Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Elizad begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bukan sekali dua doanya dititip agar Allah membukakan pintu rezeki zuriat untuknya dan suami, Shamsul Baharin Rahman.
Pelakon dan mantan pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Siti Elizad pada Februari lalu telah membuat keputusan mahu memberi fokus dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat. Perjalanan IVF ini juga sesekali dikongsi dengan pengikutnya di akaun Instagramnya.
Selesai Menjalani Proses Embryo Transfer
Ads
Terbaru, Elizad menerusi entri akaun Instagram telah berkongsi tentang dirinya yang baru selesai menjalani proses ‘embryo transfer’ bagi meneruskan sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalaninya.
“Alhamdullillah syukur , baru selesai “ Embryo Transfer “ hari ni . Semuanya berjalan lancar. Doakan yg terbaik buat kami ya
Ads
“”Nervous tgu result akan dtg nnt . Hanya mampu berdoa . Moga2 adalah rezeki kami berdua , Selebihnya , kami hanya berserah pada Mu Ya Allah .
Sukar Gambarkan Perasaan
“Terima kasih Dr @dr.azlin @sophea_fertility & semua nurse yg byk membantu menenangkan saya tadi . Tak tau nak gambarkan pengalaman tadi . ” kongsi Siti Elizad.
Selain itu beberapa keping foto turut dimuat naik bagi tatapan ramai selepas melakukan proses itu.
Ads
Doa Dari Rakan Artis
Kami di Mingguan Wanita mendoakan Penyampai Radio Sinar FM ini dipermudahkan urusan mereka untuk memperolehi zuriat.
Sumber/ Sumber Foto: Instagram elizadsharifuddin Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penyanyi yang berasal dari Sabah, Ayu Damit merupakan seorang yang sangat rajin, Selain menyanyi, Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu merupakan seorang yang aktif berniaga.
Terbaru Ayu membuka sebuah kedai makan yang diberi nama Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.
Isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharuddin ini merupakan seorang wanita yang tidak boleh duduk diam.
“Saya buka restoran ini dengan rakan kongsi. Ini bisnes keempat yang saya ceburi selepas menjual cili, kuih bahulu dan sate.
“Saya pilih nama Tok Mak sebagai simbolik masakan turun-temurun daripada nenek ke cucu. Pelbagai menu disediakan termasuk hidangan Barat dan Jawa termasuk dari Sabah,” katanya.
Ayu berharap karier seni dan perniagaan yang diusahakan mencapai kejayaan diharapkan.
“Saya juga mahu menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu penyayang untuk anak-anak,” katanya.
Teruja Jadi Peserta GV7
Sejak mula program Gegar Vaganza (GV) diperkenalkan, penyanyi Ayu Damit tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat dengan harapan terpilih menjadi salah seorang peserta.
Bagaimanapun selama enam musim lalu, rezeki belum menyebelahinya sehinggalah dipanggil untuk beraksi dalam GV7 yang bakal membuka pentas persaingan bermula 11 Oktober depan bersama 13 lagi peserta lain.
Ayu sendiri mengakui tidak menyangka namanya tersenarai pada musim ini.
“Banyak kali saya hadir sesi uji bakat dan hampir setiap tahun mengharap agar terpilih menyertai program ini. Alhamdulillah rezeki saya tiba pada musim ketujuh dan ia cukup bermakna buat saya kerana penantian saya selama ini berbaloi.
“Terus-terang saya cakap, walaupun beberapa kali gagal tersenarai sebelum ini, saya tidak pernah berputus asa, malah sentiasa ada keinginan untuk cuba lagi dan lagi sehingga saya dapat,” ujar Ayu tanpa berselindung.
Menurut Ayu, dia tekad untuk mencuba nasib di pentas GV kerana percaya ia merupakan satu platform yang mampu memberikan impak positif dalam kerjaya seninya selepas ini.
“Bagi saya, GV satu-satunya pentas yang memberi peluang kepada seseorang penyanyi untuk menunjukkan kebolehan mereka menyanyi pelbagai genre lagu dan dinilai.
“Itu antara sebab kenapa saya nak sangat masuk GV dan beraksi di pentas itu kerana saya mahu mencari apa sebenarnya yang saya ada.
“Biarpun saya masih aktif menyanyi di sana sini, namun permilihan lagu dalam persembahan tersebut hanya berlegar sekitar genre lagu yang saya biasa bawa, tiada cabaran kecuali bila sesekali ada permintaan berbeza daripada penganjur.
“Jadi hanya pentas GV dapat bagi peluang kepada saya untuk buat kelainan dan berikan sesuatu yang berbeza,” ujar Ayu.
Sokongan Padu Dari Suami
Bagaimanapun, Ayu juga menerangkan dia perlu membahagikan masa dengan sebaiknya untuk melakukan persiapan tanpa menjejaskan komitmennya pada keluarga dan bidang perniagaan yang diceburi.
“Alhamdulillah saya mendapat sokongan padu daripada suami dan dia akan banyak membantu menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan yang kami usahakan sebelum ini.
“Kalau ikutkan saya rasa boleh saja buat semuanya macam biasa, tetapi suami mahu saya cukup rehat dan hanya memberi fokus untuk buat persediaan melakukan persembahan di GV7. Saya juga berharap peluang yang ada ini dapat saya gunakan dengan sebaiknya untuk menarik kembali kepercayaan orang terhadap bakat saya,”
sambungnya.
Sumber Foto: Azrul Rafie (Astro) & Instagram Ayu Damit Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak dinafikan setiap anak-anak yang dilahirkan membawa rezeki. Mempunyai anak-anak yang ramai dan keluarga besar memerlukan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terutamanya dari segi kewangan yang mencukupi. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
Mungkin tak mahu lagi memiliki anak lagi atas faktor kesempitan hidup, seorang lelaki yang mempunyai 2 orang isteri dan 19 anak, telah menamakan bayi terbarunya dengan nama Yeter, yang bermaksud ‘Cukuplah’.
Zeher Geher, tinggal di bandar Diyarbakir, Turki mempunyai 19 orang anak hasil pekahwinannya dengan dua orang isteri iaitu Dilber dan Ikramiye.
Ekoran daripada pandemik COVID-19, Zeher mengakui mengalami kesukaran bagi memenuhi keperluan keluarga besarnya kerana tidak mempunyai pekerjaan.
Pada awalnya, kedua-dua orang isteri Zeher mengakui sukar untuk berkongsi kasih, namun kini mereka bagaikan adik beradik tinggal bersama dalam rumah yang agak sempit.
Isteri pertama Zeher telah melahirkan 10 orang anak, manakala isteri keduanya 9 orang.
Akibat daripada masalah kewangan yang dialami, Zeher menamakan bayi terbarunya dengan nama tersebut kerana tidak lagi mampu untuk menyara lebih ramai anak dimasa akan datang.
“Sekiranya saya tahu ini akan terjadi, saya takkan mempunyai anak yang ramai.”, kata Zeher.
MW: Anak ramai memang seronok.Namun kena pertimbangkan segala aspek terutama dari segi tanggungjawab dan kemampuan kewangan.Ukur baju dibadan sendiri iya.
Malang tidak berbau. Walaupun tinggal sehelai sepinggang, syukur empat beranak Allah lindungi, selamat selepas rumah dijilat api. Biar pun sedih dengan kejadian yang menimpa, namun empat Beranak bersyukur tak terhingga kerana masing-masing selamat daripada kebakaran.
“Syukur Allah SWT lindungi kami, kerana-Nya kami empat beranak terselamat selepas rumah hangus terbakar,” kata Norlida Abdul Wahab, selepas kediamannya di Kampung Sura Hujung di sini, musnah terbakar jam 4 pagi tadi.
Ketika kejadian, Norlida, 39, bersama tiga anaknya berusia tujuh hingga 12 tahun sedang tidur.
“Allah SWT kejutkan saya ketika itu dan saya terasa bahang dalam bilik tidur sedangkan pada malam itu, hujan sangat lebat.
Katanya, dia terus mengejutkan anak-anaknya sebelum membawa mereka menyelamatkan diri.
“Ketika kejadian, suami, Zulkifli Mohamad, berusia 52 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, sedang bertugas di sebuah tapak projek perumahan.
“Saya meminta bantuan jiran namun jiran gagal membantu kerana api marak dengan cepat.
Menurutnya, berikutan kejadian, keluarganya tinggal sehelai sepinggang.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami selamat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 4.12 pagi dan tiba sembilan minit kemudian.
Menurutnya, pihaknya dapat mengawal api daripada merebak dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya jam 6.23 pagi.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya.
MW: Syukur pada Allah semua selamat dan tiada nyawa yang terkorban. Semoga Keluarga ini tabah menghadapi ujian ini.