redha allah

Pelbagai cara boleh dicari demi mencapai keredhaan Allah. Ramai yang beranggapan bahawa untuk mendapat keredhaan Allah perlukan pengorbanan yang besar dan pada perkara-perkara yang jauh daripada kita.Hakikatnya, redha Allah juga boleh dicari disekeliling kita, berhampiran kita hatta tanpa perlu ke luar rumah pun.

Semoga perkongsian menarik yang dikongsikan oleh Puan Nur Aisya ini boleh membuka mata kita agar tidak terlepas pandang dengan perkara ini.

Berikut antara perkongsian beliau;

Dulu saya sering terpikir, kalau aku boleh pergi masjid atau surau selalu kan bagus. Boleh solat jemaah, dengar kuliah, mendalami agama dan berbagai lagi untuk mendapatkan redha tuhan.

Kita sering berfikir, jika nak buat baik dan nak jadi baik dan nak di makbulkan semua permintaan kita, kita perlu lakukan itu semua.

Maksudnya di luar rumah kita.

Ada yang sanggup pergi ke rumah guru mereka beratus-ratus km semata-mata untuk berzikir, mengaji & sebagainya.

Dalam masa yang sama, mereka tinggalkan ibu mereka yang sudah tua tanpa makanan dan perhatian.

Ada yang sanggup membela anak orang lain, tapi anak-anak sendiri di biarkan tanpa perhatian dan kasih sayang.

Sanggup berhabis harta benda membela anak orang lain, sedangkan anak sendiri menderita dengan perangai ibu bapa mereka.

IKLAN

 Nak dapat redha tuhan, kita kena bersusah payah begitu. Baru ada value.Ya.. Itulah yang saya fikirkan dahulu.

Tapi rupanya tidak!

Dapatkan Redha Tuhan Melalui Sekeliling Kita

Kita boleh je dapatkan keredhaan tuhan itu dengan menyantuni pasangan kita, anak-anak, ibu bapa, pekerja, kawan-kawan, jiran & siapa saja di sekeliling kita.

Jaga makan, minum dan keperluan pasangan kita dengan menjaga hatinya itu lebih baik.

Kita juga boleh mendapatkan redha tuhan dengan kerja kita.Kerja bersungguh-sungguh. Dapatkan keberkatan dengan keikhlasan dalam bekerja dan sebagainya.

Atau, melayan pasangan dan anak-anak kita dengan baik sehingga mereka menjadi anak dan pasangan yang soleh dan solehah.

IKLAN

Ramai Terlepas Pandang

Ramai yang terlepas pandang bab ini, termasuklah saya.

Kita sibuk nak buat nak jauh, yang susah dalam amalan kita demi redha tuhan sedangkan yang dekat yang mudah pun kita sering lupakan.

Ramai juga yang terlepas pandang menjaga hubungan silaturrahim, di mana silaturrahim itu jauh lebih penting dari pergi ke surau, masjid tapi kerja menyakitkan hati orang lain.

Tidak ada makna jika begitu amalannya.

Ramai yang rajin solat,berzikir, pergi dengar kuliah di masjid contohnya tapi tak jaga amanahnya dalam pekerjaannya.

Takda makna jika begitu.

IKLAN

Ramai yang pergi umrah & haji berpuluh-puluh kali, tapi mulutnya sentiasa mencaci dan memandang rendah pada orang lain..

Hidup ini bukan bergantung pada amalan, tapi bergantunglah pada Allah kerana di kuwatiri kita kecewa bila beramalah tapi tiada hasil.

Amalan itu penting,tapi akhlak, hati yang baik dan jujur itu jauh lebih penting untuk mendapat redha tuhan.

Sekadar renungan di pagi hari.

Moga bermanfaat dan sekadar renungan untuk diri sendiri yang dhaif ini.

Assalamualaikum!

Sumber: Nur Aisya

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI