Kadang-kadang, bila kita perhatikan anak-anak, cara, sifat anak dan perangainya lebih kurang sama masa kita kecil-kecil. Mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi. Nak tak nak sedikit sebanyak mesti ada yang mewarisi kita.

Begitu juga ada sesetengah sifat anak ini yang kita sendiri tidak jangka. Setiap kata dan tingkah lakunya buat kita sebagai mak ayah hilang sabar, kadang tak terduga dan ada kalanya benar.

Sebab itu, kita sebagai mak ayah jangan hanya ingin mengajar anak tapi ada masanya kita kena pelajari sifat anak ini yang boleh memberi pengajaran dan didikan pada diri kita.

Ada 5 sifat yang boleh mak ayah pelajari pada anak-anak tanpa kita sedar mampu mendidik dan mengajar kita. Pada masa sama, itulah cara untuk kita tarbiyah diri kita jadi lebih baik.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Buat ‘Perangai’ Di Rumah Sebab Inilah Tempat Dia Selesa Jadi Diri Sendiri

Anak Lelaki Kena Biasakan Buat KERJA RUMAH Sebab Perempuan BUKAN Ditakdirkan ‘Hamba’ Lelaki

Info Lebih Menarik DI SINI

Sifat Anak Yang Boleh Mak Ayah Pelajari

Ini merupakan kata-kata Imam Sayuthi yang di naqalkan oleh Syeikh Hasan Ad-Dudu dan di naqalkan pula oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

Tentang sifat kanak-kanak (lazimnya berumur 10 tahun ke bawah), yang jikalau diamalkan dan ada sifat ini pada orang dewasa, ibu bapa,

Serta aplikasikan sifat ini dalam hubungan kita dengan Allah, boleh menjadikan kita sebagai Wali (yakni orang yang rapat dengan Allah, penolong agama Allah)

1. ANAK-ANAK TIDAK BIMBANG/ AMBIL BERAT DENGAN REZEKI.

*Ada makanan, makan. Kalau tiada makanan tidak mengeluh, yakin bahawa ibu ayah akan sediakan makanan dan tidak akan meninggalkan mereka kelaparan.

Bertepatan dengan hakikat rezeki setiap penciptaan makhluk Allah atas muka bumi melalui ayat Allah dalam surah Hud,

IKLAN

۞وَمَا مِن دَآبَّةٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَاۚ كُلّٞ فِي كِتَٰبٖ مُّبِينٖ

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
2. TIDAK SYAK, MENCARI-CARI ATAU RAGU-RAGU TENTANG SIAPA YANG MEMBUATNYA SAKIT

* Sebaliknya kanak-kanak cepat mengadu pada ibu ayah tentang sakitnya, yakin bahawa ibu ayah boleh mendamaikan hatinya dan mengubat serta menghilangkan sakit tersebut.

Kalau kita tengok kisah Nabi Allah, Ayub Alaihissalam, bagaimanakah cara baginda menghadapi sakit, termaktub dalam Al-Quran surah Al-Anbiya’,

۞وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥٓ أَنِّي مَسَّنِيَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.

3. MAKAN SECARA BERJEMAAH.

* Kalau perasan kan, kanak-kanak ni, kalau ada je dapat satu makanan, terus di seru geng dan jemaahnya.

Inilah sifat yang diterapkan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W, tidak makan tanpa memikirkan sahabat-sahabat yang lain. Kenyang sama-sama, lapar sama-sama. Rezeki yang diperoleh dinikmati bersama, sama dengan konsep zakat, kan?

Kata Rasulullah S.A.W,
عون الله في العبد ما كان العبد في عون أخيه

IKLAN

Maksudnya: “Pertolongan Allah terhadap seorang hamba berdasarkan pada hamba yang menolong saudaranya.”

Dan dalam adab makan menurut islam juga, sewaktu makan berjemaah itulah peluang untuk mengeratkan silaturahim.

4. APABILA KETAKUTAN , BIMBANG ATAU GUSAR CEPAT MENGALIR AIR MATA.

* Kanak-kanak ni, bila takut atau bimbang, cepat menangis dan automatik akan mengadu kepada ibu ayah akan perkara yang mendatangkan ketakutan tersebut.

Sifat yang wajib ada, atau kenderaan yang wajib ada pada seorang muslim dalam berjalan menuju Allah, ialah khauf dan raja’. Iaitulah takut dan harap.

Mari kita menyelusuri kisah Nabi Allah Yaakub Alaihissalam dalam mengadu kesusahan dan kebimbangannya kepada Allah, dalam Surah Yusuf,

قَالَ إِنَّمَآ أَشۡكُواْ بَثِّي وَحُزۡنِيٓ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
(Nabi Yaakub) menjawab: “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.

5. APABILA MEREKA BERGADUH, CEPAT-CEPAT BERDAMAI.

* 5 minit tadi diorang bergaduh bukan main, tiba-tiba 5 minit kemudian, jadi kawan baik balik. Tidak menyimpan dendam dan permusuhan di dalam hati serta tidak membiarkannya lama-lama.

IKLAN

Iktibar yang boleh kita ambil daripada sirah Rasulullah apabila ada sahabat yang menangguhkan pergerakan ke medan perang Tabuk sehingga di tegur Allah. Antara sahabat yang terlibat ialah Kaab bin Malik, Hilal bin Umaiyah dan Murorah bin Rabi’.

Sahabat tersebut di pulaukan atas dasar Rasulullah ingin memberi pengajaran, dan akhirnya memberi bekas yang mendalam kepada sahabat-sahabat yang lain.
.
Cara Allah nak mentarbiyah dan mendidik kita dalam kehidupan ini terlalu banyak, ada yang Allah datangkan melalui ujian, pengalaman dan tanggungjawab.

Dan dalam melaksanakan tanggungjawab, sebagai ibu ayah terutamanya di sana juga Allah memberi cara tarbiyah dan ilmu yang lain pula.

Bukan sahaja untuk didikan anak-anak bahkan didikan dan ilmu untuk ibu ayah khususnya, dan orang dewasa secara amnya.

Kerana,tidaklah ilmu ini hanya boleh dipakai oleh mereka yang bergelar ibu ayah semata-mata, bahkan untuk semua kita yang bergelar muslim, mukmin dan muslih.

Minggua Wanita : Moga ia memberi manfaat dan panduan buat mak ayah.

Sumber: Che Engku Khairunnisa

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI