“Ya Allah, terjatuh cinta” Neelofa dedah hatinya terpaut ketika Haris jadi imam Solat Tarawih. Setiap pasangan pasti melalui detik pandang pertama ketika cinta berputik.
Begitu juga dengan selebriti popular Neelofa yang selama ini menyimpan kisah bagaimana dia dan suami, Haris mula mengenali lebih rapat.
Seperti mana luahan perkongsian di rancangan MeleTOP, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor telah sudi berkongsi kisahnya ketika pertama kali hati terpaut dengan suami tercinta.
“Ya Allah, Terjatuh Cinta”
Paling istimewa dan tidak disangka, rupa-rupanya detik pertemuan dengan cinta kekasih hatinya Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bermula ketika menjadi imam solat tarawih di rumah keluarganya pada 2020.
Neelofa menerangkan, PU Riz adalah orang terakhir yang dipanggil selepas beberapa nama lain tidak berkelapangan.
“Kami pernah beberapa kali bekerjasama. Masa tu tahulah dia hensem.
Ads
“Sewaktu puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya cari imam solat tarawih di rumah. Lepas tu, orang itu tak boleh, ini tak boleh.
“Akhir sekali saya terfikir pernah kerja dengan PU Riz, jadi panggil dia sajalah. Bila panggil, pertama kali pergi rumah mak, Ya Allah, terjatuh cinta,” kongs Lofa.
Haris Tersipu Malu
Pasangan yang bernikah pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan itu ketika di rancangn MeleTOP begitu ceria.
Malah pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein tidak melepaskan peluang untuk mengusik pasangan bahagia itu.
Ads
Juga kelihatan Haris tersipu malu ketika Lofa berkongsi detik indah itu.
“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai,” kata Haris sambil tersenyum.
Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puashati! Jika selalu kita beli cendol yang dah siap di kedai, sebenarnya kita boleh buat sendiri cendol ini di rumah. Mudah sahaja hanya menggunakan 3 bahan. Tapi kena tahu teknik yang betul barulah elok tak putus atau pecah-pecah.
Sedap makan cendol sejuk-sejuk dengan santan atau susu cair, ditambah pula air gula melaka. Sesuai juga buat untuk juadah pencuci mulut pada bulan puasa nanti.
Boleh resipi cendol homemade seperti yang dikongsikan oleh Puan Samsinar Bustami ini.
Siap cendol homemade, pertama kali mencuba,alhamdulillah menjadi dan puashati. Boleh lah makan-makan satu family.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung jagung
3 cawan air pandan (daun pandan dikisar dan tapis)
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Masak semua bahan di atas dalam periuk kacau sehingga likat berkilat.
2.Tutup api dan sediakan acuan untuk buat cendol.
3. Saya guna piping bag, sediakan air ais dalam bekas besar dan teruslah picit adunan ke dalam bekas yang berisi ais tadi. Buat lah sampai habis.
4. Saya makan dengan susu cair (itu je yang ada kat rumah)+ air gula melaka.
Lebihan cendol boleh simpan dalam peti sejuk bersama air ais tadi.
Selamat mencuba! Bulan puasa tak lama lagi boleh lah buat juadah buka puasa.
Mingguan Wanita: Cantik kejadian cendol homemade ni, pertama kali buat pun terus menjadi dan puas hati. Memang berbaloi buat sendiri lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan.
Sepanjang menyantuni pesakit Covid-19 kluster tabligh, banyak cerita baik yang didengar. Dalam wad, mereka tak henti mendoakan petugas Barisan Hadapan yang bertungkus-lumus merawat mereka.
Beza sekali dengan kisah benar yang dikongsikan oleh Pegawai Perubatan, Dr Mohd Afiqantara petugas Barisan Hadapan yang berdepan dengan kerenah kluster baru atau yang juga dipanggil kluster Turki/oversea.
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.
Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..
Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu.
Lebih Banyak Demand
Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..
Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.
Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.
Rindu geng tabligh.
MW : Dapat bayangkan bagaimana penatnya petugas Barisan Hadapan ini yang bekerja lebih masa, dengan penat dan panas. Terpaksa pula hadap sesetengah pesakit kluster baru ini yang tak pandai nak belajar bersyukur.
Macam-macam hal, akibat tabiat pelik yang suka memasukkan objek kedalam dubur, diri terpaksa menanggung derita dan sengsara apabila ianya tersekat selama hampir 7 jam!
Kejadian yang berlaku di Beijing ini, seorang lelaki di China menanggung malu apabila terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan selepas bebola kaca selebar 7.62 sentimeter tersekat di dalam duburnya.
Kejadian itu berlaku di Dongguan, Wilayah Guangdong baru-baru ini apabila lelaki dikenali sebagai Xiao Ming, 31, pergi ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk selepas objek itu tersekat di rektum selama tujuh jam.
Doktor kemudian membuat ujian X-ray di perutnya dan terkejut apabila mendapati objek bulat tersekat di bahagian rektumnya.
Tempoh Sejam Keluarkan Guna Forsep
Guangdong Public Channels melaporkan, doktor berjaya melakukan pembedahan untuk menolak objek itu ke lubang duburnya dan mengeluarkannya menggunakan forsep dalam tempoh sejam.
Seorang doktor memberitahu, dia menggunakan alat untuk memeriksa bahagian dalam perut lelaki itu sebelum menggunakan tangannya untuk menekat perut bagi menolak objek besar itu.
Jelasnya, pesakit gagal mengeluarkan bebola itu kerana ia terlalu besar dan dia mungkin berdepan kejutan septik serta berdepan risiko usus berlubang jika lambat mendapatkan rawatan.
Xiao Ming memberitahu doktor, dia mempunyai ketagihan memasukkan objek ke dalam duburnya tetapi biasanya dia boleh mengeluarkannya semula.
Bagaimanapun kali ini, dia gagal mengeluarkan objek itu kerana ia terlalu besar.
Macam-macam hal, tolonglah jangan buat perkara yang aneh dan tabiat pelik-pelik, bukan sahaja menyusahkan diri, menyusahkan orang lain juga.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...