
Saat pelakon Datuk Fizz Fairuz teruja berkongsi rasa gembira yang dirinya bakal menimang cahaya mata ke-empat, namun kebahagiaan itu diragut apabila isterinya, Almy Nadia keguguran.
Sebelum ini Fizz berkongsi rasa teruja jika kali ini Allah kurniakan dia anak lelaki sementelah telah memiliki tiga anak perempuan. Ternyata, Allah lebih sayangkan bayi yang dikandung isterinya, Almy. Biar pun sedih, Fizz redha jika ini ketentuan-Nya.
Ikuti perkongsian, Fizz Fairuz
AL-FATIHAH…
Terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby ke-4 saya dan @almynadiaofficial .. Allah lebih sayangkan kamu anak ku…
Papa redha… Papa tak nak nangis, sebab papa kuat… Amin… Semoga Allah jaga kamu ye anak ku… Al-fatihah…
Ketika Fizz berkongsi berita duka ini, ramai peminat dan rakan artis mengirimkan ucapan takziah buat pasangan ini. Bukan mudah kehilangan bayi yang meninggal dalam kandungan.

Pasangan ini sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Ayra, 2, selain anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11. Fizz dan Almy Nadia telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
MW: Semoga Fizz dan Almy Nadia kuat menerima ujian ini. Tentu ada hikmah di sebalik segala yang berlaku, insyallah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemain JDT Kemalangan, Anak Baru Berusia 22 Hari & Ibu Mentua Meninggal

Sudah tiba ajalnya. Belum sempat ahli keluarga lain menatap wajah bayi yang baru berusia 22 hari ini, dia terlebih dahulu dijemput Ilahi.
Menurut perancangan, penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad ingin membawa keluarga pulang ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah.
Pemain JDT kemalangan, ibu mentua dan anaknya yang baru berusia 22 hari turut meninggal dunia dalam tragedi ini.
Penyerang JDT Kemalangan
Penyerang pasukan bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, terbabit kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya terbabas di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.
Ia menyebabkan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, dipercayai ibu mentuanya, dan Titik Sukamti, 30-an yang juga pembantu rumahnya, meninggal dunia.
Bagaimanapun, Muhammad Syafiq, 25; isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25; bersama anak perempuan sulung mereka, Aaira Nur Saffiyya, 2, hanya cedera ringan.
Anak Baru Berusia 22 Hari & Ibu Mentua Meninggal
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.36 pagi.
“Ketika tiba, didapati kenderaan MPV itu berada dalam keadaan remuk teruk dan terdapat tiga daripada enam mangsa yang tersepit.
“Anggota kemudian membuat kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.
Jelasnya, mangsa diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya sebelum bomba menamatkan operasi jam 6.12 pagi.

Bapa Belum Sempat Cucu
Manakala bapa penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini belum sempat menemui cucunya yang maut dalam kemalangan. Menurut Ahmad Ibrahim, 56, keluarganya sudah merancang untuk mengunjungi Syafiq di Johor selepas dikurniakan anak keduanya pada 14 November lalu.
Menurutnya, keluarganya rancang untuk ke Johor pada 11 Disember ini tetapi terpaksa menangguhkan rancangan itu selepas tempat tinggalnya di Bayan Baru dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terkilan Dengan Kejadian Menimpa
“Seluruh ahli keluarga terkilan kerana tidak sempat berbuat demikian selepas mereka terbabit dalam kemalangan ini,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap.
Ahmad berkata, dia menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 4 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, pada awalnya dia menganggap orang yang menghubunginya itu tersilap orang dan menjelaskan bahawa semua anaknya ada di rumah.
“Pada masa itu, saya tidak menyangka bahawa Syafiq yang terbabit dalam kemalangan kerana tidak tahu dia dalam perjalanan ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah.
“Dia mungkin ada beritahu ibunya kerana selalu berkongsi apa saja dengan ibunya,” katanya.
Baca Juga Di sini:
“Kepala Arwah Rapi Berjahit..” Remuk Hati Ustaz Uruskan Jenazah Mangsa Campak Datuk Tiri
Guru Meninggal Kemalangan Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Mengajar, Baru Menikah 10 Hari Lalu
Isteri Meninggal Dalam Kemalangan, Suami Hanya Mampu Pangku Buat Kali Terakhir
Kenderaan Hilang Kawalan
Menurut Ahmad, dia yang ke tempat kejadian selepas yakin Syafiq terbabit dalam kemalangan itu mendapati kesemua mangsa sudah dihantar ke hospital.
Katanya, Syafiq beritahu dia cuba mengelak sesuatu sebelum kenderaannya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.
“Dia masih dalam trauma,” katanya.
Ahmad berkata, isteri Syafiq, Nur Amalina Nur Ain, 25, dan anak sulung pasangan itu, Aaira Nur Saffiyya, 2, kini berada dalam keadaan stabil.
Tak Sangka Isteri Cucu Pulang Sebagai Jenazah
“Arwah isteri, Zainab Wahab, 46, ada hubungi saya dua hari lalu dan minta kemaskan rumah sebab nak bawa balik cucu baru.
“Tapi tak sangka pula dia dan cucu pulang sebagai jenazah,” kata Norain Shahadan, 50, bapa mentua kepada Syafiq.
Menurut Norain, dia menerima berita sedih itu melalui besannya, Ahmad Ibrahim, 56, yang menghubunginya sekitar 6 pagi tadi.
Katanya, dia ketika itu antara percaya atau tidak apabila dimaklumkan isterinya dan cucu mereka, Muhammad Aisy Saqeef, 22 hari, meninggal dunia dalam kemalangan.
Redha Hilang Isteri & Cucu
“Saya tidak menyangka, namun reda dengan apa yang berlaku kerana kehilangan isteri dan cucu kedua kami.
“Namun, saya bersyukur anak sulung, Nur Amalina, 25, menantu, Muhamad Syafiq Ahmad, 25, serta cucu sulung, Aaira Nur Saffiyya, 2, selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Padang Pusing, di sini, hari ini.
Menurut Norain, dia terkilan kerana tak sempat menatap wajah cucu barunya yang dilahirkan pada 14 November lalu dan hanya melihat melalui WhatsApp kumpulan keluarga di telefon bimbit.
Katanya, dia memang teruja mahu berjumpa cucu sulung lelaki, namun tidak kesampaian.
“Saya sempat berbual dengan isteri pun sekejap saja dan dia hanya beritahu nak balik apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat, hari ini.
“Sedih memang sedih, tapi apa nak buat, saya terima ketentuan Allah,” katanya.
Katanya, isterinya pergi ke rumah anak dan menantu mereka di Johor sejak perayaan Deepavali lalu.
MW: Semoga Syafiq dan isteri kuat menghadapi ujian ini. Ternyata bukan mudah untuk menerima apa yang berlaku. Apatah lagi kehilangan dua nyawa sekaligus. Al-fatihah.
Sumber: myMetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tragedi Ragbi Pelajar SBP: Maut Akibat Koyakan Otot Pinggul

Tragedi ragbi pelajar SBP: maut akibat koyakan otot pinggul. Punca kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Sains Johor (SMS Johor) yang rebah ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh pada Jumaat lalu, dikenal pasti berpunca daripada pendarahan dalaman akibat koyakan otot di bahagian pinggul kanan.
Tragedi Ragbi Pelajar SBP: Maut Akibat Koyakan Otot Pinggul
Mangsa, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 11.18 pagi selepas menerima rawatan kecemasan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik HRPB mendapati kematian pelajar berkenaan berpunca daripada kecederaan dalaman tersebut.
Rebah Di Hadapan Khemah, Alami Sawan
Menurut beliau, siasatan awal mendapati Muhammad Fauzan tidak menunjukkan sebarang tanda sakit sebelum perlawanan berlangsung, dan laporan polis telah dibuat oleh jurulatih pasukan sekolahnya.
“Pelajar berkenaan tiba-tiba rebah di hadapan khemah pasukan dan pemeriksaan awal oleh petugas perubatan mendapati mangsa disyaki mengalami sawan kerana badannya menggigil dan menjadi keras.
“Pasukan perubatan kemudiannya melakukan bantuan pernafasan kerana nadinya lemah sebelum dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kes Diklasifikasikan Kematian Mengejut
Abang Zainal Abidin memaklumkan, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan jenazah telah diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika pasukan SMS Johor bersedia untuk memulakan separuh masa kedua perlawanan menentang Sekolah Menengah Sains Rembau.
Kejohanan berprestij yang menghimpunkan pasukan ragbi dari sekolah berasrama penuh seluruh negara itu diadakan di padang STAR, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan untuk membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan SBP Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 susulan kejadian tragis yang menimpa pelajar tersebut pada Jumaat.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) AMBIL TANGGUNGJAWAB PENUH KEMATIAN PELAJAR
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab penuh kes kematian seorang pelajar yang menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), di sini semalam, kata menterinya, Fadhlina Sidek.
Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, dari Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor disahkan meninggal dunia jam 11.18 pagi semalam akibat pendarahan dalaman otot pinggul kanan.
KEJADIAN TIDAK DIDUGA
“Kita ambil tanggungjawab penuh. Setiap kali ada pertandingan sebegini maka semua persiapan untuk kecemasan itu kita sudah ambil kira dan memang menjadi sebahagian besar tanggungjawab kita memastikan keselamatan anak-anak (murid) di atas padang.

“Kejadian seperti ini sangat tidak diduga. Sebab itu keputusan membatalkan kejohanan ini sangat penting untuk kita bersama memberikan sokongan kepada keluarga ketika ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Muhammad Fauzan STAR, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Fadlina berkata setakat ini pihaknya belum dimaklumkan mengenai tahap kesihatan pelajar berkenaan termasuk sama ada menghidap penyakit tertentu.
Beliau turut menzahirkan rasa sedih dan simpati kepada keluarga pelajar itu di samping memberi jaminan akan memberikan sokongan penuh kepada mereka dan pihak sekolah.
“Hari ini juga kita buat keputusan untuk membatalkan semua kejohanan dan pertandingan (ragbi) ini bagi menghormati dan memberi sokongan kepada keluarga Allahyarham,” katanya sambil mengesahkan ia ditunda kepada 28 hingga 31 Januari tahun depan.
Sumber: Sinar Harian Berita Harian Sinar Harian 1
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lindungi Diri Musim Influenza
Tingkatkan imun badan dengan Vitamin C — bantu lawan selsema & kekal sihat setiap hari.

Lindungi Diri Musim Influenza
Tingkatkan imun badan dengan Vitamin C — bantu lawan selsema & kekal sihat setiap hari.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mas Idayu Bersyukur Bekas Suami Lepaskan Secara Baik “Tak Perlu Nak Tuding Kesalahan, Nak Tuduh Siapa Salah Dan Betul”

Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan ketentuan Ilahi. ‘
Terbaru penyanyi senior Mas Idayu mendedahkan dirinya kini sudah berpisah dengan suami, Muhammad Sufian Che Isa. Malah Mas Idayu juga menafikan perpisahan mereka bukan disebabkan campur tangan orang ketiga.
Mas Idayu Bersyukur Bekas Suami Lepaskan Secara Baik
Ibu kepada seorang cahaya mata itu menerangkan dirinya sah bercerai pada 4 Mac lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam. Dirinya juga menuntut fasakh ke atas bekas suami sebelum program realiti, Famili Duo bermula.
“Saya tak sorok perceraian ini. Saya pergi menuntut fasakh ditemani wali dan kakak. Kami tak bergaduh langsung, malah boleh ketawa ketika pergi ke mahkamah untuk bercerai.
“Mungkin Allah bantu tutup aib kami. Apa yang boleh saya katakan, memang saya sangat layak memohon perceraian ini.
“Seorang isteri kalau minta cerai tanpa sebab, cium bau syurga pun tak dapat. Tak perlu nak tuding kesalahan atau nak tuduh siapa salah dan betul. Apa yang penting, saya menuntut cerai dan dia pernah jadi suami saya,” ulas Mas Idayu seperti mana dipetik menerusi program Melodi.
Berpisah Secara Baik
Mas Idayu juga menegaskan dia dan Muhammad Sufian berpisah secara baik dan tidak berbalah.
“Kami tak bergaduh langsung, cuma saya nak tahu kenapa dengan netizen? Saya tidak ada masalah dengan netizen, tetapi kenapa buat andaian seperti ini? Macam mana nak minta maaf, sedangkan saya tak bersalah?
“Saya hanya garang ketika jadi juri dan ketika bekerja. Dengan suami, saya tak garang. Tapi, ada lagi tuntutan hati yang belum Allah kabulkan. Alhamdulillah saya bahagia dan harap sebelah sana pun ‘happy’,” sambungnya.
Sudah Lalui Dua Kali Kegagalan Perkahwinan
“Orang matang kena bersabar. Suka, kita berkahwin, bila tak boleh berpisah sahaja.
“Saya dan anak gembira meraikan Syawal. Saya seorang yang ‘loving’, janganlah cuba nak pancing sampai terbuka aib. Saya cakap terus-terang, bekas suami lepaskan secara baik, itupun saya membuatkan saya bersyukur.
“Saya sudah lalui dua kali kegagalan dalam perkahwinan. Saya tidak ada sebarang nasihat. Cuma, kalau nak berkahwin hukum hakam agama kena tahu barulah rumah tangga akan selamat,” luahnya.
Baca Disini : Saling Berpelukan, Sissy Akui ‘Sayang Selalu’ Mas Idayu “Saya Nampak, Dia Tak Marah Tapi Kecewa”
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI