Selebriti

Zila Bakarin Pesan, “Kalau Dapat Lelaki Tak Begitu Baik, Tak Perlu Tunggu!”

Share

Satu pesanan yang berguna daripada pelakon, Zila Bakarin buat golongan wanita yang terjebak dalam perkahwinan toksik. Belajar melepaskan dan jangan terus tunggu ‘suasana’ berubah.

Terutama apabila dapat ketua keluarga yang gagal mainkan peranan dalam menghidupkan kasih saying dalam perkahwinan.

Zila Bakarin Pesan

 

Ujar Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin, 51, wanita tidak perlu berfikir panjang sekiranya sudah jelas pasangan tidak mampu menjadi pelindung dan penyokong dalam rumah tangga.

“Zaman sekarang tak perlu fikir panjang. Kalau rasa lelaki tak berapa baik nak jadi suami, awak tak perlu tunggu.

“Makin lama awak tunggu, makin bertambah anak. Orang perempuan kalau mengamuk pasal lelaki, nanti lelaki pujuk, keluar seorang lagi anak,” tulisnya dalam Threads.

“Kalau Dapat Lelaki Tak Begitu Baik, Tak Perlu Tunggu!”

Kenyataan tersebut dibuat sebagai respons kepada luahan seorang wanita yang mengaku tertekan sehingga melepaskan kemarahan terhadap anak kecil akibat sikap suami yang didakwa lepas tangan.

Tambah pelakon drama Panggil Aku Dahlia itu, tindakan menahan diri dalam hubungan tidak sihat hanya akan memberi kesan buruk kepada anak-anak, selain menambah beban emosi wanita itu sendiri.

“Sudah, awak tak perlu tanya patut atau tidak bercerai, cerai sahaja. Fokus dekat anak.

“Awak pula, takkan tiada adik-beradik? Daripada mengadu dekat Threads, pergi beli makanan.

“Awak tak perlu lepaskan kemarahan dekat anak-anak, kau kaki kan saja lelaki kau,” tegasnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai bersetuju dengan pendirian Zila yang menyifatkan kesejahteraan diri serta anak-anak perlu menjadi keutamaan berbanding mempertahankan hubungan toksik.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai seorang wanita yang meluahkan tekanan hidup berumah tangga sehingga mengaku sering melepaskan kemarahan terhadap anaknya berusia dua tahun, susulan sikap suami yang didakwa tidak bertanggungjawab.

Sumber: Zila Bakarin

Published by
Nadia Mohamad