‘Baru seminggu, mentua suruh buat upt.’ Jika gagal hamil, suami kena kahwin lain kerana mentua inginkan cucu secepat mungkin. Kasihan betul sebab baru saja seminggu berkahwin.
Jika semudah petik jari, pasti ramai memilih untuk mengandung secepat mungkin setelah mendirikan rumah tangga. Tapi anak ini adalah rezeki yang ditentukan Allah SWT.
Baru Seminggu
Sebuah hantaran yang tular di media sosial Indonesia memaparkan luahan hati seorang wanita yang baru seminggu berkahwin tetapi dibantah oleh keluarga mentua kerana belum hamil, lapor laman berita Suara.com.
Hantaran berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @/igtainmentt.
Mentua Suruh Buat UPT
Wanita itu mendakwa bahawa mentuanya meminta dia melakukan ujian kehamilan setelah seminggu berkahwin.
“Saya baru seminggu berkahwin terus disuruh ambil ujian kehamilan oleh mentua. Dia bertanya kenapa belum mengandung lagi. Ini kerana dua isteri abang kepada suami saya belum mempunyai anak.
“Bahkan, mentua beritahu jika saya gagal hamil dalam tempoh sebulan, suami saya disuruh kahwin lain. Saya tertekan kerana suami menurut permintaan mentua.
Ads
“Saya sayangkan suami, minta beri jalan penyelesaian,” demikian luahan wanita tersebut.
Suami Kena Kahwin Lain
Hantaran itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Wanita bukan kilang anak! Suami harus bertegas soal ini. Saya sedih membacanya,” kata seorang netizen.
Ads
“Pada pendapat saya, buat ujian kesuburan sahaja. Isteri abangnya tak hamil langsung, takut suami atau menantunya kurang subur,” komen netizen lain. – Agensi
Mingguan Wanita : Sebaiknya wanita ini dan suaminya berjumpa doktor dan membuat ujian kesuburun bagi memuaskan hati semua pihak. Tempoh seminggu adalah terlalu singkat untuk menentukan seseorang itu subur atau tidak.
Kemelut gangguan ‘orang ketiga’ dalam rumahtangga Puteri Sarah Liyana,37 diteruskan dengan tindakan undang-undang apabila pelakon ini nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.
Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menangis, menahan sabar dan menanggung derita, akhirnya dia nekad mengambil tindakan undang-undang.
“Selepas pulang daripada menunaikan umrah, Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya hendak buat dan sekarang saya fokus.
“Jadi, sebelum pergi umrah, saya sudah beri semua maklumat kepada peguam. Sepanjang sebulan di luar negara, mereka sudah siap dan kaji semuanya.
“Selepas saya pulang, kami terus berbincang dan mengambil tindakan saman,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Memperincikan tindakannya itu, Puteri Sarah berkata, dia mengambil langkah berkenaan demi mempertahankan maruah diri yang tercalar dan sekian lama didiamkan.
“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.
“Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak saman dan meminta peguam saya membuat tindakan segera.
“Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua saman,” katanya.
Selain menuntut keadilan, Puteri Sarah mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan hak sebagai wanita teraniaya.
“Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya.
“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?
“Malah, ramai wanita teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanya nasihat. Sekarang, saya sudah bukakan jalan kepada mereka.
“Insya-Allah selepas ini, siapa yang mahu ‘menyondol’, mungkin lebih berhati-hati.
“Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam.
“Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan kacau keluarga serta orang sekeliling,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff berkata, defendan iaitu Ira sudah menerima perintah injuksi interim, Selasa lalu.
“Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan. Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun yang lalu.
“Perintah ini dimohon agar agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
“Sebab kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami.
“Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan, Selasa lalu. Beliau sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai depan,” katanya.
Dalam masa sama, Ummi Kartini berkata, tindakan di Mahkamah Syariah pula masih dalam proses.
“Untuk tindakan di Mahkamah Syariah, kami perlu bermula dengan aduan. Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 24 Jun lalu.
“Hari ini kami berada di JAIS atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.
“Berikutan alamat tempat tinggal anak guam kami dan defendan di Selangor dan ada kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihat membuat aduan di kedua-dua negeri,” katanya.
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Syamsul yang ketika ini ‘meledak’ dengan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Mingguan Wanita: Bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga apatah lagi diganggu oleh orang ketiga. Semoga pengakhiran yang baik dalam rumahtangga Puteri Sarah ini.
Ziana Zain berdoa dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat haji. Setiap umat pastinya menyimpan impian untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadat haji yang merupakan rukun Islam kelima.
Begitu juga dengan figura popular Ziana Zain. Dirinya juga sentiasa berdoa agar dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat Haji.
Pastiny rezeki dapat mengerjakan haji paling istimewa buat kita yang beragama Islam. Ziana menyatakan antara impian yang belum dicapai dalam hidupanya ialah menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadat haji
“Alhamdulillah hampir semua impian dan doa saya dimakbulkan.
“Kecuali untuk ke Tanah Suci Mekah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan Haji.
“Semoga impian itu akan dipermudahkan,” kongsi Ziana seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online,
Malah Ziana yang juga ibu tunggal kepda empat cahaya mata itu juga akui kini dia lebih banyak mencari keredaan Allah. Usianya yang sudah melebih angka 50 membuatkan dirinya menjadi seorang yang pemaaf. Malah dia juga memastikan hatinya sentiasa bersih dari hasad dan dengki.
“Apa yang membentuk saya untuk menjadi lebih kuat dalam hidup adalah dengan selalu memaafkan orang.
“Ini kerana kita sendiri alpa dan melakukan kesilapan.
“Paling utama dalam hidup ini, hati harus bersih daripada hasad dan dengki.
“Saya harap peminat dapat bersama-sama mencari reda Allah,” sambungnya yang bakal beraksi di konsert bersama Anuar di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), Ogos depan.
Ziana juga berasa sangat beruntung kehadirannyaa dalam dunia seni sentiasa disokong oleh peminat setia. Malah di juga sangat berterima kasih kepada peminat terutamanya kelab peminatnya Zianafolks yang sentiasa menyokong karier seninya tanpa jemu sepanjang 30 tahun berada dalam arena ini.
Adibah makin kurus, kawal pemakanan. Ramai yang terkejut melihat foto penampilan terbaru yang dimuat naik sendiri oleh penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Istimewa menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Malah foto yang menunjukkan tubuh Adibah Noor. 52 semakin susut juga menjadi perbualan hangat warganet. Malah wanita bersuara lunak ini juga nekad untuk lebih menjaga tahap kesihatannya sejak lebih dua bulan lalu.
Seperti mana yang dikongsi menerusi portal berita juga Adibah akui jika dulu dia mengambil tiga bungkus nasi lemak untuk sarapan pagi kini cuma sebungkus saja.
Malah dia juga mengawal pengmbilan makanan. Adibah juga kini hanya mengehadkan untuk makan sebanyak enam suap saja setiap kali makan.
Adibah juga turut kurangkan mengambil makanan dan minuman kurang sihat selain menjauhkan minuman bergula.
“Saya ambil makanan yang dimasak segar dan tak guna makanan diproses atau dalam tin,” ungkapnya.
Malah Adibah juga akui sudah tiba masanya dirinya menjaga kesihatan.
“Sudah tiba masanya saya jaga kesihatan sebab sudah tua.
“Lutut pun sakit, jalan jadi mengah.
“Jadi sekarang masa terbaik untuk mulakannya,” sambungnya.
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...