6 tips memilih seluar dalam wanita
Kredit foto : directexpose.com

Memilih seluar dalam wanita yang tepat itu penting. Sedar tidak sedar sebenarnya ramai wanita yang melakukan kesalahan ketika memilih seluar dalam. Mereka lebih tertarik dengan rekaan, warna dan perincian pakaian dalam berbanding fungsi serta kualiti.

Kesilapan ini membuatkan bahagian punggung dan ‘aset’ berharga tidak dipelihara dan dilindungi dengan baik. Kami kongsikan tip untuk memilih seluar dalam wanita yang tepat.

1. Seluar Dalam Menutupi Bahagian Punggung

Agar tubuh kelihatan kemas dan ‘terletak’, pilih seluar dalam yang mempunyai rekaan selesa dan dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Untuk mengetahui seluar dalam itu sesuai atau tidak untuk seseorang wanita, sarungkan ia dan tarik ke posisi yang selesa. Pastikan bahagian belakang seluar dalam memenuhi keseluruhan punggung. Jangan biarkan pita di bahagian pinggang dan perut berlipat.

IKLAN
6 Tips Memilih Seluar Dalam Wanita, Cari Yang Tepat Kalau Tak Nak Punggung Melebar!
Kredit foto :pinterest.com

2. Saiz Seluar Dalam Yang Betul

Wanita pilihlah saiz seluar dalam yang tepat bersesuaian dengan bentuk tubuh anda serta keperluan. Jika bahagian pinggang seluar dalam wanita bergulung, itu tandanya anda salah memilih saiz. Pinggang seluar dalam mestilah selesa dan tidak berlipat. Selain saiz yang tepat, anda juga mesti bijak membuat pilihan rekaan yang tepat untuk keperluan tubuh anda sebagai seorang wanita.

3. Material

Untuk mendapatkan keselesaan, anda perlu memilih material seluar dalam yang tepat. Terdapat beberapa kategori fabrik, antaranya kain kapas, lycra spandex dan nilon spandex. Setiap material ini mempunyai kelebihan tersendiri. Fabrik kain kapas menyerap peluh dan memberi keselesaan. Manakala jenis spandex pula memberi kebebasan dan regangan yang membantu kemasan tubuh.

IKLAN

4. Ganti Pakaian Dalam Ikut Keperluan

Seperti baju, seluar dalam juga perlu diganti mengikut keperluan. Jika seluar dalam sudah lusuh, jangan kedekut untuk membeli baru.Pastikan seluar dapat dalam keadaan baik dan dapat melindungi bahagian intim anda dengan sempurna. Jika anda wanita hamil, beli seluar dalam khas agar lebih selesa.

5. Penjagaan Seluar Dalam

Sebaik-baiknya seluar dalam perlu dicuci menggunakan pencuci khas untuk pakaian dalam. Untuk menjaga bentuk, rekaan dan ketahanan seluar dalam, anda disaran mencuci produk dengan cucian tangan. Penggunaan mesin basuh menyebabkan rekaan dan bentuk seluar dalam wanita rosak. Keringkan di tempat redup dan berangin. Panas terik akan membuatkan seluar dalam wanita cepat lusuh dan hilang elastik.

IKLAN

6. Rekaan Tepat

Jika anda mahu tampak seksi, pilih rekaan yang mempunyai perincian seperti renda. Bagi anda yang inginkan pelindungan sempurna dan mempunyai gaya hidup aktif, pilih seluar dalam wanita yang dapat menampung bahagian punggung dengan baik. Golongan yang gemar memakai seluar tetapi tidak mahu garis seluar dalam kelihatan, pilih rekaan berbentuk maxi atau seperti seluar pendek.

Penulis : Intan Rohaizat Zakariya

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI