
Wanita Jual Menu Masakan
Teruja membaca kisah seorang wanita jual menu masakan sendiri, sebulan boleh dapat sampai RM4,000 untung bersih jual makanan dekat vending machine MRT Ampang Park menerusi program IPR INSAN.
Luar biasa, yang penting wanita kena rajin dan berusaha untuk teruskan mencari rezeki. Macam Kak Nab, ‘masyuk’!
Kisah wanita bernama Zainab Dali atau lebih dikenali – Kak Nab ini layak dijadikan inspirasi, setahun dia boleh dapat dalam RM38,000 dengan menjual makanan masakan rumah (home-cooked meal) dalam sebuah mesin layan diri di MRT Ampang Park.
Apa yang menarik, Kak Zainab turut terima tempahan makanan. Kalau ada order, adalah duit lebih. Kalau tak ada, boleh bergantung dengan vending machine IPR INSAN.
Tidak mudah juga, sebab Kak Zainab ada kekangan menjaga dua insan OKU yang istimewa.
Sebenarnya, dia dulu chef. Katanya Spaghetti Aglio Olio yang paling laku! Kemudian dalam mesin layan diri itu pula, ada minuman dan sandwich, serta pelbagai menu sarapan on-the-go seperti macaroni goreng, nasi goreng ayam, nasi goreng kampung dan bihun soto.
Kongsinya lagi, dia akan menyediakan sebanyak tiga hingga empat menu setiap hari sebelum dihantar ke mesin yang terletak di MRT Ampang Park.
Malah, dia akan bangun seawal 3.30 pagi bagi menyediakan sarapan tersebut sebelum menghantar kesemua makanan itu pada jam 5.40 pagi.
Haa… anda yang selalu pergi kerja naik turun MRT Ampang Park ini bolehlah cuba masakan Kak Zainab. Sokong bisnes orang kita!
Sumber: Rafizi Ramli