Seorang wanita yang sudah memiliki 16 orang anak kini dilaporkan mengandung anak ke-17. Memetik laporan Mirror, Patty Hernandez, 40, memilih semua nama anaknya bermula dengan huruf C sebagai penghormatan kepada suaminya, Carlos.
Pasangan ini mempunyai enam anak lelaki dan sepuluh anak perempuan, di mana lima pasang anak tersebut adalah kembar.
Nama anak-anak mereka ialah Carlos Jr, 14, Christopher, 13, Carla, 11, Caitlyn, 11, Cristian, 10, Celeste, 10, Cristina, 9, Calvin, 7, Catherine, 7, Caleb, 5, Caroline, 5, Camilla, 4, Caroll, 4 Charlotte, 3, Crystal, 2 dan Clayton, 1.
Ketika ini dia bersama suami Carlos Hernandez tinggal bersama semua permata hati mereka di rumah lima bilik di Charlotte, North Carolina.
Setiap minggu mereka menghabiskan kira-kira AS$498 (kira-kira RM2,100) untuk belanja makanan serta keperluan lain.
Harap Mempunyai 20 Orang Anak
Patty dan Charlos yang kini menetap di North Carolina di Amerika Syarikat (AS), merancang untuk mengekalkan tradisi nama tersebut bagi anak ke-17 mereka.
Anak ke-17 pasangan itu dijangka dilahirkan pada Mac tahun depan. Malah Patty berharap dapat menambah bilangan anaknya sehingga mempunyai 20 orang anak dengan tambahan 3 lagi anak lelaki bagi melengkapkan jumlah 10 anak lelaki dan 10 anak perempuan.
Ads
Bagaimanapun, katanya, semuanya berada di tangan Tuhan.
“Saya hamil 13 minggu apabila saya mendapat tahu saya mengandung lagi.
“Saya sudah mengandung selama 14 tahun jadi saya berasa gembira, teruja dan syukur kerana dipilih untuk sekali lagi menimang cahaya mata ke-17,” katanya kepada majalah Fabulous.
Percaya Akan Mengandung Semula
Sebelum ini, Patty pernah memberitahu dia percaya akan mengandung semula selepas kelahiran anak ke-16 pada musim bunga lalu.Patty melahirkan anak ke-16 yang diberi nama Clayton pada Mei tahun lalu. Malah pasangan ini juga enggan menggunakan alat pencegah kehamilan dan reda jika hamil lagi.
Patty berkata bahawa dia sentiasa dikenali oleh jururawat di hospital tempat dia melahirkan anak-anaknya.
Ads
“Mereka berkata, seperti ‘anda berada di sini tahun lepas, kami berjumpa anda setiap tahun’,” katanya.
Mingguan Wanita: Jika berkemampuan dan tiada masalah untuk mempunyai anak yang ramai, tidak salahnya. Semoga apa yang diimpikan untuk mempunyai 20 orang anak menjadi kenyataan satu hari nanti.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah? Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri, tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik.
Namun tak semua isteri beruntung dapat suami yang memahami, kadang ada sesetengah isteri terpaksa buat semua kerja sampai ke malam. Malah kalau dibelek pada wajah isteri, nampak muka tak tertanggung rasa penat tetapi masih gigih melayan karenah anak dan suami yang sesekali balik lambat. Jadi si isteri masih setia menunggu sampai tertidur di ruang tamu.
Itulah… berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah jika ada suami yang faham, bertimbang rasa dan mahu sama-sama meringankan beban. Dan seharusnya para isteri rasa bertuah jika memiliki suami yang baik kerana lelaki sebegini sudah hampir pupus.
Andai suami nampak leka dan jauh dari ibadat yang mana solat pun dilambat-lambatkan, malah ke masjid pun kurang… maka inilah tanggung jawab yang isteri kena betulkan. Macam mana dan apa yang patut buat, renungkan perkongsian daripada Muhammad Ahmad ini…
Makbulnya Doa Seorang Isteri
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Bila Dan Cara Doakan Suami
Sambil masak doa untuk suami, ketika basuh baju doa untuk suami. Kalau pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintahMU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
⭐️Isteri antara syurga atau neraka buat suami⭐️
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah kepada pelakon lelaki, Ashraf Muslim kerana isteri keduanya, Wan Sakinah sudah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.35 petang semalam.
Pelakon yang sebelum ini mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, 4, Anas Ashraf, 3 dan Adam Ashraf, 2 melahirkan rasa bersyukur pada Allah atas rezekinya kali ini.
“Assalammualaikum semua…
Syukur, Alhamdulillah. Keluarga AM @ashrafslegacy bertambah lagi. Terima kasih Allah untuk kurniaan yang tidak ternilai ini. Alhamdulillah, isteriku, Sakinah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.07kg pada jam 5.35 petang semalam (3 Sept 2018). Terima kasih ibu!”
Harapan Dan Doa Atas Kelahiran Puterinya
Tergambar perasaan yang cukup gembira, Ashraf berharap kehadiran anaknya ini boleh jadi penambah kasih sayang mereka sekeluarga.
“Selamat datang ke dunia anakku. Ayah, mama, ibu, Sarah, Adam dan Anas semuanya excited tau. Semoga menjadi anak yang solehah, sri kandi yang hebat di mata Allah, sihat dan seorang yg penyayang seperti kakak dan abang-abang kayh.”
Satu lagi, semoga kehadiranmu anakku membawa ukhwah kita sekeluarga bertambah erat. Amin, insyaAllah. Doakan AM sekeluarga yea.
“Terima kasih kepada Dr Mazita, semua staf nurse dan juga warga Avisena Specialist Hospital diatas layanan yang diberikan. Tq so much. Semoga Allah memberkati dan merahmati kesemuanya.”
Teruja tengok cara ikatan suami isteri pelakon lelaki ini, satu aura positif! Tumpang bahagia dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini, semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki yang luar biasa buat mereka.
Aamiinn.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam keadaan sekarang ini, sangat penting untuk kita rancang kewangan sebaik mungkin. Jangan fikir dapat gaji bulan ini terus dihabiskan dengan membeli macam-macam. Lebih-lebih lagi bila baru bekerja dan nak merasa duit gaji.
Sekurang-kurangnya, masa awal-awal inilah kita perlu rancang kewangan dengan sebaik mungkin. Tak perlu rasa nak berjoli sana sini sehingga duit habis tidak tahu ke mana pergi.
Malah, sebagai mak ayah tentu sekali ingin melihat anak-anaknya berjaya dan peroleh kerjaya yang hebat-hebat. Duit gaji digunakan sebaiknya untuk masa depan. Memang mak ayah tidak minta duit tersebut tapi sebolehnya ingin melihat anaknya rancang kewangan sebaik mungkin.
Buat anak-anak yang baru menempuh alam pekerjaan, cuba hayati apa yang dikatakan oleh seorang ibu terutamanya dalam rancang kewangan. Moga ia memberi manfaat.
Sudah menjadi sifat semula jadi seorang ibu atau ayah yang mahukan anak-anaknya lebih berjaya dari mereka.
Sebagai seorang manusia biasa, Akak banyak melakukan kesilapan di waktu muda. Jadi, kalau boleh, akak tidak mahu anak-anak melakukan kesilapan yang sama terutama sekali dalam merancang kewangan.
Semasa anak baru mula bekerja, inilah antara pesanan kami untuknya.
1. Sesibuk mana pun kita, solat fardhu 5 waktu wajib ditunaikan. 2. Bekerjalah dengan bersungguh-sungguh, amanah, jujur dan ikhlas. InsyaAllah rezeki akan lebih berkat. 3. Senaraikan apa yang hendak dicapai dalam masa 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan seterusnya. 4. Buat simpanan sekurang-kurangnya 50% dari gaji. Kalau nak simpan lebih dari tu lagi bagus. 5. Pastikan bina simpanan untuk 6 bulan perbelanjaan secepat mungkin. Selebihnya nanti, boleh digunakan untuk membuat pelaburan.
6. Bayar zakat. Mula-mula zakat pendapatan. Bila dah ada simpanan, jangan lupa bayar zakat simpanan.
7. Berbelanja secara berhemah. Beli barang yang kita perlu sahaja dan bukan yang kita mahu. (Determine NEEDS vs WANTS) 8. Berjimat cermat adalah amalan yang sangat baik. Sewaktu berjimat, pastikan jangan sampai mengambil hak orang lain. Jauhi sama sekali dari sifat kedekut. Sekali sekala belanja keluarga dan kawan tidak akan menjadikan kita miskin. 9. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Makan sekadar perlu. Nak makan sedap boleh masak sendiri dan bawa bekal ke pejabat. 10. Tak perlu layan kopi dan kafe hipster atau air viral. Kalau kawan ajak keluar minum, pergi ke kedai yang menawarkan harga berpatutan. Di situ juga ada air dan makanan yang sedap-sedap. 11. Sedekah itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan. Seeloknya setiap hari selepas solat Subuh. Dan pada setiap hari Jumaat, masukkan sekurang-kurangnya sekeping not merah ke dalam tabung. Kalau nak masuk lebih, lagi bagus.
12. Bila dapat gaji, jangan lupa beri duit pada Abi dan Ummi walaupun kami berdua mempunyai pendapatan yang mencukupi. Yang demikian insyaAllah akan dimurahkan lagi rezeki dan dipermudahkan segala urusan kehidupan.
13. Tak perlu nak beli kereta baru. Kereta yang ada tu jaga baik-baik dan masih boleh digunakan untuk beberapa tahun lagi. 14. Beli rumah dahulu sebelum beli kereta. Bila dah mampu beli kereta nanti, pastikan bayaran ansuran bulanan datang dari pendapatan sampingan dan ansuran tersebut tidak melebihi 15% dari jumlah gaji. Kerana beli kereta bukan setakat mampu bayar ansuran bulanan. Tol, minyak, penyelenggaraan, insuran dan cukai juga harus diambil kira. 15. Di usia muda ini, manfaatkan tenaga yang ada untuk melakukan perkara-perkara baik. Dan di waktu senggang hujung minggu, cari peluang untuk memperolehi pendapatan tambahan. Pendapatan ini akan mempercepatkan kita untuk memenuhi impian hidup. 16. Berkawan biar ramai, bermusuh jangan ada sorang pun. Kalau ada kawan yang nak pinjam duit, beri setakat apa yang kita mampu sahaja. Dan sekiranya hutang itu tidak dibayar, kita tidak perlu bermasam muka dan tak putus tali persahabatan. 17. Jaga rumah/bilik sewa sebagaimana kita menjaga harta sendiri.
Moga Allah sentiasa pelihara dan lindungi anak-anak kita semua yang jauh dari mata.
Aaminn Allahumma Aaminn.
– coretankakN
Mingguan Wanita : Moga ia menjadi rujukan buat anak-anak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...