Wanita ‘trauma’ jumpa bangkai cicak dalam pisang goreng tiramisu. Sebuah insiden menjijikkan telah mencetuskan kemarahan warga maya apabila seorang pelanggan menemui seekor cicak mati dalam makanan yang dibelinya.
Kejadian yang berlaku di sebuah premis makanan di Bayan Baru itu telah mengundang perhatian ramai selepas mangsa memuat naik video pengalaman pahit tersebut di media sosial.
Dalam klip video yang dikongsikan pengguna TikTok @alisha.azni kelihatan bangkai cicak terperangkap dalam pisang goreng tiramisu yang telah dibeli dan dibungkus dalam bekas kertas.
@alisha.azni Beli pisang goreng tiramisu dpt cicak goreng, hati2 guys kedai pengotoq tk bertanggungjawab, food poisoning atau kehilangan nyawa sbb teracun kena tanggung sendiri sbb owner tk kesah asalkan untung hanya di LAKSA KUAH PEKAT BAYAN BARU PENANG! #penangfoodie #penangfood #penangfoodhunt #laksakuahpekatbayanbaru #kedaimakan #jijiksumpah #jijik #foodtiktok #foodreview #reviewtiktok #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage @Ms Panda 🐼 @𝓐𝓲𝓷 🎀🧸 @Filza Filzieee @Hidayah @qishaa @anis ♬ Creepy and simple horror background music(1070744) – howlingindicator
Situasi yang tidak disangka-sangka itu bukan sahaja mengganggu selera, malah menyebabkan pelanggan terbabit mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di dua klinik berbeza.
Menurut Alisha, pengalaman itu amat mengecewakan memandangkan pihak penjual langsung tidak menunjukkan keprihatinan apabila aduan dikemukakan. Malah, keadaan sekitar premis yang berbau tidak menyenangkan turut menimbulkan keraguan terhadap tahap kebersihan yang diamalkan.
“Beli pisang goreng tiramisu dapat cicak goreng. Hati-hati kedai pengotor tak bertanggungjawab.
“Keracunan makanan atau kehilangan nyawa sebab teracun kena tanggung sendiri sebab penjual tak kisah asalkan untung.
“Saya kongsi untuk orang ramai hati-hati bila makan, jijik kedai ni. Dah lah bau longkang keliling kedai. Penjual tak peduli langsung bila kita bagitahu dekat dia. Saya dah pergi dua klinik. Dari 29 Mei keracunan makanan, sampai sekarang tak baik,” katanya.
Susulan kejadian itu, ramai pengguna TikTok meluahkan rasa loya dan turut menyarankan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap premis terbabit. Ada yang mencadangkan laporan dibuat kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang.
Seorang pengguna menulis, “Ini bukan kes kecil. Cicak dalam makanan bukan boleh buat main. Wajib buat laporan kepada jabatan berkaitan supaya mereka lebih bertanggungjawab.”
Ada juga yang menegaskan tujuan laporan bukan untuk menjatuhkan perniagaan peniaga, sebaliknya memberi kesedaran tentang pentingnya aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
Kesimpulannya, kejadian sebegini sepatutnya membuka mata semua pihak, baik peniaga mahupun pengguna. Bagi peniaga, kebersihan bukan sahaja satu kewajipan moral tetapi tanggungjawab undang-undang. Manakala bagi pelanggan, sebarang pengalaman yang membahayakan kesihatan tidak wajar didiamkan demi keselamatan orang lain.
Sumber: TikTok alisha.azni
Baca artikel lain juga: Petua Halau Cicak, Guna Tembakau & Serbuk Kopi, Bukan Saja Hilang Tapi ‘Mematikan’
DIY Perangkap CICAK Mudah Jimat Kos, Guna Kotak & Double Sided Tape!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE