Alhamdulillah, seribu kesyukuran buat wanita apabila bergelar nenek buat kali pertama. Debaran turut dirasai apatah lagi menanti detik anak tersayang pula yang bersalin dan melahirkan zuriat sendiri.
Timang Cucu Lelaki
Terbaru dalam perkongsian video di Instagram Puan Sri Normala Samsudin, 58 berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini telah selamat bergelar ‘Tok Mama’.
Ia susulan anak beliau Dr Ruhila Roslan,30 telah selamat melahirkan cahayamata lelaki baru sebentar tadi.
Ads
Bekas Penyampai Berita Buletin Utama dan Pengacara Rancangan NONA ini juga mengucapkan rasa penuh kesyukuran dan terima kasih atas doa-doa yang diberikan.
Ads
Terdahulu, Dr Ruhila dan suami, Majid Nazli telah mendirikan rumahtangga pada 4 Januari 2021.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, Tahniah diucapkan atas kelahiran cucu pertama. Memang seronok ada cucu sendiri. Selamat berpantang buat si ibu, semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh.
Ziana Zain berdoa dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat haji. Setiap umat pastinya menyimpan impian untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadat haji yang merupakan rukun Islam kelima.
Begitu juga dengan figura popular Ziana Zain. Dirinya juga sentiasa berdoa agar dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadat Haji.
Pastiny rezeki dapat mengerjakan haji paling istimewa buat kita yang beragama Islam. Ziana menyatakan antara impian yang belum dicapai dalam hidupanya ialah menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadat haji
“Alhamdulillah hampir semua impian dan doa saya dimakbulkan.
“Kecuali untuk ke Tanah Suci Mekah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan Haji.
“Semoga impian itu akan dipermudahkan,” kongsi Ziana seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online,
Malah Ziana yang juga ibu tunggal kepda empat cahaya mata itu juga akui kini dia lebih banyak mencari keredaan Allah. Usianya yang sudah melebih angka 50 membuatkan dirinya menjadi seorang yang pemaaf. Malah dia juga memastikan hatinya sentiasa bersih dari hasad dan dengki.
“Apa yang membentuk saya untuk menjadi lebih kuat dalam hidup adalah dengan selalu memaafkan orang.
“Ini kerana kita sendiri alpa dan melakukan kesilapan.
“Paling utama dalam hidup ini, hati harus bersih daripada hasad dan dengki.
“Saya harap peminat dapat bersama-sama mencari reda Allah,” sambungnya yang bakal beraksi di konsert bersama Anuar di Dewan Plenari, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), Ogos depan.
Ziana juga berasa sangat beruntung kehadirannyaa dalam dunia seni sentiasa disokong oleh peminat setia. Malah di juga sangat berterima kasih kepada peminat terutamanya kelab peminatnya Zianafolks yang sentiasa menyokong karier seninya tanpa jemu sepanjang 30 tahun berada dalam arena ini.
Gara-gara tak siap kerja sekolah, seorang mak sanggup mengikat dan jemur anaknya di atas bumbung. Tak boleh bayangkan bagaimana keadaan anak itu dengan bahang matahari suhu panas yang mencecah 42 darjah selsius.
Sedihnya, sanggup mak lakukan pada anak perempuan yang baru berusia 5 tahun ini. Tak siap kerja sekolah bukan bermakna anak itu malas. Mak janganlah terlalu ‘straight’ dalam mendidik anak-anak.
Memang nampak kejam, bila ‘denda’ ini dijadikan alasan sebab anak tak siap kerja sekolah. Di manakah sikap penyayang dan kasih seorang ibu pada anak. Walau bagaimana pun kejadian ini bukanlah di Malaysia tapi ia berlaku di India.
Di India, seorang ibu telah mengikat anak perempuan berusiua 5 tahun dan meninggalkannya di atas bumbung yang mana pada waktu itu, suhu panas mencecah 42 darjah selsius, gara-gara tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru anak tersebut.
Semasa kejadian itu, jirannya yang melihat telah merakam video hukuman itu dan dikongsi dalam talian dan mendapat perhatian daripada pihak polis. Keadaan ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana menghukum anaknya dengan mengikat dan tinggalkan dalam keadaan panas kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Klip video itu turut menunjukkan anak perempuan diikat dengan tali dan berbaring di atas bumbung rumah di bawah terik matahari. Kanak-kanak itu kelihatan mengeliat kesakitan apabila tangan diikat dibelakang dan kaki di ikat di buku lalo.
Malah, ibu anak-anak itu sendiri mengaku bahawa dia menghukum anaknya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Dalam pada itu, ayah kanak-kanak perempuan itu tidak terlibat dan dia sendiri mendapat panggilan daripada ayahnya yang memberitahu kejadian itu.
“Sebaik mendapat panggilan telefon, saya terus pulang ke rumah dan membebaskan anak saya,” katanya kepada Hindustan Times.
Mingguan Wanita : Sanggupnya seorang mak lakukan begitu pada anak yang masih kecil. Minta dijauhkan dari sifat sebegini.
Dalam setiap rumah, rasanya mesti ada satu bilik khas untuk simpan barang. Pakai atau tidak, itu lain cerita. Yang penting sayang nak buang sebab mungkin satu hari nak pakai atau guna.
Begitulah mak-mak, suka simpan barang yang rasa tidak perlu pun. Nak buang sayang tapi kalau tak buang habis semak rumah. Kadang-kadang, pelik juga dengan barang disimpan itu tak guna pun.
Sikap seperti inilah dipanggil ‘hoarder, penyakit yang suka simpan barang. Saranan daripada Ir Hj Zainuddin Omar ini adalah dengan membuangnya bila barang yang tak diguna selama 90 hari. Mudah dan mata pun tak semak.
Pada satu hari saya melawat ke rumah teres seorang kenalan di Taman Medan.
Apabila masuk ke rumah saya lihat bermacam barang berlonggok di sana sini penuh satu rumah sehingga tiada tempat untuk duduk.
Terpaksa saya alihkan beberapa barang untuk ke meja makan bertemu ibu bapa kenalan tersebut.
Saya diberitahu oleh kenalan bahawa parents beliau adalah hoarders.
Saya perhatikan tiada tempat untuk berjalan bebas dalam rumah dan terpaksa melangkah berbagai barangan.
Memang terasa semak kepala melihat rumah yang penuh dengan bermacam barangan sehinggakan tiada tempat untuk duduk pun.
Rakan saya memberitahu bahawa ibu bapa beliau menjadi hoarders selepas mereka berkahwin dan menyimpan setiap barangan walaupun tidak digunakan lagi.
Apabila barangan mahu dibersihkan dan dibuang, ibu bapa akan memarahi anak-anak dengan alasan barangan boleh digunakan lagi satu hari nanti.
Ibu-bapa beliau mungkin berpenyakit obsessive-compulsive disorder (OCD).
Penyakit Suka Simpan Barang
Seorang rakan lain mengadu kepada saya bahawa isteri beliau menyimpan berpuluh kasut satu belah yang sudah disimpan puluhan tahun.
Alasannya satu hari nanti pasangan kasut yang hilang akan dijumpai semula.
Hoarders adalah mereka yang berpenyakit suka menyimpan barang dan sangat susah untuk berpisah dengannya.
Mereka akan berasa stres jika barangan milik mereka dipisahkan tak kira samada barangan mahal atau murah.
Rumah hoarders tiada tempat kosong kerana setiap inci dipenuhi barangan.
Kalau ada pun hanya tempat tidur dan tempat makan.
Perangai hoarders bermula dari muda dan menjadi kronik bila meningkat dewasa.
Semua barangan disayangi dan difikirkan ada keperluan satu masa nanti.
Akhirnya rumah menjadi satu stor besar.
Jadilah Seorang Minimalist
Trend sekarang adalah untuk menjadi seorang minimalist.
Ianya bukan mudah tetapi hati boleh diajar untuk berpisah dengan barangan yang tidak diperlukan.
Prinsip minimalist adalah konsep 90/90.
Lihat pada barangan milik anda.
Adakah anda telah menggunakannya dalam masa 90 hari?
Adakah anda akan menggunakannya dalam masa 90 hari lagi?
Jika tidak, maka anda boleh ‘let go’ barangan atau pakaian tersebut.
Mereka yang suka shopping online
Shopee/Lazada, sila ambil perhatian.
Mungkin anda juga seorang hoarder.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak sayang sangat. Kalau memang dah tak guna, pejam mata dan buang. Habis cerita.
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.