Adat menyewa rumah, nama pun rumah orang janganlah buat sesuka hati seolah-olah rumah itu milik kita sendiri.
Bayangkan kita di tempat tuan rumah, apa perasaan mak ayah jika diperlakukan sedemikian rupa. Lakukan renovasi sesuka hati atau lebih teruk abaikan rumah hingga berlaku kerosakan di sana, sini.
Kongsi Nurul Haslinda, ini beberapa adat atau adab menyewa rumah yang perlu penyewa titik beratkan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari.
Adat Menyewa Rumah :
1. Jangan membuat renovation suka-suka hati pada rumah yang disewa tanpa kebenaran tuan rumah.
2. Jika nak buat dan mendapat kebenaran tuan rumah maka buat yang tuan rumah tahu dan benarkan. Jangan lebih-lebih.
3. Kos jika kata nak tanggung dan urus sendiri, teruskan jangan bebankan tuan rumah kerana rumah yang tuan rumah sewakan itu sudah dipastikan elok dan selamat. Rasa nak duduk rumah ala-ala kayangan beli rumah sendiri dan buatlah suka hati.
Nama Pun Rumah Orang Janganlah Buat Sesuka Hati
4. Jangan pandai-pandai ubah sendiri. Bila ubah kos tinggi mula meminta-minta pada tuan rumah untuk tanggung. Padahal sendiri pandai-pandai konon nak selesa. Sedangkan rumah tu sudah selesa setakat kena cuci sikit saja. Adatlah masuk rumah sewa. 5. Jangan ingat orang yang ada rumah sewa ini kaya raya ya. Buat rumah sewa pun hendak tampung juga hutang-hutang yang ada.
6. Jangan berkira dengan tuan rumah setakat rosak sikit-sikit itu , cubalah baiki sendiri. Jangan sikit-sikit panggil tuan rumah hendak baiki semua walaupun kerosakan itu penyewa yang puncanya. Berkira hendak keluarkan duit tapi nak sewa murah. Tak bersyukur.
Ads
Cuba Selesaikan Masalah Sendiri
7. Lagi satu setakat ada masalah sikit-sikit itu, jika ada suami atau jiran, mintalah tolong mereka dan jangan susahkan tuan rumah ya. Pandai-pandailah selesaikan sendiri.
Mana tahu tuan rumah berada jauh mungkin di luar kawasan atau baru hendak makan dekat restoran yang mahal ke… Tak pasal-pasal kena tinggalkan sebab hendak selesaikan urusan penyewa yang menangis bagai nak rak.
Pengalaman sendiri, bila sampai di rumah sewa.. Tengok masalah tak besar mana pun padahal boleh saja selesaikan sendiri. Saja hendak mengacau.
8. Apa pun bila tuan rumah sudah baik dan bertolak ansur jangan pijak kepala dan ambil kesempatan. Orang sudah bagi sewa berbaloi patutnya bersyukur. Dan saling bertolak ansur. Jangan berkira dan kedekut.
9. Jaga rumah dan semua alatan rumah yang disediakan dengan baik. Kerana sebelum diberi sewa tuan rumah dah periksa siap-siap supaya tiada masalah lagi. Jadilah seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
10. Jangan melampau-lampau ubahsuai atau ‘claim’ pada tuan rumah. Bertimbangrasa sikit. Mana tahu memang tuan rumah tengah dalam kesusahan ke hendak pakai duit untuk perubatan dan sebagainya. Guna otak dan prihatin sikit.
Semoga menjadi penyewa yang bersyukur dan bertimbang rasa.
Mingguan Wanita : Paling penting jika menyewa rumah orang, janganlah jadikan rumah orang macam rumah sendiri. Bertolak ansur dan berbincanglah elok-elok dengan tuan rumah, jangan buat sesuka hati.
Kalau masak sambal, mak-mak suka guna cili kering dan ada juga yang suka guna cili boh yang siap dibeli di kedai. Masalahnya, kalau gunakan cili kering, ada bijinya yang tidak hancur sepenuhnya.
‘Bercinta’ nya bila nak buang cili kering. Kadang-kadang, untuk sediakan ia sahaja dah ambil masa berapa lama. Inilah yang berjam-jam duduk di dapur, tambah masa untuk memasak lagi.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau kalau nak asingkan cilik kering. Ada cara yang mudah dan jimat masa. Perkongsian daripada Umi Watie ini sesuai untuk mak-mak yang suka guna cili kering untuk masak sambal dan masa sama asingkan bijinya sekali.
Hari ini kakchik nak share cara paling senang nak buang biji cili. Selalu kena potong atau gunting halus-halus lepas itu asingkan apa semua kan?
Cara ni paling mudah, pakai alatan pun murah saja. Bagus untuk melatih anak dara belajar masak. Ini pun salah satu subjek penting musim pkp.
Cili kering itu kakchik tak cuci pun. Tak potong kecil, hanya masukkan dalam bekas chopper tu saja. Chopper pun pakai manual saja. Sambil bersenam gitu.
Sekali buat dalam 20 biji cili kering. Cukuplah untuk sekali masak bagi rencah mee goreng.
Nak lebih sila buat sampai cukup ya.
1. Cili dah siap asingkan biji cilinya.
2. Lebuh semua masuk dalam manual chopper.
3. Lepas tarik zipzap zipzap. Biji cili nampak dah terasing.
4. Bubuh dalam tapis. Senang saja kan?
5. Biji cili yang tertinggal. Ini kalau geng kebun mesti geram je nak semai kan. Guma bijinya.
6. Dah siap. Jom masak.
Selamat mencuba.
#DapurMakRerama
MW: Mak-mak yang ada chopper kat dapur, boleh cuba buat. Guna yang murah pun dah cukup membantu. Jimat masa kat dapur.
Rupanya ada cara betul untuk jaga periuk dan kuali jenis material keluli tahan karat atau lebih dikenali ‘stainless steel’ ni. Barulah permukaannya tetap berkilat, tahan lama dan tak mudah rosak. Bukan main sebarang cuci je.
Boleh ikut tip untuk jaga periuk, kuali jenis Stainless Steel yang dikongsikan oleh Puan Angeline Tyy ini.
Kalau tahu cara yang betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Saya menggunakan ceramic cooker. Periuk stainless steel tetap akan berubah warna kalau menggunakan suhu yang tinggi sebab periuk overheated walaupun tiada api dan asap.
Jangan Guna Cecair Kimia / Berasid
Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel, nescaya rosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
Rendam Dengan Air Selepas Memasak
Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yang melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
Guna Scotch Brite 3M Green Pad & Pes Detergen
Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yg basah dengan Axion/ Swif detergent paste. Lihat gambar ke-3. Tidak payah membuang masa untuk menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah untuk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada periuk jenis stainless steel ni kalau nak cuci dan pastikan ia bersih serta tetap berkilat ikut tip yang dikongsikan ini.
Fasha Sandha belum bersedia hamil lagi, begitulah yang diungkapkan oleh pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan apabila ditebak persoalan untuk menambah cahaya mata.
Akui ibu kepada Putra Rayfal, Putri Rasyha Jemyma dan Aisha Amaira ini suami tercinta, Aidil Aziz memintanya untuk hamil lagi tahun ini.
Fasha Sandha Belum Bersedia Hamil Lagi
Jiwa Fasha yang begitu sayangkan kanak-kanak sejak zaman anak dara lagi akui begitu selesa apabila dikelilingi anak-anak kecil.
“Saya memang sukakan kanak kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran bawa jalan ke sana ke sini.
“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.
“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” ungkap Fasha yang juga duta Vitamin C Gebu Glow.
Mujur Suami Memahami
Fasha juga menyatakan jika hamil lagi dia tetap terima dengan rezeki Allah.
“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun.
“Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” sambungnya.
Suka Bermula Awal Pagi
Terkenal dengan sikapnya yang terus kekal menjaga disiplin dan komitmen kerja rutin hariannya sebagai ibu, isteri dan anak bermula sesudah waktu Subuh.
“Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya yang mengakui ‘mengunci’ jam pada tiga telefon bimbit supaya tidak terbabas untuk bangun pagi.
Mingguan Wanita: Kagum dengan displin Fasha. Memang dari awal pembabitan dalam bidang seni pelakon ini tidak pernah lewat ke set penggambaran dan juga sesi fotografi.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...