Dr Shanthi Viswanathan dan Nur Atiqah bt Shamsudin yang juga pesakit MS memperkenalkan risalah untuk pesakit sklerosis berbilang dan penjaga mereka.

Multiple Sclerosis (MS) atau sklerosis berbilang ialah sejenis penyakit neurologi autoimun berbilang yang menyebabkan keradangan sistem saraf pusat. Sistem imun menyerang mielin, yang merupakan lapisan perlindungan yang menyelaputi serat saraf.

Serangan ini menyebabkan keradangan dan parut pada tisu. Lantas menyukarkan otak menghantar isyarat kepada bahagian lain tubuh. Secara beransur-ansur, sklerosis berbilang menyebabkan kemerosotan otak yang seterusnya menimbulkan kerosakan mental dan kehilangan upaya dari segi fizikal.

Dianggarkan kira-kira 2.5 juta orang di seluruh dunia mengalami sklerosis berbilang. Di Malaysia pula seramai 767 orang mengalaminya.  Wanita lebih kerap mengalami sklerosis berbilang jika dibandingkan dengan lelaki. Kebanyakan pesakit sklerosis berbilang mengalami gejalanya antara usia 19.1 dan 38.9 tahun.

Ramai Pesakit Tidak Didiagnos Dengan Tepat

Pakar Runding Neurologi Hospital Kuala Lumpur, Dr Shanthi Viswanathan menjelaskan ramai pesakit sklerosis berbilang diberikan diagnosis yang tidak tepat kerana tanda-tanda tertentu mungkin kurang jelas atau serupa keadaan lain.

IKLAN

“ Anda perlu memantau dan menerangkan jenis dan corak gejala terperinci kepada doktor atau pakar secara terperinci kepada doktor atau pakar neurologi anda.

Gejala-gejala sklerosis berbilang tidak boleh diramalkan dan berbeza-beza dengan ketara antara pesakit, dan dari masa ke masa, berbeza bagi pesakit yang sama.”

Wanita Lebih Kerap Mengalami Sklerosis Berbilang? Baca Penjelasan Pakar Neurologi Ini
Dr Shanthi Viswanathan

Gejala-Gejala Sklerosis Berbilang

Pada Sistem Saraf Pusat Termasuklah:
  • Masalah pertuturan ( bercakap agak lambat, percakapan tidak jelas)
  • Masalah pergerakan, kelesuan atau tangan terketar-ketar
  • Kelemahan pada anggota tubuh atau masalah keseimbangan
  • Rasa sakit dari tahap ringan hingga teruk
  • Masalah pundi (inkontinens / Kegagalan untuk mengawal pembuangan tinja atau air kencing atau retensi (penyekatan) air kencing)
  • Masalah usus (sembelit atau masalah kawalan kekurangan pembuangan sisa badan atau najis melalui dubur
  • Masalah dengan ingatan, daya tumpuan, kepantasan atau fungsi mental
  • Disfungsi seksual
Pada Emosi Termasuklah :
  • Ketidakstabilan emosi secara khususnya kemurungan,
  • Kegelisahan, gangguan penyesuaian, gangguan bipolar
  • Psikosis

Pilihan Rawatan Sklerosis Berbilang

Jelas Dr Santhi lagi, jika anda disahkan menghidap sklerosis berbilang, kaji dan bincangkan pilihan rawatan dengan doktor anda.

Bukti semasa menunjukkan bahawa pengesanan awal dan rawatan yang mengubahsuai penyakit (DMT) penting untuk mengelakkan penyakit berulang dan kehilangan upaya bertambah teruk yang memberi kesan ketara terhadap kualiti hidup pesakit.

Bagi pesakit sklerosis berbilang, mereka perlu mempelajari tentang penyakit dan berbincang dengan pakar kesihatan mereka jika tidak dapat menahan kesan sampingan dengan baik, mengalami penyakit yang berulang, mendapati gejala bertambah teruk dan perubahan dalam keupayaan fizikal.

IKLAN

Pesakit juga digalakkan untuk mematuhi rawatan dan jika mereka melihat corak penyakit semakin teruk, mereka perlu berunding dengan doktor untuk mencari pilihan alternatif.

Penggunaan ubat perlu digabungkan dengan amalan gaya hidup aktif dan diet untuk menangani komorbiditi dan gejala-gejala sklerosis berbilang.

IKLAN

Senarai Semak Gejala-Gejala Sklerosis Berbilang

Semak senarai-senarai berikut bagi mengenalpasti sama ada ada mengalami sklerosis berbilang.

  1. Adakah anda berasa pening atau vertigo. Contohnya rasa seperti bilik berpusing-pusing?
  2. Adakah anda rasa kebas, rasa sesemut, sensasi tidak normal, rasa seperti dada dan bahagian belakang ditekan dengan kuat, rasa dicucuk pada muka, dada, tangan dan kaki?
  3. Adakah anda mengalami masalah penglihatan seperti pandangan kabur, keupayaan membandingkan warna yang agak teruk, dan pergerakan mata yang menyakitkan?
  4. Adakah anda mengalami masalah berjalan yang boleh disebabkan oleh factor-faktor seperti kelemahan otot, kekejangan, spasma otot, ketidakseimbangan yang teruk, kekurangan rangsangan deria, kelesuan?
  5. Adakah gejala-gejala berikut datang dan pergi atau semakin teruk seiring dengan masa?

Jika anda mencatatkan markah 4 daripada 5 dalam senarai semak gejala-gejala sklerosis berbilang ini, digalakkan agar mendapatkan bantuan perubatan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI