
Isi Kandungan
ToggleMudah sangat jika nak buat Almond Crunchy Chocolate ini hanya guna dua bahan iaitu coklat dan badam. Tak perlu susah payah nak uli doh dan terap buat adunan. Kacau atas dapur, sejukkan dalam peti sejuk sekejap dah boleh siap.Sesuai juga buat yang suka kudapan jenis kekacang berbanding adunan tepung.
Menurut pemilik resipi Puan Farhan Hani, walaupun modalnya besar sikit dalam RM33 tapi sedap dan berbaloi serta sesuai untuk jamu keluarga.Boleh dapat dalam 110 biji ikut adunan ini.
Bahan-Bahan :
Badam 500gm (terpulang nak guna yang jenis hiris panjang @ slice)
Coklat masakan Beryl’s 500gm
Cara Membuat :
1. Bakar badam tu dulu (utk bagi crunchy). Saya bakar almond tu dengan suhu 150°c masa 20 minit (bergantung pada oven masing2 ye). Untuk yang tiada oven boleh sangai atas dapur (sangai tanpa minyak) dengan api sederhana dan sejukkan badam.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
3. Bila coklat dah cair dan sejuk ckit, boleh masukkan badam yang dibakar tadi, gaul sampai sebati. Pastikan semua badam bersalut coklat.
4. Masukkan badam kat dalam paper cup kecil. Boleh guna sudu kecil. Selepas tu susun dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais kat bahagian sejuk beku selama 5 minit. Siap!!
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Anggaran Modal kos:
Almond 500gm RM19.50
Coklat beryl’s RM12.95
MW: Mudah sangat resipi ni. Sesuai buat mak-mak yang tak berapa pandai buat biskut yang kena uli doh tepung. Anak-anak pun boleh tolong sekali nanti.Yang pastinya gerenti sedap.
Sumber: Farhan Hani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Puding Laici Satu Layer, Resipi Dulu-Dulu Imbau Zaman 90an

Puding laici, resipi yang mengimbau kembali pada zaman muda belia. Kalau mak buat memang sedap sangat. Kiranya kalau letak laici tu, dah mewah sangatlah. Nak letak buah lain pun boleh juga, ikut citarasa.
Masih ada lagi ke yang mengimbau zaman 90 an. Puding laici yang mudah untuk dibuat. Tak perlu nak pakai banyak layer. Cukup dengan yang ini saja.
Antara perkongsian daripada Mr Ali tentang cara nak buat puding laici yang mana resipi dari maknya. Terus ingat zaman muda-muda dulu.
Puding Laici by Mak Mr Ali
Resipi ini sangat mudah, guna satu layer saja dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak.
Bahan-bahan:
12 gram agar – agar tali.
6 cawan air (1 cawan air : 250ml)
1 tin laici
1 tin susu cair
1 cawan gula
3 biji telur gred B
2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu kecil garam
( 1 adunan dapat loyang petak 9 inci atau petak 8 inci.
Cara Membuat:
1. Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih, kacau2 perlahan, api pasang perlahan.
2. Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau.
3. Apabila sudah larut masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah laici lagi. Kacau sebati.
4. Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama 1 tin susu cair.
5. Masukkan 1 sudu kecil esen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan
6. dalam bekas yang lain, masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati & masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi
7. Kacau sebati dan masukkan ke dalam air agar-agar.
8. Kacau perlahan-lahan selama 6-8 minit pada api yang perlahan
9. Apabila mendidih, masukkan buah laici tadi kacau dalam 10 saat dan tutup api.
10. Masukkan ke dalam acuan / loyang
11. Jangan terus masukkan dalam peti, biarkan diluar dulu selama 40 minit baru masukkan dalam peti & sejukkan selama 3 jam .
12. Bila dah sejuk, bolehlah nikmati.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Memang sedap makan sejuk-sejuk.
Sumber: Muhammad Ali
https://www.facebook.com/buku.gadaffi
Selamat mencuba!
1. Bahan – Bahan
2. Bila agar2 tali dan air mendidih
3. baru masukkan gula. Kacau biar larut
4. Masukkan air dalam tin air laici. Air saja tau. Buah jangan masukkan lagi
5. Kuning tu telur yg dah dikacau sebati dan masukkan susu cair
6. Masukkan essen vanila + garam
7. Kacau sebati dan ketepikan
8. Dalam bekas yg lain, masukkan tepung kastard dan bancuh bersama2 dengan 3 sudu makan air
9. Maka jadinya macam ni
10. Masukkan ke dalam telur yg dh dikacau sebati dengan susu cair tadi
11. Kacau sebati
12. Masukan dalam air agar2 laici tadi
13. Kacau perlahan
14. Sampai mendidih
15. Dah mendidih masukan laici. Kacau sebati dalam 10 saat terus off api
16. Masukkan dalam loyang atau acuan
17. Biarkan suhu bilik/ biarkan diluar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3 jam
18. Dah siap. Semoga resepi yg sy gude details ni memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susu Masam, Rosak Jangan Buang, Boleh Buat Cheese Buatan Sendiri!

Isi Kandungan
ToggleHaa.. dalam pada tak boleh nak berjalan-jalan sangat cuti sekolah ini kan, disebabkan wabak Covid-19, eloklah hidangkan makanan enak untuk anak-anak. Mak boleh buat cheese homemade yang rasanya ala cream cheese tatura tu dari susu segar masam atau yang dah rosak.
Pesan empunya resepi, Puan Eyda Sukiman, “Kita kembali kepada topik daily as housewife lah ya. Fikir banyak-banyak tak jadi apa juga, sebaliknya kita berusaha lebih gigih untuk jadi hamba Allah yang semakin hari semakin dekat padaNya. Tak perlu tunggu kiamat, sedangkan kematian pun setiap hari dekat dengan kita.”
Rupanya mudah saja nak buat cheese homemade ini. Cuma guna 4 bahan saja. Caranya pun tak rumit.
Mudahnya Buat Cheese Homemade
Harini Kekda 1st time buat Cheese homemade. Namanya Cottage Cheese. Asal terbuat cheese ni sebab semalam suami ada beli fresh milk sebotol.
“Pagi ni buka, try minum eh! rasa masam, rosak. Membazir sangat rasa. Lepas tu duk teringat pernah tengok channel Food Network sebelum ni, kalau ada susu rosak, jangan buang, sebalik boleh buat something more delicious, iaitu Cheese.”
Maka hari ni, terjadilah Cheese buatan sendiri Alhamdulillah. Mudah sahaja caranya. Tak rumit. Kekda share di bawah resepinya okay.
Antara Bahan Yang Diperlukan Buat Cheese Sendiri
1) Fresh Milk / Susu Full Cream (tak semestinya yang basi / rosak, yang fresh pun boleh)
2) Cuka Makan 2 Sudu (Kekda guna jenama Tamin)
3) Kain Penapis (Kekda guna kain lampin anak je) atau korang beli kain tapis cheese di kedai Daiso ada kot.
4) Garam
Cara Membuat
1) Masak susu di dalam periuk, panaskan sehingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes Kekda ni, dah susu rosak, takmau membazir so Kekda buat jadi cheese.
2) Bila susu dah mula nampak mendidih, berketul sikit, tambahkan 2 sudu makan cuka . Cuka ni yang akan menjadikan ketulan susu tu kepada ketulan cheese, which is fungsinya memisahkan dari air susu kepada ketulan keju. In case korang tak de cuka, perah Lemon pun boleh kalau Kekda tak silaplah.
3) Lepas dah taruk cuka tu, kacau-kacau sekejap kasi yang ketulan tu terapung belah atas. Time ni korang dapat tengok, belah bawah air, atas ketulan keju. So dah jadiklah tu. Then matikan api.
4) Ambil kain tapis / penapis, (kekda guna kain lampin anak, makesure bersih okey) then curahkan semua yang dalam periuk tadi, di atas kain tapis tersebut. Kain tersebut makesure dibentangkan di atas tapis besi / apa-apa jenis bekas sejat .
5) Kemudian korang bolehlah nak perah air tu keluar sampai betul-betul kering. Means cheese tu elok duk bergumpal comel dan bukan dalam keadaan pecah-pecah macam mula-mula tadi.
6) Rendam dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2 jam. Tapi Kekda tak rendam pun, kekda bubuh sesiap garam dalam susu tu tadi. Okeylah sedang-sedang elok masinnya. By the way korang nak rendam tu jangan rendam cheese semata, rendam je sekali kain tapis tu sebab lepas tu senang korang nak perah balik, buang air lebihan garam tu.
7) Dah siap ! Bolehlaaaa nak makan cheese tu. Orang english/omputih panggil, COTTAGE CHEESE. Orang Melayu Kekda tak tau apa nama panggil dia. Rasa dia ? Sedap, macam korang rasa cream cheese Tatura tu kan, ha lebih kurang macamtu rasanya. Enak + lemak. Memang fresh gituuu.
Cara Makannya
Cheese ni ikut sukalah nak makan dengan apa. Roti boleh, buat macam ala-ala bauguet tu kan. Lepas tu nak buat sandwich pun boleh. Nak letak atas Pizza boleh jugak kot, sebab rasa lemak-lemak tu. Janji boleh makan
So selamat mencuba gais ! Kekda duk rasa-rasa ni kang habis macam tu ja. Sedapppppp. Jangan lupa try okay.
Cara simpanan boleh simpan di dalam peti macam biasa. Tahap ketahanan Kekda tak pasti tapi kalau based apa yang Kekda tahu seminggu boleh tahan lagi.
Rasa dia sedap, lemak-lemak krim. Kalau ikutkan rancangan TV Kekda tengok tu, cheese ni boleh guna untuk topping atas pizza, untuk kek pun boleh, untuk cheesekut pun boleh (kekda sendiri buat) sebab rasa/taste dia sebijik macam cream cheese Tatura tu.
Selain dari tu boleh buat as topping salad, letak dalam sandwich.
Untuk effect tarik macam Mozarella kekda tak pasti. Tapi rasanya lebih kepada untuk masakan. Juga boleh digunakan untuk masak/letak dalam kari. Sedap katanya lemak-lemak.
MW : Disebabkan bahannya tersangatlah mudah, rugi kalau mak-mak tak mencubanya.
Baca sini :
- Mudahnya buat keju mozarella homemade, ada sebab kena pilih susu segar hampir tamat tempoh
- Buat cheese sendiri, cuma guna susu tepung yang hasilnya sangat memuaskan
Sumber/Foto : Eyda Sukiman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Sambal Garing Pedas Homemade Sedap, Jangan Goreng Cili Kering Lama

Isi Kandungan
ToggleResepi sambal garing pedas homemade ini mudah saja nak memasaknya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah saja.
Sambal garing homemade ini sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas atau pun bubur. Jadi penyedap rasa gitu. Perkongsian resepi daripada Siti Zubaidah Hassan ini disarankan cuba.
Bukan saja mudah nak membuatnya, malah hasilnya sedap.
Resepi Sambal Garing Pedas Homemade
Cili kering jenis yang pedas – cuci, tos
Ikan bilis – goreng garing
Bawang merah – hiris, goreng garing
Bawang putih – goreng garing
Cara membuat :
Cili kering yang telah ditos, digoreng dengan minyak. Jangan lama sebab cepat garing. Kemudian, kisar kering dengan sedikit garam. Gunakan garam halus.
Panaskan sedikit minyak dalam 2 ke 3 sudu makan. Gunakan api yang kecil. Lalu masukkan semua bahan dan kacau bila sebati.
Tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.
Siap! Makan dengan bubur pun sedap.
Baca sini : Resipi sambal garing sedap, tambah kacang, tempe nak bagi muai.
Sumber/Foto : Siti Zubaidah Hassan
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI