Penyanyi yang berasal dari Sabah, Ayu Damit merupakan seorang yang sangat rajin, Selain menyanyi, Ayu yang popular dengan lagu Hanya Di Mercu merupakan seorang yang aktif berniaga.
Terbaru Ayu membuka sebuah kedai makan yang diberi nama Restoran Ayu Damit X Tok Mak Citarasa Antarabangsa di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.
Isteri kepada Syed Fauzi Syed Baharuddin ini merupakan seorang wanita yang tidak boleh duduk diam.
“Saya buka restoran ini dengan rakan kongsi. Ini bisnes keempat yang saya ceburi selepas menjual cili, kuih bahulu dan sate.
“Saya pilih nama Tok Mak sebagai simbolik masakan turun-temurun daripada nenek ke cucu. Pelbagai menu disediakan termasuk hidangan Barat dan Jawa termasuk dari Sabah,” katanya.
Ads
Ayu berharap karier seni dan perniagaan yang diusahakan mencapai kejayaan diharapkan.
“Saya juga mahu menjadi isteri yang baik kepada suami dan ibu penyayang untuk anak-anak,” katanya.
Teruja Jadi Peserta GV7
Sejak mula program Gegar Vaganza (GV) diperkenalkan, penyanyi Ayu Damit tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sesi ujibakat dengan harapan terpilih menjadi salah seorang peserta.
Bagaimanapun selama enam musim lalu, rezeki belum menyebelahinya sehinggalah dipanggil untuk beraksi dalam GV7 yang bakal membuka pentas persaingan bermula 11 Oktober depan bersama 13 lagi peserta lain.
Ads
Ayu sendiri mengakui tidak menyangka namanya tersenarai pada musim ini.
“Banyak kali saya hadir sesi uji bakat dan hampir setiap tahun mengharap agar terpilih menyertai program ini. Alhamdulillah rezeki saya tiba pada musim ketujuh dan ia cukup bermakna buat saya kerana penantian saya selama ini berbaloi.
“Terus-terang saya cakap, walaupun beberapa kali gagal tersenarai sebelum ini, saya tidak pernah berputus asa, malah sentiasa ada keinginan untuk cuba lagi dan lagi sehingga saya dapat,” ujar Ayu tanpa berselindung.
Menurut Ayu, dia tekad untuk mencuba nasib di pentas GV kerana percaya ia merupakan satu platform yang mampu memberikan impak positif dalam kerjaya seninya selepas ini.
“Bagi saya, GV satu-satunya pentas yang memberi peluang kepada seseorang penyanyi untuk menunjukkan kebolehan mereka menyanyi pelbagai genre lagu dan dinilai.
“Itu antara sebab kenapa saya nak sangat masuk GV dan beraksi di pentas itu kerana saya mahu mencari apa sebenarnya yang saya ada.
Ads
“Biarpun saya masih aktif menyanyi di sana sini, namun permilihan lagu dalam persembahan tersebut hanya berlegar sekitar genre lagu yang saya biasa bawa, tiada cabaran kecuali bila sesekali ada permintaan berbeza daripada penganjur.
“Jadi hanya pentas GV dapat bagi peluang kepada saya untuk buat kelainan dan berikan sesuatu yang berbeza,” ujar Ayu.
Sokongan Padu Dari Suami
Bagaimanapun, Ayu juga menerangkan dia perlu membahagikan masa dengan sebaiknya untuk melakukan persiapan tanpa menjejaskan komitmennya pada keluarga dan bidang perniagaan yang diceburi.
“Alhamdulillah saya mendapat sokongan padu daripada suami dan dia akan banyak membantu menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan yang kami usahakan sebelum ini.
“Kalau ikutkan saya rasa boleh saja buat semuanya macam biasa, tetapi suami mahu saya cukup rehat dan hanya memberi fokus untuk buat persediaan melakukan persembahan di GV7. Saya juga berharap peluang yang ada ini dapat saya gunakan dengan sebaiknya untuk menarik kembali kepercayaan orang terhadap bakat saya,”
sambungnya.
Sumber Foto: Azrul Rafie (Astro) & Instagram Ayu Damit Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah dengarkan kisah bila mana ayam berkokok itu, tandanya ayam melihat malaikat. Jadi, kita yang mendengar itu berdoalah moga doa kita cepat sampai kepadaNya dan dimakbulkan.
Bermacam kemusykilan timbul tentang kisah ini. Benarkah ada hadis sahih tentangnya. Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias menjelaskan tentang hadis sahih doa ketika ayam berkokok ini.
Ini Hadis Yang Sangat Sahih, Berdoa Ketika Ayam Berkokok
Cik Man kongsikan hadis yang sangat sahih berkenaan doa ketika ayam berkokok.
Maksud :”Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mohonlah kepada Allah SWT akan kurniaan-Nya, kerana ia (ayam) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar bunyi (suara) keldai maka mohon perlindunganlah kepada Allah SWT daripada Syaitan, kerana ia (keldai) sedang melihat syaitan“. (Hadis Sohih Riwayat Bukhari dab Muslim)
Ada satu lagi hadis dengan tambahan salakan anjing.
إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلَابِ وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ ، فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لَا تَرَوْنَ Apabila kamu mendengar salakan anjing dan bunyi keldai pada waktu malam, maka pohonlah pertolongan dengan Allah, maka sesungguhnya mereka (anjing dan keldai) melihat apa yang kamu tidak lihat“. (Hadis Riwayat Abu Daud) Hadis ini dinilai sohih oleh Al Albani.
6 Kelebihan Hadis Sahih Ini Yang Ramai Tak Tahu
Ada beberapa faedah dari hadis ini :
1) Kita dituntut berdoa (tapi tak wajib) ketika ayam berkokok.
2) Diharapkan berdoa ketika ayam berkokok, doa akan dimakbulkan. Ini kerana dalam hadis, disebut keberadaan malaikat, maka diharapkan malaikat turut sama mengaminkan doa itu.
3) Hadis tidak menyatakan bahawa ayam berkokok kerana melihat malaikat saja. Boleh jadi ayam berkokok sebab lain seperti diganggu manusia atau faktor-faktor lain.
5) Korang tak perlu nak pertikai atau bahasa mendalam tentang bagaimana keadaan ayam melihat malaikat, sebab ini adalah urusan ghoib yang diuruskan oleh Allah. Tugas kita berbuat sebagaimana yang disebut dalam hadis sebagai ikut perintah Nabi. Iaitu berdoa.
6) Dalam hadis kedua berkenaan salakan anjing, maksud ayat “mereka melihat apa yang kamu tidak lihat” ialah anjing dan keldai melihat jin dan syaitan.
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, “terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar… Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke Korea masih belum ternoktah biarpun bekas suaminya, Zairy dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Melaka Tengah hari ini.
Bekas Suami Kim Seri Sah Ke Penjara
Dalam satu perkongsian oleh kakaknya, Nor Seri Azlina di media sosial, selepas road show reman di Johor minggu lalu di mana hanya siasatan dilakukan, berbeza di Melaka, hari ini adiknya terus dijatuhkan hukuman penjara.
Kakak Luah Di Media Sosial “Terima Kasih Kim Seri, Kau Kejam. Allahuakbar…
Bercakap secara eksklusif kepada Mingguan Wanita, Nor Seri Azlina berkata di Mahkamah Majistret Tengah tadi, adiknya menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 414 di mana kaldai akaun, bukannya jenayah di bawah Seksyen 420 seperti reman di Johor sebelum ini.
“Hakim jatuhkan hukuman paling rendah untuk adik. Mereka pun tahu dia dianiaya tapi mereka tahu hukuman perlu ditegakkan,” katanya yang memaklumkan adik mereka masih menghadapi 46 lagi pertuduhan jenayah atas penipuan menerima pembayaran daripada mangsa yang terpedaya melalui promosi di aplikasi TikTok yang dilakukan oleh Kim Seri yang mempromosikan pelancongan ke Korea namun ianya mula bermasalah selepas pempengaruh itu membuka restoran di tengah bandaraya Korea dengan kos lebih satu juta sedangkan Kim Seri bukanlah anak orang kaya.
Sebelum ini, dalam satu kenyataan oleh Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, Zairy yang juga suspek kes penipuan ialah pemilik akaun kepada sebuah syarikat yang digunakan untuk menerima bayaran daripada mangsa yang didakwa terpedaya dengan tawaran pakej pelancongan itu
“Tangkapan pertama terhadap suspek dibuat pada 21 April lalu dan dia kini masih dalam tahanan polis Johor untuk siasatan lanjut.
“Semakan mendapati lapan kertas siasatan dibuka berhubung akaun terlibat di beberapa daerah, termasuk Johor Baru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang.
Dalam pada itu, Nor Seri Azlina berkata, dirinya kasihan melihat ibunya yang sentiasa menangis mengenangkan nasib adiknya.
“Hari-hari mak menangis. Ditambah hari ini adik dijatuhkan hukuman penjara. Anak-anak adik juga seramai tiga orang juga dijaga oleh kami. Ada yang sampai bercakap sendiri selepas ayah mereka ditahan.
“Kami sekeluarga sudah tidak mampu berbuat apa lagi. Sangat sakit sebenarnya adik perlu hadap semua jenayah dibuat bekas isterinya, Kim Seri tapi itulah semua harus patuh dengan undang-undang,” katanya yang mengakui masih mengumpul duit untuk membayar peguam bagi mewakili 46 kes adiknya yang masih belum dibicarakan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
42 jam bertarung nyawa, Balkisyh selamat lahirkan bayi lelaki. Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan dan suami Mohd Nazri Zakaria yang telah menyambut kehadiran cahaya mata.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Instagram, Balkisyh berasa bersyukur selepas bertarung nyawa 42 jam bayi lelakinya selamat menjengah dunia.
42 Jam Bertarung Nyawa
Menerusi entri di akaun Instagramnya, Balkisyh juga telah berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dirinya bersama seorang bayi.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan “Baby Boy” pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” tulis Balkisyh.
Walaupun terpaksa menahan sakit selama 42 jam sebelum bayi dilahirkan namun Balkisyh berasa sangat teruja apabila melihat wajah si comel yang dinanti-nantikan. Ternyata pengorbanan seorang ibu dalam tempoh proses bersalin begitu murni.
“Tahniah kak! Ya Allah comel”
Malah menerusi ruangan komen rakan artis dan juga peminat mengucapkan tahniah atas kehadiran orang baru dalam hidup Balkisyh
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...