10 tahun usia perkahwinan bukan satu tempoh yang sekejap.Namun ketentuan jodoh tak siapa dapat menentukannya. Spekulasi rumah tangga Yasmin Hani dan Shahrin Razali yang dikatakan bermasalah akhirnya terjawab apabila pengacara dan pelakon itu mengesahkan mereka sudah berpisah melalui entri di Instagram (IG), petang tadi.
Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu enggan berkongsi butiran lanjut perceraian dan punca hubungan sebagai suami isteri berakhir.
Kekal Sepakat Besarkan Anak-Anak
Terdahulu, melalui coretan di IG, pelakon drama Hotel itu memberitahu dia dan Shahrin dapat melaksanakan apa yang dipersetujui secara sepakat.
“Kami bersetuju memulakan perjalanan baharu secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi,” katanya.
Mohon Pengertian
Yasmin juga berharap pengertian semua pihak agar dapat memberi ruang dan menghormati keputusan dibuat.
“Semua ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami. Saya juga mahu ucapkan terima kasih buat semua yang menitipkan kata positif dan doa.
“Walaupun memilih untuk berpisah, kami akan terus menjadi keluarga penyayang. Malah, perpisahan ini buat kami jadi lebih rapat.
“Kami masih rapat kami kami tetap ibu dan bapa kepada Noah dan Eissa. Moga ruang privasi ini terus dihormati.
“Sama-sama kita menyebarkan aura positif. Alhamdulillah, kami okay dan pandang ke hadapan,” katanya lagi.
Ads
Yasmin dan bekas pemain dram Blackrose itu berkahwin pada 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.
Mingguan Wanita: Perceraian bukan pengakhiran bagi mak ayah. Sama-sama kita doakan semoga pasangan ini, memulakan perjalanan baharu mereka dengan aman harmoni dan sepakat dalam urusan membesarkan anak-anak.
Dek kerana Pendamik Covid-19 macam-macam perkara yang berlaku di serata dunia termasuklah di Malaysia sendiri.
Malah baru-baru ini seorang rakan Facebook yang dikenali sebagai Puan Zaiton Abd Rahman menerusi akaunnya Zaiton Abd Rahmantelah berkongsi kisah sedih tentang anaknya lelakinya Syazrin Zulfakar yang sanggup berjalan kaki menyeberangi Tambak Johor.
Malah dia juga menyatakan air matanya mengalir apabila melihat video rakaman yang dikongsi anaknya ketika merentasi Tambak Johor dari Woodlands menuju ke Johor Bahru.
Seperti yang dikongsi di status Facebooknya Zaiton Abd Rahman meluahkan;
“Menitik air mata hakak bila tengok video anak hakak gigih berjalan kaki sorang-sorang menyeberang Tambak Johor yang lengang dari Woodlands menuju ke Johor Bahru sejauh hampir 1.5 Km.
“Belas sungguh rasa hati hakak mengenang nasib dia. Kena deferred, kena tahan kat office kastam Singapore sebab berani mati sangat buat perangai macam tu. Nasib baik mereka lepaskan setelah dia buat rayuan.
Dihantar Ke Pusat Kuaranti Selama 14 Hari
“Masuk sempadan Malaysia kena tahan lagi untuk dihantar ke pusat kuarantin selama 14 hari. Masih tak boleh balik jumpa anak dan isteri. Lebih dua bulan mereka terpisah.
“Ya, Allah, tolong jagakan anakku ini. Selamatkanlah dia dari segala mara bahaya, pertemukanlah dia dengan anak dan isterinya serta mama dan ayah serta ahli keluarganya yang lain.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri Johor yang menyediakan tempat kuarantin yang selesa. Terima kasih PM dan seluruh Frontliner warga kerja KKM, PDRM dan ATM atas segala perancangan dan bantuan yang diberi demi kebaikan rakyat Malaysia.
“Mama Doakan Yang Baik-Baik Saja”
“Semoga wabak CV19 dapat dibenteras dan berlalu pergi sempena Ramadan yang bakal menjelma. Mama doakan yang baik-baik saja untuk anakku Syazrin Zulfakar.
Kami di MW juga mendoakan anak kepada Puan Zaiton berada dalam keadaan yang baik dan bakal bertemu dengan anak, isterinya dan ahli keluarga tercinta selepas tempoh kuarantin dan PKP.
Setiap mak tentunya inginkan yang terbaik untuk anakya. Begitu juga bila anak sudah berkawhin dan mempunyai pasangan. Sudah tentulah, sebagai mentua, dia ingin menantu sempurna dan dapat membahagiakan anaknya.
Mampukah keinginan mentua untuk dapat menantu sempurna itu tercapai. Rasanya, belum tentu dapat tapi sebolehnya menantu akan cuba jadikan yang terbaik. Cuma tak tahulah macm mana pula pandangan mentua pada dirinya.
Kita bukanlah sempurna. Baik mentua atau menantu, kita bukanlah yang terbaik dan mentua jangan terlalu berharap untuk dapat menantu sempurna, sebab sampai kiamat kita tak akan jumpa.
Perkongsian yang boleh dianggap agak ‘panas’ dan makan bila pendakwah memberi jawapan ‘pedas’ kepada salah seorang perempuan apabila ditanya tentang mentua yang merasakan menantu tidak sesuai dengan anaknya.
Dalam satu perkongsian di tiktor, tular tentang wanita Indonesia yang mengajukan soalan tentang menantu yang tidak sempurna. Namun, jawapan yang diberikan oleh pendakwah terkenal negara itu, Mamah Dedah cukup pedas.
“Saya baru sahaja mengizinkan anak berkahwin dan menerima menantu baru. Namun selepas mereka berkahwin, ternyata menantu saya itu tidak seperti yang saya harapkan. Dia tidak memenuhi ciri-ciri yang saya bayangkan sebelum ini dan saya rasa dia tidak sesuai untuk anak saya.”
Kemudian, soalan tersebut dijawab tenang oleh Mamah Dedeh dengan jawapan yang cukup memberi kesan kepada mereka yang mendengar.
“Kita harus memahami peribahasa ‘rambut sama hitam, hati lain-lain’. Jika anda mengharapkan bertemu calon menantu sesempurna seperti dalam bayangan anda, sehingga kiamat tidak akan berjumpa orang seperti itu.
“Ada pepatah yang mengatakan ‘Insaan Mahalul Khatha wan Nisyaan’ yang bermaksud ‘manusia itu tempatnya adalah salah dan lupa’. Jangan terlalu cepat menghukum si menantu, ada baiknya kita muhasabah diri dahulu.
Adakah kita sudah cukup sempurna untuk mengharapkan yang sama?
Mingguan Wanita : Terimalah kelebihan dan kekurangannya. Sebab menantu di didik oleh mak ayahnya.
Pelakon Mawar Rashid berkongsi berita gembira. Mengumumkan yang dirinya hamil anak kedua. Kehamilan kali ini, Mawar alami alahan teruk sehingga menghalangnya melakukan kerja harian malah challenge permintaan peminatnya.
Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25 juga akui kali ini dia alami loya yang teruk. Berbanding waktu mengandungkan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael.
Kongsi Mawar
“Alhamdulillah.. Syukur.. doakan 2nd baby Mawar membesar dengan sempurna dan selamat.
Doakan Mawar jugak tau.. kali ni alahan teruk sikit.. tu yang slow sikit online.. ramai request buat barbie challenge, tapi tak larat.. sorry gais.. banyak lagi nak buat challenge-challenge lain dan kerja lain-lain.. tapi semua tergendala.. doakan mekwa alahan cepat clear tauuu.. loya teruk kali ni.”
Kata Raf, Mengandung Kali Ini Mawar Alahan Teruk
Malah suami Mawar, Raf mengakui keadaan alahan Mawar kali ini alami mual yang sangat teruk.
Dia dan Mawar baru saja tahu berita kehamilan itu. Sebelum ini, Mawar ada mencuba alat uji kehamilan. Tapi keputusannya negatif. Bagaimana pun, selepas berjumpa doktor, barulah disahkan hamil.
Dalam keadaan morning sickness yang menguji itu, Raf bersedia mengambil alih tugas menjaga anak kecilnya, Rafael. “Rafael memang Mawar yang selalu jaga. Tapi nanti kalau dia tak larat sangat, barulah saya akan ambil alih tugas tersebut.”
Berita gembira itu dikongsikannya menerusi sekeping foto bersama suami, anak serta dua anak tirinya.
Pelakon Pok Ya Cong Codei, Siti Di Hati ini mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.
Dia juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...