Tak semua dikongsi di media sosial dan jika bahagia tidak semestinya perlu tayang semua kpada umum. Semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing dengan tujuan dan keperluan sendiri.
Segelintir daripada kita teruja berkongsi kebahagian dan setengahnya selesa menyorok setiap kegembiraan kerana inginkan privasi. Oleh sebab itu tak semua yang memilih untuk berkongsi segalanya di media sosial.
Zaman ni, bukan hanya soalan bila hendak kahwin, bila hendak ada anak, bila hendak tambah anak saja yang akan ditanya tanpa menjaga sensitiviti orang.
Tapi soalan kenapa sudah lama tak update pasal suami, kenapa sudah lama tak update pasal isteri, kenapa sudah lama tak update pasal keluarga dekat laman sosial ini pun sudah mula menular di kalangan para prihatin dengan isu semasa.
Percayalah semua yang dibuat, semua yang diupdate, semua yang tak diupdate semuanya ada tujuan dan sebab tertentu.
Tak Semua Dikongsi, Masing-masing Ada Tujuan
Ada yang update mungkin sebab hendak simpan kenangan dalam facebook, ada yang tak update mungkin sebab dia tak nak tunjukkan sangat tentang keluarga dia.
Pendek kata semua yang dibuat atau sengaja dibuat adalah bersebab. Dan yang paling pasti bukti kebahagian seseorang itu bukan terletak pada berapa kerapnya pasangan itu update pada media massa.
Ada yang update sebab dia memang betul-betul tengah bahagia dan dia hendak kongsikan kebahagian dengan semua kenalan di muka buku.
Ada yang tidak update sebab dia nak jaga privasi dia dan pasangan. Bukan sebab dia tak bahagia.
Ada yang update sebab dia hendak mengelirukan atau nak memberitahu atau nak menutup ketidakbahagiaan dia bersama pasangan di media massa.
Update Bersebab Tak Semua Dikongsi
Semua yang dilakukan oleh pengguna muka buku hari ini adalah bersebab.
Mak, ayah, kalau benar anda perihatin, doakan yang baik-baik tak perlu muqaddimah kepada dosa dengan bertanya hal-hal yang tak sepatutnya anda tanya. Jaga diri, jaga keluarga sebaiknya.
Yang hidup PJJ (pasangan jarak jauh) dengan pasangan tu bertabahlah sentiasa jika kalian terpilih untuk tidak sentiasa bersama dengan pasangan.
Yang hidup sentiasa bersama bahagia itu juga bersyukurlah dengan kebahagiaan yang diberi itu dan sentiasa berhati-hati dengan segala yang Allah beri.
Yang hidupnya sedang diuji dengan pasangan yang tidak membahagiakan pun bertabahlah dan sentiasa bersyukur mana tahu berkat anda sabar Allah jadikan andalah insan yang paling bahagia nanti.
Takkanlah bahagia dan tidak bahagia pun nak beritahu pada umum.
Jaga lidah, jaga tulisan jaga adab ketika bertanya. Jangan sampai soalan-soalan kalian itu menjadi punca kepada keretakkan rumah tangga orang lain.
MW: Jangan terlalu cepat menghukum dan melabelkan orang itu bahagia, orang ini tidak kerana jarang update media sosial kerana segalanya hak peribadi masing-masing. Paling penting jaga lidah dan jaga tulisan.
Ipar adalah adik-beradik kepada pasangan kita. Berbanding lelaki, biasanya wanita yang sering kali menghadapi masalah dengan ipar-duai. Tak semua, TAPI ADA! Banyak penyebabnya hingga hubungan antara ipar-duai itu dingin.
Perkahwinan bukan saja penyatuan dua jiwa antara kita dengan pasangan saja, malah ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada mak dan bapa mentua saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar-duai, biras, sepupu dan ahli keluarga yang lain.
Menjalinkan hubungan baik dengan ipar-duai tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar-duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Tak dinafikan, mungkin akan sering kali terjadi kita bercanggah pendapat dengan ipar-duai kita namun ia perlu ditangani dengan baik. Jangan hingga berbalah sehingga saling tak bertegur sapa. Itu hanya akan memburukkan perhubungan.
Sebagai orang yang baru masuk ke dalam sesebuah keluarga, sebenarnya kita sendiri kena main peranan untuk ambil hati keluarga pasangan. Bukan saja mak ayah tapi juga ipar-duai.
Berbanding ipar-duai lelaki, biasanya jarang mengalami masalah ini, berbanding wanita. Entah kenapa, mungkin wanita ni kaya dengan emosi kot. Apa pun, buang rasa malu atau ego dan cuba wujudkan kemesraan dengan ikhlas.
Walau pun sudah lama berkahwin, jangan berhenti untuk memberikan imej baik kepada ipar-duai. Sebenarnya banyak faedah bila baik dengan ipar-duai yang merupakan adik-beradik suami.
Tak nafikan, ada wanita yang kurang rapat dengan mentua atas macam-macam sebab. Namun, kehadiran ipar-duai (anaknya) boleh membantu mengharmonikan hubungan itu.
Jika kita baik dengan mereka, sudah pastinya mereka akan sentiasa menyebut hal-hal yang baik saja tentang diri kita di hadapan mak dan ayahnya. Bahkan, ada masanya akan ‘backing’ kita juga kalau ada masalah dengan abang/adiknya yang merupakan suami kita. Mereka ini boleh dijadikan ‘team’ kita bila ada masalah dengan pasangan. Betul kan?
Banyak cara nak ambil hati ipar-duai, bukan sekadar belikan hadiah mahal-mahal saja ye. Tanya khabar pun dah cukup menunjukkan kita menganggap mereka itu antara orang penting dalam hidup kita.
Kalau mampu, hadiah boleh dijadikan sebagai ‘pemanis’ hubungan. Sesekali, mungkin ketika hari jadinya, boleh belikan hadiah untuknya.
Atau boleh masak hidangan yang disukainya bila dia datang ke rumah kita. Itu bermakna kita prihatin pada dirinya. Ada masanya kalau lapang, boleh juga keluar bersama. Ia boleh bantu eratkan hubungan.
Kalau mereka ada masalah, jangan lokek hulurkan bantuan. Tak boleh bagi duit, pendapat dan sokongan pun dah memadai…
Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar-duai. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.
Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh percaya tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi kita suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah diri. Kadangkala kita kena ‘simpan’ sikit kisah rumah tangga kita kerana kita kena sedar hati manusia boleh berubah. Tengah baik okay, tapi kalau satu hari nanti hubungan tak berapa baik, macam mana?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada suami, nak ambil gambar selfie dengan isteri pun bersyarat. Tak tahulah, sama ada disebabkan segan atau apa. Tapi nak kata segan, itukan isteri sendiri.
Jadinya, tak salah pun nak ambil gambar berdua dengan isteri banyak-banyak. Macam yang Ustaz Ebit Lew buat dengan isterinya ini.
Walaupun sibuk dengan macam-macam urusan, asal ada waktu pasti gambar berdua dengan isteri akan diabadikan buat kenangan. Kata ustaz, jadi penawar rindu bila berjauhan. Doa ustaz lagi, bila jauh daripada isteri, moga perasaan rindu yang Allah berikan itu, akan jadi penyebab hadirnya hidayah dalam diri.
Baguskan macam itu.. bolehlah dipraktikkan oleh suami isteri yang lainnya. Itupun salah satu cara beromantik suami isteri.
Kongsi Ustaz Ebit Lew agar jadi panduan suami isteri,
Abang asyik selfie jerr kenapa.. sebab bila abang rindu. Abang nak tengok gambar sayang lama-lama. Biar anak-anak semua tengok insyaAllah satu masa nanti…. Nampak tak awan, langit, laut di belakang tu..ada hujung tak..begitulah cinta dan sayang abang. Allah anugerahkan cinta ini takde hujung. Lagi kita teroka. Makin luas kita nampak cinta itu…lagi indah cantik dari semua ini..
Itulah cinta Allah bagi. Maha Kuasa Allah dia yang beri rasa cinta. Pergi mana-mana ada jer orang nak selfie. Suka tengok sebab boleh ambil berkat diaorang tu semua baik-baik. Sudi dengar ceramah cina ni..
Tapi paling indah selfie dengan sayang abang. Sekarang selalu tengok gambar mak. Simpan sebab tak banyak. Tak sempat nak selfie dengan mak. Nanti nak selfie banyak-banyak dengan mak dalam syurga..
Sorry, sayang. Abang rindu sayang sangatlah. Tak tahu nak buat apa. Doa kat Allah. Ya Allah jika ada pahala air mata rindu buat bidadari tercinta ini. Jadikanlah asbab hidayah. KeranaMu kami berjauhan. Kerana belajar-belajar share ilmu.
Walau sekecil mana pun gaji suami atau isteri bekerja pun, jangan sesekali lokek untuk memberi pada isteri. Sementelah isteri bekerja atau bergaji lebih besar daripada suami. Ini tidak, bila isteri mempunyai gaji sendiri, suami mula buat-buat lupa memberi isteri nafkah.
Memang isteri tidak meminta tetapi sebagai suami, kena ada rasa tanggungjawab. Jangan berkira untuk memberi pada isteri dan jangan sesekali meletakkan perbelanjaan rumah atas bahu isteri.
Kadang-kadang suami mula ambil mudah pasal perbelanjaan rumah apabila isteri mempunyai duit poket sendiri. Malah, suami pula mengharapkan isteri yang mengambil alih tanggungjawab untuk perbelanjaan rumah.
Bukan sahaja perbelanjaan diuruskan oleh isteri, bahkan suami mula kedekut keluarkan duit sendiri semata-mata untuk diberikan pada keluarga. Jangan begitu, bimbang rezeki makin berkurang. Jangan berkira-kira nak beri pada isteri, mana tahu dengan niat ikhlas suami, makin berlipat ganda rezeki yang Allah bagi nanti. Percayalah.
Inilah yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop tentang suami yang tidak pernah lokek pada isteri. Sanggup ketepikan keinginan semata-mata mahu dahulukan pada isteri. Asbab tidak lokek pada isterilah, ada rezeki yang tak disangka-sangka datang pada suami.
Baru mula nak lepak sambil makan kacang tadi, tetiba bertalu-talu masuk whatsapps.
Kawan saya meluahkan rasa sebak dan terharu. Dia bagitahu suami dia dapat hadiah utama cabutan bertuah. Televisyen!
Baru saja berborak dengan kawan saya tadi tentang post saya baru-baru ni. Tentang pengorbanan. Pasal ikhlas dan pasal sabar. Tup-tup hari ini kena kat dia sendiri.
Sungguh lah kan.
Rezeki Allah.
Tak pernah salah.
Rezeki tu kalau dah kita punya, pusinglah kot ceruk mana pun. Pasti akan jadi milik kita juga akhirnya. Cuma tinggal lambat dengan cepat je.
Ikhlas menggembirakan orang walau terpaksa mengorbankan kehendak kita tu, sakit. Tapi, sungguh. Besar nilainya sisi Tuhan. Dan pasti. DIA akan beri ganti sebagai ganjaran.
Dan….
Sebagai pengajaran terakhir.
Kalau teringin nak apa-apa, tunggu!
Pergilah belikan isterimu gelang dulu.
Eh!
MW: Jangan berkira nak bagi sesuatu pada pasangan. Baik isteri atau suami. Insya Allah, kalau ikhlas lagi banyak yang Dia beri. Cuma kita kena sabar. Cepat atau lambat saja.