Wanita dan fesyen sememangnya tidak boleh dipisahkan! Apatah lagi keperibadian gaya sebenarnya merupakan terjemahan kepada personaliti seseorang.
Bukan sekadar memilih busana persalinan yang cantik, wanita yang mementing gaya tidak ketinggalan menitikberatkan soal pemilihan aksesori. Malah gajet pintar juga turut mempengaruhi keterampilan.
Kini wanita bukan sekadar memilih gajet pintar kerana kecanggihan teknologi semata-mata, malah reka bentuk serba moden dan penuh fesyen turut ditampilkan.
Pastinya edisi terhad Xiaomi 11 lite 5G NE cukup berbaloi dimiliki malah ia juga merupakan pelengkap fesyen wanita anggun ditambah seri dengan rantai leher Kristal Swarovski sebagai bonus.
Gaya Tersendiri, Ekspresi Diri Wanita Berani
Terbaharu dua nama gergasi dalam bidang kepakaran masing-masing, Xiaomi dan Swarovski telah mengumumkan kolaborasi yang pastinya memberikan pulangan yang berganda kepada pelanggan.
Paling istimewa dengan pembelian edisi terhad Xiaomi 11 lite 5G NE juga anda akan menerima sebuah kotak hadiah yang diserikan dengan kilauan rantai leher Swarovski.
Kolaborasi eksklusif Xiaomi dan Swarovski dengan rekaan kotak hadiah istimewa edisi terhad ternyata merentasi sempadan antara penataan gaya berserta teknologi yang lebih baik. Ternyata penawaran ini merupakan satu percubaan baharu yang berani ditampilkan Xiaomi terutamanya dalam gaya hidup komuniti yang gemar berfesyen dan membawa gaya memenuhi sinergi teknologi kepada semua orang.
Reka Bentuk Inspirasi Seni Ketukangan Swarovski
Penampilan sempurna adalah antara yang dititikberatkan oleh wanita. Kecanggihan teknologi yang ditampilkan peranti pintar Xiaomi 11 lite 5G NE di mana reka bentuknya serba moden dan penuh fesyen.
Rekaan yang lebih nipis, langsing dan ringan menjadikan peranti pintar ini sebagai aksesori fesyen yang praktikal buat wanita bijak. Kerjasama sinergi antara Xiaomi dan Swarovski bertujuan menonjolkan ekspresi diri anda!
Sememangnya peranti pintar memainkan peranan penting dalam kehidupan. Peranannya lebih daripada alat komunikasi tetapi aksesori yang ditonjolkan merupakan pelengkap gaya seharian anda.
Ads
Xiaomi juga sentiasa berusaha menampilkan sesuatu yang istimewa dan unik untuk pengguna setia mereka. Edisi Baru Xiaomi 11 Lite 5G NE adalah bahagian inovatif yang menggabungkan ciri unggulan dengan reka bentuk yang luar biasa.
Mana tidaknya, Xiaomi 11 Lite 5G NE merupakan peranti ideal dengan reka bentuk yang anggun, nipis, langsing dan ringan. Peranti pintar ini juga badannya hanya 6.81mm tebal dengan berat 158g.
Malah reka bentuk yang nipis, ramping dan elegan bersesuaian dengan seni ketukangan koleksi perhiasan Swarovski yang begitu ikonik.
Ditambah pula dengan rekaan rona Snowflake White yang menampilkan reka bentuk warna yang cukup bersinar umpama kilauan kristal Swarovski. Bukan sekadar menampilkan gaya yang menawan malah wanita yang menghayun peranti pintar ini mampu mencuit hati yang memandang.
Warna-Warni Menarik Ikut Kesesuaian Busana Harian
Paling istimewa Xiaomi 11 Lite 5G NE ini turut didatangkan dengan empat warna menarik iaitu Snowflake White, Bubblegum Blue, Peach Pink dan Truffle Black.
Ads
Setiap warna mempunyai aura tersendiri yang mampu menyerlahkan diri dan penampilan. Empat warna yang diperkenalkan menerusi peranti pintar ini sememangnya menjadi kesukaan wanita. Malah kesemua warna hadir dalam tonasi yang boleh digayakan mengikut kesesuaian busana harian.
Hadiah Buat Mereka Yang Menghargai Fesyen
Gabungan Xiaomi dan Swarovski menerusi kotak edisi terhad istimewa, ternyata pelanggan yang bertuah dapat menggayakan peranti pintar dengan aksesori rantai leher yang cukup mewah.
Pulang saja ke rumah, dengan membuka kotak, pengguna akan mendapat kejutan berganda mana tidaknya bukan sekadar elegan dengan telefon pintar canggih namun dipadankan pula dengan rantai leher khas Swarovski.
Hadiah ini cukup bermakna buat mereka yang sangat menghargai gaya!
Suami Hadiahkanlah Isteri Peranti Pintar Ini!
Bukan itu saja golongan suami, anda juga boleh menghargai isteri dengan menghadiahkan edisi terhad Xiaomi 11 Lite 5G NE.
Malah hadiah peranti pintar moden dan kotak terhad ini juga akan menambahkan gaya eksklusif penampilan isteri anda.
Buka saja kotak terhad ini, bukan saja miliki peranti canggih, malah penampilan isteri tersayang akan lebih menyerlah dengan mengenakan rantai leher kilauan kristal Swarovski. Pastinya isteri anda akan rasa dihargai dan jatuh cinta kali kedua apabila memperolehi hadiah berganda ini.
Ads
Aksesori Fesyen Yang Praktikal
Xiaomi 11 Lite 5G NE merupakan aksesori fesyen yang praktikal. Bukan sekadar gaya malah ia dilengkapi pelbagai fungsi.
Dengan 6.55″ AMOLED DotDisplay, sokongan TrueColor 10-bit dan Dolby Vision®, Xiaomi 11 Lite 5G NE menawarkan kualiti gambar yang sangat menakjubkan dengan warna-warna cerah luar biasa, kontras dan perincian yang menakjubkan.
Xiaomi 11 Lite 5G NE memberikan rakaman terbaik dalam kelasnya dengan kamera utama 64MP, kamera sudut ultra lebar 8MP dan kamera telemakro 5MP.
Skrinnya pula cukup memuaskan di mana ia menggunakan paparan AMOLED FHD+ bersaiz 6.55 inci dengan kadar segar 90Hz.
Begitu juga dengan kualiti gambar yang dihasilkan dari kamera utama 64MP sudut lebar, 8MP f/2.2 sudut ultra lebar dan 5MP f/2.4 telemakro dengan kamera swafoto pula sebesar 20MP.
Bonggol kamera tidak begitu tinggi dengan panel belakang pula diperbuat daripada plastik. Ciri lain yang disertakan ialah pembesar suara stereo, sokongan HDR10 dan pemancar infra merah untuk kawalan jauh.
Bagi mereka yang gemar bermain permainan Online memang tiada masalah. Malah ia mampu memainkan permainan tersebut dalam tetapan yang tinggi.
Malah Xiaomi 11 Lite 5G NE dilengkapi dengan bateri 4250mAh serta pengecas pantas 33W.
Manfaatkan Sepenuhnya Kelajuan 5G
Ditambah menarik peranti pintar Xiaomi 11 Lite 5G NE menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G dengan capaian 5G.
Keupayaan Xiaomi 11 Lite 5G NE tidak perlu dipertikaikan kerana ia sebuah cip pemprosesan yang cukup berkuasa dan antara yang terbaik dalam kategorinya.
Promosi Kotak Edisi Terhad berharga dari RM 1,399 untuk varian 8GB + 128GB dan RM 1,599 bagi varian 8GB + 256GB hanya ditawarkan untuk tempoh masa yang terhad, sementara stok masih ada! Jangan lepaskan peluang, rebutlah segera, bawalah pulang kotak Xiaomi dan Swarovski edisi terhad anda di Kedai Xiaomi terpilih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila sebut bab akseskori, wanita sememangnya punyai pelbagai koleksi aksesori yang dipadankan dengan gaya tersendiri.
Musim ini, Pandora ME yang terkenal dengan motif simboliknya memperkenalkan empat medallion baharu yang menekankan elemen spiritualiti seperti kekuatan dalaman, kuasa, keseimbangan, dan transformasi, menghubungkan budaya melalui simbolisme yang abadi.
Peringatan Peribadi Penuh Maksud
Setiap medallion ini mempunyai mantra di bahagian belakang, berfungsi sebagai peringatan peribadi tentang maksudnya. Reka bentuknya menggabungkan simbolisme kuno dengan gaya moden, menawarkan pendekatan baru dalam perhiasan spiritual.
Mengembangkan koleksi pesona mereka, Pandora ME juga memperkenalkan medallion baharu, mini dangle, dan pemegang pesona. Medallion dengan Mantra ini menampilkan makna mistik dan mantera yang menginspirasi, manakala mini medallion Emotions Set in Stone diilhamkan oleh batu permata semula jadi, menambah warna dan simbolisme pada penampilan anda.
Terokai kekuatan simbolisme dan spiritualiti bersama kami di semua kedai Pandora.
Sisi Gelap Koleksi Disney
Selain itu, Pandora turut menampilkan pelancaran Koleksi Disney Villains, menandakan kali pertama Pandora menampilkan sisi gelap daripada kisah-kisah kegemaran Disney. Koleksi ini menawarkan perspektif baharu terhadap watak-watak jahat yang kita benci, dengan tema “Saya bukan jahat, saya cuma disalahertikan.”
“Saya bukan jahat, saya cuma disalahertikan.”
Koleksi ini menangkap inti pati watak-watak ikonik ini sebagai figura yang lebih kompleks, dengan latar belakang yang membentuk tindakan mereka. Dua charm watak yang boleh dikumpul dan diilhamkan daripada Disney: Maleficent yang misteri dan Cruella De Vil yang bergaya menjadikan penampilan wanita penuh misteri.
Selain itu, koleksi ini turut menampilkan reka bentuk dengan motif daripada Ratu Jahat dalam Snow White dan Queen of Hearts dari Alice in Wonderland.
Disney Villains Evil Queen Apple Dangle CharmDisney Villains Cruella De Vil Charm
Penjahat yang pelbagai dimensi ini, dengan kualiti yang menarik dan boleh dikaitkan, pasti akan memikat hati peminat dan pengumpul. Koleksi Disney Villains kini boleh didapati di semua kedai Pandora. Temui kerumitan di sebalik watak-watak jahat ini dan raikan kisah mereka bersama Pandora.
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Menunggu Kepulangan Yang Tak Pernah Pulang
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Selepas Tiga Hari Isteri Pantang
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Anda yang memiliki kulit berjerawat, berjeragat dan berminyak jangan skip ya pakai pelembap! Jika anda melangkau langkah ini boleh menyebabkan kulit kering dan mengelupas yang akan menyebabkan lebih banyak jerawat timbul di wajah. Itulah sebabnya penting jika berjerawat, berjeragat dan berminyak mendapat kelembapan yang betul dengan pelembap yang betul.
Pelembap Item Wajib ‘Skincare Routine’!
Pelembap ialah salah satu daripada item wajib ada dalam skincare routine setiap dari kita. Dalam lapisan epidermis kulit ada lapisan air yang perlu dikawal supaya tak keluar. Jika tidak memakai pelembap, dalam keadaan cuaca panas atau terlalu sejuk, air dari dalam kulit akan keluar.
Melembapkan kulit dengan pelembap yang betul membantu mengimbangi air dan minyak dalam kulit. Perubahan alam persekitaran, kerosakan UV dan pencemaran udara juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit, jerawat, kulit kasar, menggelupas dan kusam.
Amalan norma baru dalam kehidupan seharian iaitu dengan memakai pelitup muka dalam masa yang lama turut menyumbang kepada kerengsaan kulit dan boleh memburukkan lagi kulit mereka yang berjerawat dan berjeragat.
5 Tip Pilih Pelembap Buat Kulit Berminyak
Golongan wanita sememangnya mementingkan penjagaan wajah. Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak terdapat lima tip sewaktu memilih pelembap.
Pertama perlu kenali jenis pelembap. Kulit yang bermiyak sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan air iaitu losyen, manakala kulit yang kering sesuai menggunakan pelembap muka yang berasaskan minyak iaitu ointment.
Kedua sewaktu memilih pelembap juga anda perlu kenali jenis kulit. Jika kulit anda berasa tegang dan tidak selesa, anda berkemungkinan besar memilki kulit kering atau tidak cukup penghidratan.
Ketiga, terdapat bahan aktif di dalam moisturizer. Tidak kira kulit anda berminyak, kering atau sensitif, perlindungan daripada cahaya matahari adalah penting menurut hampir kesemua dermatologis. Paling penting jangan lupa untuk pakai sunscreen lepas memakai moisturizer.
Keempat hindari bahan yang memberi hidrasi pada kulit. Dan terakhir anda perlu elakkan bahan bersifat iritasi.
Rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control, Penyelesaian Kulit Jeragat
Seperti yang diketahui umum, rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control membantu menyelesaikan masalah jerawat, jeragat, melegakan kemerahan dan menghidrat dengan Asid Hyaluronik dan ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan Chamomile. Rangkaian ini sesuai untuk kulit berminyak, jeragat dan berjerawat.
Selain itu, produk ini juga menawarkan pengguna yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, penyelesaian pada masalah kulit dipertingkatkan, Hada Labo memperkenalkan Blemish & Oil Control Gel pelembap serba baharu untuk memastikan kulit licin, bersih dan sihat.
Bagi wanita yang sangat mementingkan penampilan rangkaian Hada Labo Blemish & Oil Control sangatlah bersesuaian untuk anda. Malah cara penggunaannya cukup mudah! Manakala hasilnya juga membuatkan kulit anda berseri-seri.
Bersihkan wajah anda dengan pencuci muka yang mengandungi ekstrak Hatomugi, Bishop’s Weed dan bunga Chamomile untuk menangani pori-pori besar, jerawat, kekasaran, kemerahan dan kekusaman.
Langkah 2 : Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion
Losyen yang ringan ini mudah meresap ke dalam kulit. Mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi & Asid Hyaluronik untuk melawan jeragat dan memulihkan keseimbangan minyak dan air untuk kulit yang sihat dan cantik.
Langkah 3 : NEW Hada Labo Blemish & Oil Control Gel
Produk terbaru NEW Hada Labo Blemish & Oil Control Gel ini sememangnya menjadi kegemaran ramai wanita. Blemish & Oil Control Gelmerupakan pelembap serba baharu yang mengandungi tekstur gel menyegarkan, tidak melekit, licin dan mudah diserap.
Jangan risau jika anda pernah alami pengalaman yang kurang senang dengan produk kecantikan yang lain ini kerana Hada Labo Blemish & Oil Control Gel mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi untuk menguatkan penghalang kulit
Diekstrak daripada barli mutiara asli, ekstrak Hatomugi dan ekstrak tumbuhan lain seperti Centella Asiatica, Houttuynia Cordata dan ekstrak Bunga Chamolie bagi membantu mengurangkan cela dan menenangkan kulit yang merengsa untuk mengekalkan kulit bersih dan sihat.
Produk ini juga mengandungi dua jenis Asid Hyaluronik untuk penghidratan yang mendalam dan tahan lama. Asid Hyaluronik berfungsi untuk mengunci kelembapan, menyimpan dan menambah kelembapan untuk kulit yang lembut, licin dan anjal.
Tekstur gel yang ringan memberikan penyerapan segera ke dalam kulit, meninggalkan kulit segar dengan rasa tidak melekit. PH kulit seimbang dan kerengsaan rendah dan bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral.
Gunakan 2 Kali Sehari Hada Labo Blemish & Oil Control Gel
Wajah yang berseri dan bersinar bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Anda cuma perlu gunakan dua kali sehari Hada Labo Blemish & Oil Control Gel selepas Hada Labo Blemish & Oil Control Lotion.
Caranya cukup mudah, ambil jumlah secukupnya dan sapu rata pada muka dan leher. Urut dan tepuk perlahan untuk membolehkan penyerapan ke dalam kulit.
Tugas utama pelembap muka adalah untuk mengunci dan menyimpan kelembapan di wajah anda. Sebab tu penting untuk anda pilih pelembap muka terbaik. Jadi pilihlah Hada Labo Blemish & Oil Control Gel.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...