Ada pasangan suami isteri yang berbelas malah puluhan tahun menanti kehadiran cahaya mata. Namun, rezeki anak itu Allah masih belum kurniakan. Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini banyak tangani kes-kes ikhtiar hamil suami isteri yang mahukan cahaya mata.
Macam-macam juga cerita yang ditemui sepanjang merawat pasangan yang dalam ikhtiar untuk hamil. Mendepati ujian Ilahi untuk memperoleh cahaya mata inilah, pasangan suami isteri tak boleh berhenti dari ikhtiar. Jangan mengalah, teruslah berusaha dan berdoa.
Ini petua yang dikongsikan Ustaz Mujahidin untuk mereka yang hendak ikhtiar hamil. Ada dua cara yang boleh diikut.
Ikhtiar Hamil Cara Pertama
Amalkan zikir ini sebelum suami isteri hendak bersama.
Suami
√ Perbanyakkan zikir Ya Mutakabbir. Baca sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Isteri
√ Perbanyakkan zikir Ya Matiin sebanyak 70 kali, lebih lagi bagus.
Ads
√ Selepas zikir mohon doa pada Allah agar dipermudahkan apa yang dihajati. Sebaiknya baca dan jadikan amalan zikir selepas solat.
Cara Kedua Untuk Mengandung
√ Sebelum tidur ambil segelas air suam letakkan secubit garam halus ke dalam air tersebut.
√ Baca Surah Al Fatihah – 7x
√ Al ikhlas – 7x
Ads
√ Dan Sambung doa Nabi Zakaria ini :
“Rabbi la Tadzarni Fardaw Wa anta Khairul waritsin”
Maksudnya
“Ya Tuhanku, Janganlah Engkau biar aku hidup seorang diri (tanpa keturunan) dan Engkaulah ahli waris yang terbaik.”
(Qs .Al-Anbiya (21):89)
Ads
√ Amalkan minum air suam yang suami isteri buat ini sebelum tidur dan selepas tidur.
InshaaAllah jika izin Allah sekiranya lambat dapat zuriat Allah akan permudahkan. Semua atas izin Allah. Kita ikhtiar, yang memberi semua dari Allah.
Dahulu, cakap lembut dan santun, sekarang segala jenis perkataan terpacul keluar. Terus hilang hormat pada suami. Sang suami pula, tidak mampu berbuat apa-apa. Nasihat dan teguran, langsung tidak diendahkan. Untungnya dapat suami yang penyabar. Tetapi tahap kesabaran ada juga batasan. Silap hari bulan boleh runtuh rumah tangga akibat isteri yang panas baran.
Kali Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada kupasan tentang isteri yang panas baran nie.
Fitrah Wanita
Secara fitrahnya, wanita lebih penyabar dan lambat menjadi panas baran. Tetapi, fitrah adal ini boleh berubah sekiranya kita membiasakan sesuatu secara konsisten dan lama-kelamaan menjadi tabiat.
Pada asasnya, isteri bukanlah fitrah sifatnya pemarah atau panas baran. Isteri atau ibu lebih cenderung kepada memendam perasaan, memujuk diri dan bersabar. Malah, barangkali suka meluahkan dalam bentuk leteran dan ucapan-ucapan merajuk untuk menarik perhatian.
Sebenarnya, isteri memberontak dan berleter bukanlah bermaksud marah atau panas baran tetapi lebih kepada tunjuk perasaan. Kebiasaannya begitulah…
Walau bagaimanapun, fitrah ini seharusnya dikawal dengan kebijaksanaan ilmu dan kesedaran iman kepada Allah yang menciptakan pasangan untuk saling melengkapi dan membahagiakan.
Tidak Tunjuk Kasih Sayang
Boleh jadi, sifat panas baran isteri terjadi kerana salah satunya hilang rasa disayangi sehingga menjadikan hati isteri memberontak dan menunjukkan rasa marah kepada suami.
Walaupun begitu, bukan bermakna hilang kasih sayang suami tetapi kadang kala suami tidak menunjukkan kasih sayang seperti mana yang diharapkan oleh isteri menyebabkan salah faham dan akhirnya tunjuk perasaan dan marah-marah.
Kebanyakan suami tetap sayang malah akan lebih bertambah sayang tetapi ia tidak ditunjukkan. Cuma, masing-masing perlu memahami karakter fitrah pasangan agar tidak mudah salah faham sikap pasangan.
Bukan Tidak Hormat
Jika diperhatikan, ada kaitan apabila isteri marah dengan rasa hormat mereka kepada isteri. Keadaan ini, sama ada disebabkan terikut-ikut rasa benci, menyampah atau memandang rendah kepada suami. Mungkin juga disebabkan rasa tidak dihargai oleh suami. Kadang-kadang, semua ini menunjukkan sifat tiada rasa hormat dan kepercayaan terhadap keputusan atau tindakan suami.
Sifat hormat dan percaya kepada suami akan menguburkan rasa marah dan menyuburkan sifat sabar. Pada masa yang sama, tidak dinafikan boleh menjadi pemula dengan sifat kejam, kasar dan tidak bertanggungjawab suamiyang melampau menyebabkan isteri hilang rasa hormat dan mudah berubah menjadi pemarah dan sebagainya.
Isteri Panas Baran. Suami Patut:
Seorang suami yang penyayang, pastinya tidak akan menjadi punca untuk isteri panas baran.
Korbankan ego suami sedikit untuk elakkan ketegangan yang semakin serius.
Cubalah gunakan masa untuk menegur antara satu sama lain.
Elakkan melakukan sesuatu yang suami sudah tahu ada perkara yang boleh menyakitkan hati atau memperlekehkan pasangan dan mengelakkan timbul rasa marah serta hilang hormat.
Lakukan perkara yang disukai pasangan.
Tiada isteri mahupun suami yang akan marah bila waktu terasa dihargai dan rasa bahagia.
Ego Isteri
Sama ada isteri atau suami, kedua-duanya mempunyai ada ego sendiri, tetapi berbeza. Namun secara psikologinya, fitrah asal isteri bukanlah bersifat panas baran. Jika isteri dirai dan dibimbing dengan cara fitrahnya, isteri tidak akan bersifat panas baran dan mudah menghormati suaminya.
Masing-masing perlu merendahkan ego dan hormati ego pasangan masing-masing. Kesannya,pasangan kita akan mudah mengalah dan menghormati ego kita.
Elakkan berkeras dan bertekak untuk menegakkan pendirian masing-masing ketika bergaduh atau apabila mengetahui perkara itu boleh berpotensi menyala api kemarahan pasangan.
Teruslah jadi wanita yang hormat dan bercakap lembut kepada suami kerana itu adalah membahagiakan suami dan menjadi tuntutan dlm agama.
Peranan Suami
Suburkan rasa sayang, kasihan belas, lemah lembut kepada isteri walaupun kadang kala ada tindakan isteri di luar logik pemikiran kita. Isteri biasanya lebih cenderung kepada pemikiran emosional.
Rajuk isteri perlu dipujuk. Elakkan dari membiarkan rajuk isteri berterusan dan bersambung-sambung banyak kali kerana ia akan menyebabkan rasa terpendam, terkumpul dan boleh berakhir dengan rasa marah yang melampau.
Sentiasa tunjukkan kasih sayang dan elakkan buat keputusan ketika isteri tidak bersetuju apalagi ketika isteri menunjukkan rasa marah.
Peranan Isteri
Suburkan rasa hormat dan percaya kepada keputusan atau tindakan suami. Biasanya suami berfikir lebih rasional.
Disiplinkan diri sentiasa lembut dan hormat kepada suami kerana dengan sikap begini akan mencairkan suami.
Kuatkan diri untuk mengikuti cara Siti Fatimah r.a yang tidak pernah melawan apa lagi marah-marah pada Sayidina Ali r.a. Inilah sifat model wanita yang mengetuai wanita syurga.
Eratkan Kasih Sayang Suami Isteri
Hubungan suami isteri perlukan asas percaya-mempercayai akan mengelakkan hilang rasa hormat ataupun rasa marah.
Elakkan kita berterusan menyakitkan hati pasangan kerana lama-kelamaan membiasakan pasangan kita menyimpan rasa sedih yang lama dan akhirnya menjadikannya keras hati terhadap kita.
Antara panduan yang baik, jangan abaikan permintaan atau komen pasangan kita yang berulangkali disebut. Ini kerana pasangan kita menunjukkan itu penting baginya, walaupun kadang kala kita kurang memahami kepentingan mengikut fikiran kita.
Jadilah suami yang ambil berat, lembut, romantik dan isteri biasanya tidak akan ada sebab untuk jadi panas baran.
Perbanyakkan solat dan baca al-Quran bersama dalam rumah agar rahmat Allah sentiasa terisi dan hati penghuninya sentiasa lembut dan berkasih sayang. Rumah yang kosong dengan hubungan kepada Allah akan jauh daripada limpahan kasih sayang Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap kesalahan pasti mendapat hukuman yang setimpal. Patuhilah setiap peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Bawa kereta dengan berhati-hati, demi keselamatan diri dan orang lain di jalan raya.
Terkini, pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.
Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan itu.
Mengaku Bersalah Atas Pertuduhan
Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin untuk membayar denda berjumlah RM3,300 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan serta insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.
Nur Fatin kini turut sedang menjalani prosiding atas pertuduhan kelima iaitu kesalahan memasukkan dadah di dalam badan.
Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23 tahun.
Anggota Tentera Maut
Dalam kejadian Sabtu lalu, Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, disahkan maut di lokasi kejadian selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi.
Pemandu Myvi wanita berusia 23 tahun itu ditahan dan dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan sudah tamat tempoh dan saringan awal air kencing mendapati pemandu berkenaan positif dadah.
Kemalangan pada 9 pagi itu membabitkan kereta Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan dengan kereta Honda Accord dan Proton Iswara.
MW: Semoga yang setiap yang berlaku memberi pengajaran juga buat kita, agar mematuhi setiap peraturan jalan raya. Perlu ingat setiap kesalahan yang dilakukan takkan terlepas dari hukuman undang-undang. Jalan raya perlu dikongsi bersama, fikirkan juga keselamatan untuk diri sendiri dan orang lain yang tidak bersalah.
Jual hartanah tak guna khidmat peguam tapi urus sendiri, ini keburukan dan kebaikannya. Ada banyak sebab kenapa seseorang individu itu hendak menjual hartanah yang dimiliki. Mungkin anda ada masalah kewangan, ingin berhijrah atau mungkin anda ingin membeli hartanah yang lebih mahal daripada yang anda miliki sebelum ini.
Tidak kisahlah apa jua sebab dan situasi anda, sebaik-baiknya apabila ingin menjual hartanah yang anda miliki, carilah seorang peguam yang dapat memudahkan urusan anda. Khidmat guaman ini bukan sahaja memudahkan urusan anda tetapi juga mengelakkan daripada berlaku masalah-masalah yang tidak diingini pada masa hadapan.
Melalui satu hantaran di Facebook yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
KEBAIKAN:
1. Kos yang lebih rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
2. Kawalan lebih besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
3. Kesilapan Undang-Undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
3. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
4. Tiada perlindungan undang-Undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
5. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
Kes Zara Qairina: Ubat Antisawan Dikesan Dalam Tisu Buah Pinggang. Bedah siasat terhadap remaja, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, mengesahkan tiada sebarang dadah terlarang ditemui dalam tubuhnya.