
Wanita yang melibatkan diri dalam industri ‘lorong gelap’ atau pelacuran sering dianggap hina serta dipandang rendah dalam mata masyarakat.Namun sebaliknya berlaku di New Zealand, apabila seorang aktivis yang juga bekas pekerja seks tersenarai untuk menerima gelaran kehormat New Zealand hari ini sempena ulang tahun Ratu Elizabeth II, sebagai mengiktiraf jasanya dalam industri pelacuran itu.
Catherine Alice Healy yang menerima anugerah “Dame Companion of the New Zealand Order of Merit”, memainkan peranan penting dalam ‘menghalalkan’ pekerja seks New Zealand pada 2003 serta memperkenalkan undang-undang pelacuran paling liberal di dunia.
Healy, 62, terkejut dengan penghormatan itu yang melayakkannya menerima pengiktirafan New Zealand Order of Merit.
“Ia sesuatu yang bukan saya jangka. Malah, saya sentiasa mengatakan, saya menjangka ditahan pada awal pagi, bukan penghormatan seperti ini dan saya amat terharu,” katanya kepada Radio New Zealand.
Kempen Rumah Pelacuran Beroperasi Secara Sah
Healy mengetuai Kolektif Pelacuran New Zealand sejak 1989 dan ucapan penghormatan menyebut, beliau membangunkan penyedia kesihatan awam dihormati di peringkat global. Beliau menerajui kempen untuk pembaharuan undang-undang 2003 yang membenarkan rumah pelacuran dan pelacur jalanan beroperasi secara sah.
Pembaharuan itu bermaksud, pekerja seks mendapat liputan manfaat pekerjaan, kesihatan dan undang-undang keselamatan, memberi mereka hak yang tidak pernah dinikmati sebelum ini. Healy berkata, gelaran baharunya menunjukkan berapa banyak sikap sudah berubah.
New Zealand memberi penghormatan dua kali setahun iaitu sempena Tahun Baharu dan ulang tahun rasmi Ratu Elizabeth II pada awal Jun.
Penerima lain termasuk bekas Perdana Menteri Bill English yang dianugerahkan kesatria.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Ini Kongsi Pembedahan Perut Bukan Jalan Mudah Untuk Kurus, Ada Risikonya

Isi Kandungan
ToggleSetiap wanita mengimpikan bentuk badan yang langsing dan kurus. Bukan hanya untuk tampil yakin di khalayak ramai tapi keselesaan diri sendiri. Tidak hairanlah ada yang sanggup melakukan pembedahan perut untuk kurus. Jadi, tidaklah rasa malu dan bolehlah mengenakan baju yang diidam-idamkan.
Terdapat banyak cara yang dilakukan oleh wanita yang mempunyai berat badan berlebihan untuk kurus. Mungkin ada sesetengah tidak mampu untuk melakukan senaman secara rutin atau istiqamah sebabnya banyak gangguan yang boleh membuatkan mereka ‘hangat-hangat tahi ayam’.
Jalan mudah yang mereka lakukan adalah dengan membuat pembedahan perut untuk kurus. Kononnya, inilah cara yang paling mudah dan singkat untuk kurus.
Sebenarnya, pembedahan perut untuk kurus seperti bariatrik bukanlah jalan mudah untuk seseorang itu tampil kurus dan langsing. Memanglah, ia boleh kurus tapi kita tak tahu apa kesan yang akan datang di kemudian hari, jika tidak kena caranya.
Sebab itulah, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ada menjelaskan lebih lanjut tentang hal yang berkaitan dengan pembedahan perut untuk kurus ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Datuk Seri Rina Harun Makin Cantik, Kurus Dan Muda, Penampilannya Jadi Bualan
Pernah Cecah Berat 80kg, Bukan Senang Nak Kembali Langsing Syura Kuatkan Azam Puasa 23 Jam
Info Lebih Menarik DI SINI
Pembedahan Perut Untuk Kurus
Pembedahan bariatrik adalah pengubahan kapasiti perut melalui beberapa cara.Kaedah ini disarankan apabila masalah berat badan pesakit membawa risiko yang lebih besar daripada risiko pembedahan bariatrik itu sendiri.
Selain itu, pembedahan ini dilakukan untuk menyekat jumlah pengambilan makanan sebagai menguruskan masalah kesihatan individu obes melampau yang mempunyai komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya.
Ada beberapa jenis pembedahan bariatrik, antaranya:
a) Roux-En Y Gastric Bypass
b) Vertical Sleeve Gastrectomy
c) Biliopancreatic Diversion/Duodenal Switch
d) Adjustable Gastric Band
Semua pembedahan ini ada risikonya sendiri. Teknik-teknik yang melibatkan pemotongan kantung perut dan penyambungan semula memungkinkan risiko jangkitan kuman, kebocoran pada sambungan, pendarahan, dan sebagainya.
Adjustable Gastric Band tiada pemotongan kantung perut, tetapi ia menggunakan alat untuk menjerut kantung perut. Maka penggunaan alat ini mempunyai risiko jangkitan kuman, kegagalan implan, hakisan perut, perut terjerut dan lain-lain.
Oleh kerana wujud risiko seperti ini, hanya individu yang benar-benar memerlukan patut menjalani pembedahan bariatrik ini. Selain itu, individu yang telah menjalani pembedahan ini perlu bersedia mengubah cara pemakanannya.
Tidak Boleh Makan Kuantiti Normal
Selepas pembedahan ini, pesakit tidak lagi boleh makan pada kuantiti normal kerana saiz perut telah dikecilkan sehingga hanya mampu memuatkan sebahagian daripada kapasiti sebelum ini. Makan sikit sahaja dah rasa penuh perut.
Penyesuaian kepada kuantiti makanan yang kecil ini tidak mudah. Oleh kerana akan cepat penuh, makanan yang dimakan perlulah yang benar-benar berkhasiat sahaja. Jika tak jaga makan, maka akan berlaku kekurangan nutrisi dan ganggu kesihatan.
Semua ini perlukan keazaman, iltizam, dan ketahanan mental yang tinggi. Tak usah fikir ia mudah, kerana cabarannya lebih kurang sahaja dengan penurunan berat badan dengan cara penjagaan makanan tanpa sebarang pembedahan.
Ditekankan sekali lagi bahawa pembedahan bariatrik bukan jalan mudah untuk langsing, ia adalah rawatan kepada kondisi kesihatan yang seharuskan diputuskan keperluannya oleh doktor bertauliah. Buat hanya bila benar-benar perlu.
Fokus untuk sihat, bukan untuk kelihatan sihat!
MW: Tidak dinafikan kos untuk cara ini pun boleh tahan harganya. Jadi, jalan terbaik kuruslah dengan cara yang betul dan sihat, paling penting kena kawal pemakanan.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan & Perubatan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Bina Sistem Hidroponik Ringkas Tanpa Racun, Praktikal Untuk Suri Sampai Pekebun Sayur

Isi Kandungan
ToggleTanam sayur dengan sistem hidroponik bermakna menanam tanpa tanah. Cuma gunakan medium air, baja dan bekas hidroponik. Ringkas bukan! Tapi tak semua pekebun malah mak-mak berani nak buat. Sebab tengok langkah demi langkahnya saja dah boleh sakit kepala.
Panduan membina sistem hidroponik ringkas tanpa racun yang dikongsikan pengusaha ladang sayuran di Gambang, Kuantan ini cukup praktikal untuk suri cuba. Perkongsian daripada admin Group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, Izham Alias ini juga membantu anda mengaplikasikan menanam tanpa tanah di rumah sendiri dengan ruang yang terhad.
Contoh ladang yang dikongsikan ini dimiliki oleh Saudara Mohd Abdul Halim (Abham Mohd). Belajar prosesnya satu persatu dengan panduan bergambar. Nanti mudahlah mak-mak nak faham.
“Salah seorang admin KBJTS, Tn Abham Mohd berkongsi rahsia beliau berjaya menanam dengan hidroponik menggunakan kos yang minimum.”
Panduan Bergambar Bina Sistem Hidroponik Ringkas From A To Z



Tutup dengan plastik pertanian. Kaedah ini amat penting kerana plastik berfungsi untuk:
1. Menghalang serangga menyerang tanaman
2. Mengelakkan air hujan masuk — in Gambang, Pahang.
Hasil Tanaman Dengan Kaedah Bebas Racun

Salad: Air yang bercampur dengan baja AB (hidroponik) tidak diganti sehinggalah dituai. Tempoh salad membesar sekitar 24-30 hari. Selama itu air tidak diganti langsung. Memang jimat!
Hasil Sayuran Lain Yang Dah Boleh Dituai
Salad boleh tuai.
Cara Menyemai Benih Dengan Kaedah Hidroponik




Setelah 3 Hari Ini Yang Akan Berlaku


Contoh Tanaman Pegaga Tanpa Tanah
Contoh Lain Pula, Gunakan Bekas Saiz Mini
Sumber/Foto : Izham Alias via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Scha Akui Bukan Tugas Mudah Layan Lara & Lyla Sama Rata, “Bila Adik Menangis, Lara Pun Mula Nak Menangis”

Isi Kandungan
ToggleBerkongsi pengalaman menjadi ibu anak dua sejak dua bulan lalu, Scha Al-Yahya akui ia bukan tugas mudah, tetapi mencuba sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata kepada Lara Alana, 7, dan Lyla Amina, dua bulan.
Scha Akui Sangat Mencabar
Pelakon dan pengacara cantik ini akui sedang menyesuaikan diri untuk berlaku adik kepada kedua anaknya.
“Memang mencabar bila dah jadi ibu kepada dua cahaya mata. Pada mulanya saya fikir tidak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi sebenarnya sangat mencabar.
“Walaupun Lara dah besar, tetapi dia juga perlukan perhatian. Adiknya tentu sekalilah, bila cukup masa untuk menyusu atau tidur, dia akan menangis.
“Bila adik menangis, Lara pun mula nak menangis. Bila perlu tepuk untuk tidurkan Lyla, Lara juga nak. Perhatian tu pun banyak kepada Lara juga sebab dia sudah besar, faham dan cepat terasa.
“Jadi, itulah cabaran kena lalui sekarang yang mana saya kena sentiasa ingatkan diri sendiri dan Awal, yang pertama jangan lupa.
“Kadang-kadang kalau ke mana-mana pun orang akan fokus pada Lyla. Saya akan pergi pada Lara. Itulah cabarannya sekarang,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.
Berat Badan Ideal Lepas Bersalin
Kini mendapat berat badan ideal selepas bersalin sememangnya menjadi idaman buat mana-mana wanita. Scha pula, tidak memberi fokus untuk kembali mendapatkan berat badan sebelum hamil, sebaliknya mengutamakan kesihatan dalaman dan pemakanan selepas selesai tempoh berpantang.
“Saya tak nafikan dah dapat berat badan asal saya. Cuma tak ada apa-apa rahsia atau rutin ketat yang saya ikuti.
“Mungkin bentuk badan saya tak banyak berubah walaupun ketika hamil, jadi saya tak ambil masa lama untuk menurunkan berat.
“Bagaimanapun menerusi perbualan dengan doktor sebelum ini, dia juga tidak galakkan saya mengejar penurunan berat badan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan dalaman dan paling penting adalah pemakanan selepas habis berpantang.
“Lebih-lebih lagi saya menyusukan Lyla sepenuhnya, jadi kena titik beratkan pengambilan makanan berkhasiat untuknya dan saya juga,” ujarnya yang kini kembali sibuk bekerja dan memenuhi undangan berbuka puasa dan tugas sebagai duta bersama suami, Awal Ashaari dan anak sulungnya, Lara Alana.
Sumber: Sinar Plus
Sumber Foto: Instagram Scha Al Yahya
Baca Disini Juga:
Hamil Kedua Alahan Lebih Lama, Scha Tak Kisah Anak Lelaki Atau Perempuan
“Kalau Seorang Suami Memudahkan Urusan Isterinya, Nescaya Terbuka Luas Rezeki Suami” Dr Say
Selepas 7 Tahun, Awal Ashaari & Scha Selamat Timang Anak Kedua!
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI