sedia, hanya menunggu kebenaran,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau turut memaklumkan bahawa Masjid Tanah Chembong, Rembau telah bersetuju untuk menyediakan tapak pengebumian di Tanah Perkuburan Air Hitam, Chembong sekiranya tiada lokasi lain ditetapkan.
Sementara itu, pengasas MyKasih Care, Shukri Nizam Jaafar dari Port Dickson juga menyatakan kesediaan untuk menguruskan pengebumian dua beradik tersebut.
“Kami tengah tunggu arahan daripada pejabat agama, tidak pasti sama ada akan uruskan hari ini atau esok.
“Saya diberitahu bapa mangsa perlu membuat laporan polis manakala ibu mereka yang bukan beragama Islam juga perlu membuat pengesahan,” jelasnya.
Menurut Shukri, kes seperti ini bukan pertama kali berlaku kerana pihaknya pernah mengendalikan urusan jenazah yang tiada waris, kebanyakannya melibatkan mualaf.
“Selain jabatan agama, perlu juga ada NGO yang membantu menguruskan jenazah tiada waris kerana ia merupakan tanggungjawab setiap Muslim.
“Keutamaan kita ialah menguruskan jenazah itu dengan segera,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd Asri Abdullah berkata, pihaknya akan turut membantu sebaik status agama mangsa disahkan.
Beliau menjelaskan, pihaknya menerima rujukan daripada polis kerana nama kedua-dua kanak-kanak itu dalam dokumen rasmi adalah nama masyarakat Cina.
“Kita sudah buat semakan berhubung status agama dua beradik itu selepas bapanya memaklumkan anaknya telah diislamkan di Kelantan.
“Namun, semakan dengan Jabatan Agama Islam Kelantan mendapati tiada rekod dua beradik itu telah diislamkan, begitu juga rekod di JHEAINS,” katanya.
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...